Monday 22 October 2012

Kiara Inn Hotel & Spa

Kiara Inn Hotel & Spa
Lot 121B Pusat Perniagaan Kiara
Bahau, Negeri Sembilan.
Tel: +603-454 8333

Hotel budget yang terletak di pekan Bahau ini menawarkan penginapan yang agak selesa dengan harga yang berpatutan. Kami menginap di salah satu bilik deluxe dengan harga RM89 semalaman. Kebetulan hujung minggu dan kesemua bilik standard fully booked. Petanda hotel ini menjadi pilihan ramai kepada pengunjung pekan Bahau dan juga kawasan berhampiran.

Seawal jam 6 pm petugas hotel menghubungi kami untuk pengesahan check-in. Kebetulan masa itu kami baru melewati tol Senawang dan petugas secara ringkas & mesra memberi sedikit panduan ringkas mengenai laluan menuju hotel. Kami tiba di hotel kira2 sejam kemudian, urusan check-in amat ringkas, cepat dan efficient. Selang 10 minit masing2 sudah berada di bilik untuk mandi dan maghrib. 

Hotel ini menyediakan kemudahan lif, jadi tiada masalah untuk anda yang travel dengan berbagai saiz bagasi. Keadaan bilik amat memuaskan, lantai bilik bersih berkilat, senario yang tak pernah saya lihat sewaktu menginap di mana2 hotel budget.

Kemudahan agak asas tapi cukup untuk keselesaan.

Deluxe room with 2 single bed

TV masih model lama

Ada bekalan air mineral (2 botol/room/day) & tuala masih boleh diguna pakai!!!

Bersih berkilat!!!

Tempat makan pun senang, berdekatan hotel pun ada beberapa gerai makan Tomyam dan sebagainya. Kalau ada kereta boleh memandu keluar dari pekan, lagi banyak pilihan gerai atau pun restoren. Kedai2 dan shopping complex pun buka sehingga 10 pm, jadi kalau nak cari barang keperluan memang mudahlah sangat.

Pekan kecil tapi hidup sampai ke malam!!!

Tuesday 9 October 2012

Johnny's Restaurant @ AEON Ipoh

October 6, 2012

Lama betul tak pegi Ipoh.... dengan alasan nak beli PapaGo! kami menuju Ipoh seawal tengah hari.... 2 minggu lepas dah cuba masuk Ipoh tapi terlajak ke Kuala Kangsar.... konpius sebab plaza tol jelapang dah bertahun diindahkan..... bapak punya jauh nak pusing balik.... pusing balik dan terus balik Tg Malim.


Plaza tol Ipoh... sebab plaza tol inilah kami terlajak ke Kuala Kangsar

Sebab waktu sampai AEON around 2ish... menapak masuk Johnny's looking for something 4 our lunch... tak pernah masuk Johnny's pun sebelum ni.... boleh tahan masakan kat sini... menu utama adalah steamboat tapi masakan panas ala carte yang lain pun ada. Macam kami tak order pun steamboat... kami order nasi goreng belacan, nasi goreng nenas, seafood tomyam dengan chicken wings 3 ketul... minum fruits juice.....

Marbeles!!!!!

Nasi goreng belacan

Seafood tomyam

Thai's BBQ chicken wings

Pencuci mulut... banana splits

Dah kenyang pusing2 Kinta Parade nak cari PapaGo! Masuk sana keluar sini akhirnya ternampak PapaGo! kat satu kedai gambar... nama apa ntah kedai ni... manager dia nama Rain... very informative and helpful lady... nak jual product dia le katakan... Ada a few choice.... besar, medium dengan kecik.... garmin pun ada tapi mahal berbanding PapaGo!

Lagipun PapaGo! dah donlot map untuk 5 negara berbanding 3 pada Garmin... Tenung punya tenung sambar PapaGo! bersaiz sederhana dengan harga RM450.... yang paling kecil harga dlm RM300++ tapi tak ada label PapaGo!!!! PapaGo! ni product Taiwan.... kualiti wise no comments sebab baru beli tapi according to others... memang berbaloi.... 

Balik Tg Malim cuba test uji pakai PapaGo! Memang best wooooo.... Senang nak masuk KL lepas ni sebab me memang buta bab jalan kat KL tu....

Sesi acu cuba try test!!!!!!

Tuesday 2 October 2012

Resident Evil:Retribution @ AEON Rawang

Dah naik bersawang dah blog aku ni... lepas report duty few months ago memang tak jenguk dah... up-date jauh sekali... Alang2 dah ada blog, baik teruskan ye tak... itupun kalau ada masa terluang... ni pun sbb baru lepas lunch dan ada masa sikit...

Dalam tak ada masa pun boleh kata saban bulan kami muncul kat AEON Rawang, shopping barangan rumah segala. Cuma kunjungan pada minggu lepas semata-mata nak tgk movie... Walawei... lama betul tak tengok movie... bz la katakan.... lagipun Upin & Ipin kami masih kat KK.. jadi ada peluang nak tengok movie berdua saja...

Sampai je siap2 g beli tiket dulu... Resident Evil: Retribution.... menjadi seh sequel Resident Evil ni... nak review ke? Tak payah le kot... dah ramai yang review movie ni... huhuhuhu... dah beli tiket kena cari makan dulu sbb dah tengah hari... Kaki mandai je tuju Madam Lim's... masakan baba nyonya dia memang marbeles... tak caya tengok pics... 


Kami order kangkung, sotong dengan kupang.... kupang ke nama dia?

Naik kembong perut nak abiskan jus apple bersaiz jumbo... marbeles!!!!

Dah kenyang ronda-ronda AEON jap... ada sale seh!!! Sawan my partner.... hahahaha. Sempat sambar cadar and a few items lagi... then tengok jam dah dekat 3 setengah dah.... movie start 3.40 pm. Tak yah cite la ek... tp RE: Retribution ni memang menghiburkan...

Ngancam seh poster dia!!!!