As-Salam dan Salam Sejahtera,
Bila ada member ajak pergi makan nasi mmanggey dan air kelapa baldi, ambe tertanya-tanya juga apakebende nasi mmanggey ni. Pestaim dengar nama makanan sebegitu. Air kelapa baldi pula dah boleh agak, mesti minum dari baldi !
Kedai makan nasi mmanggey yang kami pakat terjah ini letaknya di Kampung Melayu Sungai Buloh, nama kedainya Warung Kita. Khabarnya beratus-ratus bungkus nasi mmanggey terjual setiap hari, begitu juga dengan air kelapa baldi.
Sempoi je signage !
Menu simple, tak banyak pilihan serta murah tapi rasanya padu baq ang !
Warung Kita mengamalkan konsep layan diri, maknanya tadak pelayan akan gi tanya 'nok make gapo abe' ! Semua pelanggan kena beratur kat kaunter ambik nasik dan minuman.
Kebanyakan masa pelanggan memang ramai dan barisan agak panjang. Kena berbaris lebih dari setengah jam dah kira biasa. Tapi masa kami terjah, pelanggan dah reda kerana dah hampir jam 7 malam (kedai dibuka seawal jam 7 am dan ditutup pada jam 7 pm).
Lengang sebab tuan rumah dah nak tutup kedai.
Nak makan sambil bersila pun boleh di Warung Kita.
Pelanggan boleh pilih nak take away atau makan kat kedai saja. Tapi mana-mana pun pilihan, nasi mmanggey akan dibungkus dengan kertas dan daun pisang. Jimat sabun tuan kedai, tak payah basuh pinggan mangkuk LoL !
Moh kita berkenalan dengan nasi mmanggey !
Nampak timbunan kelapa kat belakang nun?
Gulai, ayam goreng dan sambal. Itu saja kah?
My name is nasi mmanggey !
Simple gilos, rupanya nasi mmanggey adalah nasi kukus berlaukkan ayam goreng yang dipotong kecil, sambal cili dan kuah gulai. Sekali imbas dah macam kembar nasi berlauk Kelantan. But don't judge the nasi by its daun pisang.
Sekali dah masuk ke mulut, rasanya amat padu bang ang ! Ayam goreng biasa-biasa saja tapi sedap dikunyah. Kehebatan nasi mmanggey ini juga letaknya pada kuah gulai. Rasa lemak yang tidak keterlaluan dan tidak memuakkan.
Baldi kecil dan bukannya baldi basuh kain !
Makan nasik kena ada air, nanti tercekik. Minuman wajib order di warung kita adalah coconut shake dan air kelapa baldi. Selain unik kerana dihidangkan dalam baldi, rasanya tiada yang istimewa dengan air kelapa di Warung Kita. Cuma rasanya agak pure kerana tidak dicampur dengan air gula secara keterlaluan.
Warung Kita
95 Jalan Kusta
Kampung Melayu Batu 13
47000 Sungai Buloh
Selangor.
Tel : +613-996 2525
Facebook : Warung Kita
GPS : 3.224826, 101.569062
Final verdich, highly recommended kepada pencinta nasi berlauk !