Tuesday 8 September 2015

CPUV CaMPaiGNS : WeLCoMe To SHELL CaMPaiGN


CPUV Welcome To Shell Campaign ini sudah dua kali berkelip-kelip di Diari Si Ketam Batu. Pertama kali pada 7 September 2015 dan kali kedua pada 18 Ogos 2015.

Anda tahu apa itu Welcome To Shell Campaign?

Owner blog DSKB sendiri pun tenggelam punca pada mulanya, jadi gigih meng'Google'-ed untuk mencari maklumat.

Welcome To Shell Campaign ini sebenarnya satu usaha oleh Shell Malaysia untuk mencapai tahap piawaian tertinggi dalam memberikan khidmat kepada pelanggan. 

Pendek kata, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada pelanggan, tak kiralah regular ataupun baru.

Mesti anda tertanya-tanya, khidmat yang bagaimana?

Maklumlah kalau kita kunjungi mana-mana petrol station, kita fikir khidmat mereka sekadar menyediakan keperluan petrol atau diesel semata.

Banyak lagi sebenarnya. Contohnya khidmat atau bantuan dari pump attendant (tolong isi minyak, tolong lap cermin etc), kedai serbaguna (ada promosi RM1!!!), top-up Touch n Go, mesin ATM dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ini, sila berkunjung ke website Shell Malaysia klik

Ambe sendiri pun sebenarnya antara pelanggan setia Shell. Ke mana-mana pun mesti singgah Shell untuk top-up minyak. Melainkan kawasan tersebut tiada Shell petrol station (mustahil la kan, mana2 ada sebenarnya) atau kalau dah terdesak sangat.

Kenapa ambe setia dengan Shell?

Sebab utama adalah kerana tagline mereka 'Pergi Lebih Jauh' memang terbukti kebenarannya. Ambe sendiri telah berekperimentasi dengan pelbagai jenama petrol dan ternyata petrol Shell membuatkan ambe pergi lebih jauh!!! Nasib baik tidak lajak ke bulan hahahahaha!!!

Sebab kedua, pump attendant Shell petrol station yang kerap ambe kunjungi dah jadi macam kawan. Peramah sungguh, sambil isi minyak sambil sembang. Itulah kita namakan hospitality. Pelanggan pun rasa selesa dan seronok.

Ini pun lepas kerja nanti nak singgah Shell, minyak motor dah masuk takuk merah daaaaa!!!!

1 comment:

  1. tahniah awak. PG pun dapat juga :)
    syukur alhamdulillah. rezeki kan :)

    ReplyDelete