Tuesday, 19 November 2013

Trip Ke i-City, Seksyen 7 Shah Alam.

Kadang-kala bila dah dekat sangat kita jadi alpa, atau lebih tepat lagi kurang berminat untuk mengunjungi tempat2 tertentu walaupun agak menarik. 

Begitu jugalah dengan i-City, jaraknya kalau diikutkan hanya sepelaung dari opis ambo. Tak jauh mana pon, tapi itulah tak pernah terdetik dalam hati mulus ambo untuk membawa anak2 ke sana.

Sehinggalah disuggestkan oleh HM secara berulang kali, barulah terbuka hati untuk menjengah i-City yang kununnya gah di mata muda-mudi masa la ni.... tempat memadu asmara sambil menikmati keindahan kerlipan jutaan lampu LED kekdahnya.

Kebetulan juga pada malamnya kami sekeluarga bermalam di Histana Hotel, jadi memang kena sangatlah untuk ke i-City. 

Sementara mata masih segar bugar, kita nikmati dulu keindahan kelip2 ciptaan manusia.

Habis saja waktu Maghrib kami gerak turun ke i-City. Sebenarnya sebelum itu kami ke Seksyen 13 Shah Alam dahulu untuk makan malam di Restoran Asli Kampung Siam (kisah berkaitan akan ambo paparkan dalam N3 yang berikutnya). Gendang gendut tali kecapi baru kami gerak ke i-City.

Nak ke i-City memang agak mudah, tak ada GPS pun boleh sampai. Cari saja pintu masuk No.2 ke UiTM (berhampiran Wisma Jakel Seksyen 7 Shah Alam). Ada simpang 4 dan traffic lite, ambil saja laluan yang bertentangan dengan pintu masuk ke UiTM..... mudah kan? 

Hehehehe..... bila baca balik macam konpius pula direction yang diberi.... LoL

Kemudian jalan terus sampai jumpa simpang ke kiri selepas sungai kecil (longkang besar sebenarnya), masuk ke kiri dan jalan terus.... dari sini dah nampak kerlipan lampu LED di i-City.

Kami terus saja memandu dan cari parking di area Maybank. Kalau nak parking di tempar parking bertingkat pun boleh tapi rasanya kena menapak la sikit. Bila parking berhampiran Maybank atau KFC, seminit dua menapak dah sampai ke tapak utama i-City.

Apa ada di i-City? Limpahan lampu yang berwarna-warni itu sudah tentulah, selain itu ada banyak juga games untuk anak2. 

Cuma kena sediakan ongkosnya saja. Harga setiap game bergantung, di antara 5 hingga 10 ringgit.

Hampir keseluruhannya adalah cashless, maksudnya anda kena beli kad dahulu di kaunter utama dan top-up duit. 

Nanti kalau nak main, hulur saja kad tersebut kepada petugas yang menjaga entry point mana2 games yang anak anda berminat.

Cashless card untuk pengunjung. Kad ini boleh dibeli dengan harga RM3 dari kaunter utama, kemudian anda kena top-up duit. Banyak mana kena top-up, bergantung kepada banyak mana anak2 anda hendak main dan games yang mana satu. In general, satu games sama ada 5 atau 10 ringgit.

Kami top-up RM30 dulu.... testing mana yang patut. Kalau habis boleh top up lagi kat mana2 kaunter. Cashless card saja kena beli dari kaunter utama, top up boleh buat kat mana2 kaunter. Setiap cashless card mempunyai tempoh sah laku selama 2 tahun.

Masa nak beli cashless card dan top up, ambo suka-suki pergi tanya budak yang jaga kaunter.... nama dia Aishah....

Ambo: Dik, satu games berapa harga?
Aishah: Encik, kalau saya nak bagi tahu semua memang banyak, tak cukup masa. Baik Encik semak sini.... (tunjuk jari kat tepi kaunter sambil gelak2).
Ambo: Ooooooo..... banyak games ye kat sini...
Ambo: (Bersungut dalam hati) Cisssss...... ko gelak ye, kurang asam punya budak....... kena hantar latihan cara yang betul untuk entertain customer nih!!!!!!

Nasib baik ambo bukan jenis cerewet.... kalau dapat customer ala2 diva memang kena pelankung dah budak Aishah ni..... hehehehe.

Okied.... cashless card pun dah bertop-up, games mana kita nak main dulu anak2? 

Masing2 nak main kereta dulu di Children Traffic Park. Sekali main 10 ringgit untuk satu kereta, boleh naik 2 orang.


Ni dia.... sudah lama diidam-idamkan oleh MHD dan QM. Tapi sempat berdrama lagi, bergaduh sapa nak pegang stereng dan sapa nak jadi penumpang. Sekali kena sound, masing2 menikus.... hehehehe. Kereta boleh naik dua orang maksimum, 10 ringgit untuk sekali main. Rugi kalau ambil dua kereta serentak, jadi ambo suruh MHD jadi driver pada pusingan pertama dan QM jadi driver pada pusingan kedua. Total dua2 boleh main 2 kali, cuma bertukar posisi sebagai pemandu dan penumpang.

Next..... MHD dan QM nak main benda ni pula..... train apa ntah namanya. Sekali naik 5 ringgit seorang, dua budak kechiks kena swap cashless card in total 10 ringgit. 

Kalau baby kat pangkuan boleh masuk free, dengan syarat ada yang jadi tukang pangku. Tak pasti berapa had tinggi kanak2 yang boleh masuk tanpa dikenakan bayaran tapi kalau dah umur 3 tahun ke atas kompem kena bayar untuk main.

Ini pun ada satu insiden di mana satu mak budak, bersungguh tak nak bayar sebab katanya anaknya masih kecil, siap naikkan suara dengan budak pompuan yang jaga entry point.... boleh dipangku katanya. 

Last2 petugas suruh ukur tinggi dan kompem budak tu termasuk dalam kategori kena bayar 5 ringgit.... hehehehe. Banyak tu 5 ringgit tapi sesekali hiburkan anak ye tak.... pejam mata je lah kak!!!!

Kali ni ambo respect dengan budak pompuan (cute budak ni.... hehehehe) yang jaga entry point game keretapi. Relax dan cool saja walau kena sergah dengan akak tadi. Ini baru dikatakan customer oriented....

Bukan main seronok kome naik komuter yer!!!!!

Tak puas main lagi.... okied, kena top up cashless card dulu ye anak2.... baru dua games dah melayang tiga ploh hengget!!!!! Sabar.... sabar..... sesekali ye tak..... sesekali la sangat!!!!! Rasa machiam dah kena pow kaw-kaw dengan towkey i-City dah ni der...

Top up boleh dibuat dimana2 kaunter, tak perlu pergi kaunter utama dah.... token untuk main pancing2 itik pun boleh dapatkan kat sini.

Banyak sebenarnya yang boleh anak2 anda main, ada merry go round... ada pirate ship... wet world (dibuka pada waktu siang mulai jam 10 pagi)... ada red carpet (model2 selebriti yang diperbuat daripada lilin)... snow walk etc tapi kami tak berkesempatan untuk menerokai kesemuanya. Reason for next time kata MHD dan QM.... yezzaaaaa!!!!!

Tapi ada satu new experience for MHD dan QM..... 6D Cinema. Lokasinya satu baris dengan kedai serbaneka KKMart dan i-City Boutique Hotel. Tayangan tak lama, 7 minit sahaja satu filem tapi bayaran masuk.... 8 ringgit untuk kanak2 dan 12 ringgit untuk dewasa. Tak perlu guna cashless card sebab tunai diterima. Fuhhhh.... berpeluh nak bayar 8 ringgit untuk tayangan selama 7 minit. 

Tapi bila QM merengek2 juga nak masuk tengok wayang katanya.... ambo pejam mata.... ambo + MHD + QM total 28 ringgit. HM dan MIL tunggu kat luar tak nak masuk.

Berbaloi ke? 

Pada ambo memang best pengalaman baru tengok movie 6D, tapi agak machiam over-charged jugalah. Kami pilih movie Alien and The Space Ship. 

Fuiyoo.... memang real, boleh rasa masa space ship menjunam, meluncur laju, mendaki naik etc sebab kerusinya jenis boleh dilaras mengikut gerakan watak dalam movie.... pendek kata memang best (jangan dok ingat sangat pasal 8 dan 12 ringgit tu.... hehehehe).

Masa ni tengah fikir nak masuk ke tak? 12 hengget tu bro, kanak2 kena 8 hengget.... masak bro!!!!

Last2 masuk jugalah..... nasib baik best!!!! Hehehehe.... rugi sapa tak nak joint.... ^_^

Selang beberapa lot kedai ada satu lagi cinema, 5D Cinema.... apa beza 5D dengan 6D Cinema? Next time kami nak cuba..... kalau berkesempatan ke sini lagilah, itupun kalau poket makin tebal!!!

Tiba2 rasa haus, singgah Mini Mart dulu untuk beli minuman. Kemudian lepak2 sekejap, sambil minum2 dan snap a few piccas....

 
i-City Boutique Hotel, memang dalam area i-City. Ada satu lagi hotel yang dijangka siap pada tahun 2014, next time boleh menginap di i-City saja.

Kalau anak2 dah besar dan boleh jaga diri, anda boleh lepak2 sambil pekena mocca di OldTown White Coffee sementara anak2 berlibur.

i-City pun sudah ada polis bantuan... bagus2, terjamin keselamatan pengunjung.

Dalam cashless card ada lagi balance 20 ringgit.... MHD dan QM nak perabiskan kat sini..... kedai permainan video...

Pun kena guna cashless card, satu game 4 ringgit tapi puas hati sebab kesemua games masih baru.

Kalau ikutkan banyak lagi tempat kami tak masuk tapi bila tengok jam dah 11 pm lebih, kena tidur awal sebab pagi esok jam 5 am dah kena bangun untuk ke KLIA.

Pujuk anak2 untuk balik ke hotel untuk tidur..... cara pujuk, "next month kita datang i-City sekali lagi"..... phewwww!!!!!!!

Memang bebudak tu suka sangat kalau dapat repeat..... hehehehehe. Tapi kena tengok isi poket juga. Lagi pun hujung tahun kena banyak sediakan belanja untuk anak2 masuk sekolah. Harapkan bonus sajalah...

Sebelum tutup N3 ini, nak cerita sikit pasal bayaran parking. Boleh bayar guna cash di auto-station ataupun guna saja cashless card tadi. Tapi dengan syarat dalam cashless card kena ada minimum 10 ringgit.

Kami parking dari jam 9 malam sampai 11 malam kena 10 ringgit, mahal juga parking kat i-City. Kalau parking dalam bangunan bertingkat agak2 lebih murah atau lagi mahal?

Sehingga ketemu lagi...... bye

4 comments:

  1. bestnya permandangan icity waktu malam...kalu bawak famili lagilah best

    Ingin mencari homestay berdekatan @ Shah Alam/Klang? Bolehlah tempah homestay kami dengan kadar yang rendah. Layari blog kami untuk keterangan lebih lanjut di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalam... Nak tanyaa, i city ada hotel dia kan? Mksud sy, boleh menginap kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam, I-City Boutique Hotel memang terletak dalam I-City. Kadar semalaman (Agoda) di antara RM150 - 250 bergantung kepada musim. Contact I-City Hotel 03-5521 8833.

      Delete
  3. Assalam. Menarik baca pengalaman tuan blog berkenaan i-City.

    Tumpang iklan tuan blog, saya ada 3 unit homestay dalam i-City. Studio suite serendah RM190 untuk 4 orang manakala superior suite RM210 untuk 4-6 orang.

    https://www.facebook.com/wadi.iman.guesthouse.shah.alam/
    http://wadi-iman-guesthouse.blogspot.my/

    ReplyDelete