Tuesday, 20 August 2013

Trip Raya Ke Sabah 2013 Part 1 - Mari Terbang Bersama MAS & MASWings

Coretan Ramadhan dah complete..... kita sembang bab raya pula. Tahun 2013 ambo sekeluarga beraya di Sabah bah...... seminggu kat sana. Tahun ini tambang flite balik raya ke Sabah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Guna waran tahunan.... biasanya kami guna waran untuk balik Sabah pada hujung tahun tapi kali ini terpaksa korbankan waran untuk Aidilfitri. Puncanya, last minute baru terkial-kial nak booking tix flite ke Sabah..... harga tix semua melambung ribu riban. Total untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 almost RM4k++. Haru biru kalau nak keluar dari poket sendiri, Alhamdulillah ada kemudahan waran.... TQ kerajaan Malaysia!!!!!

Bila guna waran, penerbangan rasmi seperti tahun2 yang lalu sudah semestinya MAS (khabarnya kini AirAsia pun boleh guna waran). Cuma bezanya untuk tahun ini, kami tak dapat direct flite KL-KK tapi kena transit ke Miri dalam 1 jam. KL-Miri naik Boeing 737-400 dan dari Miri ke KK naik MASWings ATR-72. Naik Boeing dah biasa sangat tapi ATR totally new experiences for us!!!! Most of us dah excited..... new experiences la katakan tapi AT dah nervous sakan..... dia ni phobia sikit klu fly..... lebih2 lagi naik pesawat kecik macam ATR.... hehehehe

For me tak kisah sangat sebab biasanya bila naik saja burung besik.... mata terus lelap. Kilat petir menyambar kapal terbang tak hirau dah.... janji dapat tidur..... hehehehe. Cuma kalau amik flite mesti pikiaq nak parking mana kereta sebab kami biasanya drive ke KLIA atau LCCT..... malas nak susahkan kawan2 untuk hantar ke epot..... juga malas nak susahkan diri naik bas sambil usung beg berbondong-bondong. Nak parking kat KLIA kompem ratus2 klu lepak kereta kat situ seminggu..... option paling murah walau tak murah mana adalah parking kat sebelah Tune Hotel LCCT..... RM16 sehari.

Jadiknya.... masa hari kejadian, kami parking kereta kat sebelah Tune Hotel kemudian naik bas Airport Liner ke KLIA. Tambang dewasa RM2.50 dan kanak2 RM1.50 sehala. Perjalanan tak jauh mana, tak sampai setengah jam pun. 



Bas tak sesak mana.... tapi bila masing2 bawa beg besar gedabak..... nak melangkah dalam bas pun hazab bila ada yang suka suki letak beg kat tengah2 laluan. Nak salahlah mereka pun macam tak kena.... nak letak mana lagi kan? Opssss..... bukan ada tempat letak beg ke kat perut bas?

Dipendekkan cerita-ceriti.... penerbangan kami dari KL ke Miri berjalan lancar tanpa delay. Risau juga awalnya sebab beberapa hari lepas, flite mertua untuk balik Sabah delay sampai berjam-jam. Jenuhlah nak melangu kat epot kalau terjadinya delay mendelay ni. Khabarnya masa nak raya ari tu banyak pesawat yang ada masalah mekanikal..... over-used agaknya. 

Bila fly petang puasa.... memang kecur air liur tengok non-muslim boleh makan minum dalam pesawat. Kuatkan iman..... dugaannnnn!!! Tapi disebabkan MHD dan QM tak puasa.... ambil juga pack makanan untuk mereka.... sedap je depa melahap depan mata umat yang berpuasa ni. Passenger next to me pompuan Melayu, pun tak puasa sebab uzur katanya.

She: Eh you.... I makan ye.... ari ni I uzur
Me: Silakan..... hehehe

Dugaan..... dugaan..... tapi bila tengok macam tak sedap mana....



Bagi yang berpuasa, boleh juga minta tapau untuk berbuka nanti. Waktu berbuka di Miri lebih kurang 7 PM. Ambo malas nak minta tapau.... sampai Miri nanti baru cari kedai makan kat epot. Kalau tak tapau awal2.... nanti bila masuk waktu berbuka tapi pesawat masih belum mendarat, anak kapal hanya akan edarkan kurma 2 biji..... 2 biji mana cukup tapi bolehlah sekadar untuk lepas syarat berbuka.



Ada satu brader.... selang dua seat saja dari ambo. Brader ni dah siap tapau makanan masa anak kapal sajikan minuman petang tadi. Bila masuk saja waktu berbuka, dengan semangat brader kita nak ngap..... dia tapau spageti rasanya. Sekali baru nak ngap, dengar pengumuman captain pesawat hampir mendarat, semua penumpang diminta bersedia untuk mendarat..... terkedu-kedu brader tadi sebab tak sempat merasa spageti MAS..... pastu dia masukkan pack makanan tadi ke dalam plastik sampah masa anak kapal buat last check-up sebelum pendaratan. Aik.... nape buang brader, simpan sajalah makan kat epot nanti..... tak paham..... tak paham....



Kami selamat mendarat di Miri dalam 7++ PM. Disebabkan tak perlu tunggu bagasi.... cepat saja kami melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Terus cari mana cafe atau kedai makan.... masa tu kami hanya nampak dua..... Setabak Cafe dengan Malaya Kopitiam. Disebabkan nak berbuka dengan makanan heavy, kami masuk Malaya Kopitiam.



Kami order nasi ayam, mee kari dan a piece of cake untuk si kenit berdua. Hangpa dah makan heavy dalam flite tadi kan.... kan.... kan.... 



Sambil tunggu order sampai ambo jeling2 juga screen untuk tinjau waktu pelepasan.... sekali ternampak flite ambo dari Miri ke Kota Kinabalu kena delay sampai 3 jam..... prtffff!!!! Sabar..... sabar..... ini semua dugaannnnnnnnn...... jadik slow2 makan secara santai..... pusing2 epot Miri yang tak seberapa..... siap mandikan budak kenit berdua dan in 1, 2 and 3.... pooffffff!!!! transformed kepada baju tidur..... hahahaha..... sengih2 budak kenit berdua tu naik flite sambil pakai baju tidur.



Awal-awal lagi kami dah masuk ke departure hall, menunggu depan gate sebab kedai kebanyakkan dah tutup. Baik lepak depan gate sambil lelapkan mata dalam sejam dua. Akhirnya tak boleh lelap juga sebab budak kenit berdua ni bukan tahu duduk diam. Berlarian ke sana sini..... terpaksa ambo buka mata luas2 dok perati kot ada yang tersembam cium lantai.

Lemme introduce.........



Inilah ATR-72 Series 600 yang membawa kami dari Miri ke Kota Kinabalu. Comel je kan pesawat milik MASWings ni..... hehehehe. Masa nak naik pesawat, semua penumpang kena turun dan berjalan di Tarmac menuju pesawat.... ala macam Airasia juga..... cuma pesawat MASWings tak adalah parking sikit punya jauh dari gate perlepasan. Uniknya ATR-72 selain dari saiznya yang kecil molek, penumpang kena naik melalui pintu belakang kerana pintu hadapan pesawat khusus untuk load cargo.

Ingatkan pesawat saja kecil molek dan comel..... anak kapal MASWings pun sama. Tak caya cuba tengok......



Nama dia Nurhananie.... budak Sabah bah.... pekat likat slang Sabah dia..... hehehehe.....



Kita tinggalkan kejap Nurhananie.... kita sembang sikit pasal ATR-72. Boleh memuatkan 78 penumpang.... seat kembar dua dan bukannya tiga..... tempat letak bagasi di atas agak rendah untuk penumpang yang tinggi lampai seperti ambo. Masa nak duduk sekali gedebuk..... bunyik apa tu? Sekali dahi ambo terhantuk kat tempat letak bagasi daaaaa...... kontrol..... kontrol...... Nurhananie nampak tu..... kah3..... nasib baik tak benjol dahi. 

Kalau bawa beg besar kena letak kat ruangan bawah, tempat kaki tu. Beg travel ambo yang biasanya muat terletak di ruangan bagasi Boeing 737 langsung tak boleh masuk ke ruang bagasi atas ATR-72. Moral of the story..... its contradict...... kalau Boeing beg besar simpan atas dan beg kecil simpan bawah..... manakala kalau naik ATR-72, beg besar simpan bawah dan beg kecil letak atas..... lesson learned.

Menariknya @ surprisingly kata ketua kampung mertua ambo.... ruang kaki penumpang dalam pesawat ATR-72 amatlah luas..... tak padan dengan kecik..... tempat duduk pun selesa. Penerbangan pun tidaklah haru mana..... tiada gegaran seperti mana yang sering diuar-uarkan..... mungkin sebab cuaca yang baik sepanjang penerbangan.

Peace yaw!!!!!



Disebabkan penerbangan kurang dari 1 jam.... hanya sepaket kacang dan secawan jus @ kopi @ teh untuk halwa perut. Ini pun sudah lebih dari cukup untuk si dogol ni.... janji dapat makan minum dalam flite...... hahahaha

Dipendekkan cerita ceriti lagi.... hampir tengah malam baru kami sampai di epot KK. Nasib baik kami tak bawa banyak bagasi, cepat saja urusan kastam dan imigresen.... terus cepat2 keluar untuk tunggu adik ipar datang jemput.



Di mana kami tidur untuk malam tersebut?

Promenade Service Apartment...... kena tidur hotel dulu sebab perjalanan ke kampung mertua mengambil masa 2 jam lebih dari KK. Tidur dulu 2 malam di KK sebab nak ronda2 sambil shopping sikit2..... next N3 kita sembang pasal Promenade Service apartment pula.

Babai.......

No comments:

Post a Comment