Thursday 24 July 2014

TOYOTA VIOS : Tukar Tayar Baru Untuk Toyota Vios

Den pagi tadi tengah buat check-list, prepereshen kenderaan sebelum bertolak balik kampung sempena Aidilfitri. Maklumlah nak jalan jauh, kenalah pastikan kondishen kereta berada pada tahap maha tip top.

Antara yang terinklud dalam check-list den adalah;

1. Regular service - done
2. Bateri - done, sudah tukar baru minggu lepas
3. Insurans - done, renew minggu lepas
4. Road tax - done, buat sekali masa renew insurans
5. Tayar - hukalloh, yang ni belom

Machiam mana den tahu tayar kereta den dah masuk hukum wajib untuk di tukar ganti?

Achi senior edviser Toyota masa den servis kereta minggu lepas dah sound awal2, tayar dah kena ganti sebab tinggal 0.4 mm saja pun dia punyer bunga. Lagipun dah masuk 2 tahun, kira dah sampai hayatlah tayar tersebut dibersarawajibkan.

Nampak bunga machiam masih ok je kan?


Tapi sebenornya dah haus dah. Nak tahu senang saja, letak coin 2 posen kat celah2 bunga tayar. Kalau tak nampak perkataan SEN, kira tayar tersebut masih boleh digunapakai kerana bunganya masih tebal. Kalau terang lagi bersuluh perkataan SEN tersebut, memang bunga dah haus sangatlah. Hukum wajib ditukar dah tu!!!

Kiranya dia nak tukor le le tu jugak, tayar stendet mendet kilang untuk model Toyota Vios, Bridgestone Potenza RE080 saiz 185/60R15. Malangnya dalam stok cuma ada dua, dia suruh pasang dua dulu, lepas raya baru tambah lagi dua. 

Den malas sebenarnya nak datang dua tiga kali. Lagipun nak dabel-cek harga kat luar dulu. Kalau tak silap den harga dia nak bagi dalam 200++, kalau den tak silaplah. Memang harga di serbis senter agak mahal sikit, tapi kompem tayar ori dan baru beranak. Risiko beli kat luar, kalau kurang pengalaman kompem kena sembelih dengan apek kedai tayar, nak malang lagi kena beli tayar yang hampir ekpaiyed.

Machiam mana nak tahu code usia tayar?

Senang saja, cuba belek kelebek pada tayar akan ada nombor 4 digit. Dua digit pertama menunjukkan pada minggu keberapa ianya diproduksikan manakala 2 digit terakhir merujuk kepada tahun. Contoh machiam gambaq dibawah;


Sumber: Google Image.

Jadi dengan gegehnya pagi tadi den drive ke Taman Sri Muda, sana memang banyak bengkel. Den singgah di Hoong Fatt untuk cek belek tayar2 yang berkenan di hati. Tayar stendet mendet kilang memang susah nak cari kat luar, jadi den ambil keputusan untuk guna size 195/55R15. Nak cuba try test tayar yang lebar sikit dan sedikit nipis berbanding stendet.

Ekcelli den dah survey kat internet, size tayar yang sesuai untuk rim sukan stendet Toyota Vios. Ramai yang lepas lunyai tayar stendet kilang size 185/60R15, depa duk belasah size 195/55R15 pula. Ada pula yang mengadu nasib dengan 195/60R15. Tapi dalam banyak2 ramai yang sakjes guna 195/55R15. Tayar lebih menchongkam dan lebih bagus dia punya FC.

Jadi den pun carilah stok 195/55R15, tapi pasai apa mekanik duk bingit suruh den amik 195/60R15? Den buat keras hati nak 195/55R15 jugak hehehehehe. Brand den amik Bridgestone jugalah, sesuai untuk kereta keluarga dan selalu ulang alik long disten kata omputeh. Lebih tepat lagi Bridgestone Ecopia EP200 size 195/55R15.

Harga setelah diadu-dhomba, RM170 sebijik. Den nak tukar kesemua jadi matematiknya RM170 x 4 biji tayar, total RM680. Kemudian tambah sikit untuk rubber valve, seketul dia caj RM5, kali dengan 4 jadi RM20. Balancing FOC tapi alignment kena RM25. Ok ka dengan itu harga?

Umuq tayar pun kira shantek gak, code 2314. Maknanya dikilangkan pada minggu ke 23 pada tahun 2014. Kira-kira dalam bulan Jun ari tu lah. Baru sebulan dia punya umuq, kira baby lagi lah ni hehehehe!!!

Ada lagi yang murah, Falken tapi den dah serik guna Falken. Murah tapi lembut sangat. Kereta binik den guna Falken, cepat benor haus dia punya bunga. Kendian manja yang amat, pernah sekali tergesel dengan divider jalan terus koyak. Ayooooo amaaaaa!!!!!

Proses penukaran tayar Toyota Vios den dari Bridgestone Potenza 185/60R15 kepada Bridgestone Ecopia 195/55R15;

Den punya Toyota Vios beraya pakai kasut baru ini tahun hehehehe!!!

Kira tayar stendet kilang Vios boleh tahan jugalah lasaknya. Masuk 2 tahun tanpa sebarang masalah, mileage masa tukar pun dah masuk 72862. Bulih kata hari2 belasah ulang alik kerja sejauh 180 km (ini sebelum den beli motor). Lepas raya nanti den buat review pasai Bridgestone Ecopia, kiranya dari sudut simetri pengalaman pemanduan den lah.

Sekian dulu, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. 

Pandu cermat jiwa selamat.

Roger and out!!!!

Lembu Sape Kena Curik?

Sumber Imej: Harian Metro Online.

Naik kesian den nengok lembu tu heh, bersesak-sesak dalam kereta Proton Iswara. Kok lembu pun naik kereta, rock and ride nohhhhh!!!

Rupanya deme berdua tu kena kitnep, lepas kena sumpit dengan pelali oleh dua barua jantan dan seko barua betina. Kejadian penchulikan ini berlaku di Kuala Krai (hukalloh, kampung den nohhhh!!!!), kemudian mangsa dibawa lari ke Pasir Puteh.

Barua jantan yang terlibat dalam insiden penkitnepan ini datang jauh, dari Jengka, Pahang nun. Giler cadbury, jauh2 datang ke kampung den sekadar nak kitnep lembu orang kampung. Kuang ajaq nohhhhhhhh!!!!! Turut sama bersubahat, barua betina bawah umur yang baru berusia 16 tahun. Anak sapa la ni?

Naseb bek Inspektor Shahab berjaya menangkap barua2 ini semua. Menurut sidang media oleh Inspektor Shahab, skuad gerak-gerak khas telah menyerbu saspek kira-kira jam 5.30 pagi (kiranya lepas bedal sahor la ni!!!) di Kampung Lot 23, Cherang Ruku, Pasir Puteh.

Katanya lagi, selepas menyedari kehadiran skuad gerak-gerak khas, barua2 tersebut terus melarikan diri ke dalam rumah dan bersembunyi di belakang almari.

Hekellehhhhh..... dah la kitnep lembu, tukang kitnep pun otak lembu jugak. Kalau dah lari masuk rumah, haruslah dengan mudah dan senang hatinya Inspektor Shahab nak tangkap kamu urang. Palui punya pengkitnep!!!! 

Ini yang dapat kena tangkap, yang terlepas pun ada. Raya kan dah dekat menjelang, haruslah barua2 ini semua gegeh mengkitnep lembu untuk dijual dagingnya. Kita kan suke makan daging di hari raya, rendang lah, kari lah dan berbagai resepi berasaskan daging. Silap congak tercekik daging curik.

Kesian tuan empunya lembu, gegeh membela sekali dekat raya dah kena kitnep lembu-lembunya. Tapi tuan lembu pun kekadang ada gak yang tak berapa nak betul, espeseli jenis yang suka kasi lepas lembu merata-rata. Lepas tu mulalah lembu-lembunya merayau merata-rata dan melepas merata-rata.

Kalau sesiapa yang sering melalui lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, memang dah biasa sangat terserempak dengan segerombolan lembu-lembu duk melepak kat tepi jalan raya. Kekadang sesuke ati melintas tanpa menoleh kiri dan kanan. Tuannya sibuk melombong dengan binik kat rumah agaknya, sampai tak ada masa nak tambat atau bawa lembu masuk kandang. Dah hilang baru nak melalak satu kampung, hukallohhhhh!!!!

Salah sape, pengkitnep tentulah salah sebab pencurik, tuan empunya pun tumpang saham sekaki le kot sebab tak jaga lembu betul2. Tengok pada hidung manchung lembu tersebut, tak ada pun tanda2 kena cucuk hidungnya. Ini mesti jenis yang lepas bebas ni, berak merata dan makan tanaman sayuran orang.

Moral of de setori, lu pikiaq le sendiri der!!!

Roger and out!!!

Tuesday 22 July 2014

MH4 (Airbus A380) Penerbangan Malaysia Kuala Lumpur Menuju London Terbang Melintasi Ruang Udara Syria

Sumber : Flightradar24 & Forum Cari.


Belum reda isu kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17 di Ukraine akibat tertembak oleh misil darat ke udara yang sehingga kini belum ada pihak yang mengaku untuk bertanggungjawab, sekali lagi dunia penerbangan dikejutkan pula dengan twitter oleh Flightradar24 yang melaporkan penerbangan MH4 milik Penerbangan Malaysia menggunakan pesawat Airbus380 terbang melintasi ruang udara Syria yang sedang bergolak.

Flightradar24 mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia tersebut satu-satunya penerbangan 'transcontinental' yang melintasi ruang udara Syria yang masih bergolak. Manakala pesawat milik lain-lain syarikat penerbangan memilih untuk terbang jauh ke utara atau selatan bagi mengelak ruang udara Syria dan Iraq. 

Ramai yang mempersoalkan tujuan Flighradar24 mengeluarkan kenyataan twitter tersebut. Adakah sekadar menangguk di air keruh atau benar-benar ikhlas dalam mengawalselia keselamatan penumpang? Tidak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran pengurusan Penerbangan Malaysia yang masih membenarkan pesawatnya melalui ruang udara negara yang masih bergolak. Seolah-olah masih belum belajar dari insiden MH370 dan MH17.

Pendek kata komen adalah bercampur aduk.....

Ini adalah ulasan oleh pihak Penerbangan Malaysia;

Sumber: Forum Cari.

Pada pendapat orang awam seperti den, yang agak cetek dengan ilmu penerbangan, sudah pasti pihak yang bertanggungjawab meluluskan carta penerbangan telah melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Menurut salah seorang juruterbang berpengalaman yang sering memberi pendapat di Forum Cari, setiap syarikat penerbangan mempunyai team masing-masing untuk menganalisis risiko setiap penerbangan sebelum pesawat dibenarkan terbang. Adalah mustahil untuk mereka merisikokan nyawa penumpang dan juga krew penerbangan kerana akhirnya ini akan merosakkan reputasi syarikat penerbangan itu juga.

Jadi apa pendapat anda? Adakah anda masih berani menggunakan perkhidmatan Penerbangan Malaysia?

Bagi diri den, Inshaa Allah terbang bersama pesawat Penerbangan Malaysia masih selamat. Kalau sudah ajal, itu semua ketentuan Ilahi. Kalau diikutkan, jalan raya yang kita gunakan seharian jauh lebih berisiko. Lebih ramai rakyat Malaysia yang maut di jalan raya berbanding yang maut akibat terhempasnya pesawat udara.

Semalam pun masa balik dari kerja, depan mata den sebuah motosikal melanggar belakang teksi di simpang masuk ke Rawang dari Lebuhraya Plus. Entah hidup entah mati penunggang tersebut sebab beliau langsung tak bergerak. Tak berani den nak masuk dekat, ngeri dong!!!! 

Harap-harap nyawanya masih panjang, tapi penunggang-penunggang lain hanya berkerumun tanpa berbuat apa-apa. Adakah maksudnya riwayat penunggang tersebut berakhir di situ? Naudzubillah......

Friday 18 July 2014

MH17 Ditembak Jatuh Kerana Kesilapan Sasaran, Angkara Siapa?

Kini segala machiam teori muncul susulan pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di zon konflik Ukraine. Punca dan musabab masih hangat diperdebatkan. Malahan pihak yang bersengketa pula masing2 saling menudingkan jari. Russia tuding Ukraine, Ukraine pula tuding jari pada pemberontak Ukraine yang pro-Russia. Jadi, milik siapakah sebenarnya peluru berpandu darat ke udara BUK-M1 tersebut?

BUK-M1.

Menurut seorang jeneral bersara tentera US, bukan mudah untuk mengoperasikan senjata secanggih BUK-M1. Sekadar pemberontak atau tentera pemisah tempatan tidak akan mampu mengoperasikan BUK-M1. Ini kerana ia memerlukan latihan yang berterusan dan berpanjangan. Sudah pastilah senjata tersebut dioperasikan oleh tentera profesional dari Russia atau Ukraine, bukan sekadar pemisah tempatan. 

Kemudian ada pula sumber perisikan yang dapat memintas perbualan telefon di antara komander tentera pemisah yang mengesahkan pemberontak tersilap menembak MH17. Namun kesahihan rakaman perbualan tersebut masih belum dipastikan.

Ada teori yang menyatakan, MH17 bukanlah sasaran sebenar tetapi pesawat yang membawa Presiden Russia. Ini kerana livery pesawat keduanya amatlah hampir sama. Tidak pasti pula jika benar pesawat milik Russia tersebut terbang pada masa yang sama dan berada di ruang udara yang sama. Sementelah pula, dua tiga hari sebelum kejadian MH17 ditembak jatuh, 2 buah pesawat tentera Ukraine juga mengalami nasib yang sama.


Pesawat VVIP milik Russia.
Pesawat Boeing 777 milik MAS.

Pada ketika punca sebenar masih disiasat, ada pula segelintir pihak yang sewenangnya menyalahkan juruterbang dan MAS kerana masih berdegil untuk menggunakan laluan yang telah diisytiharkan oleh pemberontak sebagai 'restricted zone'.

Namun laluan tersebut sebenarnya telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa penerbangan antarabangsa. Juruterbang dan MAS hanya akan menggunakan laluan tersebut setelah carta penerbangan mereka disahkan selamat oleh pihak berkuasa negara-negara yang akan mereka tempuhi sepanjang penerbangan.

Malahan bukan pesawat MH17 sahaja yang menggunakan laluan tersebut. Pesawat milik Singapore Airlines (B777) dan Air India (B787) cuma berada kira-kira 25 km di belakang MH17. Namun telah ditakdirkan MH17 yang tertewas.


Sehingga bukti kukuh diperolehi, diharap tiada masayarakt awam dan pihak2 berkepentingan mengeluarkan kenyataan yang mungkin boleh mengganggu siasatan, dan juga emosi para waris mangsa. Semoga mereka yang terlibat sehingga tercetusnya tragedi malang ini akan dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya. Sama-samalah kita berdoa.


Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam, tafakur untuk yang bukan beragama Islam.

MH17 Penerbangan Malaysia Amsterdam Ke Kuala Lumpur - Kerakyatan Krew dan Penumpang

Dutch, 189
Malaysians, 44 (including 15 crews and 2 infants)
Australians, 27
Indonesians, 12 (including 1 infant)
Britons, 9
Germans, 4
Belgians, 4
Philippines, 3
Canadian, 1
New Zealand, 1
Unverified, 4

*** Terbaru MAS mengesahkan terdapat 298 penumpang termasuk krew dalam penerbangan MH17 dan bukannya 295 seperti yang dilaporkan sebelum ini.


Emma, salah seorang kanak-kanak yang menaiki pesawat malang MH17 milik Malaysia Airlines. Ini merupakan foto selfie terakhirnya bersama Daisy Duck.

Mendiang Angeline Premila, salah seorang krew penerbangan MH17 - RIP.


Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin, juruterbang MH17 - Al Fatihah.

Pasport milik Mendiang Sanjid Singh, salah seorang krew penerbangan MH17 - RIP.

Allahyarhamah Nur Shazana, krew MH17 - Al Fatihah.

Mendiang Elaine Teoh - turut berada dalam penerbangan MH17.

Al Fatihah buat Allahyarhamah Ariza Ghazalee (46 tahun) sekeluarga yang turut terkorban di dalam tragedi ini  - bersama hingga ke hujung nyawa.

Mendiang Shuba Jaya, Paul Goes & Baby Kaela - RIP. Pasangan ini dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah berada di Amsterdam untuk memperkenallan Kaela kepada datuknya yang berasal dari Belanda.

Nick Norris (68 tahun) dan tiga cucunya - Mo (12 tahun), Evie (10 tahun) dan Otis Maslin (8 tahun) - dalam perjalanan pulang ke Australia selepas menghabiskan percutian di Eropah bersama ibu bapa kanak2 malang tersebut yang menetap di Amsterdam. Namun takdir menentukan perjalanan dan riwayat mereka tamat di Ukraine.

RIP Boeing 777 (9M-MRD).....thanks for your 17 years (17/7/1997-17/7/2014) excellent of services.



Sumber: Google Image

MH17 Penerbangan Malaysia Amsterdam Ke Kuala Lumpur Ditembak Jatuh Di Ukraine - Galeri Gambar & Video

Pesawat MH17 sejurus berlepas dari Amsterdam.

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (9M-MRD) yang dikatakan terlibat dengan tragedi tersebut. Pesawat ini mula terbang pada 17/7/1997 dan terhempas akibat ditembak jatuh di Ukraine pada 17/7/2014, genap 17 tahun ia berkhidmat!!!

Rentetan kejadian malang tersebut. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam tepat jam 12.15 tengah hari waktu Amsterdam. Pesawat terbang melepasi negara Jerman dan Poland sebelum memasuki ruang udara Ukraine. Tepat jam 1.25 petang GMT pada ketinggian 33000 kaki pesawat malang tersebut ditembak jatuh oleh pembrontak Ukraine yang pro-Russia.

Peluru berpandu darat ke udara BUK-M yang digunakan oleh pemberontak Ukraine untuk menembak jatuh pesawat MH17 menyebabkan 280 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh.

Komander pemberontak Ukraine, Igor Strelkov telah melaungkan kata-kata amaran berkaitan larangan terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine yang pro-Russia.

Dikatakan ruang udara yang dikuasai pemberontak Ukraine masih selamat untuk dilalui pesawat-pesawat komersial sepertimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa penerbangan antarabangsa. Malahan dikatakan pesawat penumpang milik Singapore Airlines (B777 - SQ351) dan Air India (B787 - AI113) terbang 25 km di belakang MH17 pada laluan yang sama.

Namun 14 Julai, 3 hari sebelum MH17 ditembak jatuh, sebuah pesawat pengangkut AN-26 milik tentera Ukraine telah ditembak jatuh dalam ruang udara berhampiran. Manakala sebuah lagi pesawat pejuang SU-25 milik Ukraine juga telah ditembak jatuh pada 16 Julai, sehari sebelum tragedi yang menimpa MH17.

Sususlan daripada tragedi ini, laluan udara tersebut telah ditutup untuk semua penerbangan pesawat komersial. Malahan penerbangan milik US dan UK telah mula tidak menggunakan laluan tersebut semenjak tercetusnya krisis pemberontakan di Ukraine.

Antara pasport milik krew dan penumpang termasuklah pasport Malaysia!!!

Beg-beg milik penumpang pesawat malang MH17 yang ditemui oleh para penyelamat.

Serpihan pesawat malang, MH17. 

Para penyelamat bertungkus lumus cuba memadamkan kebakaran pada bangkai MH17 dan kerja-kerja cari selamat.

Umpama padang jarak padang tekukur. Saksi menyatakan jasad mangsa dan serpihan pesawat bertaburan dalam lingkungan 15 km menunjukkan pesawat ini meletup di udara sebelum terjunam.

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia #MH17.

Perdana Menteri wilayah pemisah 'Donetsk People's Republic, Alexander Borodai tiba ke tempat kejadian diiringi pegawai-pegawai kanan dan tentera.

Wajah pilu waris-waris krew dan penumpang MH17.

Tanda ingatan dan perhormatan awam buat krew dan penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine yang mengorbankan kesemua 280 penumpang dan 15 krew.

MH17 dijangka mendarat di KLIA jam 6.10 pagi ini tapi takdir telah menentukan yang MH17 pasti tidak akan kembali lagi ke bumi Malaysia.

Suasana hening dan pilu turut dirasai oleh petugas di KLIA dan Schiphol Airport's.

Sumber: dailymail.co.uk