Tuesday 20 August 2013

Trip Raya Ke Sabah 2013 Part 2 - Promenade Service Apartment

Masa sebelum sampai KK memang dah plan awal2 nak lepak2 KK dulu dalam semalam dua sebelum balik kampung mertua. Tapi tak pula kami booking mana2 hotel..... cadangnya nak walk-in saja mana2 hotel murahan asalkan bersih dan selamat untuk melelapkan mata. Siangnya sudah pasti dipenuhi dengan aktiviti window shopping.

Dalam pada mencari hotel sesuai dengan bajet, ternampak papan tanda iklan 'bilik untuk disewa bermula dengan harga RM70++'.... lebih kurang begitulah bunyinya, milik Promenade Service Apartment. Lokasinya hanya di sekitar Api2, hanya dibelakang Promenade Hotel Kota Kinabalu.

Terpesona dengan papan tanda RM70++ semalaman, ambo terjah masuk untuk tanyakan bilik, ada studio suite dan family suite tapi tak nampak pula dengan harga RM70++. Readers ada nampak tak?


Rate untuk studio suite adalah RM110.20 semalaman manakala family suite RM174. Ini harga asas tak termasuk tax. Ambo pun malas nak tanya pasal RM70++ sebab masa check-in pun dah hampir tengah malam dan badan pun dah penat sangat. 

Ambil studio suite untuk 2 malam. Bilik hotel milik Promenade Service Apartment ini bercampur aduk dengan unit milik persendirian dan berselerak di antara unit2 di sekitar kompleks kediaman Api2. 

Unit kami letaknya di blok 4.... kena berjalan heret beg sikit dari kaunter pendaftaran yang terletak pada blok berasingan. Jika tak pasti blok yang hendak dituju tanya saja pengawal keselamatan. Setiap blok di Api2 ada pengawal keselamatan bertugas.


Cari punya cari.... jumpa unit bernombor 2421.... unit di mana kami akan berkampung selama 2 malam. 


Bagaimana keadaan bilik di Promenade Service Apartment? Pada hemat kami, keadaan bilik nampak usang dan dimamah usia..... ayat skema..... ayat skema..... hehehehe..... tapi bersih. Usang tak apa janji bersih dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Setiap unit studio dilengkapi dengan 2 single bed. Disebabkan kami ber4 jadi kami cantumkan kedua2 single bed tersebut..... baru rasa luas dan selesa untuk beradu.


Berhampiran tingkap ada set sofa kecil dan meja makan untuk 2 orang.... ini jadi port kami sekeluarga untuk bersahur dan berbuka puasa.


Dapur pula cukup lengkap.... ada periuk belanga..... rice cooker..... pisau memotong semua ada. Pada yang nak berjimat dan lebih suka masak sendiri kalau berkunjung ke Kota Kinabalu, bolehlah menginap di Promenade Service Apartment. Itu pun jika anda jenis yang tidak was2 pasal halam haram, mana tahu pengunjung terdahulu adalah non-muslim.... Wallahuallam.


Mari kita tinjau bilik air pula..... ada cop SIRIM menunjukkan keadaan bilik air amat memuaskan kebersihannya..... hehehehe


Masa kami laki bini sedap2 tidur lepas Subuh..... dengar bising2 dalam bilik air. Ingatkan apa..... sekali budak kenit berdua tu sibuk berkubang dalam tab mandi. Walau nampak bersih tab mandinya tapi tetiba datang rasa geli.... mana tahu sebelumnya ada yang menyucikan hadas besar kat dalam tab mandi..... prtfffff..... terus suruh anak2 keluar dan sental badan mereka cukup2..... huhuhu


Ini masa nak check-out.... ambil picca luaran unit..... lorong2 menuju unit nak kata bersih sangat tu tak adalah..... maklumlah bercampur aduk antara unit milik Promenade dan milik persendirian. Masa ambil picca ini boleh nampak pemilik persendirian bersinglet tengah goreng ikan..... hehehehe


Ini masa nak check-out dah ni..... p/s: brader dalam picca di bawah tiada kaitan langsung atau secara tidak langsung dengan ambo!!!


Masa nak snap picca berikut, ambo bertembung dengan Mr Francis Lee, Resident Manager Promenade Service Apartment. Peramah dia ni.... sempatlah kami sembang2 sekejap berkenalan. Siap dihulur business card..... next visit to KK ambo contact Mr Francis.... boleh minta staff price.... hehehehe.


Sekian review ringkas berkaitan Promenade Service Apartment. Berminat boleh hubungi mereka pada nombor dan alamat di bawah.

Promenade Service Apartment
3-G-17 Lorong Api-Api 2
Api-Api Centre
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6088-260 003

Babai......

Trip Raya Ke Sabah 2013 Part 1 - Mari Terbang Bersama MAS & MASWings

Coretan Ramadhan dah complete..... kita sembang bab raya pula. Tahun 2013 ambo sekeluarga beraya di Sabah bah...... seminggu kat sana. Tahun ini tambang flite balik raya ke Sabah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Guna waran tahunan.... biasanya kami guna waran untuk balik Sabah pada hujung tahun tapi kali ini terpaksa korbankan waran untuk Aidilfitri. Puncanya, last minute baru terkial-kial nak booking tix flite ke Sabah..... harga tix semua melambung ribu riban. Total untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 almost RM4k++. Haru biru kalau nak keluar dari poket sendiri, Alhamdulillah ada kemudahan waran.... TQ kerajaan Malaysia!!!!!

Bila guna waran, penerbangan rasmi seperti tahun2 yang lalu sudah semestinya MAS (khabarnya kini AirAsia pun boleh guna waran). Cuma bezanya untuk tahun ini, kami tak dapat direct flite KL-KK tapi kena transit ke Miri dalam 1 jam. KL-Miri naik Boeing 737-400 dan dari Miri ke KK naik MASWings ATR-72. Naik Boeing dah biasa sangat tapi ATR totally new experiences for us!!!! Most of us dah excited..... new experiences la katakan tapi AT dah nervous sakan..... dia ni phobia sikit klu fly..... lebih2 lagi naik pesawat kecik macam ATR.... hehehehe

For me tak kisah sangat sebab biasanya bila naik saja burung besik.... mata terus lelap. Kilat petir menyambar kapal terbang tak hirau dah.... janji dapat tidur..... hehehehe. Cuma kalau amik flite mesti pikiaq nak parking mana kereta sebab kami biasanya drive ke KLIA atau LCCT..... malas nak susahkan kawan2 untuk hantar ke epot..... juga malas nak susahkan diri naik bas sambil usung beg berbondong-bondong. Nak parking kat KLIA kompem ratus2 klu lepak kereta kat situ seminggu..... option paling murah walau tak murah mana adalah parking kat sebelah Tune Hotel LCCT..... RM16 sehari.

Jadiknya.... masa hari kejadian, kami parking kereta kat sebelah Tune Hotel kemudian naik bas Airport Liner ke KLIA. Tambang dewasa RM2.50 dan kanak2 RM1.50 sehala. Perjalanan tak jauh mana, tak sampai setengah jam pun. 



Bas tak sesak mana.... tapi bila masing2 bawa beg besar gedabak..... nak melangkah dalam bas pun hazab bila ada yang suka suki letak beg kat tengah2 laluan. Nak salahlah mereka pun macam tak kena.... nak letak mana lagi kan? Opssss..... bukan ada tempat letak beg ke kat perut bas?

Dipendekkan cerita-ceriti.... penerbangan kami dari KL ke Miri berjalan lancar tanpa delay. Risau juga awalnya sebab beberapa hari lepas, flite mertua untuk balik Sabah delay sampai berjam-jam. Jenuhlah nak melangu kat epot kalau terjadinya delay mendelay ni. Khabarnya masa nak raya ari tu banyak pesawat yang ada masalah mekanikal..... over-used agaknya. 

Bila fly petang puasa.... memang kecur air liur tengok non-muslim boleh makan minum dalam pesawat. Kuatkan iman..... dugaannnnn!!! Tapi disebabkan MHD dan QM tak puasa.... ambil juga pack makanan untuk mereka.... sedap je depa melahap depan mata umat yang berpuasa ni. Passenger next to me pompuan Melayu, pun tak puasa sebab uzur katanya.

She: Eh you.... I makan ye.... ari ni I uzur
Me: Silakan..... hehehe

Dugaan..... dugaan..... tapi bila tengok macam tak sedap mana....



Bagi yang berpuasa, boleh juga minta tapau untuk berbuka nanti. Waktu berbuka di Miri lebih kurang 7 PM. Ambo malas nak minta tapau.... sampai Miri nanti baru cari kedai makan kat epot. Kalau tak tapau awal2.... nanti bila masuk waktu berbuka tapi pesawat masih belum mendarat, anak kapal hanya akan edarkan kurma 2 biji..... 2 biji mana cukup tapi bolehlah sekadar untuk lepas syarat berbuka.



Ada satu brader.... selang dua seat saja dari ambo. Brader ni dah siap tapau makanan masa anak kapal sajikan minuman petang tadi. Bila masuk saja waktu berbuka, dengan semangat brader kita nak ngap..... dia tapau spageti rasanya. Sekali baru nak ngap, dengar pengumuman captain pesawat hampir mendarat, semua penumpang diminta bersedia untuk mendarat..... terkedu-kedu brader tadi sebab tak sempat merasa spageti MAS..... pastu dia masukkan pack makanan tadi ke dalam plastik sampah masa anak kapal buat last check-up sebelum pendaratan. Aik.... nape buang brader, simpan sajalah makan kat epot nanti..... tak paham..... tak paham....



Kami selamat mendarat di Miri dalam 7++ PM. Disebabkan tak perlu tunggu bagasi.... cepat saja kami melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Terus cari mana cafe atau kedai makan.... masa tu kami hanya nampak dua..... Setabak Cafe dengan Malaya Kopitiam. Disebabkan nak berbuka dengan makanan heavy, kami masuk Malaya Kopitiam.



Kami order nasi ayam, mee kari dan a piece of cake untuk si kenit berdua. Hangpa dah makan heavy dalam flite tadi kan.... kan.... kan.... 



Sambil tunggu order sampai ambo jeling2 juga screen untuk tinjau waktu pelepasan.... sekali ternampak flite ambo dari Miri ke Kota Kinabalu kena delay sampai 3 jam..... prtffff!!!! Sabar..... sabar..... ini semua dugaannnnnnnnn...... jadik slow2 makan secara santai..... pusing2 epot Miri yang tak seberapa..... siap mandikan budak kenit berdua dan in 1, 2 and 3.... pooffffff!!!! transformed kepada baju tidur..... hahahaha..... sengih2 budak kenit berdua tu naik flite sambil pakai baju tidur.



Awal-awal lagi kami dah masuk ke departure hall, menunggu depan gate sebab kedai kebanyakkan dah tutup. Baik lepak depan gate sambil lelapkan mata dalam sejam dua. Akhirnya tak boleh lelap juga sebab budak kenit berdua ni bukan tahu duduk diam. Berlarian ke sana sini..... terpaksa ambo buka mata luas2 dok perati kot ada yang tersembam cium lantai.

Lemme introduce.........



Inilah ATR-72 Series 600 yang membawa kami dari Miri ke Kota Kinabalu. Comel je kan pesawat milik MASWings ni..... hehehehe. Masa nak naik pesawat, semua penumpang kena turun dan berjalan di Tarmac menuju pesawat.... ala macam Airasia juga..... cuma pesawat MASWings tak adalah parking sikit punya jauh dari gate perlepasan. Uniknya ATR-72 selain dari saiznya yang kecil molek, penumpang kena naik melalui pintu belakang kerana pintu hadapan pesawat khusus untuk load cargo.

Ingatkan pesawat saja kecil molek dan comel..... anak kapal MASWings pun sama. Tak caya cuba tengok......



Nama dia Nurhananie.... budak Sabah bah.... pekat likat slang Sabah dia..... hehehehe.....



Kita tinggalkan kejap Nurhananie.... kita sembang sikit pasal ATR-72. Boleh memuatkan 78 penumpang.... seat kembar dua dan bukannya tiga..... tempat letak bagasi di atas agak rendah untuk penumpang yang tinggi lampai seperti ambo. Masa nak duduk sekali gedebuk..... bunyik apa tu? Sekali dahi ambo terhantuk kat tempat letak bagasi daaaaa...... kontrol..... kontrol...... Nurhananie nampak tu..... kah3..... nasib baik tak benjol dahi. 

Kalau bawa beg besar kena letak kat ruangan bawah, tempat kaki tu. Beg travel ambo yang biasanya muat terletak di ruangan bagasi Boeing 737 langsung tak boleh masuk ke ruang bagasi atas ATR-72. Moral of the story..... its contradict...... kalau Boeing beg besar simpan atas dan beg kecil simpan bawah..... manakala kalau naik ATR-72, beg besar simpan bawah dan beg kecil letak atas..... lesson learned.

Menariknya @ surprisingly kata ketua kampung mertua ambo.... ruang kaki penumpang dalam pesawat ATR-72 amatlah luas..... tak padan dengan kecik..... tempat duduk pun selesa. Penerbangan pun tidaklah haru mana..... tiada gegaran seperti mana yang sering diuar-uarkan..... mungkin sebab cuaca yang baik sepanjang penerbangan.

Peace yaw!!!!!



Disebabkan penerbangan kurang dari 1 jam.... hanya sepaket kacang dan secawan jus @ kopi @ teh untuk halwa perut. Ini pun sudah lebih dari cukup untuk si dogol ni.... janji dapat makan minum dalam flite...... hahahaha

Dipendekkan cerita ceriti lagi.... hampir tengah malam baru kami sampai di epot KK. Nasib baik kami tak bawa banyak bagasi, cepat saja urusan kastam dan imigresen.... terus cepat2 keluar untuk tunggu adik ipar datang jemput.



Di mana kami tidur untuk malam tersebut?

Promenade Service Apartment...... kena tidur hotel dulu sebab perjalanan ke kampung mertua mengambil masa 2 jam lebih dari KK. Tidur dulu 2 malam di KK sebab nak ronda2 sambil shopping sikit2..... next N3 kita sembang pasal Promenade Service apartment pula.

Babai.......

Saturday 17 August 2013

Adegan Dekat Nak Raya

Bila tuan punya blog berpuasa..... Diari Si Ketam Batu turut sama berpuasa dari sebarang posting terbaru. Memang sepanjang Ramadhan ambo langsung tak update sebarang news di blog kesayangan ambo ini. Bukan sibuk beribadat.... huhuhu..... tapi sibuk dengan urusan kerja harian. Tapi urusan kerja harian jika dijalankan dengan niat yang ikhlas dan nawaitu solid kerana Allah SWT pun dikira ibadat juga kan.... kan... kan....

Masih di bulan Syawal.... kita beraya sebulan kan.... tapi mood raya makin lama makin terhakis. Ini gara2 masing2 sibuk dengan bebanan kerja..... beraya dua tiga hari di kampung halaman, dah masuk opis balik. Open house pun dah tak sekencang dulu.... kalau dulu saban minggu ada saja teman2 yang buat open house.... la ni nak buat open house pun masing2 pikir tiga pat kali sebab tak sempat nak curi masa.

Ini termasuklah ambo sendiri.... niat di hati memang nak jemput rakan2 beraya di rumah.... tapi timing memang selalu tak kena. Hujung minggu pun kena berkampung di opis.... dah tu bila nak buka pintu rumah luas2 for raya open house der?

Panjang pula seh intro.... bila lama tak menulis di blog, gian saja jemari ambo yang mulus ini untuk mengetik bait2 yang terpendam di hati.... prtffff!!!! 

Ekceli nak tulis pasal Ramadhan ari tu... bukan apa pun, alang2 dah ada piccas baik abadikan kat blog. 


Masa dah hujung2 Ramadhan ari tu... ambo sekeluarga berkunjung ke AEON Rawang.... kunun2 nya nak shopping raya. Bukan untuk diri sendiri pon, untuk anak2 saja. Ambo sendiri pulun pakai baju raya tahun lepas saja der.... dalam wardrobe tersusun baju melayu dari tahun yang lepas2.... niat nak sodoqah saja pada yang lebih memerlukan.... Inshaa Allah.

Masa kat parking AEON nampak lori besar gedabak milik Lembaga Zakat Selangor.... the bell ringing in my kepala lutut.... dah hujung2 Ramadhan pun masih belum bayar zakat der..... alang2 dah terserempak baik bayar terus.... nak tunggu balik kampung baru bayar macam tak kena pula. Kerja kat Selangor tapi bayar zakat kat state lain? Hmmmm..... memang tak salah dari hukum syara' pon.... cuma ambo lebih selesa bayar zakat di negeri tempat ambo mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga.


Kaunter bergerak milik PZS ini memang selesa..... walau kecil. Masa ambo terjah masuk hanya ambo dan sorang lagi brader yang menunggu giliran untuk bayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah bagi tahun 2013 adalah RM7 satu kepala.... Alhamdulillah tertunai satu lagi tanggungjawab ambo sebagai Muslim di atas muka bumi Allah SWT.

Okied.... anak2 jom kita cari baju raya untuk kalian.... KALIAN..... skema punya wording.... hahahaha.... pesal ambo gelak ni.... huhuhu. Okied..... gerak cari baju raya.... cari punya cari tak ada pula yang berkenan untuk disarung kat badan gebu bebudak berdua tu.... mission failed!!!!! Tak apa lah anak2, kita cari baju raya kat tempat lain. Sebesar-besar AEON tak jumpa baju raya yang sesuai? Bior betik......... sebetulnya tak cari mana pun.... setakat lalu dan jeling seketika.... mana nak jumpanya. Lagipun dua tiga hari sebelumnya dah beli sepasang baju melayu untuk MHD dan QM.... sebab sekolah ada sesi gambiran raya....... untuk baju kasual, nanti2 lah dulu.... ada masa lagik..... huhuhu

Fossil..... Fossil.... Fossil..... 2013 ambo tak beli baju raya kan? Lalalala.... tak ada baju raya kita beli benda lain untuk bergaya di hari raya.... jam raya Fossil!!!! Kebetulan ada model baru jam Fossil baru masuk kedai.... bukan model terbaru cuma baru sampai kat kedai tersebut.... masing2 ambo dan AT rembat sorang satu. 


Ini koleksi jam Fossil kedua dalam simpanan ambo. Fossil pertama ambo beli masa buat job cleaner kat Ostolia.... prtf!!!!! Jadik cleaner pun ambo mampu beli jam Fossil der..... hahahaha..... ambo mulai rindu dollar Ostolia!!!!!! Walau hanya berstatus cleaner kilang buat pie, ambo sekeluarga mampu bercuti ke saentero Nusantara bak OKB.... siap bagi tips dalam dollar Ostolia kat bell boy dan pak supir..... mana tak kena layan bak millionaire.... ahakkssss!!!!!


Selamat sambar Fossil sorang satuk.... ambo terjah pula Focus Point sebab nak tukar spectacle.... spec ambo ni dah 2 tahun tak bertukar... nak drive malam pun dah silau bukan main. Power spec pun rasanya kena up sikit.... walawei mata ambo makin rabun nampaknya. Hangus kat Focus Point dalam RM2k++..... inilah natijahnya kalau kochik2 dulu tak jaga mata..... suka bebenor nengok telebisyen dekat2. Juga buat doktor gigi yang cabut gigi geraham ambo dulu.... lepas dicabutnya geraham ambo terus mata ambo jadi suam2 kuku..... makin lama makin merabun.


Kalau diikutkan harga kat Focus Point memang sedikit mahal kalau dibandingkan dengan kedai2 biasa. Jadik kenapa ambo masih SETIA dengan Focus Point? Ntah..... hahahaha...... bagusnya setiap pembelian akan ada rebates untuk pembelian yang seterusnya.... amat sesuai untuk seisi keluarga yang ada masalah rabun. Macam ambo... rebates yang lepas digunakan oleh mak mertua. Rebates kali ini mungkin digunakan oleh AT yang matanya mula suam2 kuku. Tak banyak mana pun rebates yang dapat, lebih kurang 10 persen. Macam ambo belanja RM2k plus dapatlah rebat dalam RM200 plus untuk pembelian yang seterusnya. Tapi rebates tersebut hanya sah laku dalam tempoh 6 bulan sahaja.


Kendian sambung balik window shopping kat AEON..... mana tahu kot ada rezeki jumpa baju kasual untuk MHD dan QM...... namun nan hado. 


Nampak macam tak ramai orang kan? Memang tak ramai mana pun, agaknya tahun 2013 semua pakat2 berbelanja secara berhemah. Paling bagus, gaji tak masuk awal macam tahun2 yang sudah. Kalau tak, silap2 gaji bulan 8 hangus untuk belanja raya. Satu tindakan yang bagus untuk mengelakkan perbelanjaan di luar kawalan.


Penat window shopping kita pakat legakan urat saraf dan otot2 yang bekerja keras untuk berjalan ke hulu ke hilir. Rest n Go by Gintell..... memang dah jadi kelaziman untuk MHD dan QM untuk melepak kat kerusi Gintell.... ambo pun sama. Sedap rasa badan dipicit2 manja oleh Si Gintell..... tu belum lagik Gintell original kat Hat Yai nun.... huhuhu


Dah habis ribu riban.... ribu riban tu!!!!! Ahaksssss..... lagak orang kayap perasan kaya...... kami beransur dari AEON untuk pulang ke rumah. Dalam pada itu sempat singgah sekejap kat Pasar Ramadhan sebelum sampai rumah. Sebetulnya ambo tak suka sangat bersesak kat Pasar Ramadhan, singgah pun sebab masa lalu macam dah tak ramai orang.


Tergoda iman ambo dengan minuman yang berwarna-warni. Hijau kuning merah semua hado. Yang kaler hijau tu air jambu plus asam boi.... memang sedap.... soya pun ambo beli sepaket tapi sampai rumah pecah berderai jatuh ke lantai.... setitik pun tak sempat ambo rasa..... huhuhu


Kuih muih pun hado.... tapi ambo kalau kuih muih ni memilih sikit.... tak semua kena dengan selera tekak.... kalau moda2 dulu langsung tak pandang. La ni bila dah dewasa sikit baru tekak ni boleh terima kuih muih masa berbuka.


Itulah serba sedikit coretan hujung2 Ramadhan ambo..... next N3 kita sembang pasal raya pula. 

Babai......