Sunday, 19 May 2013

@ AEON Rawang

Motip berkali-kali ke AEON Rawang?

Tak terjangkau dek akal ambo sebab musababnya tapi ambo nak kongsi apa yang ambo satu famili buat di AEON Rawang semalam.....

Makan.... atau ketua kampung ambo panggil lunch.... sampai saja di AEON masing2 berterabur cari makan bak anak ayam kelaparan. tengok jam.... dah tengah hari rupanya.


Ada yang makan nasi ayam.... claypot yee me tomyam pun ada.... ambo cekik claypot chicken rice with salt fish.

Masa order dengan mamat Vietnam ke Nepal yang jaga kiosk claypot chicken rice... ambo siap speaking London (macam Mr Bean tu....), sekali mamat tu reply bahasa Melayu, fasih lagi tu...... MOTIP?


Hainan Tea Xpress.... ambo cekau sirap limau kat sini. 

Cuba lihat tanda harga.... mek ambo memang tak berkenan makan kat Food Court, sebab selain harganya yang melambung berbanding gerai tepi jalan (mek ambo orang kampung sajork).... tukang sedia tu bukan orang Melayu kita.... geli nak makan katanya.

Fengsan mek ambo kalau tahu harga sirap buduh kat sini....


Bila kenyang.... ada pula yang nak singgah Poh Kong. Harga emas tengah merudum lah katakan. Di Poh Kong harganya RM160 setiap gram emas.....


Sally staff Poh Kong berlatarbelakangkan kepala gondol QM. Hasil layanan baiknya ambo bermurah hati untuk tempek muka Sally kat blog kesayangan ambo ini......

Selepas bergolok bergadai di Poh Kong... layan MHD & QM main games sekejap.... hangus juga RM20.... kemudian singgah kiosk beli Kapcai.... bukan moto kapcai tapi majalah berkaitan aktiviti mat kapcai saentero Malaya.

p/s: gedebuk gedebak Sabtu habis macam tu sajork!!!!!

2 comments:

  1. nasi ayam kat situ ada ulat.pernah jumpa.terbaru harganya dah naik rm0.30.alasan tax,bila tanya lebih lanjut...kejung tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ulat? kena berhati2 lepas ni.... uik, belum apa2 dah nak kenakan GST?

      Delete