Wednesday, 5 March 2014

Houses of Lightings Bandar Puchong Utama, Kedai Lampu Hiasan Murah..... # Borong Lampu & Kipas Untuk Masuk Rumah Baru.

Kenapa kami singgah sini untuk borong lampu dan kipas? Dengar khabarnya harganya gila-gila murah, pattern pun memang boleh tahan. Betul atau tidak, kami main serbu sahaja dan telan bulat-bulan info yang dikutip dari bloggers2 yang pernah berkunjung ke sini. 

Nak harapkan hasil survey sendiri, jangan haraplah. Kerja keluar belum Subuh, balik dah dekat Maghrib, mana sempat nak survey2 bagai. Harapkan info di internet sajalah.

Ada satu info lagi khabarnya ada satu kedai yang menjual lampu hiasan dan kipas dengan harga yang agak murah, tapi di Nilai 3. Jauh giler dari rumah, tak adalah gegeh bebenor kami nak drive sampai ke Nilai 3.

Ke Puchong Utama sajalah jenguk2 Houses of Lightings, itu pun sebab alang2 pergi kenduri kawin kawan di Seri Petaling, melenconglah sekejap ke Puchong.

Jadik, memang murah sangat ke barangan kat sana? 

Haaaaaa...... memang murah ko! Tak adalah kami belek atau banding dengan lain2 kedai sebab memang kami tak survey pun. Perbandingan harga cuma berdasarkan info2 yang kami dapat di internet, bila dikonklusikan harga kat Houses of Lightings memang murah. Pilihan pun superb, banyak pilihan. 

Orang yang datang pun Ya Tuhan, ramainya. Weekend agaknya, nak berjalan pun kena berhati-hati. Kalau tak terlanggar orang, takut terlanggar barang2 dalam kedai.

Nganga ko memang nganga sebab banyak sangat pilihan. Kena tengok dan pilih satu-satu. Down light, lampu gantung2, lampu dinding, kipas etc. Memang boleh buang masa setengah hari kat sini semata-mata nak pilih lampu dan kipas.

SOP kat sini, sama ada ko boleh terus approach salesperson dan dia akan follow ko untuk pilih dan catat benda yang korang nak beli. Tapi kalau tak ramai pelanggan sanggup la dia follow korang, kalau ramai tak moh nyer dia nak membontot korang sebab ramai lagi customer dok tunggu service.

Jadinya korang survey sendiri dulu dan catatkan nombor rujukan items pada sekeping kertas. Kalau pada tanda harga ada tulis perkataan 'NETT' maknanya itu harga tetap. Kalau tak ada maknanya boleh turun lagi sekitar 20 percent. Jangan lupa ambil gambar semua lampu yang korang berkenan dan bercadang untuk beli. Sebabnya nak pasang lampu tak diberi manual, pandai-pandailah korang godek kat rumah nanti. Kalau memang pakar DIY oklah, kalau machiam kami memang hampehlah kalau tak diberi manual..... hahahaha.

Bila dah agak-agak semua items dah ada dalam list korang, approach salesperson dan beri dia no rujukan items yang korang berminat. Masalahnya guna kekdah ni, kekadang ko lupa kat mana letaknya item yang korang nak beli sebab biasanya salesperson akan minta kita tunjuk untuk confirmation dan juga nak tentukan jenis mentol yang kita nak pasang. Kira dah jadi dua kerja dah, kan baik dia follow dari awal (jangan harap kalau datang waktu ramai customer machiam on weekend). Nak habaq juga mentol datang berasingan ye, harga tercatat pada items belum masuk kos mentol. Tapi memang harga mentol murah giler kat sini, jenis saving energy pun leh dapat dengan harga 6 hengget.  

Kendian salesperson akan pergi check stock ada atau dah habes. Kalau habes terpaksalah korang pilih item lain, kalau kemaruk sangat amik sajalah display items machiam kami ari tu. Check tengok masih ok dan berkilat, display item pun display itemlah asal dapat apa yang berkenan di hati.

Lepas tu kena check items berfungsi atau tidak, kalau ramai orang memang berbaris lah korang depan kaunter technician. Kena ambil perhatian masa ni, even technician pun suruh korang berdiri depan mereka semasa items checking. Ini betul-betul untuk memastikan kepuasan pelanggan hehehehe. 

Korang kena alert, kadang-kadang ada kesilapan sewaktu salesperson ambil barang. Machiam kami, masa technician explain machiam mana mahu pasang etc, sekali rasa lain machiam sebab lain bebenor bentuk lampu yang dia dok demo. Masa ni memang dah penat sebab berjam-jam mata dok melilau pilih lampu, memang nak ignore je pun tapi kuatkan semangat. Minta technician kompemkan dengan salesperson. Huhahuha memang betul salesperson salah ambil stock, lain kami minta lain yang dia keluarkan. Benda2 gini memang korang kena alert, kalau tak satu hal balik rumah kena datang balik untuk tukar barang.

Dah kompem semua ok dan berfungsi, baru pergi kaunter bayaran untuk buat payments. Ada bloggers mana ntah cakap, baik buat cash payment, kalau guna card credit ada extra charges. Entahlah betul atau tidak tapi memang kami dah prepare cash awal-awal.

Bila dah bayar, bukan boleh main bawa usung barang keluar je taw. Kasi resit tadi pada mana-mana staf kat situ, mereka akan tolong bawa keluar ke kaki lima kedai. Kat situ akan ada lagi staf yang akan periksa setiap items korang, betul atau tidak. Pun ada lagi silap pada items kami, jenis mentol yang diberi tak sama dengan yang tercatat pada resit. Pada resit sepatutnya lampu kuning, tapi mentol yang diberi untuk cahaya putih. Benda-benda kecil gini memang kita tak perasan sangat.

Lepas tu barulah boleh angkut masuk kereta, kalau barang banyak akan ada bebudak pekerja situ yang akan tolong muatkan ke dalam kereta. Jangan risau, kalau barang banyak pandai-pandailah derang adjust kasi muat..... hahahaha. Memang berpengalaman pun bebudak ni, kami asalnya ingat tak muat dah kereta sebab barang kami borong memang banyak. Last-last lepas digodek-godek oleh bebudak Houses of Lightings boleh masuk semua pula.

So berapa kami habes?

Nak nangis der, masa pilih dan kaut barang bukan main sesuka hati. Bila dah bayar, alamak banyak juga habes. Nasib baik masih dalam lingkungan kemampuan........ huhuhu.

Kasi piccas sikit.....

Tengok tu bergantungan, memang boleh sakit leher dibuatnya.

Kalau tak ada tanda 'nett' maknanya boleh discount lagi 20 percent.

Harga kipas, kami cuba Alpha, warranty rotor sahaja untuk 3 tahun.

Uncle Lim, salesperson yang entertain kami dan yang silap bawa stok keluar. Keh ke keh!!!!!

Technician tengah check items berfungsi atau tidak. Brader Aru ni banyak tolong confirmkan items kami..... TQ bro!!!!

Masing-masing muka penat. Technician penat periksa items, customer penat tunggu giliran.

Kesian ini lampu, jadi kutukan customer Houses of Lightings.

Sebelum masuk kereta check items sekali lagi. Dah kompem baru boleh masuk bonet.

Nak masuk rumah baru punya pasal, bernapsu sungguh.

Sesapa yang berminat nak pergi, ni dia alamat Houses of Lightings;

Houses Lightings Sdn Bhd,
No. 33 & 35, Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor.

Tepon: +6012-266 3790 @ +603-5882 3790

Dibuka setiap hari kecuali Isnin. Stok baru akan masuk setiap Selasa manakala Sabtu & Ahad adalah hari penghabisan stok.

Roger & out.

11 comments:

  1. Aku beli lampu, mentol penyidai baju besi, pemanas air, kipas2 utk rumah baru pun beli kat sini gak, from Segamat, Johor to Puchong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia, orang Johor pun sampai ke Puchong. Tapi puas hatikan bro dapat apa yang kita ingini.

      Delete
    2. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      KLIK->Toto Magnum 4D 5D 6D Ki Witjaksono.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan yg masuk rumah baru semua aku suggest beli kat kedai ni...berbaloi beli byk2

      Delete
    2. memang berbaloi untuk kasi lengkap satu rumah. kalau weekend ada discount lebih untuk stock clearing.

      Delete
  3. Eyeke bro..weekend ada discount untuk stock clearing..mcam mna nak tahu item tu ada discount??da dtg 3 kli gak dri mlka ke pucong tpi x nmpk ada discount..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada tag price tulis NETT, itu mmg x boleh kurang dah. mana2 items tak price tak terlulis NETT, yang tu baru ada discount. Biasa 20%, tapi boleh turun lagi kalau slow talk dengan sales person, kira burn sikitlah dia punya komisen.

      Delete
  4. Bukan semua barangnya yang murah oi.....! Jangan tertipu lo! hei....hei...hei...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa!!!!! Tak semua murah ye, pilih dan beli yang murah sajalah lo!!!!

      Delete
  5. Sekarang dah banyak kipas siling murah di pasaran. Terutamanya online. :)

    ReplyDelete