Rembia Hotel
SP 1201 Jalan Seri Pelangi 1
78000 Alor Gajah, Melaka
Tel: 06-316 2288
Hotel bajet yang terletak di Mukim Sungai Petai Alor Gajah. Hotelnya masih baru, lokasinya agak strategik, tidak berapa jauh dari pusat tumpuan pelancong (dengan syarat anda ada kenderaan sendiri).
Kami dapat maklumat pasal Hotel Rembia pun hasil info my bro yang telah menginap semalam lebih awal dari kami. Atas cadangan my bro, make a booking tapi lepas tu ada terbaca komen negatif berkaitan Hotel Rembia kat blog. Hati mula ragu2 tapi sebab dah booking, tawakkal sajalah.
Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta... sebaik melangkah masuk ke perkarangan hotel dan berurusan dengan front staff, ternyata komen2 negatif tersebut tiada kebenarannya (atau mungkin pihak pengurusan hotel telah mengambil langkah2 proaktif untuk memperbaiki segala kelemahan tersebut).
Layanan staff sewaktu daftar masuk amatlah mesra alam dan juga efisien. Senyum simpul tak lekang dari bibir.... hehehehe. Kami daftar masuk bilik standard dengan twin single bed, RM128/nite. Harga sebenar rasanya bawah RM100 tapi disebabkan musim cuti persekolahan kami dikenakan surcharge.
Heritage charge sebanyak RM2 turut dikenakan ke atas pengunjung. Dah lama tak ke Melaka, sejak bila pengunjung dikenakan heritage charge ye?
Deposit RM50 yang akan dikembalikan sewaktu daftar keluar
Daftar masuk ke bilik 108, agak luas dan selesa. Lantai kelihatan bersih tanpa karpet. Ada tingkap kecil untuk pengudaraan. Kemudahan asas lengkap menepati keperluan. Katil pun masih baru dan amat selesa, empuk melenakan.
Bilik kami untuk semalaman di Hotel Rembia
Kami dapat twin single bed sebab queen bed semua fully booked
Perabot semua masih baru dan berkilat
Tandas dia bersih kan?
Pemandangan dari bilik kami, bangunan yang masih dalam pembinaan
Walau hanya semalaman, kami amat berpuas hati dengan khidmat layanan Hotel Rembia. Adakah kami akan datang lagi? Kami pasti kembali, anda pula bagaimana?
Dekat dgn dataran keris. .Semalam an brp rm
ReplyDelete