Thursday, 10 April 2014

Borong Kain Langsir Murah Di Star City Nilai 3

Masa nak borong kipas dan lampu perhiasan dahulu kami ke Puchong, kali ini kami ke Nilai 3 pula untuk memborong langsir. Gegeh sungguh..... hehehehe. 

Kenapa Nilai 3?

Ini semua gara-gara maklumat dihujung jari. Google sahaja kedai langsir murah, bersusun-susun info berkaitan lokasi langsir murah muncul, terutamanya di Nilai 3. Sememangnya kami bergantung seratus peratus kepada maklumat yang dibekalkan oleh Uncle Google kerana kami memang tak ada masa dan malas untuk menapak dari satu kedai ke satu kedai yang lain. TQ Uncle Google kerana memudahkan urusan kami!!!

Testimoni oleh bloggers yang pernah ke Nilai 3 cukup memberangsangkan. Kami baca dan kaji, keputusannya memang harus untuk kami ke sana. Ada dua kedai yang menjadi sasaran, sama ada MK atau Star City. Ini kerana dikatakan koleksi langsir mereka agak bermutu pada kadar yang amat berpatutan.

Tak susah untuk mencari kedai langsir MK dan Star City. Pusing-pusing sahaja terus jumpa, machiam ada tarikan magnet pula..... hehehehe. Kedai langsir lain pun banyak disepanjang jalan tapi kami malas nak masuk.

Kami terjah Star City dahulu untuk tinjau corak langsir dan juga harga. Star City ini milik Cina tapi pekerjanya Bangla atau Pakistan. 

Pilihan memang banyak tapi yang menawan hati sedikit kureng. Lama kami termenung, berpikiaq, bertafakur sebelum terjumpa yang berkenan di hati. Satu design untuk ruang tamu manakala satu design lagi untuk bilik tidur kami. Bilik tidur anak-anak just recycle langsir dari rumah lama..... kah kah kah!!!!

Sememangnya kami dah buat ukuran tingkap rumah siap-siap. Jadi memudahkan pembantu kedai untuk estimate jumlah kain yang perlu dijahit. Memang nak jadi pembantu kedai langsir kena ada knowledge untuk congak mencongak. Kalau tak terkedu-kedulah nak jawab persoalan customer.

Lepas dah tahu banyak mana kain nak kena beli, kena estimate total cost pula. Ini lagi pening, lagi-lagi kalau kita sendiri tak tentukan bajet dari awal. Main sedap pilih sahaja jenis kain, asal cantik terus rembat, harga belakang kira.

Bangla pembantu kedai sedang buat kira-kira.


Kira punya kira..... 

Ambo: Berapa total semua bai?
Bangla: Sikijap haaaaa..... one two three...... semua sekali termasuk upah jahit RM2900++ la abang.....

Hampir terduduk ambo dengar. Kos langsir sahaja dah dekat 3 ribu. Melampau nih, kalau kaya tak apalah, ini kayap saja yang lebih. Amik ko, main sedap saja pilih kain, harga tak bajet awal-awal.

Hati memang dah ragu-ragu dah, cuak pun ada. Bisik-bisik dengan binik sambil buat-buat kerut dahi 'jom maknya kita riki-riki kedai lain dulu'.....

Bangla: Boleh la abang, kakak..... sama juga pergi lain kedai. Ini harga jugak.
Ambo: Tunggu jap, biar kami pikiaq dulu sambil jalan-jalan.
Bangla: Ok la abang, kakak. Saya kasi kurang 2 ribu 7 ratus.
Ambo: Tak apalah bai, kami jalan-jalan dulu.
Bangla: Tunggu abang, kakak. Saya kasi 2 ribu setengah.
Ambo: Kasi kurang lagilah.....
Bangla: Ini sudah murah la abang.
Ambo: Tak apalah....... kami tengok kedai lain dulu.
Bangla: Last harga, 2 ribu 3 ratus.

Tu dia..... dalam duk sorong tarik sudah dapat kurang 6 ratus ringgit. Mahu saja ambo teruskan perangai buat-buat nak cari kedai lain, tapi takut melampau sangat la pulak ye tak.

Okied, agree to disagree pada harga 2 ribu 3 ratus. Disebabkan hujung minggu, kena tunggu 2 jam sebelum langsir siap dijahit. Biasanya cuma ambil masa 1 jam. 

Antara koleksi Starcity.


Sementara tunggu kain langsir kami siap, pergi makan-makan dulu. Kemudian sempat juga rembat hiasan dinding dalam dua tiga ketul. Pun dapat harga yang agak bagus lepas kaw-kaw tawar menawar dengan mamat Pakistan. Nanti ada masa ambo upload gambar dalam entry berkaitan.

Ngam-ngam 2 jam, kami kembali ke Starcity tapi rupa-rupanya masih belum siap sebab tukang jahit tak menang tangan katanya. Biasalah hujung minggu, ramai yang berkunjung ke Nilai 3.

Okied, tak mahu push sangat nanti jahit tak cantik. Lagi pun tak ada rushing nak ke mana sangat. Lepak-lepak luar kedai sambil pekena ayor kelapa muda.

Masa ni lepak-lepak sambil hirup ayor kelapa muda.


Setelah berjam-jam kami termangu-mangu menunggu dalam kereta, pembantu kedai Star City bagi signal langsir kami sudah siap. Bergegas binik kasi tengok. Senyum lebar sebab cantik katanya, jahitan pun kemas, amat berbaloi dengan harga.

Tokey kedai siap bagi cangkuk besi FOC, agak banyak juga sebab day curtain kami cuma guna railing besi saja. Night curtain kami guna style eyelet, yang jenis ada besi bulat-bulat sebagai tempat menyangkut langsir. Railing kayu untuk night curtain pun kami beli di sini, dapat special price.

Kami balik TGM dengan senyum simpul sambil dok imagine rumah baru kami dengan langsir baru........ hehehehe buruk pangai.

Roger & out.

21 comments:

  1. Pegi nilai 3 beli langsir utk bilik pengantin hujung tahun lepas. dekat MK. sama jugak insiden - langsir satu bilik (utk tingkap 3 panel saiz standard) + day curtain basic design je pun + siap jahit sekali = rm560 (lepas tawar menawar. harga asal rm 640 kot? tak igt dah) - kain curtain pun basic je, takde ropol2, sulam2 bagai.. masa tu igt dah murah dah.. dah la langsir siap jahit dalam satu jam. mmg happy giler time tu.. sampai la 2 minggu berikutnya time jalan2 kat jalan tar terjumpa kain langsir yang identical kat salah satu kedai kat situ- offer kain langsir yg sama dgn 1/2 drp harga yg kitorg bayar. makkk aihhh... fast forward kan cerita - lepas insiden langsir tu la baru sy start survey2 harga kat nilai 3 - yg org selalu gembar gemburkan sebagai murah - sebenarnya hanya hype dari realiti. mmg byk pilihan, tapi seriusly tak murah. insiden lain yang melibatkan nilai 3 jugak (ni semua berlaku time preparation wedding last year). time nak cari pouch organza utk jadikkan goodie bag. dekat n3, lepas survey dekat lebih drp 5 kedai kat situ - berjaya mencari kedai yang menjual pouch semurah rm 49 sen (lepa tawar menawar) utk sehelai pouch. (ada kedai yg jual sampai 78 sen sehelai) masa tu rasa achievment yang sgt tggi dah - sbb berjaya cari pousch yang cantik dan berharga murah gilaa.. tapi atas sebab2 teknikal, kitorg terpaksa postpone beli dulu n KIV nak beli di masa akan dtg. beberapa mggu kemudian time tgh2 jalan kat kedai2 yg jual barangan pengantin kat Taiping (my hometown) saya jumpe pouch organza yg lebih kurang sama (lagi cantik sebenarnya) dgn harga 35 sen sehelai (sblm tawar menawar) lps tawar jadik 32 sen. bygkan. kalau beli seribu helai dah berapa dah jimat? so kesimpulannya. saya mmg tak percaya dah dgn kenyataan yg mengatakan harga di nilai 3 murah, sbb mmg tak murah. maybe certain item, yess. tapi silalah cek dulu sblm beli. sekian. maaf tuan punya blog - tak berniat nak hack post awak, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen yang sangat menarik, boleh beri anugerah komen terbaik hehehehe. tapi betul sangat apa yang awk cerita, nilai 3 digembar gembur sebagai lokasi untuk shopping dengan harga barangan yang sangat murah sampaikan kita terlupa untuk survey harga di tempat-tempat. peniaga pun sudah pandai memanipulasi harga sebab kita sendiri alpa dengan situasi sebenar. kalau dulu mungkin nilai3 betul2 murah tapi bila sudah jadi tempat tarikan pelancong, harga makin lama makin naik sepertimana berlaku di pengkalan kubur, padang besar ataupun rantau panjang.

      Delete
    2. Apa nama kedai yang kain murah tu ?

      Delete
    3. apa nama kedai langsir yg murah kt jalan tar tu?>

      Delete
  2. Ayooo...Mahal la akak nak yang lagi murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jumpa tak, kami pun tengah survey harga lagi murah untuk langsir raya.

      Delete
  3. Nagoya kl pun ok. Satu rumah day +night cuma 850 skali upah. Rumah dua tingkat. Tapi ni harga 2009. Skrg dh naik kot. Tp kalau double pun masih murah berbanding nilai3

    ReplyDelete
  4. Nagoya kl pun ok. Satu rumah day +night cuma 850 skali upah. Rumah dua tingkat. Tapi ni harga 2009. Skrg dh naik kot. Tp kalau double pun masih murah berbanding nilai3

    ReplyDelete
  5. Semalam kami pergi Nilai 3 wife pun nak mencari bantal dan tilam kekabu. Walaupun ada order bantal kekabu online 11street masih tak cukup bila tetamu datang. Beli tilam kekabu queen RM 50, bantal kekabu 4 biji RM40, tilam baby RM 30 dan tikar gulung abis RM 50.00, jumlah RM 170. Berbaloi jugak semua dapat kat 1 kedai je. Abang ipar beli tilam kekabu single tebal RM 50 dan bantal kekabu 2 biji RM 20. Yang penting boleh tawar menawar memang menguntungkan. Kami beli kat Harun Carpet Enterprise.

    ReplyDelete
  6. Kat nilai 3 kena pandai tawar menawar. Dan kena tau, harga weekend lebih mhl drpd harga weekday. Hehe

    ReplyDelete
  7. Nagoya kl kt mana tu?tgh survey jgk ni nk msk umh br..

    ReplyDelete
  8. Nagoya kl kt mana tu?tgh survey jgk ni nk msk umh br..

    ReplyDelete
  9. Nagoya kl kt mana tu?tgh survey jgk ni nk msk umh br..

    ReplyDelete
  10. Tgh mencari langsir jugak ni..harap2 ade update terbaru kedai langsir murah..

    ReplyDelete
  11. salam singah, ingt nk ajak bini wak dtg sini., ;p

    ReplyDelete
  12. langsir rm1@2 semeter kt mana ya jual? sy bajet siput vavi je nie

    ReplyDelete
  13. Saya biasa ke nagoya aeon big wangsa maju je kalau nk cari langsir murah..yg lawa2 rm5 semeter.. nk lg murah serendah rm3 pun ada tp x cantik la n pilihan pun sikit jer. Kalau setakat nk buat langsir sliding door je sy biasa beli yg kain remnant tu..baki kain x habis jual..kain lngsir asal mahal tp dorg jual murah sbb tinggal sikit..tp kna beli habis. Cth klu dia ukur dpt 10mtr kena beli semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good info.... boleh cuba kain remnant lepas ni...

      Delete