Sunday, 12 May 2013

Memori biskut gula.... ketua kampung ambo panggil sugar cracker


Jika Amalina dandut dengan Memori Daun Pisang ambo pula dengan memori biskut gula atau ketua kampung ambo panggil sugar cracker....


Masihkah kau ingat.... pada waktu itu.... sekuntum bunga mekar lalalalalalala!!!!! Apa yang ambo masih ingat, zaman kocik2 dulu stok biskut gula memang sentiasa ada kat sudut dapur rumah ambo kat kampung.... mek ambo memang selalu top-up stok biskut gula kerana memang menjadi hidangan wajib ambo & adik beradik yang lain sewaktu minum petang.

Paling marbeles kalau cicah dengan kopi O panas... memang tangkap lentuk abis.... lepas cicah kopi masuk mulut dan dia punya feeling waktu biskut gula cair di mulut..... fuiyoooooo!!!!! GF lalu belakang pun tak perasan tapi kalau lalu dopan2 memang ajak makan sama....

Kalau member2 sekampung @ member sekolah datang bertandang ke rumah selepas main guli @ main beskal (dolu2 mana ada PS3, iPad semua tu....) memang kena jamu dengan biskut gula @ biskut merrie.... silap2 satu paket habis licin kena bedal.

Tapi itu dulu.... loni ambo dah tak lalu dah nak telan biskut gula. Bukan lupa daratan mahupun lautan, tak makan sebab risau boleh naikkan kandungan gula dalam darah.... 

Anak2 ambo pun dah tak reti nak makan biskut gula.... rasanya macam tak pernah makan pun. Entah kenal ke tidak dengan biskut gula, celik mata saja dah kenal Oreo....

Walau biskut gula @ kat kampung ambo lebih femes dipanggil sugar cracker sudah tidak menjadi sebahagian daripada menu famili ambo.... saat2 manis ambo bersama biskut gula dan secangkir kopi O masih kukuh tersemat disanubari ambo.....

No comments:

Post a Comment