Friday 28 November 2014

Kembara Penang 2014 | Episod 03: Batu Ferringhi

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Tiba juga kita ke episod terakhir percutian ambe dan anak ambe ke Pulau Pinang. Entri terdahulu dah gebang pasal Taman Negara, Penang Butterfly Farm, Taman Rimba Teluk Bahang dan Empangan Teluk Bahang.

Entri ini, khusus untuk kita gebang pasal Batu Ferringhi. Menurut textbook Ilmu Alam, Batu Ferringhi letaknya Daerah Timur Laut Penang, dengan erti kata lain Batu Ferringhi meliputi pesisiran barat laut George Town.

Kenapa dinamakan Batu Ferringhi?

Kenapa bukan batu belah batu bertangkup?

Why, why, why?

Selak buku sejarah karya sarjana Portugis, Bento Carlos Edmundo, atau nama Minangkabau, Irwan Prayitno (yang diberi oleh nenek sebelah bapanya yang berketurunan Uganda Selatan).

Ferringhi dikatakan merujuk kepada segerombolan kaki lepak bangsa Portugis yang gemar melepak-lepak di atas batu sambil menghisap rokok Marlboro.

Masyarakat Melayu pada masa itu mengenali bangsa Portugis sebagai Ferringhi. Mengambil sempena nama lelaki2 Portugis yang suka melepak sambil hisap rokok Marlboro atas batu maka muncul lah nama Batu Ferringhi!!!

Macam tak kena je sejarah ambe ni!!!!

####krikkrikkrikkrik#####

Batu Ferringhi di siang hari!!! Langsung tak happening ko!!! Tapi tunggu sajalah senja melabuhkan tirainya, maka terbukalah hijab sebenar Batu Ferringhi.

Batu Ferringhi dipenuhi dengan segala macam hotel dan restoran. Malamnya bertambah meriah dengan lampu lip lap kepunyaan peniaga pasar malam. Sememangnya Batu Ferringhi terkenal dengan Night Market disamping pantainya yang indah.

Pendek kata Batu Ferringhi saling tak tumpah seperti Aonang di Krabi atau Pantai Chenang di Langkawi. Depa ni machiam dah jadi kembar laen bapak laen mak.

Jadi kalau betul2 nak rasai suasana happening Batu Ferringhi datanglah belah malam dan bukannya di siang hari seperti kami. Tapi siang pun ok juga sekadar nak meninjau atau ambil gambirun.


The Ship - replika kapal untuk sebuah restoren, menarik!!! The Ship Batu Ferringhi merupakan salah satu rangkaian The Ship di serata pelusuk tanah air. Restoren ini menyajikan hidangan barat. Halal atau tidak, ambe tak tahu. Singgah sini pun sebab nak ambil gambirun saja.

Next kita cari pantai Ferringhi yang dikatakan indah serta damai;


Pesisiran Jalan Ferringhi memang susah nak nampak pantai sebab dilindungi oleh kedai2, restoren mahupun hotel. Nak ke pantai kena menyelinap di antara kedai2 tersebut machiam lorong di atas. Siang hari kedai ini tutup, sekitar jam 6 petang baru dibuka.


Kami pilih satu lorong dah berjalan sampai ke hujung, baru nampak pasir pantai dan air laut. Tapi sebelum sampai ke pantai, kami kena lalui kaki lima sebuah bar. Lalu ternampak kata2 di atas dilekatkan pada salah satu tiang bar tersebut;

No Job, No Girl, No Money, No Problem

Falsampah sape la ni!!!!


Bior betik, kat Bora-Bora ke? 

Kalau kat Bora-bora Island kan bagus, ini Bora Bora Pub. Kebanyakkan pekerja Bangla, tengah sibuk susun botol minuman beralkohol, untuk berpesta ria malam nanti agaknya.

Dey macha, Helneken kurang menis shatu!!!


Kurang periksa apa nama pantai ini. Pengunjung pun tak ramai masa ni, mungkin sebab sudah hampir tengah hari. Ini lokasi untuk mereka yang gemarkan watersport.


Antara pengendali watersport yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Hanya pantai2 tertentu dibenarkan untuk operator watersport beroperasi. Ini untuk keselamatan pengunjung yang lain dari dirempuh oleh jet ski dan juga bot laju.


Kadar bayaran untuk watersport; jetski RM70 untuk 15 minit, naek pishang RM25 cuma untuk 4 minit, parasailing RM80-150.

Buleh tahan juga dia punya harga. Budak kechik memang dah merengek-rengek nak naek hehehehe. Berangan, baru umur 6 tahun dah ngade-ngade nak naek jetski dan maen parasailing. Ambe yang tua bangka lagi hensem bergaye ni pun tak pernah merasa lagi.

Tunggulah nak, umur dah besar sikit buleh la nak cuba apa pun.

Makin dibiar makin merengek la pulak. Ok maknanya dah sampai masa untuk beredar hehehehe. Puas memujuk untuk berganjak, ngade-ngade le tu hahahaha.


Pernah cuba makanan Arab tak? Mana2 kini restoren Arab tumbuh bak cendawan lepas hujan. Begitu juga dengan pelancong Arab, mereka memang ramai membanjiri negara kita termasuklah Penang. Walau ada yang tak senang, tapi sekurangnya mereka ini pelancong genuine, betul2 datang sini untuk melancong. Bukannya masuk sebagai pelancong tapi end up jadi penyamun pelacur pengedar dadah seperti dari sesetengah negara Aprika.

Lepas Batu Ferringhi nak singgah mana lagi?

Tak de singgah2 dah, terus balik ghumah.


Masa datang dulu tak sempat nak snap gambirun Jambatan Pulau Pinang. On the way balik minta budak kechik snap gambirun. Suka dia diberi peluang guna Nikon D3100.


Biru je langit, pandai pulak budak ni amek view.


Ni ko nak tunjuk view apa nak? Bandar George Town kut!!!


Ini jangan dilupa, datang Penang tak borong jeruk memang tak sah. Pak Ali pun dah jadi jutawan hasil jualan jeruk, Alhamdulillah. Bertambah lagi satu jutawan bumiputera Islam.

Ambe memang suka jeruk, nak je pulun masa tu jugak hehehe. tapi memang ada terpulun pun sebab masa drive mengantuk yang amat. Naseb baek ada jeruk, buleh buat hilang mengantuk. Mantop, rupanya jeruk lagi power dari Red Bulls.

####krikkrikkrikkrikkrik#######

Berjalan sudah, berjeruk pun sudah maka berakhirlah percutian kami berdua ke Pulau Pinang. Father and son vacation bak kata omputeh. Walau hanya sekelumit Penang sempat kami explore, itu pun sudah Alhamdulilah.

Inshaa Allah jika ada rezeki kami pasti akan kembali.

Jumpa lagi di kembara yang lain, Inshaa Allah.


Thursday 27 November 2014

Kembara Penang 2014 | Episod 02: Taman Rama-Rama, Taman Rimba & Empangan Teluk Bahang

As-Salam & Salam Sejahtera,

Kita sambung balik pengkisahan kembara ambe dan anak ambe ke Penang. Entri terdahulu ambe dah sembang lawatan kami ke Pantai Kerachut, Taman Negara Penang. Gi lawat tasik meromiktik dan juga Pusat Konservasi Penyu. Kemudian separuh hari dihabiskan lepak2 di Pantai Kerachut, nak mandi laut tapi keadaan agak berbahaya menurut renjer Perhilitan yang sempat ambe temui.

Itu kisah sehari sebelumnya lah, ari ni ambe dan anak ambe akan menerokai beberapa tarikan pelanchongan di sekitar Teluk Bahang. Antara yang termasuk dalam wishing list adalah;

1. Penang Butterfly Farm
2. Taman Rimba Teluk Bahang
3. Empangan Teluk Bahang

Penat semalam masih belum hilang lagi agaknya, jenuh nak kejutkan budak kechik tu. Malam tadi dah pesan, tido awal2 jadi esoknya buleh bangun awal. Tapi tido awal pun, masih liat nak bangun pagi. Kejut punya kejut, mandi bersiap bagai jam 9 baru gerak ke Penang Butterfly Farm.

Rasa machiam awal lagikan, baru jam 9 pagi. Tapi ini hari terakhir kami di Penang. Cuti pun dua hari, hari pertama sampai dah lewat malam sebab bertolak lepas opis hour, hari kedua habiskan masa di Taman Negara, tinggal hari ini sajalah untuk kunjungi sebanyak tempat yang mungkin sebelum bertolak balik.

Memang bagai dikata, ternyata kalau setakat 2 hari memang tak puas mai Penang. Nak makan2 selera Penang pun tak sempat. Tapi tak pa, itu alasan untuk repeat chuma tak tahu bila la kan.

Tanpa berlengah jom kita t'back balik apa yang kami buat pada hari terakhir di Penang;

Penang Butterfly Farm yang letaknya di Jalan Teluk Bahang, ini destinasi pertama kami untuk hari ini. Taman rama2 ini mula dibuka kepada umum pada bulan Mac, 1986 dan pengasasnya adalah Mr David Goh. Dikatakan taman rama2 ini adalah yang pertama seumpamanya yang telah dibina di kawasan tropika; maklumat bersumberkan Penang Butterfly Farm. Lain2 info anda buleh google website mereka seperti yang tertera di atas.

Penang Butterfly Farm ini dibuka setiap hari, 7 hari seminggu hatta pada cuti umum. Buka jam 9 pagi dan ditutup pada jam 6 petang, tapi pintu masuk akan ditutup tepat jam 5 petang. Kiranya sape yang datang jam 5, jam 6 dah kena keluar. Rugi sebab sejam tak cukup (kalau jenis tak minat lain ceritalah) untuk menerokai keunikkan rama2 di Malaysia.

Lupa nak snap gambirun area parking. Parking untuk pengunjung tiada masalah, cuma rombongan yang datang dengan bas, maka bas kena parking luar, tepi jalan je pun tak jauh.

Bayaran masuk pula machiam mana?

Nampak tak kadar bayaran masuk ke Penang Butterfly Farm untuk rakyat Malaysia?

1. Dewasa, RM18
2. Kanak2 umur 4-12 tahun, RM10
3. Warga emas 58 tahun ke atas, RM13.50
4. Pakej keluarga (2 dewasa + 2 kanak2), RM46
5. Rombongan dengan bilangan peserta minima 13 orang, ada harga istimewa

Berbaloi ke tidak dengan bayaran sebegitu?

Mahal ke murah?

Mak bapak plus 2 anak kira ok lagi kut, below RM50. Kalau anak ramai memang rabak juga poket. Tapi kekadang anak seorang pun kita berkira nak bawa ke tempat2 sebegini atas pelbagai alasan. 

Alasan paling mudah, nak tengok rerama tak payah masuk park, tepi rumah pun ada. Semak kat kampung buleh jumpa rerama. Alasan laen, dari buat bayar tiket masuk baek guna duet untuk beli makanan, lagi mengenyangkan. 

Kalau dihitung-hitung pelbagai alasan kita buleh gariskan kat sini. Kita lupa sebenarnya tempat2 sebegini bukan sekadar galeri atau tempat pameran, fungsinya meliputi pendidikan juga penyelidikkan. Mungkin jika kita bawa anak2 dalam umur bawah 12 tahun terutamanya, sedikit sebanyak dapat memupuk minat mereka kepada sains, atau mungkin juga kesedaran akan kepentingan kepelbagaian bio.

Minat sebegini perlu dipupuk sejak dari kecil. Anak2 kecil memang senang disemai dan dipupuk minat mereka. Mereka juga lebih menyukai pendidikan yang diselitkan dengan unsur2 hiburan seperti lawatan ke Taman Rama2 sebagai contoh.

### Kalau dari keluarga susah dan kurang berada laen cerita la kan.


Sebelum kita masuk, kita bergambirun dulu. Kalau dah jom kita tengok dalam apa yang ada.


Tu dia, masuk saja ini yang kami nampak dahulu. Mula2 ingat member baru nak keluar dari kepompong. Bila zoommm view eh kenapa machiam kembar siam. Nak tuduh mengawan, tapi machiam ni ka rerama mengawan?


Beraneka jenis rama-rama buleh dilihat. Berbagai saiz dan juga pelbagai warna. Indah sungguh ciptaan Ilahi.


Feeding time; rama-rama diberi makan berupa madu2 atau manisan dari buah nenas dan juga bunga raya.


Ala ada yang nak terkuchel le pulak. Mana tandas ni?


Katak ke tu?


Pasangan tok arab dan nek arab. Ramai depa kat Penang. 


Butterfly Farm pun, laen2 species pun ada. Antaranya itik yang bulunya berwarna-warni. Sape kenal ini itik sape? Eh, bukan itik sape, ini itik apa?


Melayu panggil itik serati, itik Jawa atau itik Nila. Omputeh panggil mandarin duck!!!


Nak pegang, ada bran?


Kura-kura kawen dengan boye = kura-kura boye?


Nak tunjuk kasut Nike ke rama-rama?


Pada masa2 tertentu akan ada petugas Butterfly Farm yang akan jadi jurupandu. Dia akan memberi penerangan berkaitan rama-rama dari pelbagai sudut. Kita akan dibawa meneroka Butterfly Farm dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. 


Menarik penerangan yang diberi oleh brade kita ni. Tapi ramai yang buat dunno terutamanya turis lokal!!! 


Dah puas tengok live specimen, kita tinjau rama-rama yang terawet pula. Collector mesti suka ni.


Teringat zaman belajar dulu, lecturer suruh buat koleksi serangga sebagai salah satu assignment.


Galeria, tapi tak fokus sangat sebab masa ni tergesa-gesa nak keluar dah. Terlalu ambil masa kat bahagian rama2 hidup. Lama sebab minat dan suasana pun tenang saja dalam taman. 

Tapi kalau masa anda tak terbatas, buleh saja nak lepak kat Butterfly Farm lama, masuk 9 pagi keluar 6 petang pun tak ada yang melarang hehehehe. 

Kalau anda perasan park atau galeria sebegini, pintu keluar mesti akan melalui kedai barangan cenderamata kan? Cuma satu je tak ada, photographer yang akan ambil gambirun kemudian siap print dengan frame sekali.

Ambe ada jugalah beli fridge magnet seketul, budak kechik pula minta beli magnolia gold seketul. Suka betul budak ni dengan magnolia gold!!!

Slurp slurp dijilatnya magnolia gold. Sikit pun tak di 'oper' kat bapak kat sebelah ni. Bertuah punya budak.

Habis saja magnolia gold (kena kasi habis dulu, kalau tak bersemut kereta), kami gerak ke sebelah je 'Taman Rimba Teluk Bahang'.


Apa ada di Taman Rimba Teluk Bahang? Nak berkhemah buleh nak mandi manda pun buleh. Kat sini juga letaknya Muzium Perhutanan, nak masuk ada la sedikit bayaran yang akan dikenakan. Mandi-manda opkoz percuma!!!


Mak datin pun mai sini!!!


Ini baru kat depan2, belum masuk jauh lagi ke dalam Taman Rimba. Mengikut cerita kat dalam cun, siap ada air terjun betui ka?

Uik tak tahu ke? Memang ambe tak tahu pun, masa pergi ari tu nampak dari luar machiam tak menarik je Taman Rimba. Dah balik google sana google sini baru tahu Taman Rimba ni buleh tahan juga keindahannya.

Tak de rezeki!!!


Ini juga punca ambe malas nak masuk jauh ke dalam, lesu je aliran air. Tambah lagi budak kechik dah mengamuk nak mandi sungai padahal bukan bawak baju extra pun.

###krikkrikkrikkrik###

Jom kita ke Empangan Teluk Bahang pula.


Airnya hijau luas terbentang. Empangan Teluk Bahang ini merupakan empangan tadahan air terbesar di Pulau Pinang. Ini juga lokasi untuk pertandingan perahu naga yang diadakan setiap hujung tahun.

Empangan ini memang cantik, tapi tidak kurang juga dengan misteri nusantara. Antara misteri yang menjadi buah mulut adalah kehadiran ikan dan ular gergasi. 

Ikan naga atau ikan toman bersaiz gergasi dikatakan pernah dilihat oleh beberapa orang kaki pancing. Namun kini empangan Teluk Bahang telah ditutup kepada semua kaki pancing. Ada yang mengaitkan penutupan tersebut dengan kehadiran ikan naga demi keselamatan pengunjung. Entah betul atau tidak, kalau ikan naga ada masakan saban tahun diadakan pertandingan perahu naga? 

Misteri ular gergasi pula dikatakan pernah dirakam oleh seorang pekerja pembersihan. Ular tedung bersaiz gergasi tersebut, lebih kurang saiz tiang elektrik, dikatakan muncul dari hutan belantara berhampiran empangan.

Tidak kurang juga yang mendakwa Empangan Teluk Bahang dan hutan sekitarnya ada penunggu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betul atau tidak dakwaan itu semua.

Kepada yang berkesempatan, berhampiran sini juga ada Tropical Spice Garden dan Coffee & Chocolate House. Dua2 ambe tak sempat singgah sebab lepas bergambirun di Empangan Teluk Bahang, kami berdua bergegas pula ke Batu Feringhi.

Apa kami buat di Batu Feringhi?

Inshaa Allah akan diceritakan dalam entri yang seterusnya.

Sekian dahulu, TQ kepada semua.

Kembara Penang 2014 Episod 1 | Kembara Penang 2014 Episod 3

Wednesday 26 November 2014

Kembara Penang 2014 | Episod 01: Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Pulau Mutiara sememangnya cukup mencuri tumpuan bukan sahaja dikalangan turis tempatan malahan juga turis dari luar negara. Pearl of The Orient ini cukup masyhur kerana keunikkan budaya, makanan dan juga tapak2 warisan bersejarah.

Pendek kata Pulau Pinang memiliki pakej hampir lengkap sebagai pusat tarikan turis dari segenap benua.

Since turis obersea bertali arus datang ke Pulau Pinang, ambe sebagai orang tempatan juga yang masih terkapai-kapai dalam menikmati keindahan dan keunikkan Pearl of The Orient.

Bukan ambe tak pernah sampai ke Penang, pernah tapi bukan sebagai turis. Kunjungan terdahulu adalah kunjungan kerja, bila kerja mana sempat nak menyelinap untuk cuci mata, kita kuli je pun. Kalu boss lain lah, suka suki tuang kerja pun tak apa.

Bila dah ada kesempatan untuk berkunjung ke Penang sebagai turis, memang ambe cuba maksimakan masa yang ada untuk mengunjungi tempat2 tarikan pelancong sebanyak mungkin.

Tapi ternyata, jika hanya bermodalkan cuti selama 2 hari, memang tidak cukup. Penang terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi, itu belum ambil kira tempat makan best. Pendek kata kena lebih 2 hari, mungkin 5 hari untuk hayati sepenuhnya keunikkan Pearl of The Orient.

Tambahan pula, kunjungan ke Penang ini disertai oleh anak bongsu ambe yang berumur 6 tahun. Lain2 ahli keluarga tidak dapat turut serta kerna komitmen yang lain. Bila berwisata dengan budak umur 6 tahun, keperluan dan kehendak dia juga perlu diambil kira. Terpaksa ubahsuai schedule perjalanan ambe, kalau tak, ada yang meragam bikin rosak progrem.

Antara tempat2 manarik yang sempat ambe dan anak kunjungi adalah;

1. Taman Negara Pulau Pinang
2. Taman Rama2 Pulau Pinang
3. Taman Rimba Teluk Bahang
4. Empangan Teluk Bahang
5. Batu Ferringhi

Tak banyak kan berbanding dengan wishing list. Nak buat machiam mana, cuti terhad, berjalan pula dengan budak kechik. Tak boleh lasak mana, tapi kira ok jugalah buleh sampai ke Taman Negara Pulau Pinang.

Jadi untuk edisi pertama Kembara Penang 2014 ini, ambe akan fokus pengalaman kami di Taman Negara dulu ye. Lain2 lokasi akan menyusul kemudian dalam entri yang berikutnya.

Taman Negara Pulau Pinang - sirius ambe tak pernah tahu kat Penang ada Taman Negara. Nazak betul pengetahuan ambe akan negara sendiri. 

Lokasi ini menerjah otak ambe dua tiga hari sebelum ke Penang, ye lah nak berjalan kita google2 le dulu tempat menarik untuk dikunjungi.

Tooing - tergoogle Taman Negara Penang, menarik!!! Terus jadi destinasi utama dalam wishing list. 

Untuk ke sana mudah saja, lebih2 lagi jika ada GPS. Dari jambatan Pulau Pinang kita akan susuri Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan kemudian Teluk Bahang. Set saja pada GPS anda Taman Negara Teluk Bahang, Inshaa Allah akan tiba dengan jayanya.

Kemudian untuk ke Taman Negara dari jeti Teluk Bahang, buleh guna dua cara. Pertamanya dengan berjalan kaki melalui denai hutan, cukup edvencer tapi akan ambil masa yang agak panjang, stamina pun kena ada sebab kena guna kederat kaki.

Nak je ambe redah denai hutan itu semua, berjalan dipayungi oleh kanopi hutan, tapi disebabkan kunjungan ini turut disertai oleh budak kecik umur 6 tahun, ambe guna pendekatan kedua iaitu dengan menaiki bot untuk ke Taman Negara- lebih pantas dan kederat pun minima.

Ok mesti hang pa nak tahu kan, kat mana nak parking kereta, kat mana nak cari bot penambang, kat mana nak cari turis guide kalau perlu.

Ni dia nak habaq mai, ambe bercerita sambil tayang gambirun baru seronok;

Ni lah pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Ada pejabat Perhilitan, nak masuk ke Taman Negara adalah percuma tapi kena daftarkan diri dan dapatkan permit masuk dahulu dari Perhilitan.

Eh sebelum itu kena parking kereta dulu kan? Ok, kalau anda mengadap pintu masuk ke Perhilitan atau Taman Negara, di sebelah kanan akan ada laluan ke tempat parking milik persatuan nelayan setempat. Mereka ada menyediakan khidmat tempat meletak kenderaan dengan harga RM3 sehari. Inshaa selamat, tempat parking tersebut akan ada orang jaga sehingga jam 10 malam. Lepas dari 10 malam rasanya, kereta anda akan bersendirian bersama kereta2 yang lain.

Jangan lupa lepas bayar pada attendan, dapatkan resit dan pamerkan pada dashboard kereta. Tak pun simpat resit tersebut elok2 untuk mengelakkan kesulitan dikemudian hari. 

Di luar pintu masuk ke Taman Negara, akan ada 3-4 pondok milik travel agent yang menyediakan perkhidmatan bot penumpang, khidmat turis guide dan juga pakej2 lawatan.

Biasanya harga satu bot ke Pantai Kerachut di Taman Negara sekitar RM80-100. Itu kalau anda mahu ambil satu bot yang buleh memuatkan 8-10 penumpang.

Pukul rata satu kepala tambang bot adalah RM10 sehala. Tapi bot tak akan jalan jika hanya anda seorang sahaja penumpang yang ada dan bayar cuma RM10 - tak balik modal katanya, rugi lagi ada.

Nak tak nak anda kena tunggu penumpang yang lain, kalau mampu dan tak mahu menunggu sewa saja satu bot - kalau banyak duitlah. Tapi kira nasib juga, kekadang kalau ada 4 (RM40) orang turis sahaja pun bot dah boleh jalan.

Ini agen yang ambe ambil perkhidmatan - Sinar Bahang Enterprise. Owner dia tak berkira sangat, naseb baik lagi ambe dapat berkongsi bot dengan satu lagi keluarga yang sama destinasi. Selamat duet ambe dari kena charter satu bot.

Inilah pemilik Sinar Bahang Enterprise - Suhaili nama dia. Buleh contact dia ditalian 012-563 3458 untuk bertanyakan sebarang maklumat - harga bot, turis guide malahan penginapan dan makan minum. Memang dia buleh uruskan semua, dari turis persendirian sehinggalah rombongan sekolah atau rombongan Kak Kiah. Semua dijamin beres katanya.

Masa ini juga kena kompemkan dengan agen, anda perlu perkhidmatan bot sehala atau dua hala. Sehala maksudnya ke Taman Negara anda naek bot, balik nanti jalan kaki melalui denai hutan. 

Kalau 2 hala, pergi dengan bot dan balik pun dengan bot. Bot akan datang ambil anda pada masa yang telah dijanjikan. Tak kisah pun pukul berapa anda nak balik, malam pun buleh tapi kena bayar obertime le kut pada pemandu bot hehehehe. 

Kalau dah sampai Pantai Kerachut, dah lepak2 baru teringat belum booking bot untuk balik ke Teluk Bahang machiam mana?

Ada dua penyelesaian, sama ada menapak atau minta saja bantuan dari renjer Perhilitan. Minta depa tulun call agen bot. Tapi kalau buleh janganlah susahkan depa nohhhh, depa pun ada kerja laen nak buat. Kita plan perjalanan kita supaya tak susahkan diri sendiri dan juga tak susahkan orang laen.

Tiket bot dah kompem, jum kita ke pejabat Perhilitan untuk daftar masuk ke Taman Negara dan dapatkan permit masuk. Anda tuju sahaja ke bangunan setingkat bumbung kaler hjau. Kat situlah kaunter untuk dapatkan permit masuk.

Permit masuk adalah percuma, buat masa ini tiada sebarang bayaran dikenakan. Masa hadapan tak tahulah kerana kos untuk menten kemudahan di Taman Negara Penang pun sudah semestinya akan meningkat ikut peredaran masa - kos pungut sampah, baikpulih kemudahan dan sebagainya.

Permit sudah di tangan tapi bot masih belum sampai. Jadi kita jalan2 tengok keadaan sekitar jeti di Teluk Bahang. Gambirun ini adalah bangunan pentadbiran Perhilitan dan penguasa Taman Negara Pulau Pinang.

Jeti kayu yang digunakan oleh nelayan tempatan. Sebelah kirinya jeti milik Taman Negara, tapi ditutup untuk kerja2 selenggaraan.

Disebabkan jeti masih ditutup untuk kerja2 penyelenggaran, bot2 akan mendarat di gigi pantai seperti bot di atas. Ini sekumpulan pelancong Arab yang baru pulang dari Pantai Kerachut, Taman Negara. Ramai depa ni kat Penang!!!

Jeti baru khusus untuk nelaya tempatan. Hanya bersebelahan dengan jeti milik Taman Negara.

Bot untuk ke Pantai Kerachut, Taman Negara Penang telah tiba. Selepas depa turunkan penumpang yang baru balik, giliran kami pula untuk naek ke Taman Negara. Dah rasa machiam naek long tail kat Krabi la pulop.

Nak panjat naek ke bot kena timing bebetul, silap timing basah kuyup kasut kena air laut. Nak selamat pakai selipar jepun sajalah.

Jum kita naek bot - eksaited bukan maen anak ambe. Terus meluru naek dan ambil seat paling depan hehehe. Keselamatan jangan dilupa ye nak, pakai jaket keselamatan!!!

Perjalanan ke Pantai Kerachut dari jeti Teluk Bahang tak lama, paling lama pun 10 min. Kalau pilot bot kaki merempit lagilah cepat sampai. Untuk sampai ke Pantai Kerachut, kita akan lalui beberapa lokasi menarik. Antaranya Monkey Bay dan batu-batuan yang menyerupai buaya, arnab dan penyu.

Monkey Bay dari jauh. Monkey Bay ini bukan sebahagian dari Taman Negara tapi milik persendirian. Ownernya dikatakan keturunan salasilah Boon Siew Honda, pemegang franchise jenama Honda di Malaya. Kaya bagak dia ni!!!

Walau milik persendirian, Monkey Bay terbuka kepada umum untuk mandi manda dan berpicnic. Monkey Bay juga satu-satunya pantai dibenarkan dibuat unggun api. Lain-lain pantai milik Taman Negara tidak dibenarkan pengunjungnya berunggun api sesuka hati.

Nampak kepala buaya tak? Perati betui2 hehehehe!!!

Penyu disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai. Tak pasti penyu jantan atau penyu betina - investigasi lanjut amat diperlukan untuk menentukan jantina penyu berbatu ini.

Sang arnab pun turut jadi mangsa - kesian, tak pasai2 keras jadi batu. Nakai bebenor ko ni Sang Kelembai!!!

Dah nak sampai Pantai Kerachut, Taman Negara. Serunuk budak kecik ni dapat naek bot, ambe suruh toleh nak amek gambirun pun tak dilayannya. Ko hepi abah ko pun hepi sama nak oii!!


Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Apa yang menarik kat sini? Antara tarikan utama kat sini adalah denai hutan - buleh sampai ke rumah api Mukahead, juga boleh tembus ke Teluk Bahang. Di sini juga ada tapak perkhemahan, berkhemah lah selama mana pun tak ada siapa akan larang.

Pantai ini juga merupakan lokasi pendaratan penyu - jadi sebuah santuari penyu telah dibina oleh Jabatan Perikanan untuk memulihara khazanah alam ini. 

Satu lagi tarikan utama Pantai Kerachut adalah kewujudan tasik meromiktik. Apa itu tasik meromiktik? Jum ikuti penjelajahan ambe dan budak kecik umur 6 tahun!!!

Kita tinjau dahulu kemudahan yang ada di sini;

Penunjuk arah, geram je nak terokai denai hutan!!! Manyak syiok la baca pengalaman bloggers laen. Ada yang jumpa serangga unik la, anak sungai la dan pelbagai lagi la khazanah alam yang tiada tolok bandingnya.

Ruang serbaguna, tempat solat/surau, tandas dan bilik mandi semua lengkap. Jika anda berkhemah pun, anda tetap dapat berak di tandas dan bukannya maen tonggeng disebalik pokok.

Tapak perkhemahan, siap dengan bekalan elektrik. Pondok kecil dibelakang itu adalah tempat masak memasak. Masak le apa pun, dijamin tak kebuluq kalau berkemping kat sini dengan syarat bawa ramuan dengan secukupnya.

Masa ambe tinjau2 tapak perkhemahan ini, ambe nampak 4 European tengah baek punya lepak sambil sembang2. Menurut renjer Perhilitan yang sempat ambe kenal di Pantai Kerachut, European cukup suka camping di Taman Negara, bukan sehari dua malahan ada yang sampai berminggu-minggu.

Suka nau depa dengan alam sekitar. Orang kita sanggup ka duk merelit dalam hutan sampai berminggu-minggu? Kecuali kerja balak, kalau sesaja je mungkin jarang benau nak jumpa kan nohhhh?

Opis Perhilitan di Pantai Kerachut. Jangan malas2 nak senyum atau bertegur sapa dengan renjer, kelak ada masalah depa lah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan. Biasanya 2 orang renjer Perhilitan bertugas pada satu masa, dan turut dibantu oleh renjer Perikanan.

Itu lah serba sedikit kemudahan yang ada di Pantai Kerachut. 

Lepas ni kita ke tasik meromiktik pula.

Apa itu tasik meromiktik? Tasik meromiktik adalah tasik yang terbentuk dari pertembungan di antara air laut (muara) dengan air tawar (sungai). Pendek kata airnya bercampur aduk di antara air masin dari laut dan air tawar dari sungai.

Malangnya masa kami tiba, tasik meromiktik ini kering kontang. Menurut renjer yang sempat ambe temubual bichara, paling baek datang sekitar April-Mei (kalau tak silap memori ambe), masa itu air tasik akan naek mencanak.

Bagi besar sikit gambirun untuk memudahkan anda baca info bagi memahami apa itu tasik meromiktik.


Muara atau omputeh panggil estuary. Masa air pasang, air masin dari laut akan mengalir masuk ke tasik meromiktik. Tapi apa yang dapat anda lihat kat atas, air dari tasik yang mengalir ke laut sebab paras air yang surut. 

Jambatan gantung ini pula merentasi muara meromiktik, menuju ke satu lagi denai hutan. Denai hutan ini boleh dilalui oleh penjelajah yang kental untuk sampai ke rumah api dan juga Teluk Bahang. Berapa jam kena menapak dari Pantai Kerachut ke Teluk Bahang? Entahlah, kurang periksa pula ambe. Kalkulatornya, makin chargas penjelajah makin cepat la sampei.


Pandangan muara dari arah tasik meromiktik. Masa ni air tengah surut. Lepak2 sini sambil tengok helang menyambar pun syiok juga. 


Ini pula pandangan tasik meromiktik dari arah muara/laut. Nampak pancang puteh penanda aras air? Menurut renjer Perhilitan, pernah air naek melebihi pancang tersebut, naek pagi petang baru surut.


Jambatan Pantai Kerachut - menghubungkan Pantai Kerachut dengan hutan simpan Taman Negara Pulau Pinang.


View tasik meromiktik dari atas Jambatan Pantai Kerachut - kering kontang. Siapa tahu kepentingan tasik meromiktik kepada kepelbagaian biologi dan pelestarian alam? 

Khatam lawatan pertama ke tasik meromiktik, kita ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut - dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Kedua-dua lokasi ini tak jauh, jalan kaki kira-kira 10 minit kut. Kut la kan sebab tak tengok jam pun, tapi pada ambe memang tak jauh mana pun.

Masa jalan kaki dari tasik meromiktik ke Pusat Konservasi Penyu ternampak beberapa papan tanda menarik. Antaranya adalah;


Amaran bendera pantai - Pantai Kerachut ini ada beberapa lokasi yang tak berapa digalakkan untuk mandi-manda. Satu sebab kerana kehadiran ubur-ubur, satu lagi kerana lantai lautnya yang tidaklah landai tetapi wujudnya cenuram laut yang dalam. 


Biasa kita jumpa zebra crossing, kat Pantai Kerachut ada turtle crossing. Sape kena tengok kiri kanan sebelum melintas, kita atau penyu? Cer sembang!!!


Sapa buleh habaq apa maksud papan tanda ini?


Kan dah habaq dari tasik meromiktik ke Pusat Konservasi Penyu tak jauh mana. Sadar2 saja sudah sampai.


Pusat Konservasi Penyu ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehinggalah jam 4.30 petang. Pusat informasinya pula ditutup seketika dari 1 tengah hari ke 2 petang - renjer Perikanan pun nak rehat kejap, makan tengah hari dan solat Zuhur.


Ini dia bintang dan tarikan utama - anak2 penyu yang cumil lagi gedik. Buleh bergambar bersama anak penyu tapi make sure tak ada cahaya flash ye, kut2 nanti anak2 penyu ini silau sebab tak pakai Rayban!!! Hehehehe - sebab utama kekadang hidupan laut sebegini cukup sensitif kepada kadar pencahayaan - sebab lagi detail kena Google boh!!!


Bila tengok anak2 penyu yang cumil lagi lote mesti timbul rasa nak dipegang-pegang dan dicium-cium kan? Tapi buleh pegang ka? Jawabnya tak buleh, kan dah ditulis kat situ 'JANGAN SENTUH. Tapi ada gak yang buat2 tak nampak!!!

Nak pegang gak, kena minta izin dengan renjer Perikanan sebab depa lebih tahu cara nak handle anak2 penyu ini dengan cara yang betul. Nak pegang bukan sebarangan, ada cara2nya untuk mengelakkan kecederaan pada anak2 penyu. Penyu muda cangkerangnya masih lembut, salah tekan mahu barai badan depa!!!

Ada satu kisah nak kongsi kat sini. Anak ambe yang umur 6 tahun tengah lepak2 sambil tengok2 anak penyu. Ambe pula lepak jauh sikit sambil layan 100 plus, haus bah!!! Tetiba datang segerombolan pelancong dari luar, mungkin China atau yang sama genetik dengannya; species mata sepet. Turis guide pun ada sama duk explain pasal penyu dalam Bahasa Inggeris. 

Dalam duk explain tetiba turis guide tersebut celup tangan dalam besen dan tangkap seekor anak penyu, kemudian diserahkan kepada para pelancong tersebut suruh pegang sambil ambil gambar. 

Apabila melihat turis guide dan pelancong asing tersebut suka suki pegang anak penyu, maka terpacullah perbualan berikut;

Anak ambe: Eh, tak buleh pegang bah anak penyu. Nanti kena marah!!!
Turis guide: Mana lu tahu tak boleh pegang, tiada tulis mana2 sini kata tak buleh pegang (kompiden jawab sambil sengih2)

Anak ambe pun terjenguk-jenguk cari penanda kata 'JANGAN SENTUH'. Tadi ada katanya!!!

Rupanya penanda tersebut terjatuh kat belakang takungan air tempat anak2 penyu disimpan. Lalu anak ambe pun hulur tangan dan capai penanda tersebut, dan diletakkan kembali elok2 tepi takungan berisi anak penyu.

Anak ambe: Ini kan kata "JANGAN SENTUH'
Turis guide: Aiyaaaa, tak buleh sentuh ka?

Masa ni ambe tengok muka turis guide tersebut dah berubah sakan, nak jadi iras2 hulk pun ada hehehehe. Cepat2 dia ajak pelancong yang dibawanya beredar hahahaha.

###Budakkechikmemangjujursejujurnyatiadachilokchilok###


Rangka penyu agar - species penyu yang datang untuk bertelur di Pantai Kerachut. Kalau rajin buleh masuk jenguk apa yang ada di dalam pusat informasi, kena masa renjer Perikanan siap buat tayangan video lagi. Tapi ambe tak masuk sebab malas nak buka kasut. Anak ambe rajin, habis dijelajahnya pusat informasi tersebut, buleh la dia pegang anak penyu dengan IZIN renjer hehehehe.


Telur penyu yang dipungut akan ditetaskan di sini. Inshaa Allah dengan segala usaha oleh Jabatan Perikanan, Pantai Kerachut akan terus menjadi lokasi oleh penyu agar dalam meneruskan kemandirian dan legasi species mereka.


Pantai Kerachut - entah apa bebudak ni duk cari, cari kepah ke hape. Disebabkan tiada tempat lagi untuk dikunjungi, ambe cuma lepak2 di Pantai Kerachut sementara tunggu bot datang untuk ambil kami balik ke Teluk Bahang.

Jadi timing kena adjust bebetul, silap adjust jadi le machiam ambe. Lama betul nak nunggu bot sebab tadi janji jam 2 baru nak balik ke Teluk Bahang. Sekali sebelum jam 12 dah habis lawat apa yang ada di Pantai Kerachut.

Naseb ada bawa bekal air dan roti, buleh la elak kebuluq. Jangan lupa ye bawa bekalan air secukupnya sebab di Pantai Kerachut mana ada seben eleben!!!

Last2 ambe tertidur kat pantai sebab lama sangat menunggu bot.


Akhirnya bot yang dijanjikan dah sampai. Ini view dari atas bot, rumah2 kecil ini rasanya tempat ternakan ikan dalam sangkar ataupun tempat mancheng.


Jeti Teluk Bahang sudah kelihatan. Bila kaki dijejakkan kembali ke Teluk Bahang maka berakhirlah penjelajahan ambe dan anak ambe ke Taman Negara Pulau Pinang >>> Pantai Kerachut je pun hehehehe.

Inshaa Allah ada rezeki kita jelajah lebih jauh lagi. Kali ini kita jalan kaki jangan naek bot dah, buleh naik sampai rumah api tapi stamina kena ada lah. Bebudak stamina tak risau, stamina bapak budak yang perlu dirisaukan hehehe.

Akhirnya siap laporan pertama kembara kami ke Pulau Pinang. Nanti next entri kita sembang pasal lawatan kami ke lokasi lain yang berbaloi untuk dilawati jika ke Pulau Pinang.

Sehingga itu, salamat boh!!!

Kembara Penang 2014 Episod 2 | Kembara Penang 2014 Episod 3