Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadhan Buat Readers Diari Si Ketam Batu

Alhamdulillah kita semua masih dikurniakan kesihatan yang baik dan masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk sekali lagi merasai nikmat dan rahmat bulan Ramadhan yang penuh barokah ini.

Syukur dan syukur Ya Allah di atas kurniaan Mu yang sungguh tidak ternilai ini. Sama-samalah kita melipat-gandakan amal ibadat dan merebut segala nikmat Allah seperti yang dijanjikan oleh Nya kepada hambanya yang soleh.

Kepada ke semua reader DSKB, ambo memohon jutaan kemaafan jika ada terlanjur kata sepanjang bergiat sebagai blogger bebas. Segala yang baik datangnya dari Yang Maha Kuasa dan yang kurang baik sememangnya dari kekhilafan ambo yang serba kekurangan ini.

Akhir kata, Selamat Menyambut Ramadhan buat sekalian readers khasnya dan kepada seluruh umat Islam amnya.

Wassalam. 

Saturday, 28 June 2014

Pengusaha Bumiputera vs Bukan Bumiputera, Ali's Juice (Melayu) vs Along Cafe (Apek's)

Ramai orang kata, Melayu tak pandai dan malas berniaga berbanding bangsa asing. Machiam generalised sangat statement tu kan?

Ada, memang ada Melayu yang hebat berniaga, paling pemes amos la ni Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary la, harta berkepuk-kepuk. Bangga den walaupun haram tak pernah jumpa Syed Bukhary ni. Lain2 Melayu billionaire pun ramai cuma belum rezeki untuk capai Top Ten Billionaires saja.

Entry ni bukan nak sembang pasal peniaga Melayu yang untung juta2 lemon setahun, cuma nak kongsi pengalaman semasa singgah minum2 di Hentian Dengkil baru-baru ini. Tapi masih pasal peniaga Melayu jugak la kan, mana boleh lari tajuk.

Kalau sesiapa yang regular singgah di Hentian Dengkil, memang biasa sangatlah dengan Ali's Juice dan Along Cafe. Kedua-duanya menyediakan perkhidmatan minuman dan juga makanan ringan.


Kompem pemiliknya Melayu kita.


Ini pula milik rakan 1Malaysia.

Ali's Juice milik Melayu kita manakala Along Cafe pula pemiliknya rakan 1Malaysia kita, orang Cina. Kedua-duanya berniaga minuman tapi bedanya.... LAYANAN dan USAHA dalam menarik perhatian. 

Ambo memang awai2 lagi dah perasan kegegehan pemilik/pekerja Along Cafe. Tengah syiok2 memilih pau ayam di kiosk bersebelahan, pemilik/pekerja Along Cafe datang dan offer minuman. Penuh sopan ambo tolak pelawaannya dengan niat, kita tolonglah perniagaan sama bangsa, niat suci sesuci embun pagi.

Ambo perhatikan setiap pengunjung yang lalu di hadapan Along Cafe akan ditegur dan dipelawa;

'Minum bang, boleh order dan kami hantar ke tempat duduk'

Bersungguh-sungguh Apek tersebut mencari pelanggan.

Situasi yang berbeza pula dengan Ali's Juice.

Berpegang kepada konsep milik Melayu terjamin Halal Toyyiban, maka berpusu-pusulah pelanggan sebangsa berkerumun ke kiosk minuman milik Ali's Juice.

'Tengok, tak perlu tegur pun customer ramai datang'

Agaknya itulah dalam buah kepala lutut pemilik/pekerja Ali's Juice. Tak perlu jerit panggil pelanggan, dan tak perlu hantar minuman untuk pelanggan. Hang order aku bancuh, hang bayaq dan hang pandai2 lah angkut sendiri minuman (agaknya lah).

Bila dah dapat advantage sebegitu rupa, tak panggil pun pelanggan ramai datang maka perasaan nak appreciate pelanggan pun terhakis. Pelanggan dok beratur depan kaunter nak senyum pun tak reti dah, pandang mata pun idok apatah lagi nak tegur sapa. Awatnya, nak tanya customer nak minum apa pun susah sangat ka?

Ambo duk perati je cara mamat yang jaga kaunter kat Ali's Juice bekerja. Tak berkenan sungguh cara dia entertain customer, paling koman senyum la der!!!! Ini haprak apa pun tadak.

Terus ambo ke kiosk Along Cafe. Nah ko, belum sampai lagi dah senyum simpul dan terus tanya nak order minuman apa. Lepas ambil order dan bayaq, tunggu saja di meja katanya sebab dia akan tolong hantarkan. 

Tengok, jual air je pun tapi layanan, bukanlah first class (agak2 la der) tapi memadai untuk customer rasa nak singgah dan singgah lagi. Ambo rasa konsep mesra pelanggan ini agak kureng dikalangan pengusaha bangsa kita, IMHO aje lah ye.

Jadi ada betul ka pekedai Melayu tak berapa pandai nak berniaga? Pandai kot, cuma PR je tak berapa nak power, kot laaaa. Ini pendapat peribadi ambo saja, mungkin pengalaman readers berbeza. Peace No War.

Sebelum titik nokhtah untuk entry ini, ambo tepek gambar Apek pemilik/pekerja Along Cafe. Gegeh dia ni, dan ambo salute dia punya kerja keras.


Cham muka dia ni betul2, hehehehe.

Roger and out.

Wednesday, 25 June 2014

Borong Pinggan Mangkuk Murah Di Nilai 3

As Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Pembaca DSKB yang budiman dan yang dimuliakan, pernahkah anda lihat pinggan mangkuk dilelong secara timbang kati?

Apa?

Tak pernah? Eh, ada yang pernah ye?

Haaaaaa, ni nak habaq mai kat hang pa semua, minggu lepas kan kami sekeluarga bermalam di The Aston Nilai. Alang2 dah ada kat Nilai, mertua ajak singgah Nilai 3 kejap, nak cari parang.

Ambo just what? Mo cari parang ka bapak, awat jauh bebenor. Kedai Ah Sang tepi simpang empat perumahan kita pun ada jual parang. Cari parang..... kah kah kah..... opppsss!!!!

Ok lah back to main story kata Tok Sidang Kg Jejawi.....

Masa kami sampai ke Nilai 3, mula2 pusing2 dulu sekadar jalan2 cuci mata, kemudian singgah dua tiga kedai kain namun tak borong apa pun. Sehinggalah jumpa satu kedai Pakistan, bukan lelong kain tapi lelong pinggan mangkuk.

Pinggan mangkuk dilelong dengan harga RM8 sekilo, uish dah machiam lelong ikan dah eh. Laju je mak mertua suruh nyinggah, minat bebenor dia kalau lelong pinggan mangkuk ni.

Nak habaq mai juga, pinggan mangkuk yang dilelong oleh Mr Pakistan tersebut bukanlah pinggan mangkuk stendet, hatta yang dilelongnya adalah pinggan mangkuk sepastik Made in China jualah adanya.

Kalau setakat nak guna hari2 tu bolehlah. Jenis yang kalau pechah sepuluh keping sehari pun no hal lah brader, ha gitu. Brand Royal Albert mahupun Royal Doulton memang harammmm la tak jumpa. Tak pun kepada sesapa yang nak buka warung, bolehlah cari pinggan mangkuk cawan bagai kat Nilai 3 ni.

Kami ada la borong dalam sekilo dua, buat stok kot2 nak buat kenduri selamat ke, nak buat makan2 ke (ini kes tak mahu Royal Albert/Royal Doulton dipechahkan oleh kanak2 riang) dan mana2 yang perlu lah kata mak mertua.

H dan Q pun turut sama dapat pinggan mangkuk peribadi, pinggan kecil ada lukisan kartun 'Plane' dan satu lagi 'Spider Man'. Mug pula masing2 pilih yang ada lukisan 'Captain America'. Haaaaa, lepas ni senang nak cham sape yang suka tinggal mug dan pinggan merata selepas makan.

Belanja gambor sesikit untuk tunjuk suasana memborong pinggan mangkuk lelong.....


Teaser, dari jauh dah boleh nampak RM8 sekilo!!!

Royal Albert/Doulton memang tadak la!!! China Doll ada kot!!!

Bertambah koleksi dalam kabinet!!!

Masing2 pakat cari pinggan mangkuk untuk dijadikan koleksi peribadi.

Tak ramai pengunjung mungkin sebab belum gaji. Bagus juga sebab tak bersesak dan mudah untuk pilih barang.

Pengunjung tegar ke Nilai 3 pasti perasan akan arus perubahan komposisi peniaga di Nilai 3. Di awal pembukaan Nilai 3 dahulunya, perniagaan dimonopoli oleh pengusaha bangsa Cina tapi kini, semakin ramai Mr Pakistan/India/Bangla/Afghan yang turut sama menchari rezeki terutamanya dalam perniagaan perabot, textile dan keperluan rumah.

Kemampuan bangsa2 ini untuk bersaing dengan peniaga Cina memang cukup mengkagumkan. Di sesetengah lokasi memang Cina tak boleh cari makan dengan adanya kedai2 yang dibuka oleh bangsa dari benua kecik India ini. Mungkin ada yang boleh kita pelajari dari mereka.

Bukankah 9/10 dari punca rezeki datangnya dari bidang perniagaan?

Echehehehe.... opening pasal pinggan mangkuk melalut pula ke usrah!!! Hehehehe, sesekali sekadar muhasabah diri.

Okie lah yu-alls, nanti ada masa kita sembang lagi.

Roger and out.

Tuesday, 24 June 2014

The Aston Hotel Putra Nilai - Pengalaman Penginapan Selama 2 hari 1 Malam - Superior Room

The Aston Hotel
PT 7182, Jalan BBN 1/2E,
Putra Nilai, 71800 Nilai,
Selangor.
Tel: +606-799 8888, Fax: +606-799 8999

Kadar bilik: RM160++ (Bilik superior tanpa voucher sarapan).

Suatu ketika dahulu, The Aston Hotel atau dahulunya lebih dikenali sebagai Allson Klana Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang sering menjadi sebutan ramai lantaran lokasinya yang berdekatan dengan KLIA dan juga Litar Formula 1. Kalau musim F1 memang hotel ini akan dipenuhi oleh para peminat kereta lumba untuk dijadikan tempat penginapan. 

Tapi tahun demi tahun, kegemilangan The Aston Hotel semakin merudum, mungkin juga disebabkan persaingan dengan hotel-hotel lain yang tumbuh bak cendawan di sekitar Nilai dan Sepang. Jika dilihat dengan mata kasar, sememangnya hotel ini sedang meniti usia senja tanpa pemuliharaan yang sewajarnya.

Gerbang masuk ke The Aston juga tidak dipulihara rapi, hanya sekadar batuan putih yang berlumut tanpa sebarang signage berkaitan hotel. Hotel ini juga dikelilingi oleh blok bangunan kedai yang agak usang, menariknya ada banyak rumah-rumah urut dan spa - seorang teman berseloroh "ini mesti ramai China Doll sekitar Nilai Putra".... hehehehehe.

Oklah jom follow ambo meninjau persekitaran hotel...


Perkara pertama dicari kalau sampai dimana-mana hotel adalah signage - baru ada bukti kita telah sampai ke destinasi tersebut. Mana dia ye?


Cari punya cari jumpalah satu - kompem kami pernah sampai ke The Aston Hotel. Tepinya ada kolam kecil untuk memelihara ikan dan kura-kura.


Peminat Chinese Food boleh berkunjung ke Tsui Sien Restaurant, ada tanda HALAL yu-alls.


Opposite dan sekitar hotel adalah deretan kedai-kedai. Ada kedai makan, pharmacy, Bank Islam dan sebagainya.


Kepada penggila kopi, anda boleh menchoba kelazatan kopi berherba di Thoyyib Cafe. Thoyyib Cafe letaknya di deretan kedai opposite kepada The Aston Nilai.


Jaguhnya sudah tentulah spa dan rumah urut - sekurang-kurangnya ada 4 buah yang sempat saya nampak - sempat nampak je lah tapi tak sempat singgah - hehehehe!!!

Cukup-cukuplah berkeliaran di sekitar hotel, jom kita jengah masuk ke dalam hotel dulu. Kat luar panas terik, lega bila dapat rasa aircond bila jejak kaki ke reception.


Reception area memang kechik la. Urusan check-in binik dah uruskan awal-awal, jadi tak tahu machiam mana dia punya servis, cepat ke lambat tapi rasanya ok kot.


Ruang legar untuk lepak-lepak. Sebelah kanan adalah laluan ke coffee house - tak merasa sebab ambil voucher penginapan tanpa sarapan.

Kalau anda menginap di Tingkat 1, cabaran pertama yang anda hadapi adalah untuk menekan butang ke Tingkat 1. Kutekan-tekan tak dapat, kutekan-tekan pun tak dapat, terus kutekan-tekan sampai dapat - kata-kata seorang kenalan yang  berasal dari Kota Kinabalu, Sabah hehehehehe!!!!

Lupa nak habaq juga, ground floor nampak ok lagi tapi terbuka saja lif di tingkat 1, barulah nampak rupa sebenar The Aston. Memang usang sungguh, kalau manusia dah capai umur rumah kata pergi kubuq kata mari (melampau sungguh perumpamaan!!!).

Ini bukti-buktinya.....


Bila lif terbuka cuba anda tunduk ke bawah merenung lantai/karpet.


Kalau ditampal dan dicat balik elok2 kan  ke bagus.


Bukti The Aston dahulunya dikenali sebagai Allson Klana.

Itu kat luar bilik, dalam bilik pula machiam mana? Jom kita terjah!!!! Ini bilik superior, bilik-bilik lain mungkin lebih kurang je kot kondisinya.


Untuk capture gambor ini ambo kena berdiri betul-betul depan pintu masuk. Leh imagine la betapa kechik dia punya saiz.


Pada sudut yang berbeza. TV pun masih model Panasonic lama, screen tebal setengah depa, hehehehe!!!!~!


Satu bilik dah terkopak dia punya penyendal, satu lagi masih ok. Bila nak pasang baru Mr Manager?


Nak bancuh kopi/teh boleh, nak pekena skyjuice pun boleh!!!


Masihkah anda ingat, dulu-dulu peti sejuk disetiap bilik hotel akan diisi dengan minuman kotak, minuman tin dan juga minuman keras. Bila check-out kita kena declare dengan receptionist sama ada guna atau tidak minuman tersebut. Siap petugas housekeeping naik check kat bilik, dah clear semua baru kita boleh check-out.

Tandas pula bagaimana? Che Det kata tandaslah kriteria utama dalam menentukan sesuatu tempat itu betul-betul bersih atau tidak.


Tepi-tepi sinki dan lantai ada tanda hitam, mungkin juga lumut yang tidak dibersihkan. Lain-lain kira ok lah.

Kiranya The Aston memang perlu pemuliharaan yang agak major jika mahu kembali ke zaman kegemilangannya. Bilik-bilik memang agak bersih tetapi perabotnya memang perlu dinaiktaraf. Wardrobe pun jenis yang tak ada pintu, dibiar ternganga. Pada hemat ambo yang tak cerewet mana, kira oklah The Aston.

Tapi tak kalau nak datang balik, tak ada rasa la pulak. Anak-anak pun tak berapa happy tinggal sini sebab tiada kolam renang dan apa-apa aktiviti untuk anak-anak kecil.

Rasanya hotel ini lebih layak dikategorikan sebagai hotel persinggahan pengembara dan bukannya untuk percutian. Tapi yang bagusnya, kadar untuk menganjurkan konferensi di The Aston memang cukup murah.

Bayangkan dengan harga dibawah RM200 untuk setiap individu, ianya telah merangkumi kegunaan dewan persidangan, makan minum sepanjang konferensi berlangsung dan juga penginapan. Jadi memang banyak agensi kerajaan yang sering menjadikan The Aston sebagai tempat berlangsungnya konferensi, seminar dan juga mesyuarat. Hotel lain mana nak bagi kadar yang sebegitu murah.

Lain-lain anda patut tahu - senang nak cari tempat makan2 sebab ada banyak restoren, kedai tomyam dan kopitiam di kawasan sekitar.

Review ini semua sekadar pengalaman peribadi owner blog DSKB. Mungkin anda ada pengalaman yang tersendiri, jom kita kongsi2.

Sekian dulu buat masa ini.

Roger and out.

Sunday, 22 June 2014

@ The Aston Hotel, Putra Nilai - Part II

As Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Kita masih lagi bersiaran dari The Aston Hotel Nilai. Al-kisahnya awal pagi tadi nak gi breakfast kat luar sebab pakej penginapan yang kami amik di The Aston tanpa voucher sarapan. 

Makanya masing2 dengan muka excited kelaparan memulakan perjalanan untuk cari kedai makan tapi belum sempat keluar dari perkarangan The Aston, ada bunyi machiam dup dup dup bila kereta bergerak. Pengalaman lalu mengajar ambo kalau ada bunyi gitu maknanya ada something melekat pada tayar.

Huh.... memang betul pun, check punya check ada paku tercucuk pada tayar belakang sebelah kiri. Tayar yang sama pernah tercucuk paku 2 bulan yang lepas.

No hal lah, bukan susah pun nak tukar tayar - ini statement kalau cukup peralatannya. Kalau tak cukup machiam mana?

Antara yang diperlukan untuk tukar tayar adalah;

Tayar spare - ok ada, lulus.
Spanar untuk buka nut - ok ada, lulus.
Jack dan pemutar jack untuk angkat body kereta - eh, tak de!!!

Ah sudah, jenuh selongkar satu kereta, mana jack aku dey!!!. Pemutar jack ada tapi jacknya mana? Bukan semuanya patut ada dalam bonet belakang, busuk2 pun sebelah tayar spare?

Ke untuk model Vios dia simpan jack kat tempat lain? Konpius.....

Kompem memang tak ada jack, anak harun!!! Mesti masa beli Vios dulu mereka lupa nak letak jack!!! Pemutar jack ada diselit disebalik papan yang memisahkan tayar spare dan tempat letak barang tapi mana jack aku dey!!!

Nasib baiklah ada ramai member yang menginap di hotel yang sama. Terus roger dan minta pinjam jack. Nak cari kedai tayar  masih awal pagi lagi, Ahad pula tu, kompem mekanik masih tidoq lagi, dah la musim World Cup. 

Tak apalah, kita guna tayar spare dulu, balik rumah nanti baru cari bengkel untuk masuk cacing pada tayar yang tercucuk paku tadi. Kondisi tayar pun dah tak berapa cantik, dah sampai masa untuk tukar dah tu. Tapi RM pula tak berapa mengizinkan, hehehehe!!!!. 


Masih guna tayar asal dan rim stendet.

Dah kena masuk spare tyre.

Oh ye, nanti memang kena singgah Tesco atau Giant lah, kat depan The Aston ni je pun. Singgah sebab nak beli jack. Mertua suruh balik semula ke kedai tempat beli kereta dulu, minta balik jack. Uik, Vios ni dibeli hampir 2 tahun lepas, nak ke dema entertain? Nak kata apa, jack memang tak de? Balik2 sure salah sendiri sebab tak check betul2 masa amik kereta dulu.

Pengajaran, nasib baik kena tempat ada orang boleh diminta tolong. Dibuatnya kat tengah highway memalam, kat hutan belantara ke..... aduih haru biru dibueknya.

Ok lah, nak lena2 jap..... babai yu-alls.

Roger & out.

Saturday, 21 June 2014

@ The Aston Hotel, Putra Nilai - Part I



As Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Diari Si Ketam Batu bersiaran secara langsung dari The Aston Hotel Nilai buat julung kalinya. Apa yang berlaku atau bahasa Tok Ompek Kampung Parit "what happening dude"..... hehehehe. Tok Ompek speaking London.

Tak ada apa la Tok, anak buah di Nilai semata-mata menemani binik yang sedang berkursus di Nilai, menginap pula di The Aston Nilai. Kiranya ini first time anak buah menginap di Nilai, walaupun sebelum ini dah kerap bonar berkunjung ke Nilai 3 untuk shopping barangan rumah.

Jadik, best ke idok tidoq di The Aston Nilai? Habaq mai kat Tok...

Ontahlah Tok, anak buah belum tidoq lagi ni, dok ngadap laptop sambil layan My Extreme Animal Phobia kat TV2.... hehehehe. 

Kalau Tok dan hang pa semua nak tahu, The Aston Nilai ini dulunya dikenali sebagai Allson Klana Nilai. Letaknya di Bandar Baru Nilai, lebih tepat lagi Putra Nilai. Kalau dari Plus Highway, kemudian exit tol Nilai. Lepas tol Nilai akan jumpa simpang 3 traffic light, kalau ke kiri kita akan menuju Nilai 3 manakala ke kanan akan menuju Putra Nilai di mana letaknya The Aston Nilai.

Nak mudah lagi, kalau guna Waze, search saja Tesco Nilai atau Giant Nilai. Kalau search for The Aston Nilai tah ke mana-mana Waze bawak kami tadi,  pusing punya pusing boleh sampai ke Aeton Hotel. Haaaaa tengok, nama dah dekat-dekat nak sama dah tu Tok. The Aston Hotel, manakala satu lagi Aeton Hotel. The Aston Hotel letaknya di Jalan 1/2E Bandar Baru Nilai manakala Aeton Hotel letaknya di Jalan 1/1 Bandar Baru Nilai.

Selain dari dua hotel tersebut, ada beberapa buah lagi hotel bajet di sekitar Putra Nilai. Agaknya bagi menampung para pengunjung ke Nilai 3 dan juga para penumpang airlines yang sedang transit, atau yang memerlukan penginapan berpatutan sementara menunggu penerbangan mereka. Lagipun KLIA dan KLIA2 tak jauh mana pun dari Putra Nilai.

Kalau hang pa baca review kat TripAdvisor ka, Agoda ka mahupun blog2, memang akan banyak komen negative berkaitan The Aston Hotel berbanding positive. Kalau yang komen tu mat atau minah salleh lagilah buruk benor diceritanya pasal The Aston Nilai. 

Disebabkan dah banyak benor baca komen negative ini semua, idok le ambo menaruh harapan tinggi yang amat terhadap hotel ini masa nak datang tadi. Anak-anak yang ikut sama pun separuh happy. Happy sesikit sebab dapat tidoq hotel, tak happy bebanyak sebab The Aston tadak kolam renang. Memang bebudak kan, kalau datang hotel, kolam renanglah yang dicarinya dulu nak berendam. Sekali tadak daaaaaaa.......

Jadi apa kisahnya The Aston Hotel Nilai pada kaca mata owner Diari Si Ketam Batu?

Allamak-manak Tok Ompek, memang betul daaaaaa..... The Aston Hotel Nilai memang hotel buruk daaaaaaa. Rundown hotel kata orang London. Lokasinya pun machiam tak berapa nak menonjol. Bilik pun ada bau hapak, bilik superior agak kechik dan perabot dalam bilik hotel memang dah masuk usia senja dah.

Kalau hang pa tengok website The Aston Hotel, umang aihhhh, hebatnya bilik siap dengan TV flat screen lagi. Tapi yang ambo dok hadap layan My Extreme Animal Phobia, TV model tahun bila ntah, jenama Panasonic yang screen tebal ada la dalam setengah depa..... hahahaha. Kelabu asap lagi tu siaran, nak layan World Cup pun boleh hilang sheikh!!! 

Karpet pulak, kat bilik kira acceptable lagilah, tapi karpet kat luar bilik nampak machiam dah lusuh benor (kita sembang stendet hotel ye, bukan rumah tumpangan) dan tak berapa nak bersih. Butang lif pulak susah benor nak tekan, especially untuk naik ke Tingkat 1, agaknya dah kematu sangat dah butang lif sebab hari-hari kena tekan dengan staf hotel dan pengunjung, hehehehe!!!!!

Ngutuk sakan ek, hehehehe!!!!

Bukan ngutuk, sekadar pendapat dari customer yang mengeluarkan sedikit wang hasil dari penat lelah seharian, untuk merasai pengalaman menginap di The Aston.

Pendek kata, hotel ini kira ok untuk penginapan sementara, tapi kalau datang untuk berbulan madu memang silap besor lah. Ia juga bukan hotel untuk keluarga sebab apa yang diingini oleh anak-anak memang tiada. Tapi kalau untuk melelapkan mata setelah seharian berjalan menyoping di Nilai 3, kira bulehlah. Bila penat shopping apa lagi nak berkira pasal hotel ye tak?

Jadi kalau hang pa nak tahu pasal rate dan lain-lain maklumat pasal hotel, hang pa boleh rujuk sini. Rate yang dipaparkan dalam website The Aston memang tak berapa nak berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan. Tapi kalau walk-in atau by phone booking, masih boleh runding lagi, silap-silap dapat rate lagi murah. Kalau staf gomen, cubalah minta rate gomen, belen-belen boleh guna untuk shopping kat Nilai 3, hehehehe!!!!

Online price RM280++ untuk bilik superior, bila kami walk-in dapat dalam RM160++. Banyak beza tu der!!!

Ni bagi address dan no tepon kalau rasa nak booking dan menginap di sini;

The Aston Hotel (Formerly known as Allson Klana Nilai)
PT 7182, Jalan BBN 1/2E,
Putra Nilai, 71800 Nilai, N. Sembilan.
No. Phone: +606-799 8888
No. Fax: +606-799 8999
Email: info@theastonhotel.com.my

Ok lah yu-alls, ambo nak beradu dulu. Review lengkap berkaitan The Aston Hotel beserta picca micca segala akan ambo muatkan dalam entry yang berikutnya.

Sehingga itu, babai yu-alls!!!!

Roger and out.

Wednesday, 18 June 2014

My FZ150i @ Ketam Besi - Servis Kedua (Bacaan Odometer 2301 km)

Lama tak update pasal motor kan, jadi ari ni nak sembang pasal kes tayar motor ambo tercucuk paku pagi tadi. Tak pasti tercucuk kat area mana, semasa syiok menunggang di lorong motor Guthrie atau pun area Shah Alam. Tak pun tercucuk paku masa singgah kedai hardware awal pagi tadi sebelum bertolak ke tempat kerja.

Itu pun nasib baik ternampak besi bersinar pada tayar motor masa parking tepi opis pagi tadi. Memang dah jadi habit ambo untuk belek motor dulu sebelum masuk opis. Belek punya belek, kelebek punya kelebek sekali ternampak paku sudah cucuk tayar ambo punya FZ150i daaaaaa!!!!

Alahai paku, motor ambo juga kau cucuk!!!

Tapi bagusnya guna tubeless, angin tak sempat keluar habis, slow motion gittew. Jadi ambo masuk opis dulu siapkan kerja apa yang patut, dalam kul 12 nak masuk waktu lunch baru ambo keluar cari bengkel.

Slow-slow tunggang menuju Seksyen 7 Shah Alam, syurga student UiTM duk lepak-lepak dan makan. Tapi ari ni machiam tak meriah pula, agaknya masing-masing berkubu kat bilik study sebab minggu depan dah start final exam. 

Pusing-pusing punya pusing terjumpa bengkel Adam Motor. Berhadapan dengan Giants dan juga HVM Bikers. Ini first time ambo ambil servis Adam Motor, cubalah kot servis dia ok, nak tampal tayar bocor je pun.  

Brader yang kerja sini memang sempoi, tanya apa pasal motor pun ok. Mesra alam gittew, jadi dari sekadar tampal tayar bocor ambo terus servis sekali. Odometer dah lepasi angka 2000, dah capai 2301 km pun, memang dah kena servis. 

*Lari tajuk sakan....okies now kita sembang pasal tukar minyak hitam.

Guna EO Motul 3100 Gold 10W40 sama machiam servis kali pertama dulu. Oil filter pun ambo tukar sama, lepas ni bolehlah start tukar OF berselang seli dengan EO. Awal-awal ni kita kasi manja dulu itu motor, lepas ni bolehlah ligan sakan tak de manja-manja dah.

Tampal je ke bang, tukar Maxxis terus je lah, Kenda mana sedap ligan atas highway!!! Rachun paraquat siut!!!

Odometer dah capai 2301 km - perjalanan ulang alik 196 km sehari.

Orang kata Motul bagus, ambo pun layanlah Motul.

Kira nasib baiklah, Alhamdulillah, tayar tak kempis masa kat highway tadi. Kalau tidak tersadailah kat tepi jalan tunggu pomen bergerak datang. Ongkosnya sudah tentulah berlipat kali ganda, keadaan terdesak le katakan.

Pengajaran dari itu, make sure wallet sentiasa terisi RM secukupnya. Lebih baik lagi sediakan kit kecemasan untuk tampal tayar kalau bocor semasa dalam perjalanan, pump pun jangan di lupa. Mengambil ikhtibar, terus ambo sambar kit untuk tampal tayar bocor, RM15 je pun harganya. Murah banget, nak tampal tayar motor boleh, kereta pun boleh kot!!! Nanti balik rumah nak cari pump pula kat TF.

Mana tahu, sejarah mungkin berulang. Kita buat langkah pencegahan dan berjaga-jaga dari awal. Selain untuk diri sendiri, mungkin boleh tolong rider yang lain juga, Inshaa Allah special price maaaaaaaa!!!!! Hehehehe, no lah, Inshaa Allah tak amik duit punya, percuma saja ambo tolong hehehehe.

Dalam duk kalut nak tampal tayar bocor, terkalut juga rasa nak tukar tayar motor sekali. Layan Kenda stok kilang standet mendet ni ada sikit kuereng lah dia punya kemut. Rasa nak tergelincir je kalau lalu jalan yang tak berapa nak rata atau berminyak. Masa hujan lagi lah, rasa nak bersepai je atas jalan, terhenti degupan jantung kejap.

Ushar punya ushar, Adam Motor tak ada stok Pirelli, Duro banyaklah stok. Tapi ambo mahu Pirelli atau Maxxis saja. Tanya harga Maxxis, untuk Maxxis Diamond 90/80 harganya RM125 manakala Maxxis Promax 110/70 harganya RM178.

Boleh tahan juga harganya, tunggu gaji dulu lah dik, hehehehe!!!! Poket kering la sikit la ni!!! Inshaa Allah gaji nanti ambo berhijrah dari Kenda ke Maxxis.

p/s: Sepatutnya hari ni adalah Wordless Wednesday, terpaksa langgar pantang sebab cuma on Wednesday ambo kurang sibuk dan on Wednesday jugalah idea untuk menulis datang mencurah-curah, hehehehe!!!!

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan.

Roger and out.