Thursday 30 April 2015

JaLaN-JaLaN Ke AiRPoRT SuBaNG [SKYPaRK TeRMiNaL - LaPaNGaN TeRBaNG SuLTaN aBDuL aZiZ SHaH]

As-Salam & Salam Sejahtera,

Sebelum wujudnya KLIA dan LCCT (kemudiannya pindah menjadi KLIA2), airport Subang ataupun LTSAAS merupakan lapangan terbang utama di negara kita.

Dulu kiranya, nak naik kapal terbang ke luar negara, airport Subanglah tempatnya. Apabila KLIA siap dan beroperasi, airport Subang ditutup sehinggalah ianya dibuka semula apabila Firefly memulakan operasi.

Ambe tak sempat dengan era kegemilangan airport Subang. Rezeki nak naik kapal terbang hanya muncul bila usia hampir menjelang 30 tahun dan pada masa itu KLIA dan LCCT telah beroperasi. 

Kali pertama naik kapal terbang, AirAsia di LCCT. Sesekali guna MAS, boarding dari KLIA. Jadi ambe tak pernah berpeluang nak jejakkan kaki ke airport Subang.

Sehinggalah baru-baru ini ambe terpaksa menjadi supir kepada rakan yang akan terbang ke Singapore menggunakan penerbangan Firefly. 

Penerbangan pula awal pagi, maka dinihari lagi terpaksa membelah lebuhraya menuju airport.

Kali pertama tiba di Subang Airport, seakan tidak percaya, itulah lapangan terbang utama negara suatu ketika dahulu. Kecil dan tidak se gah KLIA hatta KLIA2.

Nak parking pun agak susah, tak seperti di KLIA.

Mungkin juga kerana sebahagian sahaja yang masih beroperasi, jadi tidak memerlukan ruang yang luas. Kini hanya Firefly dan Malindo beroperasi dari Subang.

Kini lebih dikenali sebagai Skypark Terminal, tapi ambe masih panggil airport Subang!!!

Belum Subuh, sudah ramai yang berbaris.

Flite Firefly ke Singapore.

Verdict: ambe lebih suka ambil MAS atau AirAsia di KLIA!!!

Tuesday 28 April 2015

JoM JaLaN-JaLaN Ke LuMuT 2015

As-Salam & Salam Sejahtera,

Alang-alang sudah sampai ke Teluk Intan, kami terus sahaja shoot naik ke Lumut. Jika ada kelapangan mahu saja maju ke Pulau Pangkor.

Tapi apakan daya, kami cuma ada masa sepetang dan esoknya pula hari Isnin, hari bekerja.

Jika dari Teluk Intan, tidaklah jauh untuk ke Lumut. Kira-kira 1 jam pemanduan. Jika yang telah biasa dengan keadaan jalan raya setempat, mungkin kurang dari itu.

Tidak pasti akan lokasi dan nama jambatan ini, tapi dipertengahan jalan di antara Teluk Intan dan Lumut. Jambatan ini menyeberangi Sungai Perak.

Pemandangan Sungai Perak dari aras jambatan. Ada buaya tak, tanya si bambam!!!

Ini masih dalam jajahan takluk Teluk Intan jika tidak silap. Kami temui kawasan penanaman padi yang luas terbentang.

Akhirnya ada kira-kira 18 km untuk tiba ke Lumut. Si bambam sudah berkali-kali bertanya bila akan sampai. Haus dan lapar katanya.

Sabar si bambam, dekat sudah kita ini!!!

Akhirnya, Lumut Waterfront!!! Lepak-lepak sambil ambil angin laut.

Kadang kala bot kecil yang melintas, di lain masa feri ke Pangkor pula meluncur deras.

Binaan pemecah ombak barangkali.

Nun jauh di sana, seseorang sedang tekun mengimbau kenangan lama. 

Kembali merenung laut. Eh! kapal kecil tarik kapal besar kata si bambam.

Antara hotel yang betul-betul menghadap Lumut Waterfront dan hampir dengan terminal feri, Hotel Indah dan Hotel Putra.

Bazar Lumut dari kejauhan, meriah dengan kiosk-kiosk menjual cenderamata. Cawangan jeruk madu Pak Ali pun ada.

Jom kita jalan-jalan ke terminal feri pula.

Tidak sesak mana, tidak seperti terminal feri di Kuala Perlis. Mungkin sebab telah lewat petang, atau mungkin juga Pulau Pangkor pembangunannya tidak sehebat Pulau Langkawi. 

Tumpang bergambar, walau bukan rezeki kami untuk ke Pangkor.

Eh! ambe masuk gambar, nampak tak?

Tidak lupa cenderamata untuk kenang-kenangan. Sehelai T-shirt untuk si bambam, sehelai lagi untuk si kurus. Juga keychain, si bambam nak bawa ke sekolah katanya. Bertudung biru, itu adalah tuan tanah kedaung pemilik kedai.

Aneka bentuk aneka ragam aneka warna. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati.

Milik siapakah?

Replika perahu ni kan?

Kemudian kami singgah pula mamak untuk minum-minum sebelum beransur pulang. Si bambam bedal nasi lemak sampai 3 bungkus, lapar agaknya. Tapi nasi lemak tersebut memang sedap. 10 bungkus atas meja, habis kami lahap.

Rezeki juga untuk ambe kenal 'purri'. Lebih nipis dari capati, digoreng tanpa minyak yang banyak. Ini kali pertama ambe nampak 'purri' walau empunya kedai kata, itu hidangan biasa dimana-mana kedai mamak. Memang sedap!!!

Sekitar 6 petang kami beransur dari Lumut untuk pulang ke TM. 

Tapi angkara GPS, kami tersasar ke Gopeng. Sepatutnya laluan kami adalah Lumut-Teluk Intan-Bidor dan tiba ke TM. Tapi GPS membawa kami ke laluan Lumut-Gopeng dan masuk ke lebuhraya Plus.

Agak jauh juga terpesong.

Ada ahli rombongan terpaksa re-fueled kerana hampir kekeringan petrol. Hampir waktu Maghrib tapi kami masih di Gopeng.

Berhadapan Petron adalah Masjid Jamek Baru Gopeng, tapi kami sepakat untuk jamaa' sahaja.

Semasa tersasar arah tersebut, secara tidak sengaja kami pandu lalu Kellie's Castle, berhampiran Batu Gajah dan Taman Herba Perak di Kg Kepayang. Jika tidak kerana hampir Maghrib, pasti kami singgah. Inshaa Allah mungkin lain masa ada rezeki kami.

Lega, bila melepasi Gopeng, kami masuk ke lebuhraya Plus. Jika terpaksa melalui jalan persekutuan, agak sukar dibuatnya dengan masalah penglihatan ambe di waktu malam.

Bila dihitung-hitung, sekitar 3 jam diperlukan untuk tiba ke TM jika menggunakan laluan Lumut-Gopeng-TM. Boleh tahan, dan lebih kurang 3 jam juga jika menggunakan laluan Lumut-Teluk Intan-Bidor-TM.

Masing-masing kepenatan bila kaki menjejak rumah. Home sweet home. Mandi, makan dan zzzzzZZZZZZZ. Jangan terlajak esok pagi sudahlah!!!

Sekian.

JoM JaLaN-JaLaN Ke TeLuK iNTaN 2015 | BaHGN 2 : HoMeSTaY TaMaN SeRi SeTia, TeLuK iNTaN

As-Salam & Salam Sejahtera,


Sewaktu kunjungan kami ke Teluk Intan baru-baru ini, kami menginap di salah sebuah homestay yang terletak di Taman Seri Setia. Jarak taman perumahan ini ke pekan Teluk Intan tidaklah jauh, kira-kira 10 minit pemanduan sahaja.


Sekitar kejiranan Taman Seri Setia. Jauh dari hiruk pikuk, malahan suara kanak-kanak pun tidak kedengaran. Sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana santai dan sunyi.


Nombor rumah yang dijadikan homestay dan juga nombor telefon yang boleh dihubungi.


Laman rumah meriah dengan aneka bunga-bungaan.


Anda peminat kaktus?


Melangkah masuk ke homestay, seolah berada di kediaman milik sebuah keluarga. Barangan milik tuan punya homestay masih dikekalkan seperti mana ia masih dihuni oleh mereka.


Ruangan dalam dari sudut yang lain. Macam kediaman yang masih dihuni sebuah keluarga kan?


Ada ASTRO, tapi channel agak terhad. Anak-anak terus ON cerita kungfu, Celestrial Classic Channel.


Homestay ini ada 4 bilik, tapi 1 bilik dikunci. Mungkin untuk kegunaan peribadi pemilik. Setiap bilik ada kipas dan aircond. Katil dan tilam agak lama, empuk atau tidak kami tidak tahu. Semua pakat-pakat tidur di ruang tamu, hampar TOTO dan sleeping bag.


Ruang dapur, tiada dapur gas jadi kami berpendapat memasak tidak dibenarkan. Tapi ada rice cooker, boleh masak nasi, lauk kena beli dari luar.


Bilik air, ada 2. Kebersihan, NO KOMPLEN!!! Tidaklah kotor tapi jangan pula mengharapkan seperti bilik air hotel bertaraf berbintang-bintang.


Antara barangan peribadi milik tuan tanah kedaung!!!


Mengingatkan ambe akan rumah sendiri. Bila terlalu banyak suis, sticker berwarna-warna mula memainkan peranan.

Mesti anda tertanya-tanya kadar semalaman untuk menginap di homestay sebegini kan?

Kira-kira RM200 semalaman, agak murah jika anda datang secara berkumpulan dan mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Senang-senang 20 orang boleh masuk, tapi tidur melata kat lantai.

Sesekali seronok juga kan?

Mengingatkan memori balik kampung rumah opah dan atuk, semua pakat-pakat tidur kat lantai beramai-ramai.

Jika anda berminat, hubungi sahaja tuan empunya homestay, Pn Zaiton jika tak silap namanya. Nombor telefon Pn Zaiton 013-6283510.

Sekian.

JoM JaLaN-JaLaN Ke TeLuK iNTaN 2015 | BaHGN 1 : MeNaRa CoNDoNG TeLuK iNTaN & BaTu BeRTeNGGeK

As-Salam & Salam Sejahtera,

Moh kite semua ke Teluk Intan.

Ape kehei nak ke Teluk Intan?

Ade urusan keluarge kat sane....

Ye kei?

Lama sungguh ambe tak ke Teluk Intan, walau bukan jauh benar dari TM. Tapi dah tak ada urusan atau keperluan penting, maka dah bertahun kaki ambe tak jejaki debu-debu tanah di Teluk Intan.

Tapi baru-baru ini, kebetulan salah seorang keluarga terdekat bertemu jodoh dengan orang Teluk Intan atau dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson. Maka berangkatlah kami sekeluarga ke sana.

Alang-alang dah sampai, masuk hukum wajib pula untuk kunjungi tempat-tempat menarik di Teluk Intan. Urusan majlis pula menyebelahi kami, dalam tengah hari Alhamdulillah semuanya selesai. Masa terluang digunakan sepenuhnya untuk melawat tempat-tempat tarikan pelancong ke Teluk Intan.

Antara yang sempat kami kunjungi adalah Menara Condong dan Batu Bertenggek.


Tak dapat kunjungi Menara Condong Pisa kat Itali nun, dapat sampai ke Menara Condong Teluk Intan pun jadilah.

Menariknya Menara Condong Teluk Intan, luarannya kelihatan seperti bangunan setinggi 8 tingkat. Tapi sebenarnya ia cuma bangunan setinggi 3 tingkat. Ketinggiannya kira-kira 25.5 meter.

Jika diikutkan sejarah, menara ini dibina untuk menempatkan sebuah tangki air besar. Khusus untuk kegunaan dimusim kemarau dan juga sewaktu kebakaran.

Akibat daripada beratnya tangki air tersebut, dan tapak menara yang agak lembut menyebabkan ianya condong ke arah barat daya.

Kemudian ia juga pernah berfungsi sebagai penunjuk arah kepada kapal-kapal yang memasuki Pelabuhan Teluk Anson pada masa tersebut. Akhir sekali, kekal sehingga kini, Menara Condong Teluk Intan berfungsi sebagai menara jam. Jam tersebut dibeli dari London pada tahun 1894.

Catatan sejarah Menara Condong Teluk Intan.

Jom kita lihat apa ada di dalam menara;

Masuk adalah percuma!!!

Apa-apa pun kita isi buku pelawat dahulu.

Adeh bung!!! Bukunya ada tapi pen kemana menghilang? Tak ada rezeki nak mengabadikan nama ambe pada buku pelawat.

Masa lawatan, Selasa hingga Jumaat dibuka mulai jam 8 pagi sehingga 5 petang. Hujung minggu dan kelepasan am dibuka sedikit lewat, jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Jangan bikin jenayah ya!!! Anda sentiasa diperhatikan. CCTV untuk mencegah vandalism dan juga kelakuan tidak senonoh pengunjung.

Termaktub sebagai salah satu warisan kebangsaan.

Sebaik sahaja kaki mencecah lantai menara di tingkat paling bawah, ini yang kita nampak dahulu. Perigi kecil yang dijadikan tempat untuk berniat dan membayar nazar. 

Banyak juga note seringgit terapung, dan duit syiling di dasar perigi. 

Selain daripada contengan nakal kaki vandalism, dinding menara dihiasi dengan foto-foto lama yang menceritakan sejarah Teluk Anson. 

Sakan ini macha meluahkan perasaan kepada pujaan hati pengarang jantung.

Sakit mata dengan segala macam contengan, jom kita naik ke atas. Ada kira-kira 110 anak tangga perlu didaki untuk ke tingkat paling atas.

Aras 3, aras paling tinggi pengunjung awam boleh tiba. Anak tangga ini kalau tak silap akan membawa kita ke menara jam. Petugas sahaja yang boleh naik. Pengunjung awam pun boleh kalau nak, tapi tanggung saja natijahnya jika tertangkap.

Tingkap pada setiap sisi menara. Buka sahaja, terasa angin sejuk dari luar menyerbu masuk.

Ladung jam.

Pemandangan salah satu sudut bandar Teluk Intan dari arah menara. 

Berbalam-balam nun jauh di sana, kalau tak silap pasar pagi. Katanya, kadang kala ada jualan barangan antik. Pengumpul barangan antik tentu berminat dengan pasar pagi ini.

Jom keluar, kita tinjau keliling menara pula. Ada kompleks menara condong, dari jauh seperti ada banyak kedai-kedai kecil.

Arked Teluk Intan. Kami cuma tinjau dari jauh.

Deretan kedai lama, cukup klasik dan menunjukkan usia sebenar pekan Teluk Intan.

Medan selera, tapi ramai yang masih belum buka kedai. Kami awal sangat ke?

Kemudian, kami ke lokasi tarikan pelancongan kedua di pekan Teluk Intan iaitu Batu Bertenggek.

Batu Bertenggek ini adalah sebiji batu besar, sebesar kereta Kancil yang diletakkan di atas satu binaan. Khusus untuk memperingati para perajurit yang kehilangan nyawa pada zaman perang dunia kedua.

Nampak tak Batu Bertenggek? 

Gambaran jarak jauh dan dari dalam kereta. 

Nak cari Batu Bertenggek ini mudah sahaja, letaknya di hadapan bangunan SKOMK.

Jika diikutkan, masih ada lagi lokasi yang patut dikunjungi jika kita ke Teluk Intan. Antaranya adalah Beting Beras Basah dan Jeti Bagan Datoh.

Tapi disebabkan kesuntukkan masa, dua tempat tersebut tidak sempat kami lawati. Kesuntukkan masa bukan apa, ini kerana selepas ini kami bercadang hendak ke Lumut pula.

Moh kite ke Lumut!!!