Photo : Ehsan Google Pic
Apa nawaitu kita ke Fraser's Hill?
Adakah untuk berjimba-jimba, ataupun rejuvenate?
Jujurnya, jika nawaitu ke sana untuk berjimba-jimba, lupakan saja Fraser's Hill. Ini kerana Fraser's Hill tidak sehappening Cameron mahupun Genting Highlands.
Tapi untuk rejuvenate diri dan lupakan seketika kebingitan kota, Fraser's Hill memang pilihan yang tepat.
Suasana yang damai, jauh dari hiruk pikuk, memang marbeles. Lepak-lepak kat taman sambil baca buku, dah machiam bercuti kat over the sea.
p/s: rindu pulak ambe dengan musim luruh dan bunga di Perth.
Bagaimana untuk ke Fraser's Hill jika anda dari Lembah Kelang atau selatan tanah air?
Jika anda menggunakan applikasi Waze, biasanya anda terpaksa exit ke Bukit Beruntung dari Plus Highway, kemudian teruskan pemanduan ke Rasa dan Kuala Kubu Baru melalui jalan persekutuan.
Ambe tidak pernah menggunakan laluan tersebut, tetapi seorang rakan menyatakan laluan tersebut agak jauh dan mengambil masa yang agak lama.
Lebih baik teruskan pemanduan di Plus Highway dan kemudian baru exit di Tg Malim. Menggunakan jalan persekutuan, teruskan pemanduan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya ke Fraser's Hill.
Bermula dari Kuala Kubu Baru menuju Fraser's Hill, laluan akan berliku dan banyak selekoh tajam. Jadi berhati-hatilah dalam pemanduan.
Pada hari yang sama ambe dan family ke Fraser's Hill, sebuah MyVi masuk gaung, nasib baik pemandu dan kesemua penumpang selamat.
Jangan lupa juga untuk singgah menikmati panorama tasik buatan di Empangan Kuala Selangor. Masa musim kemarau yang lepas, paras air empangan ini surut ke tahap yang agak membimbangkan.
Ini laluan menuju ke The Gap, agak sempit dan berliku. Di lokasi inilah berlakunya pertempuran di antara pihak komunis dengan konvoi Sir Henry Gurney. Beliau terkorban dalam serang hendap tersebut yang berlaku pada 6 Oktober 1951.
Kalau dulu untuk naik ke Fraser's Hill dari The Gap, perlu ikut giliran tapi kini tidak lagi. Telah ada jalan sehala untuk naik dan jalan sehala yang lain untuk turun. Laluan ini cuma muat-muat satu kenderaan untuk melaluinya.
Semasa menggunakan laluan ini untuk naik ke Fraser's Hill, ambe hampir merempuh 2 buah motosikal ex-5 yang tiba-tiba muncul dari sebalik selekoh.
Mencari nahas, menggunakan laluan salah untuk turun. Nasib baik ambe sempat mengelak.
Akhirnya tiba juga ke pekan Fraser's Hill. Nun di hujung sana adalah dataran menara jam Bukit Fraser.
Bangunan di sekitar pekan ini masih mengekalkan identiti kolonial. Ada satu kedai runcit yang menjual keperluan asas, kami singgah sekejap untuk re-stock minuman dan beli munchy-munchy.
Mula-mula kami pergi check-in dulu di Shahzan Inn. Hotel ini letaknya di Jalan Lady Guillemard, tidak jauh dari dataran menara jam Fraser's Hill.
Review lengkap mengenai hotel ini, sila KLIK
Restoran Puncak, Fraser's Hill Food Garden
Disebabkan hari pun sudah lewat petang, selepas check-in kami terus ke Fraser's Hill Food Garden untuk makan malam. Food Garden terdiri dari beberapa unit kiosk makanan dan juga kedai cenderamata.
Pada hujung minggu, food garden akan dipenuhi dengan pengunjung dan juga kelab-kelab motor yang berkonvoi ke Fraser's Hill.
Kebanyakan restoran di Fraser's Hill Food Garden telah ditutup kerana hari hampir menjelang malam. Masih dibuka cuma Restoran Puncak dan sebuah restoran tomyam yang ambe lupa namanya.
Semasa meninjau-ninjau tempat untuk makan, kami ditegur oleh pemilik Restoran Puncak, jadi kami ambil keputusan untuk makan malam di sini sahaja.
Disebabkan hari menjelang malam, menu adalah terhad tapi lebih dari cukup untuk kami mengalas perut. Untuk si bambam, kami order mee goreng, ambe pun sama order mee goreng manakala my wife order nasi goreng kampung. Tambahan, sup ekor untuk menghangatkan suasana malam hehehehe.
Sementara menunggu makanan kami tiba, ambe pusing-pusing meninjau kawasan sekitar Fraser's Hill Food Garden.
Ada kedai cenderamata, ambe cuma tinjau-tinjau dari luar. Belum ada mood untuk masuk dan memborong kerana perut dalam keadaan lapar.
Pemandangan pekan Fraser's Hill dari arah food garden. Khemah biru tersebut adalah kedai makan.
Basikal dan motosikal lama. Masa menilik-nilik moto lama ini, my wife memanggil-manggil kerana makanan yang kami order telah sampai.
Cepat kata si bambam, perut sudah lapar. Lapar memanjang budak ni.
Nasi goreng kampung dan telur dadar.
Mee goreng basah.
Sup ekor yang marbeles!!!
Slurps.... slurps.... slurps..... memasing makan tanpa menoleh ke kiri mahupun kanan.
Makanan di Restoran Puncak memang marbeles dan sedap. Bukan sahaja kerana kami sememangnya tengah lapar, tapi makanan mereka memang sedap. Tak rugi kami singgah, next time pasti singgah lagi.
Terima kasih tukang masak Restoran Puncak kerana sediakan makanan yang sedap untuk kami. Terima kasih juga pemilik Restoran Puncak kerana jamu kami dengan goreng pisang secara percuma. Alhamdulillah.
Total damage untuk makan malam tersebut RM30++ termasuk minuman.
Kemudian kami kemana lagi selepas itu?
Balik hotel, mandi dan zzzZZZZZZZZ!!!!!!
Air Terjun Jeriau
Next morning, awal-awal pagi kami bangun dan bersarapan. Kemudian nikmati keindahan alam dan kicauan burung di sekitar perkarangan hotel.
Untuk pengetahuan anda, Fraser's Hill merupakan salah satu santuari burung di negara kita. Terdapat pelbagai spesis burung yang unik dan dilindungi terdapat di Fraser's Hill.
Semasa sedang bersarapan, ambe ternampak sekumpulan kaki skodeng burung. Tengok sajalah lensa kamera mereka, entah berapa puluh ribu harganya.
Planning ambe pada hari kedua di Fraser's Hill bukanlah untuk mengskodeng burung, tapi untuk ke air terjun Jeriau.
Untuk ke air terjun Jeriau, anda terpaksa memandu melalui jalan yang agak berliku dan agak sempit. Jadi, horn kenderaan perlu kerap ditekan.
pin.... pin.... pin pin...... pin!!!!
Ini sebagai tanda isyarat kepada kereta dari arah bertentangan, make them aware akan keberadaan anda.
Dari tempat parking kenderaan, kena berjalan kaki sejauh kira-kira.... tak pasti berapa jauh tapi kurang 1 km. Masa kami datang, dipertengahan laluan ada pokok tumbang, terpaksa detour. Detour tak ada apa pun, cuma kena melintas anak sungai.
Tak susah kan detour melalui anak sungai sekecil ini.
Persekitaran air terjun Jeriau adalah hutan simpan, dan ada beberapa denai hutan yang boleh diterokai. Jika anda berjiwa adventurous, redah saja denai-denai tersebut dan nikmati keunikkan hutan tanah tinggi di negara kita.
Kita sudah sampai ke air terjun Jeriau.
Inilah air terjun Jeriau, tidaklah bertingkek-tingkek tapi masih menjadi tumpuan pelancong ke Fraser's Hill. Boleh mandi-manda, nak berpicnic pun boleh.
Si bambam galak bermain air, ambe cuma memerhati sambil mengambil gambar. Pengunjung pada hari tersebut tidaklah ramai, mungkin ramai yang masih belum sedar akan kewujudan air terjun ini, ataupun tidak sanggup untuk menempuh laluan ke sini.
Restoran Mimi Strawberi
Sekembalinya dari air terjun Jeriau dan jungle trekking, perut mula berkeroncong minta diisi. Disebabkan semalam kami telah mencuba kelazatan hidangan di Restoran Puncak, hari ini kami ingin bertukar selera pula.
Restoran Mimi Strawberi letaknya di dataran menara jam Fraser's Hill. Inilah restoran pertama yang kita nampak sebaik menjejakkan kaki ke Fraser's Hill.
Meehun sup yang tiada rasa sup.
Mee bandung yang tak berapa nak bandung!!!
Nasi lemak, sedih tengok sambal dia.
Nak ulas ke tak?
Nak ulas ke tak?
Nak ulas ke tak?
Tak yah le kut.
Eh! Ulas jugalah, owner jangan kecik ati ye.
Service wise ok, no problemos. Waiter dan waitress cukup mesra pelanggan.
Cuma kualiti dan kesedapan makanan amat mengecewakan.
My wife order meehun sup, langsung tak ada rasa. Tawa hebe kata orang Kelantan.
Meanwhile, ambe pula order mee bandung. Mee tak dicelur, kuahnya pula bukan pekat tapi seperti membeku. Bukanlah sejuk cuma, pekatnya lain macam.
Nasi lemak si bambam lagilah. Sedih tengok sambal nasi lemak yang agak cair. Telur pun tak ada, agaknya sebabnya kami order nasi lemak biasa. Tapi nasi lemak biasa pun patut ada telur rebus yang dipotong dua atau empat kan?
Owner take note, positively ye!!!
Total damage RM20++ termasuk minuman.
Marina's Gift Shop
Masa hari pertama dah singgah sini dah, tapi cuma tinjau-tinjau. Hari last singgah balik untuk cari T-shirt Fraser's Hill.
Brade-brade yang keje sini memang sempoi dan rock bebeh!!!
Senang nak berkira, layanan pun mantop!!!
Kami beli T-shirt untuk si bambam dan abangnya si enchem. Size untuk si enchem tiada masalah, tapi si bambam ada masalah sikit.
Budak ni kan badan semangat, terpaksa ambil size S dewasa.
Ambe pun ada jugalah beli sehelai.
Fridge magnet pun ada beli juga seketul dua, buat tambah koleksi.
Si bambam sentiasa over, dah belikan T-shirt minta belikan pula MP3 player. Nasib baik ko tu birthday boy, belikan jugalah.
Allan's Water
Disebabkan si bambam selaku birthday boy nak sangat main watersport, kami bawa dia ke Allan's Water.
Bukan water sport hape pun, cuma pedal boat dan water ball.
Nampak tak bebola besar tu? Kepompem nampak kan?
Itulah water ball, kita masuk dalam kemudian operator akan isi angin, lalu ditolak ke tengah-tengah tasik.
Terapung, jangan risau, tak akan tenggelam punya.
Apa nak buat seterusnya?
Buatlah apa-apa pun. Nak bergolek boleh, nak baring-baring pun boleh.
Si bambam secara solo masuk dalam water ball, ambe malas.
Kesian dia, keboringan dalam water ball hahahaha!!!
Tak pernah main paddle boat, dan belum ada keinginan untuk menchoba!!!
The Paddock Fraser's Hill
Ini adalah tempat terakhir yang kami kunjungi di Fraser's Hill sebelum bertolak pulang.
Masa ke sini terjadi adegan filem Tamil. Tiba-tiba si bambam merajuk tak tentu pasal. Nasib baik tak kena sebat hahahaha!!!
Lupakan si bambam, kita teruskan penceritaan.
Nampak kan ada logo kuda. Sudah pastilah ini tempat untuk menunggang kuda.
Hatta dah pernah naik kuda di Melaka, tetap juga si bambam nak naik kuda di Fraser's Hill.
Sabar menunggu giliran, kesian pulak ambe tengok kuda ni!!!
Jika tidak berminat untuk menunggang kuda, di The Paddock juga anda boleh menchoba sukan memanah.
Sementara menunggu giliran, si bambam terasa haus. Kita minum dulu katanya.
Masa operasi dan bayaran untuk menunggang kuda. Bayaran untuk memanah ambe kurang pasti.
Akhirnya tercapai hasrat si bambam nak naik kuda di Fraser's Hill hahahaha!!!
Lepas ni kita mana pula abah, tanya si bambam.
Kita baliklah, duit pun dah nak habis ni.
Heheheheheh, gelak besar si bambam.
Final verdict
Ok, kita sudah sampai ke penghujung percutian dan penceritaan. Anda nilaikan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk ke Fraser's Hill. Ada orang kata tak berbaloi sebab tak banyak tarikan, tapi secara peribadi ambe tidak bersetuju. Pada hemat ambe, Fraser's Hill cukup sesuai sebagai lokasi untuk melapangkan minda dan fizikal.
Update 17 April 2017 - Catatan terkini perjalanan ke Bukit Fraser (April 2017), jika berminat untuk baca sila Bukit Fraser 2017
- Ketam Batu -