Wednesday 26 February 2014

Wordless Wednesday # Ini semua poyo!!!



Hahahaha..... berselfie sebelum naik pesawat ke Kota Kinabalu.
Rasanya sudah lama owner DSKB tidak menulis sebarang entry berkaitan percutian.

Terpaksa slow down lately, for a few reasons.
Okied.....
Obviously its something to do with budget.

Budget disalurkan ke arah lain, jadi travelling terpaksa dilupakan sekejap.
Its ok.....
Demi keselesaan, kemudahan & pelaburan masa hadapan.

Ada rezeki kita akan kembali berjimba-jimba ye anak-anak.

Saturday 15 February 2014

V Day..... Valentine's Day atau Vagina's Day?

Saban tahun, sejurus sahaja sambutan Hari Kekasih atau lebih Western dengan panggilan Valentine's Day berakhir maka akan terpampanglah di dada-dada akhbar akan berita pasangan ditangkap khalwat. 

Antaranya adalah.....

Georgetown: Lima wanita dan tiga lelaki berstatus suami dan isteri orang antara sembilan pasangan kekasih dicekup disyaki berkhalwat dalam Ops Jejak Kasih di beberapa hotel di seluruh daerah Seberang Perai awal pagi tadi.

Harian Metro 15 Feb 2014

Kuala Lumpur: Ten including an underage couple were detained for alleged khalwat (close proximity) following a Valentine's Day raid as several hot spots in the city by officers from Department of Federal Territory Islamic Affairs to curb vice among Muslims.

The Star 14 Feb 2014

Itu antara yang tertangkap..... yang terlepas?

Kalau dulu hanya muda-mudi remaja pendek akal yang biasanya tertangkap, kini yang berstatus laki bini orang pun turut sama galak menyambut Valentine's Day bersama kekasih gelap masing-masing.

Lagi parah, ada yang sudah menjangkau usia senja..... rumah kata pergi, kubur kata mari pun tidak mahu kalah ber Valentine's sama sehingga tertangkap oleh pihak berkuasa agama di hotel-hotel murah.

Pihak berkuasa agama sememangnya secara konsisten sejak dari dulu melarang umat Islam menyambut Valentine's Day kerana bertentangan dengan ajaran agama kita.

Memang terbukti pun keburukkan menyambut Valentine's Day dikalangan umat Islam. Dating bersama kekasih terbawa-bawa sehingga ke bilik-bilik hotel. Kononnya untuk lebih privacy..... privacy kepala atuk hang!!!!!

Hotel murahan pula tu....... dah lah sengkek, ada hati nak buat maksiat..... puihhhhhhhhh!!!!!!

Bila jantan betina berdua-duaan di bilik hotel, sudah tentulah akan menjurus kepada aktiviti perj*b*ran. Maka kalau tak kena gaya, sembilan bulan dari sekarang ramailah anak-anak luar nikah bakal dilahirkan (anak-anak itu lahirnya suci tanpa dosa). 

Lebih malang lagi, berapa banyak bayi yang tidak berdosa akan ditemui di mana-mana longkang atau tong sampah pada bulan November 2014 yang akan datang?

Nampak tak antara keburukkan kalau sambut Valentine's Day selain dari sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam?

Ok...... statement ambo ini khusus untuk umat Islam sahaja ye. For non-Muslim, ambo tak mahu campur.

Jadi sama-samalah kita war-warkan..... say NO to Valentine's Day!!!!!

Roger & out.

Friday 14 February 2014

JoM MaKaN - Nasi Kerabu Pattani @ Behrang 2020 Tanjong Malim

Nasi kerabu memang salah satu makanan peberet ambo. Asal nampak mana-mana kedai jual nasi kerabu mesti kena singgah.

Biasanya kalau mana-mana kedai jual nasi kerabu tak ada pun signage bagai, koman-koman pun tulis nasi kerabu bersama menu-menu yang lain.

Tapi masa shopping barangan rumah di TF, ternampak satu kedai makan siap tulis nasi kerabu Pattani. Ada beza ke nasi kerabu Pattani dengan nasi kerabu yang biasa kita dok makan? Ok lets give a try kata ketua kampung Ketoyong.


Agaknya memang kedai ini mengkhusus kepada nasi kerabu semata-mata sebab tak ada nampak pula menu makanan yang lain. Tak tahulah kalau di dapur sibuk memasak tom yam bagai......

Tengok ingredients yang dicampur adukkan machiam sama saja dengan nasi kerabu yang lain. Itu kalau tengok sekali imbas, kalau secara teliti boleh nampak ulam-ulaman yang digunakan sedikit berlainan.


Jadi, sedap ka nasi kerabu Pattani?

Failed....... huhuhu!!!!!

Tak kena pula dengan selera tekak ambo. Kenapa ye?


Sebabnya terasa kering sangat..... machiam tak cukup moisture. Rasa budu pun tak ada, nasi kerabu Pattani memang tak guna budu agaknya.

Tapi budulah penambah perisa kepada mana-mana hidangan nasi kerabu. Tanpa budu, bukan nasi kerabulah namanya...... hehehehe!!!

Ada satu lagi kedai nasi kerabu yang selalu ambo singgah di Tanjong Malim, berhampiran Taman U. Satu area dengan kedai komputer BHL. Ada masa ambo review ok.

Roger and out!!!

Thursday 6 February 2014

Cyclone Car Wash and Auto Spa Tanjong Malim.....

Mamat Bangla yang kerja kat sini memang kaki upsale. Machiam peluru mereka pakat promote perkhidmatan yang ada, lepas kita setuju satu mereka push suruh ambil package yang lain pula.....

Antara package yang ada di Cyclone Car Wash adalah.....

Manis mulut boleh runding kasi rendah harga. Kompem cair hati abang Bangla dengan pujuk rayu, kalau jantan biasa dema tak bape nak layan.... hehehehe.


Kalau singgah sini make sure hati kena kering, silap-silap tergoda nak ambil semua package. Lagi-lagi kalau yang jenis anggap kereta sebagai binik nombor 2.

Ambo pun terkena juga sebenarnya, maklumlah sayang kereta. Dari asalnya cuma nak wax terbabas kepada package-package yang lain. Tapi tawar menawar tetap ada....... bolehlah kurang sikit harga.

Antara yang ambo buat adalah....

Polish dan wax, 2 buah kereta = RM150 x 2 = RM300
Cuci kusyen, 2 buah kereta = RM110 + RM130 = RM240
Polish cermin,  2 buah kereta = RM120 x 2 = RM240
Anti-bacteria treatment, 1 buah kereta = RM25

Total = RM805

Selain dapat kurangkan harga yang tak seberapa, dapat perkhidmatan percuma untuk.....

Cuci enjin kereta, satu kereta RM15..... FOC untuk kedua-dua buah kereta.

Anti-bacteria treatment, satu kereta RM25..... FOC untuk sebuah kereta.

Ranap sebahagian duit bonus semata-mata nak jaga kereta..... sayang kereta punya pasal nak buat machiam mana ye tak.

Machiam mana dengan kualiti kerja?

IMHO..... memang ok, kira puas hati jugalah. 

Berkilat-kilat kereta lepas kena polish, kusyen pun sudah bebas habuk..... 8 tahun guna kereta sekali pun tak pernah bersihkan tempat duduk.

Polish macha jangan tak polish!!!

Cubalah ke Cyclone kalau berkesempatan, tapi kalau buat sendiri kat rumah pun boleh, kena rajinlah. Selain keluar peluh, duit pun dapat jimat kalau buat sendiri. Cuma ambo ni pemalas..... hehehehe.

Lupa nak habaq..... Cyclone Car Wash ini letaknya dibelakang BHP petrol station, Jalan Besar Slim.   

Roger & out.

Wednesday 5 February 2014

Wordless Wednesday # Pelesit Jahanam!!!!!



Pelesit bunguk..... mana....... mana?

Tu..... yang dalam circle kaler merah dalam foto kat atas. Pelesit jahanam menyamar jadik Proton Wira.

Ini untold story yang terjadi masa Eve Chinese New Year yang baru lepas. Kamon la der, memanglah jalan sedikit jammed sebab ramai yang nak balik kampung bercuti.

Tersengguk-sengguk semua kereta, jadi kena sabarlah tunggu turn nak masuk plaza tol. Tapi sekali ada satu haram jadah menyelinap machiam orang giler, nyaris nak langgar bumper kereta ambo.

Nasib baik ambo spontaneously dan sempat kilas stering sedikit ke kanan sebab dari hujung mata nampak kereta si pelesit bunguk meluru laju ke arah ambo. Itu nasib baik ambo sempat kilas, kalau tidak masing-masing kereta masuk bengkel waktu apek-apek semua cuti panjang.

Kalau apek ambo boleh consider lagi, kita sangka baik dia nak balik cepat sebab nak dinner bersama family sempena Chinese New Year. Tapi ini Melayu tok tok..... hidung kemek lubang kembang..... nak makan besar apa ke jadahnya!!!

Bunguk...... orang lain pun nak balik rumah juga der. Tapi berbudi bahasa dan bersabarlah sikit kat atas jalan raya.

Bunguk!!!!!

Roger & out.

Monday 3 February 2014

Kelab Go Cart dan Akademi Memanah Tanjong Malim

Kini ada satu tarikan terbaru ke Tanjong Malim, terutamanya kepada peminat-peminat go cart dan memanah. Kelab Go Cart dan Akademi Memanah Tanjong Malim telah dibuka, bertempat di Kg Ketoyong, mudah kata berhadapan dengan Stesen Komuter/Keretapi Tanjong Malim.

Pendaftaran dibuka sekarang. Individu RM80 manakala untuk keluarga seramai 5 orang pula RM180.

Amachiam, kadar dia murah atau mahal?

Tujuan utama kami singgah sebab MHD dan QM beriya-iya nak main go-cart. Sekali bila nak reg rupanya go-cart hanya terbuka untuk mereka yang berusia 10 tahun ke atas. Hehehehehe..... terus ada yang terluka hatinya kerna masih belum cukup umur.

Tapi kalau kowtim ok kot..... umur muda tapi saiz badan dah machiam budak besaq ok agaknya. Next time ambo mahu choba nasib, untung sabut merasalah bebudak tu memandu go-cart.

Nak suruh memanah takut belum ada daya nak tarik..... sudahnya yang bawah 10 tahun terpaksa main benda ni.....

Ini adalah percuma, melompatlah sampai semput tak ada yang melarang.

Mak dan bapak budak boleh lepak-lepak makan goreng pisang sambil perhatikan anak-anak yang bermain trampoline.

Lepak-lepak sambil pekena pisang goreng pun layan juga!!!

Pada yang berusia atas 10 tahun, bolehlah layan corner.....


Ambo memang teringin nak choba tapi karang ada yang jaki. Next time kena tinggalkan budak kenit berdua kat rumah kalau datang sini.

Apa lagi geng..... jom kita layan corner!!!!

Roger & out.

Trip Ke The Mines Seri Kembangan

Bila muncul saja hujung minggu yang panjang, kepaler mulalah terpikiaq nak gi mana. Kalau ikutkan isi poket, malas nak keluaq sebenarnya. Faham sajalah, rate hotel for sure mencanak naik, itu belum lagi kena redah kesesakkan jalan raya. Tapi bila difikirkan anak-anak yang merengek nak berjalan, redho sajalah.

Kami tak gi jauh mana pun sebenarnya, cuma ke The Mines Seri Kembangan. Kalau diikutkan, kali terakhir kami ke sini pada tahun 2008. Masa masih belajar dulu, The Mines memang tempat ambo dan HM lepak-lepak dan berpoya-poya. Bila dah pindah ke TGM sebab kerja, memang kami tak jejak kaki dah ke The Mines.

Oklah, bawa anak-anak berjalan sambil mengimbau kenangan lama hehehe.

Kami keluar dari rumah kira-kira jam 9ish gitu, laluan menuju selatan memang lancar tapi menghala utara agak sibuk. Dengan keadaan jalan yang clear menuju selatan, dalam sejam setengah saja kami sudah terpacak depan The Mines. Itu pun sebab terbabas masuk ke lebuhraya Silk. Maklum dah lama tak ke Seri Kembangan, dah lupa laluan masuk ke The Mines.

Motip picca ini? Nak bagi mudah ingat laluan ke tempat kami parking kereta..... hehehe. Ambo memang ambil berat benda-benda simple sebegini, sebab kekadang boleh terlupa kat mana letak kereta.

Kami tiba agak awal sebenarnya, lagi pula banyak kedai tutup sempena Chinese New Year.

Ini amoi mesti kena paksa kerja oleh majikan.... kesian!!!
Tapi tak apa, kedai banyak tutup pun ok sebab kami bukan ke sini untuk shopping tapi nak bawa anak-anak merasa naik benda ni!!!

Nak gi Venice entah bila rezekinya. The Mines pun jadilah ye anak-anak!!!

Ambo pernah naik benda ni bersama HM, masa tu masih belum kawen. Mertua pun ada sama, a few years later bawa anak-anak pula untuk merasai angin sepui-sepui bahasa The Mines Lakes.

Jadi berapa harga tiket untuk naik The Mines Cruise?

Ada banyak options..... pada ambo yang golongan marhain ini, agak mahal juga harga tiketnya tapi mengenangkan kegembiraan anak-anak, pejam mata sajalah.

Antara pakej yang ada adalah;

Amazing Cruise menyusuri Tasik Utara dan Tasik Selatan selama 50 minit. Harga dewasa adalah RM33 manakala kanak-kanak pula adalah RM24.

Discovery Cruise menyusuri hanya Tasik Utara selama  40 minit. Harga tiket RM27 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Greenery Cruise menyusuri Tasik Selatan selama  15 minit. Harga tiket dewasa adalah RM22 dan kanak-kanak RM17.

Amazing Cruise for 2 adults + 2 kids, total RM114. Berbaloi atau tidak.... bergantung. For kids memang priceless sebab pengalaman baru. Kita tengok anak-anak happy, kita pun happy. Tapi for myself as an adult, rasa membazir pun ada sebab terusan di The Mines macam dah tak terjaga, sampah sarap berapungan. Apa hal ni der? 

Ada pakej-pakej lain juga seperti Splash Tour. Splash Tour ini menerokai The Mines Lakes dengan menaiki kenderaan amfibia, kenderaan yang boleh bergerak di daratan juga di air. Kami tak berminat dengan Splash Tour sebab dah buat masa di Langkawi dulu.

Jangan lupa beli makanan ikan sama sebab nanti bot akan berhenti di dua lokasi untuk beri ikan makan. Kanak-kanak memang suka.

Jangan lupa juga beli minuman dan makanan ringan buat alas perut. Memang pada tiket ada tulis tak boleh bawa minuman dan makanan. Gilo ko!!! Kita bukan kat Europe musim luruh ke hapa, tapi kat Seri Kembangan je pun, panas bukan main. Dekat sejam atas bot mahu meroyan anak korang kehausan & kelaparan. Operator bot tak check dan tak kisah pun sebenarnya, tapi kaver-kaver la sikit.

Nak naik cruise ada masa tertentu ikut jadual, biasanya setiap satu jam. Kalau terlalu awal, korang boleh jalan-jalan dulu, kalau dah dekat masa bot berlepas, korang boleh lepak-lepak tepi terusan The Mines. Dulu banyak ikan keli besar-besar lengan, sekarang pun ada tapi sampah pun banyak juga. Sedih ambo tengok!!!

Ini ada picca sikit, kita tengok picca sambil bercerita k;

Satu cruise dengan kami ada satu family Arab. Ambo kekadang skeptikal sikit dengan peel kaum Arab ni, tapi yang ni kira ok sebab jenis tak banyak kerenah.

Lupa nak cerita, masa menunggu bot kami berlepas, ambo nampak ada dua budak kecik ni dalam usia anak-anak ambo jugalah. Menyelinap beberapa kali ke tempat bot ditambat. Ambo faham, budak-budak, itu cara dia bagitahu parents dia yang dia berminat nak naik bot machiam orang lain.

Sedih pula ambo tengok, banyak kali bapak dia panggil. Tapi dia balik-balik menyelinap masuk ke tempat bot. Bapak dia dah naik angin agaknya, terus tarik budak tu keluar. Mungkin bapak dia rasa machiam tak berbaloi agaknya, lagipun bukan murah tiket nak naik. RM20 pun dah mahal bagi golongan miskin bandar machiam ambo sekeluarga, jadi ambo faham sangat kenapa bapak budak tu tak kasi anak-anak dia naik bot.

Tapi kan, rasa buduh dan tertipu pun ada. Tetiba rasa bapak budak tadi lagi cerdik. Bukan apa, lepas cruise berlepas dan menyusuri terusan, apa yang ambo nampak cuma sampah sarap yang berapungan. Kita bayaq mahal-mahal sebab nak nikmati keindahan, bukan nak sakitkan mata dengan sampah sarap. Tak ada inisiatif ke nak kasi bersih?

Bila mata tertoleh pada tebing terusan pula, nampak arca dan replika yang dah lusuh. Bunga-bungaan pun hidup segan mati tak mau. Langsung tak kena pulihara, bayaq mahal-mahal tak kan ini yang kita nak tengok ye tak? Kalau duit berkepuq-kepuq tak der hal kot, tapi bagi ambo yang belanja duit yang tak seberapa untuk kegembiraan anak-anak, memang ada rasa tak puas hati. Kalau korang tak tahulah.

Ini dalam kunci air yang memisahkan terusan dengan tasik. Machiam kat Europe tu, bot dari arah terusan kena masuk ke kawasan kunci air kemudian paras air akan turun sedikit demi sedikit supaya sama dengan paras air tasik. Tak reti nak explain lebih-lebih la der..... hehehe.

Sedikit info & trivia berkaitan The Mines. Rupanya The Mines bekas lombong yang dipulihara sebagai tempat rekreasi. Korang bacalah sementara tunggu paras air terusan turun menyamai paras air tasik. Agak lama juga dalam kunci air ni, patutlah Amazing Cruise kena ambil masa sampai 50 minit.  

Ok anak-anak, pintu kunci air sebelah tasik sudah terbuka..... jom kita pakat-pakat cruising tengok keindahan tasik The Mines. Ambo tak sabor nak keluar dari kunci air bukan apa, tak tahan dengan bau hanyir!!!!

Seronok tak naik bot menyusuri Tasik The Mines?

Anak-anak memanglah seronok sebab pengalaman baru tapi ambo sebagai parents memang rasa sedikit kachewa lepas nampak sampah sarap dalam terusan tadi dan arca yang terbiar tanpa jagaan sempurna.

Lagi pun tak ada apa sangat nak dilihat, cuma padang golf di persisiran Tasik Utara, dan beberapa buah bangunan komersial.

Di Tasik Utara, cruise akan berhenti sekejap berhampiran dengan lokasi Palace of The Golden Horses, untuk aktiviti memberi ikan makan.

Palace of Golden Horses..... gah pada nama dan saiz bangunan. Pernahkan anda menginap di sini? Ambo belom!!!

Mula-mula ambo konpius..... ini aktiviti beri ikan makan ke aktiviti beri burung merpati makan? Burung-burung ini sudah terbiasa rupanya, asal ada bot yang datang mereka pun tumpang menyibuk..... sibuk mahu makan makanan ikan.

Lepas campak dedak ikan ke tasik baru berbondong-bondong ikan keli timbul. Besar-besar, lebih besar dari lengan ambo!!!

Lepas bagi ikan makan, cruise bergerak lagi untuk cuci mata sekitar Tasik Utara, sebelum kembali ke The Mines untuk terokai Tasik Selatan pula. Untuk ke Tasik Selatan kena masuk kunci air sekali lagi.

Pemandangan Tasik Utara!!!

Kunci terusan.

Captain bot pun kebosanan sebab memang ambil masa untuk memastikan aras air dalam kunci air menyamai kedalaman terusan. Agak-agaknya dalam kunci air pun dah dekat-dekat 15 minit - nak masuk ke Tasik Utara dan kembali ke The Mines.

Okies.... hampir naik ke terusan. Sabor ye anak-anak!!!

Boleh baca benda ni buat isi masa - memang ambo rasa lama betul dalam kunci air, dah lah dengan bau hanyir dan sampah sarap yang terperangkap. Langsung tak ada fefeeling kat obersea.

Mana-mana penumpang yang tak ambil pakej Amazing Cruise akan diturunkan di The Mines. Manakala yang lain akan meneruskan perjalanan ke Tasik Selatan. Tak sebesar Tasik Utara, dan tak ada benda untuk dilihat pun kecuali kediaman mewah golongan yang dah tak tahu nak buang duit ke mana.

Kaya raya betul depa ni, depan rumah berderet BMW, belakang rumah pula siap parking bot mewah. Ada satu bot nama Syazean, owner dia Malay bertahap billionaires agaknya, ambo tumpang bangga bila tengok orang kita dah mampu jadi kaya raya seperti bangsa asing.

Kat Tasik Utara pun ada aktiviti bagi ikan makan, tak de aktiviti lain ke der?

Berduyun-duyun depa mai makan. 
Angsa pun mai tumpang makan sama.

Pemilik banglo tepi tasik siap ternak angsa.... hitam ada putih pun ada.

Ambo yang belum sejam ni dah rasa busan, mamat Bangla yang jadi kapitan ini lagilah agaknya.... hari-hari dok bawa bot pergi tempat sama.

Itu sajalah aktiviti Amazing Cruise, mengelilingi Tasik Utara dan Tasik Selatan sambil bagi ikan keli makan. 

Amachiam?

Rasa berbaloi tak, hehehehehe.

IMHO, ini pada pendapat ambo sajalah. The Mines Cruise memang dah sama tahap dengan I-City kat Shah Alam. Sama tahap dari segi mengenakan charge yang melampau. Setiap sen yang dikeluarkan tak sama level dengan apa yang ditawarkan oleh pihak pengendali.

Oklah, bunyi machiam tak best tapi demi kegembiraan anak-anak, machiam ambo cakap awal-awal tadi, pejam mata sudahlah.

Kembali untuk kali yang seterusnya, tak akan dan tak mungkin.

Naik bot sudah, apa pula anak-anak?

Main games? Biaso ko nih.......

Kat rumah dah ada PS II dan i-Pad kan..... buat apa masuk sini? Pusat hiburan keluarga kunun, ambo rasa ini tempat seisi keluarga menghabiskan duit poket yang tak seberapa.

Time untuk makan-makan!!!

Di food court The Mines dulu ada seorang uncle yang cukup handal memasak claypot chicken rice dan sizzling noodles. Tapi uncle tu dah pencen, dia punya kiosk pun orang lain dah ambil alih.

Sizzling chicken with mushroom yee mee and egg. Nampak sama machiam dulu tapi rasa memang out, machiam ada yang kureng.

Alang-alang sudah sampai The Mines, ambo order jugalah sizzling noodles walaupun pemiliknya sudah bertukar tangan. Tapi rasanya dah tak sesedap dulu, machiam kurang ingredients pula. Hampa..... hampa...... mana nak cari sizzling noodles yang shodap ye?

Cadang lepas The Mines nak pergi jalan-jalan sekitar Bangi dan Kajang tapi rasa machiam tak cukup masa pula. Sempat singgah Hentian Kajang sekejap sekadar untuk mengimbau kenangan lama, kemudian terus masuk highway untuk balik ke TGM.

Tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat ambo tidur lena dimalam hari selepas seharian berpenat lelah di kampus.

Laluan Plus menuju utara memang happening, banyak kereta wei tapi masih lancar. Cuma bila nak masuk tol ke TGM, banyak giler kereta sampai kena beratur panjang. Ada member yang balik lewat sikit dari ambo, kena beratur dekat sejam untuk lepasi plaza tol. Mana urang mahu pigi, mau makan pau Yik Mun ka?

Sesekali dalam setahun merasa kami penduduk TGM terperangkat dalam kesesakkan trafik di plaza tol TGM.

Masing-masing jejak rumah terus pengsan sampai ke Maghrib. Hekelleh...... machiam korang yang drive hehehe.

Roger & out.

Gong Xi Fa Cai..... Xin Nian Kuai Le

Hong Bao Na Lai....... hehehehe
(Malay translation is 'huluq-huluq la angpau merah lebih sikit')

Kepada readers DSKB yang merayakan Tahun Baru Cina, ambo selaku moderator blog DSKB dengan penuh hormatnya mengucapkan Gong He Fat Choy - wishing you to be prosperous in the coming year.

Mesti ada yang makan besaq pada Chinese New Year Eve, dan ada juga yang makan biasa-biasa saja...... mungkin juga ada yang sekadar cukup-cukup makan. Walaupun apa pun, semoga semua masih dapat bergembira dan menyambutnya dalam suasana yang penuh harmoni.

Pada hujung minggu yang lepas, ambo sekeluarga menghadiri jemputan rumah terbuka sempena Chinese New Year anjuran rakan seopis HM. Makan-makan sambil sembang santai...... tapi kalau dah rakan seopis berkumpul, topik pasal kerja kompen akan dibincangkan sama..... hehehe.

Ada picca sikit untuk dikongsi.....

Bila tengok kuih-muih, ini sudah machiam Aidilfitri. Ini dikatakan keharmonian, unsur-unsur kaum lain diasimilasikan. Tapi limau mandarin tetap wajib ada, manis-manis.

Walau jemputan tak berapa ramai, boleh tahan juga tuan rumah sediakan juadah. Kuih muih  dan limau mandarin cuma sekadar pembuka selera rupanya....... habis kuih-muih, spagetti pula yang muncul...... shodap dan konyang ambo dibuatnya.

Tahun Kuder..... shomel-shomel!!!! Tapi Kuder species apa yang kat belakang Kuder merah tu? Hehehehehe........

As usual, tak lengkap jamuan terbuka sempena  Chinese New Year kalau tak ada Yee Shang (English translation is Prosperity Toss).

Sedikit info berkaitan Yee Shang - ia merupakan Teochew-style raw fish salad..... dah machiam sushi dah bunyinya. Daging ikan mentah akan dicampur gaulkan dengan hirisan kecil sayur-sayuran beserta sos dan beberapa ingredients yang lain mengikut selera masing-masing.

Walaupun dikatakan tradisi Yee Shang berasal dari Tanah Besar China, lebih tepat lagi dari wilayah Guangzhou, Shantou dan Guangdong..... Yee Shang kini lebih popular dikalangan kaum Cina yang menetap di Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Nak tengok Yee Shang versi sahabat kami?

Ini dia......

Shantek kan.... berwarna-warni dan beraneka jenis sayuran sebagai simbol abundance, prosperity & vigor.

Kemudian secara beramai-ramai, kita pakat-pakat gaul Yee Shang tadi dengan chopsticks. Kata tuan rumah, kena gaul tinggi-tinggi, lagi tinggi lagi bagus..... lagi banyak kemewahan dan kekayaan akan dinikmati.

Rupanya kalau gaul Yee Shang, kena gaul tinggi-tinggi..... bersepah pun tak apa. Sebahagian kami yang tak biasa, bukan main bersopan santun lagi masa gaul Yee Shang. Ye lah..... tak nak sepahkan rumah orang. Rupanya terbalik....... hehehehe.

Lepas gaul apa kena buat?

Apa lagi..... makan time!!!! Jangan malu-malu......

Tak sangka..... shodap rupanya Yee Shang ni, lebih-lebih lagi rasa sos dan jeruk yang dicampurkan bersama. Sampai licin kami sesah.... hehehehe.

Lebih seronok...... sudah semestinya bebudak kenit yang dapat angpow dari tuan rumah. Kami yang remaja tua hanya mampu tersengih-sengih sajalah....... hehehehe.

Kepada tuan rumah, terima kasih bebanyak atas layanan mesra. Gong Xi Fa Cai sekali lagi untuk anda!!!!

Roger & out.