As-Salam & Salam Sejahtera,
Sehari dua ini hujan turun tanpa henti. Dah tiba musim banjir atau pantai timur panggil musim 'boh'. Kenangan musim 'boh' bagi ambe, selain terpaksa tidur masjid atau sekolah sebab rumah ditenggelami air, kenangan lain adalah makan ubi kayu cicah ikan masin.
Fuhhhhhh!!!! Entah kenapa, ubi kayu cicah ikan masin cukup kaw bila tiba musim 'boh'. Kalau makan bukan musim 'boh', kesedapan ubi kayu dan ikan masin tak berapa nak membuka selera.
Jadi ubi kayu rebus cicah ikan masin cukup sinonim dengan musim'boh'. Sebaik sahaja ada tanda-tanda banjir bakal melanda, arwah bapa ambe akan cepat-cepat gali ubi kayu. Jiran-jiran pun saling bertukar-tukar ubi; sape yang ada ubi kayu hantar rumah jiran, jiran lain pula balas dengan ubi badak atau ubi keling. Sudahnya baldi penuh dengan beraneka jenis ubi, bekalan masa banjir nanti.
Ikan masin pun dah stand-by awal-awal. Asal hujan lebat sahaja keluarga ambe akan beli ikan masin dari kedai kat pekan. Beli dalam lima nam ekor, ikan masin basah sebesar tapak tangan dewasa. Bila digoreng baunya cukup semerbak, boleh tersedak jiran sebelah. Harum tak terkata.
Kalau air dah melimpah dan mangsa banjir tak dapat keluar ke pekan untuk beli barang makanan, lori bomba atau pihak berkuasa akan tiba bawa beras dan sardin. Ye sardin, dulu-dulu sardin adalah makanan orang miskin dan mangsa banjir. La ni bila tengok harga sardin, Ya Allah sardin dan jadi makanan orang berduit.
Biasanya setiap keluarga mangsa banjir akan dapat sekampit beras dan 2 tin sardin, bergantung kepada bilangan ahli keluarga. Brand sardin pula jangan harap dapat sardin cap Ayam. Biasanya dapat sardin cap atau brand yang kita sendiri tak pernah dengar. Sardin tersebut juga biasanya hanya muncul secara berleluasa pada musim 'boh' hehehehe.
Itulah serba sedikit kenangan musim 'boh' yang sempat ambo imbau. Asal niat nak sembang pasal makan, terus terbabas cerita pasal banjir dan sardin.
Maklumlah bila hujan turun tanpa henti, perut cepat lapo. Bila perut lapo, teringat pula kenangan kami kelaporan semasa banjir melanda kampung zaman kanak-kanak dahulu.
Nak cerita pasal makan di Restoran Pantai INI sebenarnya;
Nak cerita pasal makan di Restoran Pantai INI sebenarnya;
Jarang makan luar lately, melainkan tetiba teringin nak ubah selera. Jadi minggu lepas tetiba tekak mengidam nak makan tomyam, jadi ambe sekeluarga ke Restoran Pantai INI, Tg Malim.
Restoran tomyam biasa saja pun, letaknya betul-betul tepi jalan opposite dengan Dusun Bay. Ini bukan pestaim kami ke Pantai INI, kerap juga kami menjamu selera di sini, tapi itu zaman anak-anak masih belum lahir.
Menu kami untuk petang tersebut; kerapu masak tiga rasa, kangkung goreng belacan, sup cendawan, ayam masak merah dan telur dadar.
Kerapu masak tiga rasa - anak-anak pun boleh makan sebab tak terlalu pedas. Kerapu digoreng rangup, perfect. Boleh diratah sampai ke belulang. Sos tiga rasa pula boleh diterima tekak. Tapi ambe lebih suka kalau ada rasa bawang putih lebih.
Sup cendawan - kegemaran anak sulung ambe. Berminyak tapi sedap, bila dihirup boleh rasa kesegaran cendawan. Kalau tak nak makan nasi pun, sup cendawan ini boleh diratah begitu sahaja.
Ayam masak merah untuk anak bongsu. Nak kata macam mana ye, sebab sos menu ini agak pelik sedikit. Merah lain macam tapi habis juga masuk ke perut. Nak kata sedap, biasa-biasa saja.
Telur dadar - peberet ambe dari zaman belajar lagi. Tapi telur dadar Restoran INI ambe bagi 1 bintang sahaja sebab selain sedikit hangus, telur digoreng agak tebal. Ambe order telur dadar untuk 3 orang makan. Ambe suka telur dadar yang sedikit nipis dan ada macam tali berjuntaian ditepinya.
Lupa nak ambil gambar satu lagi menu - kangkung goreng belacan. Ini gambirun selepas perut memboyot. Kerapu masak tiga rasa masih bersisa, tapi perut dah sendat. Ikut nafsu mahu saja diratah sampai ke belulang.
Alhamdulillah rezeki Allah S.W.T.