Monday 15 February 2016

MaKaN KeNDuRi Di KuaLa SeLaNGoR # 2016


Twist owh yeah !

Layan lagu Saloma, Selamat Pengantin Baru ! Hahahaha kampung siapa masih jemput kugiran masa kendurin kawen, kemudian ramai-ramai layan twist machiam video kat atas?

Exit 119 Plus Highway

Bersempena dengan cuti panjang minggu lepas, ramai yang mengambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang. Pendek kata kenduri sana-sini, kepada mereka yang mempunyai ramai kenalan, sehari terpaksa mengharung tiga atau empat kenduri.

Selamat pengantin baru DSKB ucapkan kepada kesemua pengantin baru yang menziarah blog ini, semoga ikatan abadi yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat, Inshaa Allah.

Kebetulan pada minggu lepas juga, salah seorang sahabat kepada keluarga melangsungkan perkahwinan, dan kami sekeluarga telah dijemput untuk bersama memeriahkan majlis raja sehari mereka.

Majlis berlangsung di Masjid Puncak Alam pada hari minggu, tapi kami telah dijemput untuk datang lebih awal sehari, bagi membantu keluarga pengantin membuat sedikit persiapan.

Buat pertama kalinya, kami menggunakan laluan Bukit Tagar untuk ke Kuala Selangor, kediaman pengantin perempuan yang juga merupakan rakan karib kepada my wife. Jika sebelum ini, kami sering menggunakan laluan Guthrie dan seterusnya Lebuhraya Latar untuk ke Kuala Selangor dari Muallim.

Tol RM2++

Kata orang lebih dekat jika exit melalui Bukit Tagar, dan memang betul pun, bukan dekat sikit tapi memang dekat banyak. Trafik pun cukup lancar dan lengang, sekejap sahaja kami hampir sampai ke Kuala Selangor, lebih awal berbanding jangkaan awal.


Panorama luar bandar

Selepas exit Bukit Tagar dari Lebuhraya Plus, kena lalu jalan dalam. Kiri kanan penuh kelapa sawit, ada masa jalan ok, ada masa jalan raya beralun-alun.


Universiti Selangor

Lalu juga Unisel kampus Batang Berjuntai atau nama millenium, Bistari Jaya. IMHO patut kekal nama lama, apa salahnya guna Batang Berjuntai instead of Bistari Jaya?

Kampus ini juga pernah popular di kaca TV suatu masa dahulu. Masih ingat akan siri drama Dunia Baru? Mengisahkan kehidupan siswa/i lakonan Elyana sebagai Opie, Pierre Andre sebagai Adif, Ellyas Abdullah sebagai Tajul dan lain-lain.


Korek jangan tak korek !

Tiba di pekan Kuala Selangor, perut mula berbunyi. Tidak perlu rushing kerana masih awal, masih sempat singgah untuk makan tengah hari. Disebabkan musim cuti sekolah dan Tahun Baru Cina, banyak pula kedai makan yang tutup. Maintain buka adalah kedai mamak tapi tak lalu pula nak mengadap kari mapiow !

Puas berpusing mencari kedai makan yang menepati selera, terpandang satu signboard 'Restoran Nasi Korek-Korek' !

Hamek ko, entah apa yang dikoreknya. Tertarik dengan nama restoran, kami singgah untuk makan tengah hari. Kebanyakan menu istimewa ada wording korek-korek ! Contohnya nasi goreng korek-korek, mee goreng korek-korek, tomyam korek-korek, dan aneka korek-korekan yang lain hahahaha !

Basically Restoran Nasi Korek-Korek ini adalah kedai makan Siam, jadi kebanyakan menu hampir sama dengan kedai makan Siam yang lain, cuma ditambah perisa wording korek-korekan.


Nasi goreng korek anak dara?


Affordable !


Sedap yang amat !

Rezeki kami pada hari tersebut adalah sup ekor, kailan ikan masin, kerabu seafood dan sayur goreng. Amat sedap pada harga mampu bayar.

Lepas makan teruskan perjalanan ke destinasi.

Menghampiri lokasi rumah pengantin, diberitahu pengantin berada di Masjid Puncak Alam untuk menyiapkan pelamin dan dewan. Eh ! Jauh gile nak pusing ke Puncak Alam dari Kuala Selangor !

Rupanya Puncak Alam sebelah rumah je pun dengan Kuala Selangor. Pengantin bagi guide, jalan lurus, belok kanan, belok kiri, lalu jalan belakang, sudah sampai ! Ada short cut telah dibuka, perjalanan jadi dekat sungguh. Kalau tiba-tiba sakit nak memerut di Puncak Alam, masih sempat balik rumah di Kuala Selangor untuk membuang !


Biru-biruan !


Saham akhirat !

Tiba di Masjid Puncak Alam, pengantin sedang sibuk setting pelamin. Kami cuma bantu tengok sahaja hahahaha ! sebab kesemuanya hampir siap. Bagi sokongan moral sahaja, sambil cuci mata.


Gemerlapan !

Cuci mata sambil test ambil gambar, adjust apperture, ISO, shuttle speed etc. Tapi macam ada something wrong, sama ada kamera atau owner. Tiap kali guna standard lens, akan terjadi over exposure. Nak kena tukar lens, atau owner kena improve his photography skills?

Malamnya my other half and friend temani pengantin untuk majlis berinai. Bukan setakat pengantin, pengapit dan penyepit turut merah jari diinaikan oleh tukang inai. Inai bukan lagi inai melayu dahulu kala, tapi Bollywood punya stylo !

Keluarga pengantin juga amat bermurah hati menjemput kami untuk makan malam di rumah mereka. TQVM buat susah-susah je, burps ! excuse me Alhamdulillah. Sibuk-sibuk urus majlis pun masih sempat jamu kami dengan juadah simple tapi lazat lagi mengenyangkan.

Lepas makan dan kekenyangan, lepak-lepak di luar rumah ambil angin malam.

Perkampungan sekitar rumah pengantin agak sunyi dan mendamaikan, kiri kanan dipenuhi dengan kebun kelapa sawit dan ada banyak parit. Dengan itu kebanyakan nama jalan bermula dengan nama parit seperti Jalan Parit Hj Usop, Jalan Parit Hj Deris dan sebagainya.


D'Kaseh Homestay 

Disebabkan kami tiba sehari lebih awal dari tarikh pernikahan, malamnya terpaksalah kami bermalam di Kuala Selangor. Nak bermalam di hotel malas sebab kebanyakan hotel terletak di pekan. Jadi kami menginap di homestay tidak jauh dari rumah pengantin, D'Kaseh Homestay namanya, RM250 semalaman.


Ruang tamu utama


Ruang tamu kedua


Master bedroom


Bilik tidur kedua


Dapur


Tepi dan belakang homestay - kelapa sawit !

Pemilik D'Kaseh Homestay masih bertugas di Klang Valley khabarnya, jadi rumahnya di kampung dijadikan homestay buat sementara. Banglo setingkat dengan 3 bilik tidur. Dua bilik utama dilengkapi dengan katil queen manakala bilik ketiga hanya dibekalkan dengan TOTO atau Narita. Setiap bilik ada aircond dan kipas. Astro limited channels, kelengkapan memasak disediakan dan keseluruhannya agak lengkap. Sesuai untuk penginapan semalam dua. Jika berminat boleh berhubung terus dengan pemiliknya di talian 013-669 9697 atau 013-317 3183.


Landmark ke D'Kaseh Homestay


Laluan masuk ke homestay

Awal paginya kami bergegas untuk bersarapan di Puncak Alam, restoran yang menyajikan sarapan tradisi Kelantan seperti nasi kerabu dan juga laksam. Seterusnya kami ke masjid Puncak Alam kerana upacara akad nikah dijadualkan bermula jam 10 pagi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa banyak halangan. Selesai akad nikah, pengantin diarak masuk ke dewan untuk bersanding. Tetamu agak ramai juga, makanan pun sedap-sedap. Paling win adalah tapai pulut dan ubi rebus !


Pendaftar Nikah lengkapkan borang


Salah satu hantaran


Jemputan

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada Reen & Abe Ley. Semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke Jannah dan bakal dikurniakan dengan zuriat yang sempurna lagi comel. 

Terima kasih kerana sudi menjemput kami untuk turut sama berkongsi kegembiraan dan menjadi sebahagian dari detik bersejarah dalam hidup anda berdua.

Selamat Pengantin Baru dan selamat berbulan tanpa bermadu !

MeLaWaT KeLLie'S CaSTLe # 2016


Jika William Kellie Smith tidak meninggal di Lisbon disebabkan pneumonia, pada tahun 1926 di usia 56 tahun, sejarah Kellie's Castle mungkin sedikit berbeza. 

Bayangkan betapa gahnya Kellie's Castle jika disiapkan sepenuhnya. Jika impian William Kellie Smith benar-benar menjadi kenyataan, tidak mustahil Kellie's Castle boleh diumpamakan sebagai Taj Mahal versi Tanah Melayu.

Mungkin juga keturunan William Kellie Smith masih menghuni istana tersebut, dan memegang status warganegara Malaysia !

Tetapi sebaliknya yang menjadi kenyataan, yang tinggal kini cuma struktur utama yang masih belum siap dan sisa-sisa runtuhan binaan.


Sejarah Kellie's Castle



Kellie's Castle dimiliki oleh peladang muda yang kaya raya dan berasal dari Scotland bernama William Kellie Smith. William dikatakan tiba di Tanah Melayu pada tahun 1890 di usia 20 tahun, dan berkhidmat sebagai jurutera awam, dan seterusnya terlibat dengan sektor perladangan getah dan industri bijih timah di sekitar daerah Kinta.

Pada 1903, William mengahwini Agnes, gadis yang ditemuinya dalam perjalanan pulang ke Scotland untuk melawat ibunya yang sedang nazak. Setelah mengahwini Agnes, William membawa isterinya ke rumah ladang miliknya di Batu Gajah, Perak atau lebih dikenali sebagai Kinta pada masa itu dan anak sulung mereka yang bernama Helen dilahirkan pada tahun berikutnya. 

Manakala pada tahun 1909, William telah membina istana miliknya yang pertama, dinamakan sebagai Kellas House sebagai kediaman keluarga. Tetapi struktur binaan Kellas House tidak disenangi oleh Agnes, kerana kurang sesuai dengan keadaan cuaca yang agak panas.

Kelaziman keluarga elit Eropah yang mendiami Tanah Melayu pada zaman itu, untuk melarikan diri ke station-station tanah tinggi pada musim panas. Antara station-station tanah tinggi yang wujud di sekitar Perak pada zaman itu adalah Bukit Maxwell atau Bukit Larut di Taiping dan Bukit Kledang di Ipoh.

Agnes sering meluahkan rasa tidak selesanya, jadi pada tahun 1915 sejurus kelahiran anak kedua mereka, Anthony, William telah merancang untuk membina istana baru buat mereka sekeluarga. Tambahan pula kedudukan kewangan mereka agak baik, Agnes diberitakan akan menerima harta peninggalan keluarganya, peladang kapas di Eropah, dengan jumlah 300,000 pound. Lebih dari cukup untuk menyiapkan istana idaman mereka.

Istana ini, yang kemudiannya dikenali sebagai Kellie's Castle, dibina berasaskan senibina Scottish, Moorish dan India. Struktur istana dengan koridor yang panjang membenarkan pengaliran udara yang baik, dan amat sesuai dengan cuaca panas pada waktu itu. William telah membawa 70 orang pekerja mahir dari Madras, India untuk merealisasikan impian Agnes. Bahan-bahan binaan juga diimport khusus dari India dan Scotland.

Namun perancangan William dan Agnes tidak begitu lancar. Dugaan pertama muncul akibat serangan Spanish Flu yang menyebabkan kematian sebahagian besar pekerja binaan dan pekerja ladang William. Para pekerja William yang beragama Hindu, mencadangkan pembinaan sebuah kuil untuk meredakan kemarahan dewa yang membawa kepada serangan Spanish Flu. William bersetuju dengan permintaan pekerjanya dan sebagai tanda penghargaan, patung William turut dibina, sebaris dengan patung-patung dewa yang lain.

Kemudian, masalah kewangan pula melanda keluarga William Kellie Smith dan merencatkan pembinaan Kellie's Castle. William cuba mendapatkan pinjaman dari firma kewangan di Singapura, tapi firma tersebut juga mengalami kejatuhan kerana kegagalan perniagaan mereka di Indonesia. Bantuan dari kerajaan kolonial di London turut dipohon oleh William tapi jumlah wang yang dipinjamkan oleh kerajaan jauh dari mencukupi. 

Namun demi cinta kepada Agnes, dan demi impian keluarga, William tetap berusaha untuk menyiapkan Kellie's Castle sehinggakan terpaksa menjual 2/3 daripada ladang getah miliknya. Pembinaan Kellie's Castle digiatkan lagi pada tahun 1908, setelah Agnes berjaya mewarisi harta keluarganya dengan jumlah 300,000 pound.

Pada tahun 1926, William Kellie Smith bersama anak sulungnya Helen pulang ke Scotland untuk melawat Agnes dan Anthony. Agnes dikatakan berada di Eropah untuk menemani Anthony yang sedang menyambung pengajian. Sewaktu singgah di Lisbon, Portugal, dikatakan atas urusan pembelian lif untuk melengkapi Kellie's Castle, William telah diserang pneumonia dan meninggal dunia di sana.

Kematian William pada usia yang agak muda memeranjatkan dan mengecewakan Agnes. Ditambah pula dengan kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Tanah Melayu, Agnes mengambil keputusan untuk terus menetap di Eropah dan enggan kembali ke ladang mereka di daerah Kinta, Perak.

Agnes telah menjual saki-baki ladang getah milik William beserta dengan Kellie's Castle kepada firma perladangan milik British iaitu Harrisons and Crosfield. Harrisons and Crisfield tidak nampak akan keperluan untuk menyiapkan Kellie's Castle. Oleh yang demikian, pembinaan Kellie's Castle terabai dari tahun 1926 sehingga kini.


Kellie's Castle 100 Tahun Kemudian


Hatta gagal disiapkan, Kellie's Castle masih menjadi binaan yang dikagumi ramai. Ditambah dengan cerita misteri yang menyelubungi Kellie's Castle, ia telah dijadikan produk pelancongan negeri Perak. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia telah membiayai peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan di Kellie's Castle demi keselesaan pengunjung.

Pengurusan Kellie's Castle juga telah diserahkan kepada syarikat swasta yang mana pengunjung akan dikenakan tiket masuk sebanyak RM5 (warganegara Malaysia, dewasa). Hasil kutipan tiket tersebut sebahagiannya akan diguna untuk memulihara dan menyelenggara Kellie's Castle.

Setiap hujung minggu dan juga pada hari cuti am, Kellie's Castle tidak putus-putus dikunjungi pelancong, sama ada tempatan atau dari negara luar. Istana peninggalan William Kellie Smith ini turut menjadi tumpuan sesi photography oleh pengantin baru dan juga untuk shooting filem, antaranya Anna and The King dan Skyline Cruisers.


Disebalik Dinding Batu Kellie's Castle


Semenjak dari zaman dahulu lagi, Kellie's Castle dihubungkan dengan jalan besar melalui sebuah jambatan kecil yang merentangi Sungai Raya. Jambatan asal mungkin telah lama runtuh, apa yang dilihat pada hari ini hanyalah gambaran awal akan keadaan sebenar Kellie's Castle pada hayat William Kellie Smith.

Selain daripada jambatan, William dikatakan juga membina beberapa buah terowong rahsia sebagai jalan keluar untuk keluarganya melarikan diri jika istana mereka diserang. Sehingga kini, 3 buah terowong telah dikenalpasti. Mungkin masih ada terowong rahsia yang cuma menunggu masa untuk ditemui oleh penyelidik.


Sebahagian dari sisa Kellas House, rumah keluarga pertama William Kellie Smith, seakan menunggu masa untuk runtuh. Jadi pihak berwajib telah mengambil inisiatif untuk memulihara dan menyokong mana-mana struktur yang semakin dimamah usia.


Melangkah masuk ke Kellie's Castle, pelancong disuap dengan bermacam jenis info berkaitan keluarga William Kellie Smith dan istana mereka, Kellie's Castle. Pelancong boleh membaca berkenaan sejarah awal William di Tanah Melayu, kejayaannya membina kekayaan dari industri getah dan timah, sosio-budaya keluarga Smith juga impian mereka yang gagal menjadi kenyataan.


Gambaran ruang tamu kediaman William Kellie Smith. Tidaklah terlalu bercirikan Eropah, malahan terdapat unsur-unsur Oriental. Mungkin juga kerana William telah terlalu lama menetap di Tanah Melayu dan teradaptasi dengan kehidupan keluarga elit tempatan.


Bilik yang dipenuhi dengan rak ini dikatakan bilik linen. Tradisi untuk keluarga elit Eropah untuk membina bilik linen dikediaman mereka khusus untuk menyimpan textile terutamanya yang berkaitan dengan tempat tidur seperti sarung bantal, cadar dan juga kelambu ! Bilik linen mempunyai pengudaraan yang baik dan dipastikan sentiasa kering.


Amalan spiritual tidak pernah dilupakan oleh William. Ini adalah ruang sembahyang milik keluarga William di Kellie's Castle.


Kellie's Castle memiliki balkoni yang agak panjang, sesuai dengan cuaca di Tanah Melayu yang panas, balkoni ini membenarkan pengudaraan yang baik. Di balkoni ini juga dikatakan penampakan roh William Kellie Smith yang dikatakan sehingga kini masih berkeliaran, sebagai penjaga Kellie's Castle ! Disebabkan itu ruang ini dikenali sebagai Balkoni Serambi Berhantu.


Setiap bilik tidur milik William dan Agnes, serta anak-anak mereka Helen dan Anthony memiliki tangga spiral. Dipercayai tangga-tangga spiral yang agak curam dan sempit ini menuju ke tempat persembunyian dan juga terowong rahsia. Ia dibina khusus untuk keluarga William meloloskan diri dari penceroboh atau sebarang kemungkinan yang lain.

Selain daripada itu, salah satu tangga spiral ini juga menuju ke arah bilik bawah tanah atau dikenali juga sebagai bilik gelap, khusus untuk memproses image photography.

Saiz tangga spiral yang agak sempit ini agak mengelirukan juga kerana kita beranggapan masyarakat Eropah biasanya berbadan agak besar. Beberapa orang pelancong tempatan cuba untuk meloloskan diri tapi kelihatan agak kurang selesa, malahan ada yang terpaksa mengerekotkan badan !

Bila ditinjau bilik tidur milik Helen dan Anthony, bilik mereka berhubung di antara satu sama lain melalui bilik air, dan mereka berkongsi tangga spiral yang sama menuju ke tempat persembunyian. Dikesemua bilik tidur Kellie's Castle, tangga spiral dibina berhampiran bilik air.


Jika William Kellie Smith tidak menemui ajal di Lisbon, dan Kellie's Castle berjaya disiapkan, ia akan menjadi bangunan pertama memiliki lif bukan sahaja di Tanah Melayu malahan mungkin juga di Asia ! 

Gambar di atas menunjukkan shaf yang akan dilengkapi dengan lif oleh William. Kini telah ditutup dengan jeriji besi oleh pihak berkuasa untuk keselamatan pengunjung.

William bercadang melengkapi istana idamannya dengan lif bagi memudahkan penghuni dan tetamu bergerak ke aras paling atas. Kellie's Castle dibina secara bertingkat-tingkat dan aras paling atas menempatkan bilik tamu, gelanggang tenis dan juga ruang untuk bersosial seperti tari menari dan juga jamuan kelas atasan.


Sebagai salah sebuah keluarga atasan dan elit di daerah Kinta pada masa itu, tambahan pula Agnes berasal dari golongan socialite di Eropah, mereka sering menganjurkan majlis-majlis sosial. Majlis yang dianjurkan oleh William dan Agnes kebiasaannya dihadiri oleh keluarga elit yang berasal dari Eropah tetapi menetap di Kinta, juga oleh pegawai-pegawai kolonial British yang berkhidmat di Tanah Melayu.

William berpendapat, majlis-majlis sebegini memudahkan beliau untuk membina networking bersama pegawai-pegawai British bagi memajukan lagi aktiviti perladangan getah dan perlombongan bijih timah miliknya.

Bagi maksud tersebut, William telah merangka Kellie's Castle dilengkapkan dengan sebuah gelanggang tenis yang juga boleh digunakan sebagai dewan tari menari dan juga majlis high tea mahupun grand dinner. Ianya dibina pada aras paling atas Kellie's Castle dan bersebelahan dengan bilik tamu yang bakal dihuni oleh pegawai kolonial yang melawat daerah Kinta.


Dimanakah Waris Keturunan William Kellie Smith?

Agak misteri juga, susur galur waris William dari anak sulungnya Helen seakan terhapus sebegitu sahaja. Mungkinkah Helen tidak berkeluarga sehingga ke akhir hayat? Berita berkaitan Helen juga lenyap setelah mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menetap di Eropah sejurus kematian William.

Anak kedua William, iaitu Anthony pula dikatakan berkhidmat sebagai juruterbang dalam Tentera Udara British semasa Perang Dunia Ke 2, berpangkat Leftenan Udara dan terbunuh pada 9 Jun 1942. Anthony meninggalkan zuriat bernama David Anthony Kellie Smith yang dilahirkan pada 4 Jun 1940, dari galur ini lahir pula cicit kepada William iaitu Samuel Anthony Kellie Smith (DoB 12 May 1966) dan Owen William Kellie Smith (DoB 20 Julai 1968). Jurai keturunan seterusnya juga lenyap sepertimana Helen.


Nota Tambahan

Kellie's Castle dibuka setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Sekian, terima kasih sudi baca !

Wednesday 3 February 2016

BiJaK MaTeMaTiK BeRSaMa MaSTeR HaLiM UPSI

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Matematik oH! Matematik. Antara subject peberet ambe tapi seringkali juga menjunamkan gred peperiksaan. Minat tapi tak tahu technique yang betul dalam menjawab soalan peperiksaan.

Tak mahu pisang tanduk berbuah lima nam kali, ambe sedaya upaya menghantar anak-anak ke bengkel Matematik kelolaan pakar. Antara pakar Matematik yang sempat anak-anak ambe sedut ilmunya adalah Master Halim.

Sapa tak kenal Master Halim, antara bijak pandai Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang aktif berkongsi ilmu dengan para pelajar sekolah dan ibubapa.

Bengkel KBAT Matematik kelolaan beliau senantiasa mendapat sambutan hangat dan sering dijalankan secara konsisten dan berkala. Selain giat menjalankan bengkel, Master Halim juga aktif menulis buku latihan berkaitan KBAT Matematik.

Master Halim !

Pada 23 Januari 2016 yang lepas, ambe telah membawa anak-anak ke bengkel KBAT kelolaan Master Halim bertempat di Kampus UPSI Proton City, dengan yuran yang cukup minima, RM30. Pada bengkel tersebut, Master Halim telah berkongsi rahsia akan kaedah terbaik untuk menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

KBAT merupakan jenis soalan yang agak menduga akal, jenis soalan yang tak pernah kita hadapi di zaman persekolahan dahulu. Silap percaturan, kita ibu bapa pun terkial-kial untuk menyelesaikan soalan KBAT Matematik.

Selain daripada itu, Master Halim turut menurunkan ilmu akan kaedah alternative dalam menyelesaikan permasalahan Matematik. Kaedah yang jauh menarik berbanding teknik konvensional.

Dewan gamat dengan suara kanak-kanak riang !

Master Halim bermesra dengan ibubapa.

Karya Master Halim.

Ikuti bengkel pun tiada guna juga jika ibu bapa tidak membimbing anak-anak di rumah. Itu antara nasihat Master Halim kepada ibu bapa. Maksudnya, ibu bapa pun perlu faham dan mahir akan KBAT, baru boleh membantu anak-anak di rumah.

Nampak gaya, mak bapak pun oneday kena turun berbengkel berkaitan KBAT !