Wednesday, 19 December 2012

Penginapan Murah @ Sekolah Menengah Merapoh

Pernah berkunjung ke Taman Negara tak? Lebih tepat lagi Taman Negara Sungai Relau, Merapoh. Lokasinya tepat di antara sempadan Pahang-Kelantan. Persekitarannya amat menarik tapi itu bukan topik utama N3 ini, kita nak bercerita sikit pasal penginapan alternative kepada pengunjung Taman Negara Sungai Relau.

Sekolah Menengah Merapoh, kedudukannya amat berhampiran dengan pintu masuk ke Taman Negara, kira2 10 minit perjalanan darat (tiada udara atau laut pun....) menggunakan kenderaan pacuan empat roda (kenderaan lain sama gak...). 

Semenjak satu blok asrama baru bagi pelajar perempuan dibina, blok lama asrama lelaki sekolah tersebut telah diubah kepada bilik2 penginapan alternatif untuk para pengunjung Taman Negara. Penginapan tersebut sama ada dalam bentuk unit apartment 3 bilik dan juga dormitori yang mampu memuatkan di antara 6-20 pengunjung. Kadar caj harian juga amat murah, dormitori hanya RM7 bagi satu kepala, begitu juga untuk unit apartment.

Amat murah kan... tapi barang murah ni biasanya banyak kekurangan. Unit yang saya sewa kebersihannya amatlah tidak munasabah.... bayangkan rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.......berdebu, tandas tersumbat dan berbagai lagilah. Tapi rasanya bagi yang sudah biasa ke sana sini sebagai backpackers, kekurangan ini bukan masalah besar rasanya... lebih adventure + harga murah.

Kalau anda jenis yang tidak boleh tidur dalam bilik yang berhabuk atau dalam erti kata lain rumah tinggal... anda boleh saja menginap di chalet yang disediakan di Taman Negara Sungai Relau.... atau teruskan saja pemanduan ke bandar Gua Musang.... di sana ada banyak    hotel bajet dengan harga yang amat berpatutan.... 

Berikut sedikit gambaran unit yang saya sewa di Sekolah Menengah Merapoh;

Ini ruang tamu unit apartment 3 bilik. Fully furnished nampak bersih je kan... tapi kalau ditepuk2 berterbangan habuk2 dan debu2 beserta bau hapak dari set sofa tersebut.

Dining hall menempatkan meja makan untuk 6 orang... 

Master bedroom.... bila difikir balik, macam mana saya boleh lena selama 2 malam di bilik berhabuk ni... hahaha... adventure la sangat!!!!!

Gambar bilik air dan dapur saya lupa nak ambil... akan menyerlahkan keuzuran unit tersebut. Bagai dikata diawalan tadi... ini hanya penginapan alternatif, kalau anda tak kisah dengan kebersihan persekitaran dan mahukan harga yang murah... dormitori Sekolah Menengah Merapoh mungkin jawapannya.

Tuesday, 11 December 2012

Restoran Amir Bandar Baru Bangi

Sejurus check-in di Best View Hotel, kami keluar sekejap untuk mengalas perut. Ada beberapa kedai makan berhampiran Best View Hotel Bangi seperti Restoran Ayam Penyet, Radix Fried Chicken (pengeluar kopi radix tu ke?....) malahan dibawah hotel pun ada cafe. Meninjau dari satu kedai ke satu kedai yang lain, kami singgah di Restoran Amir, betul2 berhadapan dengan Best View.

Run down restoran... nampak kurang bersih tapi kami masuk juga... hehehe. Order nasi goreng cendawan.... tapi pelik sikitlah nasi goreng cendawan dia. Nasi goreng dan cendawan  dimasak berasingan. Kemudian agak basah berkuah tapi bila dimakan sedap juga... hehehehe.




Perut sudah hepi, kami balik ke hotel untuk tidur. Lena sementara menunggu hari esok!!!!

Best View Hotel Bangi

Best View Hotel Bangi
Jalan Medan Pusat Bandar 5
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Sejurus tamat mesyuarat di Seri Kembangan, me and my other half memutuskan untuk menginap sahaja dimana2 hotel berhampiran memandangkan waktu sudah melepasi waktu Maghrib, dan awal pagi esoknya kami perlu bergegas ke Putrajaya seawal pagi. Mencuba nasib untuk menginap di Palm Garden Hotel Putrajaya, memandangkan hotel2 berhampiran Putrajaya fully booked. Masih ada kekosongan di Palm Garden Hotel dengan harga RM268++ tapi rasa macam tak berbaloi pula dengan harga sebegitu, kami hanya memerlukan tempat tidur untuk beberapa jam sahaja. 

Memandangkan Bandar Baru Bangi tidak beberapa jauh dari Seri Kembangan, kami memutuskan untuk mencari mana2 bajet hotel di Bandar Baru Bangi. Seingat kami (memori 5 tahun yang lampau) ada sebuat bajet hotel berhampiran Pusat Perubatan Az-Zarra dan Masjid Bandar Baru Bangi tapi bila kami sampai hotel tersebut tidak kelihatan (rasanya telah ditutup atau berpindah). 

Namun kelihatan papan tanda sebuah hotel berkelipan betul2 dibelakang Az-Zarra, Best View Hotel dan lokasinya memang berhampiran dengan PKNS Bangi. Nampak dari luar cukup bagus, lagi pula kami malas nak meninjau hotel2 lain kerana penat sudah menguasai diri, dan kami perlu tidur seawal mungkin sebagai persediaan hari esok.



Kami memilih bilik yang paling murah sekadar untuk melepaskan lelah. Kebetulan yang ada cuma bilik deluxe (sejak bila bajet hotel ada deluxe bagai ni?) dengan katil queen size. Harga bilik RM78, murah dan menepati isi poket kami pada malam itu. Sempat menjeling ke arah menu harga bilik, menariknya siap ada harga untuk sewaan bilik bagi beberapa jam. Terdetik dalam hati, ini mesti love hotel (sila google jika anda belum ngerti apa itu love hotel).



Usai urusan check-in kami segera mengangkut luggage segala naik ke bilik. Sebelum itu counter boy, budak India siap pesan, bila check out nanti jangan lupa bawa turun tuala hotel sama. Tak ke pelik tu, belum pernah kami tidur dimana2 hotel semasa check out diminta menyerahkan tuala disamping kunci bilik.



Nombor bilik kami 103A... pelik kenapa mesti ada huruf A. Bilik lain pada aras kami cuma gunakan nombor kecuali bilik 103A dan 103B. Ada sesiapa yang tahu mitos disebalik nombor tersebut?

Melangkah saja kami ke bilik yang kekunun bertaraf DELUXE, alahai adalah seluas kangkang kucing, sempit yang amat. Kalau ada anak2 memang tak selesa, juga kurang selamat kerana lantai yang amat licin. Kami pun beberapa kali hampir tergelincir.

Paling melampau, cadar kami amat pasti tidak ditukar ganti selepas pelanggan terdahulu chek out. Masih ada rerambut di atas cadar, ada rambut lurus dan juga ada rambut kerinting.... memang betul tempat melepaskan HAJAT agaknya, kami cuba cari kalau ada kesan2 cecair biologi dimana2.... nasib baik tiada tapi sudahnya kami buang cadar tersebut ke lantai dan tidur beralaskan pakaian kami sendiri.... lagi selesa.







Bilik air pun agak kurang bersih dan terlalu sempit. Air panas berfungsi dengan baik, sabun disediakan secara pukal (yang tergantung kat dinding bilik air tu...), TV walau pun flat screen tapi remote control tidak disediakan. Terpaksa saya kebawah (bilik kami di aras 1) untuk minta remote control tapi jawapan yang diterima 'guna manual je bang'..... huhuhu pelik betul hotel nan satu ni.... kalau tak kerana penat mahu saja pindah dan cari hotel lain.

Teringat perihal seorang rakan, jika menginap dimana2 bajet hotel, beliau sekeluarga akan meninjau terlebih dahulu keadaan bilik dan kebersihan sebelum check-in. Selagi tak menepati citarasa, beliau sekeluarga akan terus meninjau dari satu hotel ke hotel yang lain.

Sebelum terlupa, sarapan disediakan secara percuma (percuma ke, rasanya dah termasuk dalam harga bilik.... dan biasanya bajet hotel tak sediakan sarapan.... satu mata tambahan diberi). Sekitar hotel juga ada banyak kedai2 makan seperti Restoran Ayam Penyet juga Radix Fried Chicken.







Konklusinya Best View Hotel bukan tempat yang akan kami kunjungi buat kali ke 2. Penat macam mana sekalipun rasanya kami tak akan singgah di sini, lagi pun Bandar Baru Bangi menawarkan banyak hotel2 bajet untuk kami cuba di masa yang akan datang.... tapi omputeh kata 'racun pada seseorang mungkin daging mulus bagi orang lain'.... huhuhu!!!!

Wednesday, 28 November 2012

Penginapan 2D1N @ Grand Bluewave Shah Alam

Booked thru Agoda dapat RM200++ per nite untuk bilik deluxe. Last check-in kat sini few years back, memang banyak berbeza. Renovation masih kelihatan baru, menapak je masuk lif berkilat-kilat kayu dinding.... Keadaan bilik pun amat berbaloi, carpet masih kelihatan baru dan bersih.... segalanya nampak baru kecuali TV masih model lama.... bila nak tukar Samsung LED Smart TV? Sila jawab ye Mr Manager.....



Masa check-in bertembung dengan segerombolan staff UMW Toyota... all these guys and gurls menginap di Bluewave sebab ada acara sukan... nampak sesak tapi urusan check-in berjalan lancar. Kudos to the front office staffs.....



Sambil check-in sempat snap a few pics.... tepi tangga tu ada macam satu kolam kecil... dibelanya beberapa ekor ikan tiruan..... Masa ni nampak tak sibuk je kan.... actually sesak dengan staff UMW....



Bebudak memang suka celup2 tangan kat kolam kecil ni... bukan ada ikan betul pun, ikan tiruan je....



Bilik kami menginap di tingkat 17.... ada kawan tu kat tingkat 13..... wujud ke tingkat 13.... jeng3x....



Menginap di bilik 1713.... 



Melangkah je kaki ke bilik.... terpegun seketika.... kelihatan agak mewah bagi bilik deluxe... carpet pun masih baru.... siap ada kertas amaran 'Gantirugi RM1500++ jika merosakkan karpet'.......



Nampak cantik je susun atur katil.... rasa sayang pulak nak sepah-sepahkan.....



Ada welcoming candy, mineral water mcm biasa & juga ice!!!! Biasanya jarang ice disediakan untuk bilik deluxe.... betul ke bilik deluxe ni?



Lupa nak makan sweets.... juga lupa nak isi guest survey card..... tapi pen dia x cantik la dude, tak jadi nak rembat untuk dibuat sobenier.....



Melangkah kita ke bilik ayaq..... cantik menawan kau memang deboom.... memang berselera untuk aktiviti mandi manda & buang membuang......



Wangi tapi bunga tu dah tak berapa nak fresh.....



Coffee house dia memang terangkat.... staff very helpful & polite.... menu pun marbeles... paling suka sambal nasi lemak dia..... pada yang suka kuih muih memang tak mengecewakan......

Dah breakfast.... nak lepak2 kat lobby pun selesa.... siap ada wireless kalau tak silap.... tapi masa kitorang melepak tu staff UMW dah booked tempat awai2.... jadi kami pindah ke bilik untuk berdiskusi.....



Ini bukan lobby tapi kat setiap tingkat ada ruang santai untuk lepak2 atau menunggu... terletak diantara ruang menuju ke bilik dan juga lif..... tapi kalau tinggi sangat suara takut mengganggu penghuni lain pula......

Keseluruhannya kami lebih dari berpuas hati menginap di Grand Bluewave. Ada peluang ada rezeki kami pasti akan kembali, Inshaa Allah.

Wednesday, 21 November 2012

Restoran Syuhada Senawang

Masa menuju Bahau, sempat singgah untuk breakfast di Senawang. Lupa nama taman tapi lokasinya betul2 di tepi jalan utama, kira2 15 minit pemanduan dari Tol Senawang. Nama restoran ialah Syuhada, menu utama nasi lemak, roti canai, mee/meehoon goreng dan paling hot nasi kerabu. Memang terasa cukup rempah segala. Memang akan jadi destinasi wajib jika melalui Senawang lagi.

Lupa nama taman dimana letaknya Syuhada's....

Nasi kerabu Syuhada's.... finger lickin gud dude!!!!!

Nasi lemak Syuhada's... tak sempat cuba!!!!

Friday, 9 November 2012

Azabnya pulang beraya ke pantai timur!!!!!!

Menuju KB jalan sesak, balik KL pun sesak juga jalan raya. Sudah tiba masanya pembinaan lebuhraya KL-KB dipercepatkan perlaksanaannya. Nak balik KB kami menggunakan laluan Batang Kali-Genting-Karak-Kuala Lipis-Gua Musang-KB. Bertolak dari rumah jam 12 pm, dan sampai kampung hampir 12 jam kemudiannya. Puncanya khabar angin yang menyatakan ada kejadian tanah runtuh di Merapoh...... 

Jalan mula sesak ditambah pula dengan hujan renyai.

Kesemua lorong sesak dengan kenderaan menuju KB..... kelajuan 15 km/h.

Masa ni semua kenderaan cuma merangkak-rangkak.

Dah maghrib masih di kawasan yang sama!!!!! Langsung tak bergerak.

Waktu nak balik KL pun sama juga, kenderaan merangkak-rangkak. Kami gunakan laluan KB-Jeli-Gerik-Kuala Kangsar-KL. Sesak dari KB, lancar seketika selepas melalui pekan Gerik. Sempat kami singgah di pertengahan perjalanan untuk menikmati makan malam. Warung kecil saja dan tak ramai pengunjung berbanding warung bersebelahan. 

Sangka kami makanan mesti tak sedap sebab itu tak ramai pengunjung. Unsangkarable, sedap juga masakan makcik tu, atau sebab masa tu kami dalam kebuluran? Lunch jam 12 pm, dah hampir 10 pm baru nak makan malam.

Lupa nama kampung ni.... gerai ni terletak tepi jalan utama je.

Telur dadar, ayam halia, paprik & kangkung goreng belacan.

Perut dah berisi teruskan perjalanan. Keluar saja dari tol Kuala Kangsar PLUS dah sesak teruk. Nak singgah RnR pun dah tak ada ruang. Hazab yang amat pada yang mahu terkucil dalam perjalanan. RnR selepas Gua Tempurung hala selatan baru ada peluang untuk singgah seketika. Jalanraya sesak punya pasal, 14 jam perjalanan baru sampai rumah.... bertolak tengah hari, tengah malam baru sampai.

Monday, 22 October 2012

Kiara Inn Hotel & Spa

Kiara Inn Hotel & Spa
Lot 121B Pusat Perniagaan Kiara
Bahau, Negeri Sembilan.
Tel: +603-454 8333

Hotel budget yang terletak di pekan Bahau ini menawarkan penginapan yang agak selesa dengan harga yang berpatutan. Kami menginap di salah satu bilik deluxe dengan harga RM89 semalaman. Kebetulan hujung minggu dan kesemua bilik standard fully booked. Petanda hotel ini menjadi pilihan ramai kepada pengunjung pekan Bahau dan juga kawasan berhampiran.

Seawal jam 6 pm petugas hotel menghubungi kami untuk pengesahan check-in. Kebetulan masa itu kami baru melewati tol Senawang dan petugas secara ringkas & mesra memberi sedikit panduan ringkas mengenai laluan menuju hotel. Kami tiba di hotel kira2 sejam kemudian, urusan check-in amat ringkas, cepat dan efficient. Selang 10 minit masing2 sudah berada di bilik untuk mandi dan maghrib. 

Hotel ini menyediakan kemudahan lif, jadi tiada masalah untuk anda yang travel dengan berbagai saiz bagasi. Keadaan bilik amat memuaskan, lantai bilik bersih berkilat, senario yang tak pernah saya lihat sewaktu menginap di mana2 hotel budget.

Kemudahan agak asas tapi cukup untuk keselesaan.

Deluxe room with 2 single bed

TV masih model lama

Ada bekalan air mineral (2 botol/room/day) & tuala masih boleh diguna pakai!!!

Bersih berkilat!!!

Tempat makan pun senang, berdekatan hotel pun ada beberapa gerai makan Tomyam dan sebagainya. Kalau ada kereta boleh memandu keluar dari pekan, lagi banyak pilihan gerai atau pun restoren. Kedai2 dan shopping complex pun buka sehingga 10 pm, jadi kalau nak cari barang keperluan memang mudahlah sangat.

Pekan kecil tapi hidup sampai ke malam!!!

Tuesday, 9 October 2012

Johnny's Restaurant @ AEON Ipoh

October 6, 2012

Lama betul tak pegi Ipoh.... dengan alasan nak beli PapaGo! kami menuju Ipoh seawal tengah hari.... 2 minggu lepas dah cuba masuk Ipoh tapi terlajak ke Kuala Kangsar.... konpius sebab plaza tol jelapang dah bertahun diindahkan..... bapak punya jauh nak pusing balik.... pusing balik dan terus balik Tg Malim.


Plaza tol Ipoh... sebab plaza tol inilah kami terlajak ke Kuala Kangsar

Sebab waktu sampai AEON around 2ish... menapak masuk Johnny's looking for something 4 our lunch... tak pernah masuk Johnny's pun sebelum ni.... boleh tahan masakan kat sini... menu utama adalah steamboat tapi masakan panas ala carte yang lain pun ada. Macam kami tak order pun steamboat... kami order nasi goreng belacan, nasi goreng nenas, seafood tomyam dengan chicken wings 3 ketul... minum fruits juice.....

Marbeles!!!!!

Nasi goreng belacan

Seafood tomyam

Thai's BBQ chicken wings

Pencuci mulut... banana splits

Dah kenyang pusing2 Kinta Parade nak cari PapaGo! Masuk sana keluar sini akhirnya ternampak PapaGo! kat satu kedai gambar... nama apa ntah kedai ni... manager dia nama Rain... very informative and helpful lady... nak jual product dia le katakan... Ada a few choice.... besar, medium dengan kecik.... garmin pun ada tapi mahal berbanding PapaGo!

Lagipun PapaGo! dah donlot map untuk 5 negara berbanding 3 pada Garmin... Tenung punya tenung sambar PapaGo! bersaiz sederhana dengan harga RM450.... yang paling kecil harga dlm RM300++ tapi tak ada label PapaGo!!!! PapaGo! ni product Taiwan.... kualiti wise no comments sebab baru beli tapi according to others... memang berbaloi.... 

Balik Tg Malim cuba test uji pakai PapaGo! Memang best wooooo.... Senang nak masuk KL lepas ni sebab me memang buta bab jalan kat KL tu....

Sesi acu cuba try test!!!!!!