Wednesday, 19 December 2012

Penginapan Murah @ Sekolah Menengah Merapoh

Pernah berkunjung ke Taman Negara tak? Lebih tepat lagi Taman Negara Sungai Relau, Merapoh. Lokasinya tepat di antara sempadan Pahang-Kelantan. Persekitarannya amat menarik tapi itu bukan topik utama N3 ini, kita nak bercerita sikit pasal penginapan alternative kepada pengunjung Taman Negara Sungai Relau.

Sekolah Menengah Merapoh, kedudukannya amat berhampiran dengan pintu masuk ke Taman Negara, kira2 10 minit perjalanan darat (tiada udara atau laut pun....) menggunakan kenderaan pacuan empat roda (kenderaan lain sama gak...). 

Semenjak satu blok asrama baru bagi pelajar perempuan dibina, blok lama asrama lelaki sekolah tersebut telah diubah kepada bilik2 penginapan alternatif untuk para pengunjung Taman Negara. Penginapan tersebut sama ada dalam bentuk unit apartment 3 bilik dan juga dormitori yang mampu memuatkan di antara 6-20 pengunjung. Kadar caj harian juga amat murah, dormitori hanya RM7 bagi satu kepala, begitu juga untuk unit apartment.

Amat murah kan... tapi barang murah ni biasanya banyak kekurangan. Unit yang saya sewa kebersihannya amatlah tidak munasabah.... bayangkan rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.......berdebu, tandas tersumbat dan berbagai lagilah. Tapi rasanya bagi yang sudah biasa ke sana sini sebagai backpackers, kekurangan ini bukan masalah besar rasanya... lebih adventure + harga murah.

Kalau anda jenis yang tidak boleh tidur dalam bilik yang berhabuk atau dalam erti kata lain rumah tinggal... anda boleh saja menginap di chalet yang disediakan di Taman Negara Sungai Relau.... atau teruskan saja pemanduan ke bandar Gua Musang.... di sana ada banyak    hotel bajet dengan harga yang amat berpatutan.... 

Berikut sedikit gambaran unit yang saya sewa di Sekolah Menengah Merapoh;

Ini ruang tamu unit apartment 3 bilik. Fully furnished nampak bersih je kan... tapi kalau ditepuk2 berterbangan habuk2 dan debu2 beserta bau hapak dari set sofa tersebut.

Dining hall menempatkan meja makan untuk 6 orang... 

Master bedroom.... bila difikir balik, macam mana saya boleh lena selama 2 malam di bilik berhabuk ni... hahaha... adventure la sangat!!!!!

Gambar bilik air dan dapur saya lupa nak ambil... akan menyerlahkan keuzuran unit tersebut. Bagai dikata diawalan tadi... ini hanya penginapan alternatif, kalau anda tak kisah dengan kebersihan persekitaran dan mahukan harga yang murah... dormitori Sekolah Menengah Merapoh mungkin jawapannya.

Tuesday, 11 December 2012

Restoran Amir Bandar Baru Bangi

Sejurus check-in di Best View Hotel, kami keluar sekejap untuk mengalas perut. Ada beberapa kedai makan berhampiran Best View Hotel Bangi seperti Restoran Ayam Penyet, Radix Fried Chicken (pengeluar kopi radix tu ke?....) malahan dibawah hotel pun ada cafe. Meninjau dari satu kedai ke satu kedai yang lain, kami singgah di Restoran Amir, betul2 berhadapan dengan Best View.

Run down restoran... nampak kurang bersih tapi kami masuk juga... hehehe. Order nasi goreng cendawan.... tapi pelik sikitlah nasi goreng cendawan dia. Nasi goreng dan cendawan  dimasak berasingan. Kemudian agak basah berkuah tapi bila dimakan sedap juga... hehehehe.




Perut sudah hepi, kami balik ke hotel untuk tidur. Lena sementara menunggu hari esok!!!!

Best View Hotel Bangi

Best View Hotel Bangi
Jalan Medan Pusat Bandar 5
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Sejurus tamat mesyuarat di Seri Kembangan, me and my other half memutuskan untuk menginap sahaja dimana2 hotel berhampiran memandangkan waktu sudah melepasi waktu Maghrib, dan awal pagi esoknya kami perlu bergegas ke Putrajaya seawal pagi. Mencuba nasib untuk menginap di Palm Garden Hotel Putrajaya, memandangkan hotel2 berhampiran Putrajaya fully booked. Masih ada kekosongan di Palm Garden Hotel dengan harga RM268++ tapi rasa macam tak berbaloi pula dengan harga sebegitu, kami hanya memerlukan tempat tidur untuk beberapa jam sahaja. 

Memandangkan Bandar Baru Bangi tidak beberapa jauh dari Seri Kembangan, kami memutuskan untuk mencari mana2 bajet hotel di Bandar Baru Bangi. Seingat kami (memori 5 tahun yang lampau) ada sebuat bajet hotel berhampiran Pusat Perubatan Az-Zarra dan Masjid Bandar Baru Bangi tapi bila kami sampai hotel tersebut tidak kelihatan (rasanya telah ditutup atau berpindah). 

Namun kelihatan papan tanda sebuah hotel berkelipan betul2 dibelakang Az-Zarra, Best View Hotel dan lokasinya memang berhampiran dengan PKNS Bangi. Nampak dari luar cukup bagus, lagi pula kami malas nak meninjau hotel2 lain kerana penat sudah menguasai diri, dan kami perlu tidur seawal mungkin sebagai persediaan hari esok.



Kami memilih bilik yang paling murah sekadar untuk melepaskan lelah. Kebetulan yang ada cuma bilik deluxe (sejak bila bajet hotel ada deluxe bagai ni?) dengan katil queen size. Harga bilik RM78, murah dan menepati isi poket kami pada malam itu. Sempat menjeling ke arah menu harga bilik, menariknya siap ada harga untuk sewaan bilik bagi beberapa jam. Terdetik dalam hati, ini mesti love hotel (sila google jika anda belum ngerti apa itu love hotel).



Usai urusan check-in kami segera mengangkut luggage segala naik ke bilik. Sebelum itu counter boy, budak India siap pesan, bila check out nanti jangan lupa bawa turun tuala hotel sama. Tak ke pelik tu, belum pernah kami tidur dimana2 hotel semasa check out diminta menyerahkan tuala disamping kunci bilik.



Nombor bilik kami 103A... pelik kenapa mesti ada huruf A. Bilik lain pada aras kami cuma gunakan nombor kecuali bilik 103A dan 103B. Ada sesiapa yang tahu mitos disebalik nombor tersebut?

Melangkah saja kami ke bilik yang kekunun bertaraf DELUXE, alahai adalah seluas kangkang kucing, sempit yang amat. Kalau ada anak2 memang tak selesa, juga kurang selamat kerana lantai yang amat licin. Kami pun beberapa kali hampir tergelincir.

Paling melampau, cadar kami amat pasti tidak ditukar ganti selepas pelanggan terdahulu chek out. Masih ada rerambut di atas cadar, ada rambut lurus dan juga ada rambut kerinting.... memang betul tempat melepaskan HAJAT agaknya, kami cuba cari kalau ada kesan2 cecair biologi dimana2.... nasib baik tiada tapi sudahnya kami buang cadar tersebut ke lantai dan tidur beralaskan pakaian kami sendiri.... lagi selesa.







Bilik air pun agak kurang bersih dan terlalu sempit. Air panas berfungsi dengan baik, sabun disediakan secara pukal (yang tergantung kat dinding bilik air tu...), TV walau pun flat screen tapi remote control tidak disediakan. Terpaksa saya kebawah (bilik kami di aras 1) untuk minta remote control tapi jawapan yang diterima 'guna manual je bang'..... huhuhu pelik betul hotel nan satu ni.... kalau tak kerana penat mahu saja pindah dan cari hotel lain.

Teringat perihal seorang rakan, jika menginap dimana2 bajet hotel, beliau sekeluarga akan meninjau terlebih dahulu keadaan bilik dan kebersihan sebelum check-in. Selagi tak menepati citarasa, beliau sekeluarga akan terus meninjau dari satu hotel ke hotel yang lain.

Sebelum terlupa, sarapan disediakan secara percuma (percuma ke, rasanya dah termasuk dalam harga bilik.... dan biasanya bajet hotel tak sediakan sarapan.... satu mata tambahan diberi). Sekitar hotel juga ada banyak kedai2 makan seperti Restoran Ayam Penyet juga Radix Fried Chicken.







Konklusinya Best View Hotel bukan tempat yang akan kami kunjungi buat kali ke 2. Penat macam mana sekalipun rasanya kami tak akan singgah di sini, lagi pun Bandar Baru Bangi menawarkan banyak hotel2 bajet untuk kami cuba di masa yang akan datang.... tapi omputeh kata 'racun pada seseorang mungkin daging mulus bagi orang lain'.... huhuhu!!!!