Thursday 27 August 2015

SToRY MoRY RaYa 2015 : FRoM KoTa KiNaBaLu BaCK To KL



12 Zulkaedah 1436 Hijrah, dan ambe masih terhegeh-hegeh nak habiskan story mory raya. Ini kira les coupeque, entri terakhir pasal raya. Nak balik KL dah ni.

Malangnya on the date kami sekeluarga nak balik KL dari Tenom, my father in law tetiba jatuh sakit. Pagi-pagi buta bangun nak bersahur dan puasa 6, beliau tetiba jatuh tersungkur tepi meja makan. 

Tengok mata terbeliak naik ke atas, buat checking sesikit and ambe conclude beliau hypoglycaemic atau kurang gula dalam darah (tetiba rasa teror persis doctor hehehehe).

Cekup gula nak buat air manis, rasa macam lambat. Jadi terus masukkan gula pasir ke mulut beliau dan bagi minum untuk mudahkan menelan.

Lepas lima nan sudu baru nampak macam nak normal balik.

Masing2 tunjuk muka lega, tadi kecoh masing-masing panik. Apa daaaaaaa.....

Bila mana beliau dah ok sikit dan ada tenaga, kami bergegas pula ke Unit Kecemasan Hospital Tenom. Nasib baik jugalah kalau di Sabah, jam 6 pagi dah terang benderang. Umat pun dah ramai menunggu untuk rawatan.

Disebabkan kecemasan dan beliau ada sejarah serangan jantung, kami diberi priority dan beliau diberi rawatan segera. Berjam-jam jugalah doctor tahan untuk rawatan lanjut. Check jantung, check buah pinggang dan check segala-galanya.

Masing-masing kelaparan sebenarnya sebab belum sempat bersarapan. Jadi kami take turn pergi makan, disebabkan raya, banyak kedai Muslim yang masih tutup. Yang mana buka pun kedai mamak dan kedai Pakistan which aidonlaik!!! Taste tak kena dan tak sedap, tapi dek kerana perut kosong, telan sajalah sekadar nak hidup.

Ambe balik dari sarapan, dapat berita in law dah boleh discharge, patut kena tahan ward tapi disebabkan ward terlampau crowded, beliau dibenarkan balik. Ok, jom balik sambung tidur.

Dan disebabkan itu juga, ambe sendirian balik KL manakala wife dan anak2 stay sehari dua lagi. Seronoklah si kenit boleh lepak kampung lama sikit.

As usual, dari Tenom naik bas ekspress Tung Ma untuk ke Kota Kinabalu. Di KK, my bro in law dah get ready untuk jemput. Makan-makan dan solat Zuhur, dia drop ambe di airport. Tak payah tunggulah bro, lu keje kan ari ni.

Masa lepak-lepak di boarding hall, sempat sembang2 dengan seorang profesor dari Australia. Datang ke Sabah untuk present paper. Lama tak sembang dengan pure mat salleh, jenuh ambe pasang telinga nak faham dia punya ascent. Profesor ni pulak sembang guna ascent Aussie pedalaman, makinlah seksa nak faham buat ambe yang tak berapa pandai bahasa inggelish!!!

Skodeng abang2 sojar nak naik Hercules C-130 atau Charlie. Besar bagak juga si Charlie ni rupanya.

Keempat-empat enjin Charlie dan ON, mengaum bukan main.

Charlie get ready to take off!!!

Ekcelli, flite ambe delayed lebih dari sejam. Cuaca tak berapa mengizinkan dan kapal dari KL lambat tiba.

Nak naik kapal terbang pun basah kuyup. Uncle Tony ada pinjamkan payung tapi hujan lebat sangat, tempias habis basahkan seluar. Ini flite untuk ke Guangzhou kalau tak silap.

Akhirnya pesawat kami tiba selepas sejam terlewat dari jadual asal. Nothing much to say, macam biasa dalam flite, lepas makan ambe terus tido hahahaha. Buka mata, dah nak touch down kat KLIA2.

Lepas touch down, keluar dan amek ERL Transit ke KLIA untuk ambil kereta. Parking kena RM200 lebih, kopak!!! Dan zooM berdesup balik rumah.

Sekian story mory raya 2015.

Wednesday 26 August 2015

JoM GeLaK : BuRuNG KeTua KaMPuNG

Hobi ketua kampung adalah memelihara burung. Pada suatu pagi, kesemua burungnya hilang.

Oleh kerana ketua kampung tersangat marah, dia mengumpulkan penduduk kampung. Hampir 200 penduduk datang ke balai raya.

Ketua kampung : Siapa ada burung?

Semua kaum lelaki yang hadir terus berdiri.

Ketua kampung sedar yang cara dia bertanya adalah salah.....

Ketua kampung : Bukan burung itu, maksud saya adalah siapa pernah nampak burung?

Semua kaum wanita berdiri.

Ketua kampung bertambah marah.....

Ketua kampung : Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya?

Sebahagian kaum wanita berdiri.

Ketua kampung semakin gugup.....

Ketua kampung : Maaf sekali lagi, maksud saya yang sebenarnya adalah siapa pernah tengok burung saya?

Lima orang wanita berdiri!!!

Sesi soal jawab terhenti setelah ketua kampung lintang pukang lari kerana dikejar oleh isterinya dengan penyapu.

Note : Nama ketua kampung tersebut terpaksa dirahsiakan untuk tujuan keselamatan hehehe.

Disclaimer : Credit to originator - idea asal bukan hasil buah fikiran pemilik belog DSKB.

Monday 24 August 2015

JoM GeLaK : KiSaH 3 PiLoT

Dikisahkan pada suatu ketika, dua buah pesawat terhempas jauh di tengah hutan belantara. Tiga pilot yang terselamat kemudiannya menjadi tawanan suku kaum kanibal. Maka merayulah mereka agar tidak dibunuh dan dimakan.

Jadi berkatalah ketua suku kaum tersebut;

"Kalau korang semua mahu hidup, korang kena masuk hutan dan bawa 10 biji buah yang sama jenis".

"Tapi korang hanya ada masa 3 jam sahaja'.

Tidak sampai 3 jam, pilot yang pertama muncul membawa 10 biji epal.

Berkatalah ketua suku tersebut;

"Ok, kamu dah bawa 10 biji buah epal. Sekarang masukkan semua epal yang kamu bawa ke dalam lubang jubur kamu satu persatu".

"Ingat, jika kamu merintih atau bersuara, kamu akan saya bunuh'.

Disertai semangat juang yang tinggi, akhirnya epal pertama dapat dimasukkan tetapi untuk epal kedua dia tidak dapat menahan kesakitan dan menjerit meraung terpekik terlolong.

Dengan kejam ketua suku tadi terus memenggal kepala si pilot. Maka naiklah pilot tadi ke syurga.

Sejurus kemudian, pilot kedua pula tiba dengan membawa 10 biji anggur.

Ketua suku kaum kanibal terus memberikan arahan yang sama.

1 anggur masuk, 2 anggur masuk, 3 anggur masuk tapi pada saat dia nak masukkan anggur ke 10, ketua suku tadi tiba-tiba memenggal kepala pilot ke 2.

Naiklah pilot ke 2 tadi ke syurga dan bertemu dengan pilot pertama.

Pilot 2 : Eh! ko pun mati jugak.

Pilot 1 : Ye la, aku bawak epal. Sakit gile masuk lubang jubur aku.

Pilot 1 : Sial betul la ketua suku tu, syaratnya susah gile. Ko bawak buah apa?

Pilot 2 : Anggur!

Pilot 1 : Anggur? Tu kan senang, kecik aje dan tak sakit pon!

Pilot 2 : Memang betul, semua anggur hampir masuk ke dalam lubang dah, tapi.....

Pilot 1 : Tapi apa?

Pilot 2 : Tetiba aku ketawa dan habis semua anggur yang aku masukkan tadi keluar balik.

Pilot 1 : Bodoh kau! Kenapa kau ketawa?

Pilot 2 : Habis tu, masa aku nak masukkan anggur ke 10, aku nampak pilot ke 3 bawak buah durian.

Pilot 2 : Gile ko, buah durian tu! Hahahahahaa!!!!!

p/s : Durian nak sumbat lubang jubur? Kah kah kah kah!!!


Disclaimer : Credit to originator - idea asal bukan hasil buah fikiran pemilik belog DSKB.

Wednesday 19 August 2015

HiTMaN aGeNT 47



Filem yang menjalani penggambaran di Berlin dan Singapore ini dijangka ditayangkan di Malaysia pada 20 Ogos 2015 - iaitu ESOK!!!

Ini bukanlah kesinambungan atau sequal dari filem Hitman yang ditayangkan pada tahun 2007.

Pada asasnya, kedua-dua filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak lelaki diculik dan dilatih oleh organisasi rahsia untuk menjadi pembunuh upahan.

Jika dalam Hitman (2007), organisasi rahsia tersebut lebih dikenali sebagai 'The Organization', dalam Hitman Agent 47, mereka muncul lebih daring dengan nama 'International Contracts Agency'.

Watak Agent 47 dilakonkan oleh Timothy Olyphant dalam filem Hitman (2007) dan watak tersebut telah diambil alih oleh Rupert Friend untuk filem Hitman Agent 47.

Khabarnya, Paul Walker sepatutnya memegang watak Agent 47, tapi kemalangan yang membawa kepada kematian mendiang membuatkan penerbit terpaksa mencari pengganti iaitu Rupert Friend.

Plot kasar Hitman Agent 47;

  1. Genetically engineered from conception to be the perfect killing machine, he's the culmination of decades of research, endowed with unprecedented strength, speed, stamina and intelligence. Known only as Agent 47 (Rupert Friend), his latest target is a corporation that plans to unlock the secret of his past to create an army of killers even more powerful than him. With help from a young woman, the elite assassin confronts revelations about his own origins in an epic battle with his deadliest foe.

Nampak macam best je kan? Apa kata hujung minggu ini kita sama-sama ke panggung wayang untuk menyaksikan filem hebat ini.

Moh kita!!!

Tuesday 18 August 2015

MeMoRi ZaMaN PeRSeKoLaHaN




Sape sini pernah buat dajal masa zaman persekolahan dulu?

Sila selak kain ngaku cepat!!!!

Bila dibaca akan kata-kata hikmah yang dituturkan oleh Prof APJ Abdul Kalam, terserlah akan kebenarannya.

p/s: hang pa tak kenal APJ Abdul Kalam? baik hang pa Google cepat2.

Cuba hang pa kenang balik zaman persekolahan dulu, memori yang machiam mana datang dulu. Mesti memori berkenaan kenakalan hang pa atau kawan2 hang pa yang mai dulu kan.

Memori yang syumul suci biasanya datang kemudian, dan jarang membuatkan kita ketawa sendiri. 

Antara yang masih segar dalam ingatan ambe ialah;

1. Ponteng sekolah semata-mata nak main video games.

2. Panjat pagar sekolah sebab nak balik awal - pintu depan ada guards jaga.

3. Skodeng warna bra budak2 pompuan.

4. Masa duk hostel pula, keluar malam-malam melalui pagar belakang untuk ke bandar menonton cerita wayang kung fu.

Dan ada banyak lagi lah yang membuatkan ambe tersengih sendiri bila dikenangkan balik.

Anda pula bagaimana?


Monday 17 August 2015

JaNGaN JaDi HaMBa aBDi BoSS @ KoMPeNi aNDa!!!


SToRY MoRY RaYa 2015 : FuN FaiR KaMPuNG


Pestaim dalam hidup ambe, musim raya bawa anak-anak layan fun fair. Fun fair kampung je pun, tak adalah secanggih fun fair kat key el nun. Tapi cukuplah untuk menghiburkan hati anak-anak di kawasan pedalaman.

Boleh tahan juga jumlah umat yang keluar berlibur, kira penuh sesak jugalah tapak fun fair. Umat dari segenap pelusuk Kemabong semua keluar. Ye, nama tempat ini adalah Kemabong di pedalaman Sabah nun.

Ride dan game tak banyak, roller coaster memang sah2 tak de. yang ada cuma kuda yang pusing2, keretapi tut tut dan game tikam2. 

Game tikam2 tu apa?

Ala yang main teka nombor, baling gelung rotan dan sebagainya. Kalau kena dapat hadiah, kalau tak kena melopong hilang duit. Yang ambe peratikan, ramai yang habis duit, hadiahnya langsung tak terusik. akhirnya tokey fun fair jugak yang kenyang makan hasil.

'Abah, nak main!!!'.... kata si bongsu.

Abang dan sepupu sepapat yang lain pun turut sama tersengih-sengih nak main sama.

Ok, kita pergi beli tiket dulu.

Kiutmiut jugak sumandak yang jual tiket ni hahahaha!!! Dik bagi tiket sebakul hehehehe. Huh! 4 hengget satu tiket? Apa mahal sangat ni yunk, eh! dik.

Seriyes, untuk fun fair tahap kampung, kena bayar 4 hengget untuk satu ride amatlah cekik darah. Jangan banding dengan kita kat key el ye. Ambe sembang pasal fun fair di Kemabong nun, hulu gile dengan penduduk cuma menyara kehidupan dengan bercucuk tanam.

4 hengget teramatlah mahal dan cekik darah (sila ulang phrase ini 1000x).

Apalah naseb orang kampung, sesekali keluar berhibur terus kering poket, lagi2 jika anak berduyun-duyun.

p/s: mesti ada yang kata, kalau dah sengkek apa ke he layan fun fair, baik duk umah. tak kena batang hidung ko, kencang le  ko sembang bro!!!!

Tiket untuk mary-go-round tapi boleh main ride lain juga. Mana-mana ride, kena huluq 4 hengget untuk satu kepala. Kalau ada 10 orang anak?

Mula-mula layan kapal layar berpusing. Tersengih-sengih dapat naik ride, kesian la pulak. Lebih2 lagi mana yang tak mampu, menengok je kat tepi.

Ini pula keretapi. Masa ni ada budak mana ntah, lalu depan si bongsu kemudian sound 'hoi budak gemuk!!!'. Bukan sekali tu tapi tiga pat kali dok sound, apa kena budak ni? Si bongsu macam biasa, sengih-sengih blur kena sound budak gemuk hahahaha!!!

Mary-go-round fun fair kampung. Anak2 nak naik tapi ambe tak berkenan. Nampak macam besi buruk berpusing je pun, siap ada sound effects kruk kruk kriuk!

Gilo ko, dibuatnya besi patah kat mana-mana habis berterabur budak2. Tak apalah nak, kita gi Lost World of Tambun je nanti, tak pun repeat Sunway Lagoon.

Kena dengan timing, masa push button kamera henpon, lampu biru mengelip keluar. Dari jauh nampak cantik, bila dekat sah2 besi buruk.

Mana-mana fun fair mesti ada rumah hantu. Fun fair Kemabong, rumah hantunya dipanggil hantu pisang. Hantu suka makan pisang kut!!!

Ini yang ambe kata game tikam2 tadi. Cabut dan teka nombor apa ntah, mana yang joint tak de sorang pun kena. Senyum lebar tokey fun fair 'manyak untung, manyak bodo ini olang'.

To be continued.... klik


Friday 14 August 2015

SToRY MoRY RaYa 2015 : oPeN HauSS!!!


Salam Aidilfitri buat semua pengunjung belog DSKB, maaf zahir dan batin andai ada terkasar coretan.

Duh, catatan Aidilfitri yang extra lewat, tak apa kita kayuh selow-selow nuh! Ari ni kita sembang open hauss masa raya pertama dulu. 

Gegeh nuh, raya pertama dah buat open hauss. Kat kampung biasa nuh, lepas solat raya sahaja berbondong-bondong saudara-mara jiran tetangga bertandang raya.

Tapi tahun ini sudah buat invitation semi-formal sehari awal, my father in law sudah menjelajah setiap pelusuk kampung, menjemput sambil menginformasikan akan open hauss kami bermula jam 4 petang hingga ke malam.

Paginya selepas solat sunat Aidilfitri, semua pakat bergegas buat persiapan untuk open hauss. Pompuan masak apa yang patut, jejans buatlah apa yang patut.

p/s: Gambirun solat raya tiada, gambirun bersama baju raya pun tiada ini tahun.

Relatives yang tak menang tangan menggoreng ayam. Non muslim tapi tetap bersama merayakan hari kemenangan umat Islam. No hal lah, lain agama tapi darah tetap sama.

Pemotong daging, ko putung kicik2, basar2 susah mo empuk! Anak buah dan ipar duai.

Dui na, tidak cukup ayam bandar, ayam kampung kami putung! Buat sup memang marbeles.

Hampir pupus, kampung pun kekadang susah mo cari dapur kayu.

Masih ada anak dara masa kini yang pandai masak nasi guna dapur kayu? Jika ada, sila selak kain!!!

Ekcelli ramai juga saudara mara yang datang menolong, bergotong royong memasak hidangan open hauss nanti. Jika nak diharapkan isi rumah sahaja, memang tak mampulah kederat. Nasib juga ada saudara mara yang masih belum kembali ke fitrah, jadi merekalah yang banyak menolong. Mana yang muslim sibuk pula dengan open hauss mereka sendiri.

Tiba saatnya....

Antara hadirin terawal yang tiba. Beliau ini pangkat ayahanda dalam susur galur keluarga kami, kira machiam Rani Kulop jugalah.

Echecheche sempat menjeling lagi tu, sontot karang. Muslim atau non muslim, semua dijemput hadir untuk memeriahkan open hauss raya. 

Dari siang dah membawa ke malam. Kira tak putus-putus saudara mara dan jiran tetangga berkunjung. Satu lagi kebiasaan di sini, mereka akan lepak lama-lama, bersembang panjang-panjang. Ada yang datang petang, malam baru balik. 

p/s: ambe layan sambil sengih angguk mana yang perlu, sebab bukan paham pun apa depa duk sembang.

Hitam putih kehidupan, lama tak main function black and white. 

Kuih muih hidangan sampingan. Hidangan utama sudah semestinya nasi putih lauk gulai ayam/daging.

In short, buat open hauss memang penat tuan rumah. Penat memasak dan penat melayan tetamu. Tuan rumah ye yang penat, ambe tak dikira tuan rumah sebab fefeeling tetamu yang datang bertandang. Entah pukul berapa depa tutup kedai, ambe jam 10 malam dah masuk tidur. Tak reti nak berjaga malam.

Rupanya tak semua yang dapat hadir masa open hauss, jadi mereka datang on the next day. No hal, lauk pauk masih banyak, bukan recycle tapi opcos masak baru lah.

Sabah style raya, berkunjung satu rumah ke rumah yang lain naik hilux secara berjemaah. Tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

To be continued... Klik


Friday 7 August 2015

SToRY MoRY RaYa 2015 : MeNJeLaNG RaYa


Malam-malam menjelang raya, anak2 yang paling gumbira. Gumbira sebab dapat main bunga api dan mercun. Mak bapak memerhati dari jauh sambil hirup kupik dan makan biskut. 

p/s: Tenom terkenal sebagai pengeluar kupik di negeri Sabah pada suatu ketika dahulu. Kini, usaha penanaman kupik seperti hidup segan tapi mati tak juga!!!

Manusia tak nampak sebab diselubungi asap bunga api. Sebenarnya ramai si kenit yang sedang riang ria main bunga api. Berkotak-kotak bunga api boleh diperabih dalam satu malam. Mana yang tamak, kiri kanan tangan ada bunga api, bukan reti nak main satu-satu.

Pic ini ok sikit, nampak si kenit tengah cucuh mercun. Sebenarnya ada ramai lagi tengah bertempiaran berlarian ke sana dan ke sinun. Terserlah kegembiraan dapat berjumpa sepupu sepapat walau cuma setahun sekali. 

Paling tak berkenan, suka bebenor si kenit menyelit kat bawah punjut atau pelita. Risau bukan apa, kut terlanggar pelita berisi minyak tanah, ada yang rentung di malam raya. 

Jika merayau disekitar kampung, ramai juga yang pasang punjut untuk memeriahkan malam raya. Mana-mana yang berkemampuan, siap beli dan pasang lampu lip lap lip lap. Kampung yang biasanya gelap gulita tetiba menjadi terang benderang.

Badang kampung, gagah purkasa mendirikan khemah. Entah mana ilham mai tetiba ambe punya mertua nak buat open haus. Malam-malam buta kontek towkey khemah, minta pacak khemah. nasib baik towkey masih belum tidur dan masih ada khemah yang available. Lalu dikerahnya rakyat jelata untuk segera menjunjung perintah. 

Peneman malam raya, hirup kupik sambil bersembang sesama ahli keluarga. Maklumlah setahun sekali dapat berkumpul. Ada yang langsung tidak tidur hingga ke Subuh, ralit menyembang. 

p/s: kupik dan teh O di atas sebenarnya khusus untuk badang2 purkasa yang gigih mendirikan khemah, tapi yang tak berkaitan pun ramai yang tumpang sekaki dua.

Ambe, tak de makna nak bersengkang mata. Jam 11 malam dah berkelubung dalam selimut, dah biasa tido awal. Lagi pun waktu Subuh di Tenom awal bebenor, pukul 5 pagi dah masuk waktu. Tidur lewat silap2 terbabas solat Subuh.

To be continued... Klik


Wednesday 5 August 2015

SToRY MoRY RaYa 2015 : FRoM KL To KoTa KiNaBaLu


Dah masuk 20 Syawal baru nak hapdet cerita raya. Ok lah dari tak de langsung. Lagipun banyak gambirun raya dalam henpon, baru hari ni ada peluang untuk donlot.

This year ambe beraya di negeri di bawah bayu, balik Sabah bah!!! Terbang bersama Air Asia ke Kota Kinabalu dan ini kali pertama jejakkan kaki ke KLIA 2.

Sebelum terbang, gigih Google maklumat tempat parking murah dan dekat di KLIA 2 tapi nan hado. Nak parking dekat ada, tapi mahal. Nak parking murah, tapi jauh pula kena menapak.

Tetiba mode rindu akan LCCT, parking mudah, murah dan dekat dengan terminal.

Tiba hari kejadian, lajak ke KLIA dan parking kat sana. Lepas parked kereta di KLIA, ambil ERL Transit ke KLIA 2. Mulanya nak parking saja di Hotel Sama-Sama, sebab katanya murah tapi memikirkan kereta bakal berhujan berpanas selama 1 minggu, tak jadilah. Eh! masa kat LCCT dulu berpanas berhujan jugak kan parking RM16 sehari?

Harga tiket sehala ERL Transit cuma RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Anak-anak dah excited sebab dah lama tak naik train. Mak bapak, gundah gulana memikirkan bayaran parking kereta. Seminggu kereta berkampung di KLIA, banyak mana duit hangus. Nasib baik tiket Air Asia untuk kami sekeluarga ditanggung sepenuhnya oleh kompeni.

ERL transit masih banyak seat kosong, tapi malas nak duduk. Bukan jauh mana pun KLIA ke KLIA 2. Bau kentut belum hilang pun boleh sampai. Agak-agak berapa ramai yang kentut dalam ERL? Kentut pramugari Malindo Air wangi tak, ke Air Asia lagi win? Eh! apa aku merapu ni?

Rumah kampung Tuan Ismet Ulam Raja di KLIA 2. Ramai lalu lalang tapi tak ramai yang berselfie, mungkin sebab mode raya belum mari. Umat pun tak adalah ramai mana kat KLIA 2, padahal 3 hari lagi nak raya.

Si bongsu duk jeling-jeling akan Kenny Rodgers. Tahulah ko tak pose, tolong respek ye. Muncung je budak tu hahahaha. Mula-mula ambe pun konpius, ini airport ke shopping complex. Banyak nau kedai, tapi ok jugalah, sementara menunggu untuk boarding boleh juga cuci mata window shopping.

International departure, ramai yang nak balik Mainland dan Hong Kong. Depa pun sibuk nak balik raya rupanya. KLIA 2 ini agak besar sebenarnya berbanding LCCT, nak menapak ke boarding gate pun agak jauh. Jadi jangan sesekali anda datang lewat ye. Kalu boleh buat web check in dan print boarding pass siap-siap.

Pesawat kami untuk ke Kota Kinabalu tengah melepak. Flite on time no delay-delay which I like. Lama tak naik kapal terbang selepas tragedi MH370, MH17 dan QZ8501. Jadi ambe punya orang rumah agak nervous. Tengok pula kapitan dan co-pilot amatlah muda remaja, lagilah gundah gulana!

Inshaa Allah, mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.  Kita tawakkal. As usual, ambe dan anak-anak sentiasa excited untuk terbang hahahaha!!! The feeling masa kapal terbang tengah menjulang naik dan bunyi enjin mengaum, eh tak retilah ambe nak explain tapi cukup mengujakan hahahaha.

Khatijah Adel dan Fredericka, nama pramugari Air Asia tapi nama pramugara ambe tak ingat. Masa ni depa tengah bersiap untuk jualan makanan. Kami dah pre-booked siap-siap, persiapan untuk berbuka dalam penerbangan. Hidangan berbuka kami pada hari tersebut adalah Pak Nasser's Nasi Lemak. Sebaik sahaja kapitan umumkan waktu berbuka, Bismillah dan ambe terup ngap. Sedap pula, tiga bungkus ambe bedal sebab ada yang tak berselera bila berbuka dalam kapal terbang!!!

Bila 3 packs nasik lemak Pak Nasser's masuk ke perut, mata terus layu. Apa lagi kita tido ye anak-anak. Memang tabiat ambe, mudah tido dalam penerbangan, tak kiralah tengah turbulance ke, kapal terbang tengah huyung hayang dilanda ribut ke, mata ambe tetap tutup bila rasa mengantuk mai.

Buka mata, rasa kapal terbang tengah descending. Maknanya dah nak sampai. Lena betul tido tadi. Dipendekkan kejadian, kami selamat mendarat di KK International Aiport kira-kira 8.30 malam.

My in law dah sedia menunggu, dan pada malam itu juga kami bertolak balik ke kampung di Tenom. Ambe sebenarnya tak berkenan sangat nak gerak malam-malam sebab jalan KK-Tenom bukan elok sangat, gelap lagi tu. Tapi dah orang rumah excited sangat nak jengah kampung, ambe layan sajalah. 

Tengah malam buta, tak pun hampir 1 pagi baru sampai depan rumah di kampung. Alhamdulillah.

To be continued!!! Klik