Friday, 25 April 2014

Naza Blade 250i Naked SE Telah Dilancarkan Oleh Naza Bikes Sdn Bhd

Naza Bikes Sdn Bhd, sebahagian daripada Kumpulan Naza semalam secara rasminya telah melancarkan model terbaru keluaran mereka, Naza Blade 250i Naked SE bertempat di Naza Bikes Seksyen 15, Shah Alam.



Jentera yang dijual pada harga RM13,988 (tanpa insurans) itu dilengkapi dengan ciri-ciri terbaru membabitkan perubahan pada lampu hadapan dan penghadang sisi rekaan baru serta peredam ekzos bentuk segitiga. Perubahan-perubahan ini dikatakan hasil titik peluh team R&D Naza Bikes sendiri. 



Naza Blade sebenarnya sebuah jentera hasil kolaborasi Kumpulan Naza dengan firma Hyosung dari Korea Selatan. Sejak itu beberapa ribu unit berjaya terjual dan jentera ini menjadi pilihan kepada golongan berusia diantara 20-35 tahun, dan juga kepada mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi.

Model terbaru Naza Blade ini boleh ditempah mulai hari ini dari wakil pengedar Naza di seluruh negara. Diberitakan juga jentera ini bakal dieksport ke pasaran luar meliputi Indonesia, Kemboja dan Vietnam.

Roger & out.

No comments:

Post a Comment