Thursday 31 January 2013

Anak Ulama Berzina Sehingga Lahir Anak Luar Nikah


~ Artikel ini dipetik daripada Blog AMMAR:Blog Informasi Terkini ~

SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.
Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Kanak-kanak 6 Tahun Mati Lemas Di Bukit Merah Laketown Resort ~ Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah adik Nurul Nasha Alia Khalid yang ditemui mati lemas dalam kolam renang sebuah pangsapuri di Bukit Merah Laketown Resort. Arwah sekeluarga dikatakan baru pulang bercuti dari Cameroon Highland dan singgah di Bukit Merah Laketown Resort untuk bermalam dan juga menyambut hari ulang tahun kelahiran beliau. 


Al-Fatihah untuk adik Nurul Nasha Alia Khalid yang maut pada hari ulang tahun kelahiran beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang bertakwa. Foto ehsan Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian Supt. Mat Fauzi Nayan, kejadian sekitar jam 12.50 tengah hari itu berlaku sejurus selepas keluarga mangsa mendaftar masuk ke pangsapuri berkenaan. Arwah adik Nurul Nasha dikatakan turun ke kolam renang pangsapuri tersebut bersama abangnya Mohd Firdaus Khalid, 10 tahun tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. 



Menurut saksi, arwah dikatakan mandi di kawasan kolam renang dewasa dan abangnya naik semula ke pangsapuri penginapan mereka untuk memaklumkan perbuatan mangsa. Sejurus ahli keluarga yang lain tiba, didapati mangsa terkapai-kapai kelemasan sebelum abangnya terjun untuk cuba menyelamatkan mangsa.



Malangnya usaha abang mangsa dan paramedik yang tiba sejurus kemudian untuk memulihkan mangsa dengan memberi bantuan pernafasan tidak berhasil. Arwah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian tepat jam 1.15 tengah hari.



Jenazah arwah seterusnya dibawa ke Hospital Parit Buntar dan disemadikan di tanah perkuburan berhampiran rumah arwah di Bandar Perda, Seberang Perai Tengah.



Al-Fatihah



Nota kaki:



Ironinya saya sekeluarga baru pulang bercuti dari Suria Apartment Bukit Merah Laketown Resort selang dua hari yang lalu. Berdasarkan berita saya tidak pasti arwah menginap di pangsapuri yang mana tapi saya berpendapat mungkin Suria Apartment. 



Ini adalah qada dan qadar, ketentuan Ilahi tapi bagi kita yang masih hidup ini seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa menyayat hati ini. Sebagai panduan, lebih2 lagi bagi saya yang mempunyai anak sebaya arwah.



Ada beberapa persoalan yang bermain difikiran saya (ingin saya tekankan di sini, ini hanya pendapat peribadi saya dan bukannya untuk menyalahkan mana2 pihak). 



Pertamanya bagaimana ibu bapa/penjaga beliau boleh leka sehingga kanak2 sekecil itu boleh sekelip mata menghilangkan diri dari pandangan ahli keluarga. Memiliki anak2 yang hiperaktif sememangnya saya faham kesukaran untuk setiap saat mengawasi mereka, tapi persoalannya di sini arwah menyelinap dari pandangan keluarga tanpa disedari oleh sesiapa?



Keduanya pihak pengurusan mengatakan kolam renang tersebut ditutup untuk kegunaan pelanggan sewaktu kejadian berlaku. Persoalan di sini adalah unsur keselamatan oleh pihak pengurusan yang sedikit meragukan. Jika ditutup ada apa2 usaha untuk menghalang pelanggan terutamanya kanak2 kecik (mereka memang selalu teruja dengan kemudahan kolam renang) untuk menghampiri kawasan kolam renang?



Pengalaman saya sendiri sewaktu menginap di Suria Apartment, tidak kelihatan lifeguard bertugas sewaktu kolam renang tersebut dipenuhi pelanggan. Adakah mereka berpendapat disebabkan ramai pengguna beserta ibu bapa, lifeguard tidak diperlukan? Pemerhatian saya ini berdasarkan kerusi lifeguard (kerusi tinggi tu.... macam kerusi pengadil bola tampar) yang kosong dari seawal saya menggunakan kolam renang tersebut sehinggalah selesai. Juga tidak kelihatan lifeguard di persekitaran kolam renang, biasanya mereka ini memakai pakaian kuning merah sebagai tanda pengenalan... kebiasaannyalah.



Al-Fatihah sekali lagi untuk arwah adik Nurul Nasha Alia Khalid.

Tuesday 29 January 2013

Bukit Merah Laketown Resort Day 2 ~ Suria Apartment Outdoor Pool, Colours Restaurant & Bukit Merah Waterpark

Awal subuh lagi MHD dan QM telah bangun dan mengetuk pintu bilik kami. Tujuannya untuk mengajak kami mandi pagi di kolam Suria Apartment.... hahahaha. Usai solat Subuh, kami sembang2 di bilik sebelum turun ke Colours Restaurant untuk sarapan. Kami merupakan pengunjung pertama turun sarapan. Disebabkan hanya 4 kupon sarapan disediakan, kami membuat pembayaran tambahan untuk MHD dan QM... tak mahal manapun sebab usia mereka. Tambahan pula petugas bermurah hati untuk membenarkan salah seorang daripada mereka bersarapan secara percuma. Jadi kami hanya perlu tambah RM15.10 bagi mereka berdua. 


Petugas Colours yang bermurah hati membenarkan salah seorang dari MHD dan QM bersarapan secara percuma.

Pilihan menu tidak banyak... ada nasi minyak, ayam masak kicap, meehun goreng, sausages, telur dadar, roti bakar, bijiran, buah-buahan dan juga minuman panas dan jus.

Saya hanya bersarapan dengan semangkuk bijirin dan segelas jus mangga.

Santapan FIL.


MHD bersarapan dengan hati yang berbelah bagi... dalam kepalanya cuma satu, mandi kolam.... hahahaha.

Kualiti makanan di Colours amat memuaskan walau tidak banyak pilihan. Saya sendiri tidak banyak makan, walau pada lazimnya saya akan melantak sakan bila bersarapan dimana2 hotel. Selesai bersarapan, masing2 bergegas naik ke bilik terutamanya MHD dan QM. Tanpa membuang masa mereka terus melakukan aksi Transformers ke swimming suit untuk mandi kolam.... gelojoh sungguh, makanan pun masih belum turun ke perut.


Walau cuti umum keadaan tidaklah sesak mana... jadi amat selesa untuk mandi manda. Persekitaran kolam mandi juga kelihatan cukup bersih dan terjaga. Cuma tiada petugas keselamatan kelihatan.


MHD dan QM kalau berpeluang mandi kolam memang tak akan puas. Sejam dua memang tak cukup. Lompat sana loncat sini kegirangan. Jenuh kami memujuk mereka untuk naik... terpaksa digula-gulakan dengan percutian ke Terengganu pertengahan Februari nanti. Walau saya sendiri masih belum puas mandi... hehehe.... kena naik juga kerana kami bercadang untuk daftar keluar sedikit awal.... risau juga kalau2 jalan raya sesak sepertimana kebiasaan  cuti umum yang panjang.



Sejurus daftar keluar, kami singgah sekejap di Bukit Merah Waterpark sekadar untuk meninjau dan mengambil gambar. MHD dan QM mati2 ingatkan yang kami akan berhibur di taman tema. Keseronokkan terbayang bila saya bawa mereka meninjau kawasan pintu masuk waterpark. MHD sibuk meminta izin untuk bermain ATV manakala QM pula merayu-rayu dibenarkan bermain kereta elektrik dalam pusat hiburan... kesian pula bila mereka siap menangis2 bila mengetahui kami hanya singgah sekejap... Si Bongsu siap berdoa minta dimakbulkan hasratnya untuk berhibur di waterpark. Hmmmm, Inshaa Allah ada rezeki kami akan kembali.



Kemudahan di Bukit Merah Laketown Resort.... Inshaa Allah ada rezeki kami akan kembali, lebih2 lagi untuk memenuhi hasrat dan impian MHD dan QM.



Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca pengalaman kami ke Bukit Merah Laketown Resort.

Bukit Merah Laketown Resort Day 1 ~ Suria Apartment Hotel

Keseronokkan mula terpancar di wajah Si Sulung (MHD) dan Si Bongsu (QM) bila Vios memasuki persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. Suasana yang segar dan mendamaikan menyambut kehadiran kami. Bayu sepoi2 bahasa menampar mesra pipi gebu MHD dan QM... hehehe... suka betul budak 2 ekor ni menjengukkan kepala ke luar tingkap kereta.

Kami daftar masuk di Suria Apartment Hotel Bukit Merah. Saya tempah apartment dua bilik melalui Agoda dengan harga RM300 semalaman dengan sarapan untuk 4 orang. Lokasinya kira-kira 5 minit pemanduan dari Bukit Merah Waterpark, tidak jauh. Kalau pengunjung mahu penginapan yang betul2 dekat dengan waterpark, bolehlah menginap di Laketown Hotel Bukit Merah. Pilihan yang lain adalah Kampung Air Chalet Bukit Merah dan juga homestay yang bersepah di sekitar kediaman Bukit Merah.

Kami memasuki Bukit Merah Laketown Resort dari arah Taiping, jadi papan tanda ini yang menyambut kehadiran kami. 

Tiba di lokasi yang amat ditunggu-tunggu oleh MHD dan adiknya QM *loncat sana loncat sini*

Tidak ramai pengunjung yang berurusan di kaunter, jadi urusan daftar masuk kami cukup cepat. Petugas juga amat mesra alam dan comel *toink*. Walaupun pembayaran penuh telah dibuat melalui Agoda, kami diminta membayar wang deposit RM100 yang akan dipulangkan sewaktu daftar keluar.

Bilik 7101 tempat kami menginap hanya terletak di aras 1. Senang mahu turun ke outdoor pool. Kemudahan lif disediakan jadi tak perlu risau jika anda membawa barang2 yang agak banyak.

Ruang tamu apartment agak kecil menempatkan meja makan kecil, set sofa boleh ubah dan juga TV model lama *toink*. Kelihatan MHD berehat2 sambil menonton TV. Walaupun agak kecil tapi kami amat berpuas hati dengan kebersihan apartment. Langsung tiada bau yang kurang menyenangkan seperti mana yang pernah kami alami sewaktu menginap di Marina Court suatu ketika dahulu.

MHD dan QM menyelongkar bekalan yang kami bawa dari rumah. Ini bukan dapur tapi hanyalah pantry yang letaknya juga di ruang tamu bersebelahan dengan meja makan kecil. Kelihatan dibelakang MHD dan QM peralatan untuk membancuh kopi tapi mana stok kopi/teh/gula/creamer? Memang pihak hotel tidak sediakan atau mereka terlupa?

Mari kita jenguk bilik tidur utama. Katil bersaiz queen, almari pakaian, meja solek kecil dan ada bilik air sendiri. Saiz bilik agak kecil, tiada ruang untuk meletakkan katil tambahan. Jika anda minta katil tambahan, ia akan diletakkan di ruang tamu dan bukannya di dalam bilik utama.

Ini pula bilik tidur kedua, sudah tentu saiz bilik makin mengecil berbanding bilik tidur utama. Saiz katil juga makin mengecil, jika anda dan pasangan bersaiz XXL memang tidak selesa untuk tidur bersama. 

Bilik air umum yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk apartment. Kelengkapan asas seperti tuala mandi, sabun dan shampoo disediakan. Bilik air juga cukup bersih dan selesa.

Sofa diruang tamu menjadi katil bujang bila menjelang malam. MHD suka betul tidur di atas sofa ini sambil menonton TV.

Jadi apa aktiviti kami pada hari pertama di Bukit Merah Laketown Resort? Hanya gedik santai dan beristirehat di bilik. Walaupun MHD dan QM merengek-rengek mahu terjun ke outdoor pool, kami hanya bermalas-malasan dibilik. Lebih2 lagi petangnya hujan turun sedikit lebat, mana mungkin budak baru kebah deman mandi kolam dikala hujan turun?

Hujan hanya reda menjelang 6 petang, jadi kami suami isteri bersama MHD dan QM mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kawasan sekitar Bukit Merah Laketown Resort. Bertentangan dengan Suria Apartment kelihatan deretan apartment yang kelihatan kusam tidak diselenggara dengan baik (pemerhatian luaran sahaja, tidak pasti pula dalamannya bagaimana). Kebanyakkan unit apartment tersebut diiklankan sebagai homestay atau bilik untuk disewa. Memang banyak pilihan, tepuk dada dan runding dengan pemilik berkaitan harga dan kemudahan yang disediakan.

Kami memandu meninjau-ninjau kawasan waterpark kemudian berpatah balik ke arah Surau Mustapha Kamal. Pada mulanya kami sangka Mustapha Kamal pelakon tapi rupanya Mustapha Kamal pemilik MK Land iaitu pemaju Bukit Merah Laketown Resort. Rupanya Bukit Merah turut menempatkan kawasan perumahan dan juga kolej kejururawatan. Menarik.... kolej di persekitaran resort, pasti amat kondusif untuk aktiviti pembelajaran.

Tidak jauh dari Surau Mustapha Kamal ada satu deretan rumah kedai yang menempatkan kedai komputer & fotokopi, kedai serbaneka dan juga beberapa buah restoran. Jadi soal makan memang tiada masalah disini, melainkan waktu puncak di mana terlalu ramai pengunjung yang datang. 

Surau Mustapha Kamal, ada pengunjung menjadikan surau ini sebagai tempat transit sementara menunggu waktu daftar masuk di mana2 hotel. 

Salah satu restoran yang ada disekitar Bukit Merah Laketown Resort. Kami singgah di sini untuk beli kangkung goreng belacan dan sup ekor sebagai hidangan makan malam. Disebelahnya pula adalah restoran mamak jadi memang tiada masalah untuk penggemar kari seperti QM untuk menjamu selera.... hehehehe.

Disebelah malamnya, kami hanya menonton TV selepas makan malam. MHD dan QM tidur awal sebab keesokkan harinya mereka telah kami janjikan untuk berjimba2 di kolam renang. Saya sendiri pun tidur awal sebab terlampau kekenyangan semasa makan malam tadi ~ Nite.

Trip Ke Taiping Bandar Warisan Part 2 ~ Kamunting dan Batu Kurau, Menjejaki Sahabat Lama MyFIL.

Usai solat Zuhur di Masjid Kamunting, kami singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar MM Ibrahim yang letaknya tidak jauh dari Masjid Kamunting. Memang kena dengan selera Si Bongsu (QM) yang sememangnya peminat gulai kari. Berselera dia makan manakala kami yang lain juga makan dengan lahap... bukan kerana sedap tetapi kerana masing2 telah kelaparan. Bekalan yang dibawa dari rumah kami simpan untuk makan malam nanti.


Gulai kambeng nampak sedap tapi risau akan tekanan darah tinggi saya ambil lauk hati ayam sahaja.

Alhamdulillah dengan rezeki tengah hari kami, perjalanan diteruskan menuju Batu Kurau untuk menjejaki sahabat lama FIL & MIL yang bersama2 bertugas dalam tentera di zaman komunis dahulu. Khabarnya beliau tinggal di perkampungan yang letaknya betul2 dibelakang Balai Polis Batu Kurau. Jaraknya Batu Kurau dari Masjid Kamunting tidak jauh, kira2 setengah jam perjalanan. Setibanya kami di Batu Kurau, sahabat lama FIL saya itu terus kami jejaki berpandukan perkampungan di belakang balai polis.



Puas kami bertanya orang ramai... penjual kuih, orang kampung, penjaja air batu campur hatta tukang jahit.... hehehe namun tiada yang kenal siapa itu Tahirin Si Askar Pencen. Hampa juga FIL & MIL kempunan mahu ketemu sahabat lama, tiada rezeki. Mungkin kami cari di tempat yang salah kerana menurut penduduk setempat ada satu lagi tempat yang namanya juga Batu Kurau, kira2 sejam perjalanan dari Balai Polis Batu Kurau. Atau mungkin beliau telah berpindah atau dikenali dengan nama yang lain oleh masyarakat setempat? wallahuallam, Inshaa Allah jika ada rezeki beliau akan kami jejaki lagi di lain siaran.



Dibelakang balai polis inilah dikatakan letaknya rumah Tahirin Si Askar Pencen tapi beliau gagal kami jejaki.

Buntu dimana lagi patut kami mengadu nasib, keputusan diambil untuk kembali ke Bukit Merah Laketown untuk urusan daftar masuk. Mahu minta bantuan Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Batu Kurau, pejabat mereka ditutup sempena cuti Thaipusam (atau memang ditutup terus kerana keadaan pejabat yang cukup uzur dan kusam).



Perjalanan dari Batu Kurau ke Bukit Merah melalui perkampungan tradisional melayu dan juga ladang kelapa sawit. Berpandukan PapaGo kami tidak menghadapi masalah untuk tiba ke destinasi kami iaitu Suria Apartment Bukit Merah.



Papan tanda ini menunjukkan kami berada di laluan yang benar.

Sekian untuk kali ini, entry yang seterusnya akan mengimbau kembali pengalaman kami menginap di Suria Apartment Bukit Merah.

Trip Ke Taiping Bandar Warisan Part 1 ~ Zoo Taiping 2013

Cuti Maulidur Rasul 2013 hanya selang sehari dengan Sabtu/Ahad, lepas tu bersambung pula dengan Thaipusam yang jatuhnya hari Ahad, jadi Isnin turut menjadi cuti umum sebagai gantian cuti Thaipusam. Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga lantaran hujung minggu yang panjang.

Asal muncul cuti panjang mesti kena fikir destinasi untuk berjimba2 sebab anak2 sudah pandai mahu berholiday sakan. Si Sulung (MHD) dan Si Bongsu (QM) memang kaki tidur hotel. Lagi pula FIL & MIL tinggal bersama kami, kena fikirkan destinasi untuk mereka juga sebagai rewards penat lelah jaga rumah dan anak2.

Rancangan asal kami suami isteri adalah untuk bercuti ke Port Dickson tapi seperti biasa spontaneous traveller macam saya suka tangguh2 urusan tempahan hotel. Sudahnya semua hotel di Port Dickson sama ada fully booked atau harganya melambung tinggi (saya selalu rujuk Agoda....). 

Fikir punya fikir terlintas difikiran kami belum pernah bercuti ke Taiping dan kawasan sekitarnya, terutama Bukit Merah Laketown Resort. Tanpa bertangguh (sehari sebelum percutian... kah kah kah....) saya terus semak Agoda dan tempah penginapan di Suria Apartment Bukit Merah. Apartment dua bilik menerusi Agoda kami dapat dengan harga RM300 termasuk tax dan sarapan untuk 4 orang.

Tiba detik yang ditunggu-tunggu, kami sekeluarga bertolak dari rumah di Cape Malim kira jam 9 pagi menuju Taiping dan Bukit Merah Laketown Resort. Percutian kami cuma sehari semalam, tapi berbondong-bondong juga bekalan yang dibawa. Penuh bontot Vios dengan segala macam bekal termasuklah lunch pack yang telah MIL masak.

Perjalanan kami cukup lancar merentasi Lebuhraya PLUS menuju utara, kerana tidak banyak kenderaan di atas jalan raya. Landskap di kiri kanan lebuhraya cukup indah, pemandangan gunung batu kapur beserta kehijauan flora. Tapi sayang keindahan alam maya ini bagaikan akan terhakis sedikit masa lagi lantaran kerakusan manusia menerokai sumber alam tanpa pelestarian yang sewajarnya.

Pertengahan jalan kami singgah di R&R Sungai Perak kerana Si Sulung (MHD) dan Si Bongsu (QM) hendak terkucil. 

Perjalanan bersama keluarga memang mengujakan lebih2 lagi dengan kaletah MHD dan QM yang tidak putus2 bertanya. MHD dengan soalannya 'bila mahu sampai' setiap 5 minit manakala QM pula yang saban masa meninjau kelibat superbike. Kena pula FIL yang asyik mengimbau kenangan lama sewaktu masih bertugas dalam Rejimen Renjer DiRaja & Rejimen Askar Wataniah. Setiap bukit dan hutan disepanjang lebuhraya menyimpan seribu satu memori yang masih tersemat kukuh di hati beliau semasa berkhidmat di zaman komunis. 

Kira2 2 jam perjalanan kami susur keluar dari Plus Highway menerusi persimpangan Changkat Jering menuju Kamunting/Taiping. Kemudian menyusuri pula Jalan Taiping-Kuala Sepetang, Jalan Raja Sulong, Jalan Taming Sari dan Jalan Taman Tasik sebelum tiba di Zoo Taiping. Destinasi menarik yang lain seperti Muzium Taiping, Taman Tasik Taiping dan Penjara Taiping hanya berdekatan dengan Zoo Taiping. Begitu juga dengan Bukit Larut atau Bukit Maxwell.

Papan tanda Zoo Taiping mengalu-alukan kehadiran pengunjung.

Kehadiran kami disambut oleh belasan monyet yang jinak2 merpati. Monyet2 ini berkeliaran di kawasan parkir kereta. Setiap pengunjung dikenakan bayaran parkir sebanyak RM2 oleh Majlis Perbandaran Taiping.

Pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM12, kanak2 RM8 manakala warga emas rakyat Malaysia dikenakan bayaran sebanyak RM10.

Diluar pintu masuk ada beberapa replika haiwan liar seperti badak, buaya dan juga banteng. Ramai yang bergambar termasuklah MHD dan QM. Bagi yang berminat boleh juga membeli ole2 yang dijual di kedai cenderamata yang terletak bertentangan dengan kaunter tiket. Ada juga perkhidmatan mengambil foto... saya kurang pasti mengenai harga atau foto apa yang diambil kerana saya terus berlalu selepas mengambil risalah dari petugas... tak berminat sebenarnya. 

Antara spesis yang ada di Zoo Taiping.

Live specimens... menarik. Merasa MHD & QM mengenal chimpazee yang dipanggilnya Orang Utan... hehehehe.

Menuju pintu keluar...di hujung laluan ini disediakan satu tong bagi pengunjung meletakkan tiket dan risalah berkaitan zoo. Cukup bagus untuk pelestarian alam dan juga kempen kitar semula.

Menjelang tengah hari, kami meninggalkan Zoo Taiping kerana hampir masuk waktu Zuhur dan juga MHD yang mula merengek-rengek kepenatan... manja betul budak ni. Sejurus solat dan makan tengah hari kami membatalkan agenda ke Bukit Larut @ Bukit Maxwell kerana perlu menjejaki sahabat lama FIL di Batu Kurau. 

Inshaa Allah lain kali kami akan jejakkan kaki ke Bukit Larut pula.

@ Kelab Tasik Putrajaya

Hari Sabtu yang lepas kami husband and wife menghadiri majlis makan malam sempena perkahwinan sahabat lama, bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Disebabkan majlis hanya bermula selepas solat Isya, kami turun agak lewat dari Cape Malim, kira2 jam 6 petang. 

Berpandukan GPS PapaGo, kami menyusuri PLUS Highway menuju selatan, kemudian susur ke Guthrie, masuk ke Shah Alam/HICOM, Cyberjaya dan akhirnya tiba di perkarangan Putrajaya. Jauh betul PapaGo bawa kami mengembara padahal ada jalan singkat kalau menggunakan lebuhraya Elite. 

Itu belum lagi PapaGo bawa kami ke kawasan perumahan... berpusing2 kami dikejiranan Jalan 8 Presint 8.... gara2 kami tersilap masukkan keyword dalam PapaGo. Dan juga kerana mempelai tersilap memberikan maklumat sebenar berkaitan lokasi majlis... hehehe nervous agaknya. 

Tiada tanda2 sebarang majlis dikejiranan tersebut... kami terpaksa menelefon mempelai yang kemudiannya memaklumkan majlis diadakan di Kelab Tasik Putrajaya dan bukannya di kawasan perumahan Jalan 8.... hehehehe.

Enter Kelab Tasik Putrajaya ke dalam keysearch PapaGo dan dengan lancarnya kemi dibawa ke destinasi yang sebetulnya. Rupanya hanya setentang dengan Masjid Putrajaya. Kami sendiri sebenarnya belum pernah sampai ke Kelab Tasik Putrajaya, lagi pula sudah hampir 5 tahun kami tidak menjengah Putrajaya. Kali terakhir tahun 2008 sebelum kami berangkat ke luar negeri untuk melanjutkan pengajian.

Semasa HM menonong-nonong masuk saya snap pix signage dahulu untuk dimuatkan ke dalam blog...

Kami selamat tiba kira2 jam 8.30 pm, majlis masih belum bermula... hadirin lelaki kebanyakkan masih di masjid/surau untuk menunaikan solat Isya. Jadi kami duduk2 dulu di depan Classic Cafe yang terletak di aras bawah Kelab Tasik Putrajaya. Menariknya Klasik Cafe terutamannya ruangan outdoor betul2 mengadap tasik... amat sesuai untuk makan2 bersama rakan taulan atau keluarga sambil menikmati udara segar.

Sekitar jam 9 pm para hadirin dijemput masuk ke Bayu Lounge yang terletak di aras 1. Kami antara hadirin terawal yang masuk.... sementara menunggu hadirin lain kami sembang2 dan beramah mesra dengan mempelai dan juga rakan yang juga datang dari Cape Malim. 

Majlis bermula kira2 jam 9.45 pm dengan ucapan alu2an oleh wakil tuan rumah, diikuti dengan ucapan oleh mempelai. Menariknya majlis turut disertakan dengan acara berzanji dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.

Bayu Lounge dimana majlis makan malam tersebut diadakan... kelihatan penyambut tetamu bersama ole2 untuk para jemputan.

Antara hadirin yang hadir, sementara menunggu detik permulaan majlis, kami hanya sembang kosong sambil menikmati air sirap.... 5 gelas air sirap saya telan kerana terlalu haus + perut berkeroncong.

Majlis diserikan dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan juga berzanji.

Hidangan agak ringkas tapi membuka selera... nasi putih berlaukkan ayam masak merah, ada nanas masak lemak bersama ikan masin, buah2an dan juga bubur pulut.... Alhamdulillah. Minuman selain sirap ada juga dihidangkan minuman kegemaran saya.... teh tarik. Teh tarik Kelab Tasik Putrajaya saya memang puji sakan.... cukup sedap dan aroma tehnya cukup segar.

Majlis diakhiri dengan kejutan oleh seorang hadirin.... saya sangkakan ada sesi karaoke (huhuhu....) rupanya ada upacara potong kek yang disumbangkan oleh seorang hadirin. Sempat juga kami merasa sepotong kek, sedap juga walau agak manis bagi saya.

Semoga mempelai bahagia hingga ke akhir hayat.... Insha Allah.

Hampir tengah malam baru majlis berakhir.... rancangan asal kami hendak bermalam sahaja  di Putrajaya atau Bandar Baru Bangi. Memandangkan esoknya kami akan cuti2 Malaysia ke Laketown Resort, kami terus memandu balik ke Cape Malim. Kali ini PapaGo bawa kami mengikut laluan yang sepatutnya.... Putrajaya - Lebuhraya Elite - Lebuhraya Guthrie - PLUS Highway.