Monday, 21 April 2014

Ride Lone Ranger | Kuala Kubu Bharu & Fraser Hill

As-Salam & Salam Sejahtera,

La ni nak cerita sikit ride lone ranger ke Kuala Kubu Bharu & Fraser Hill pada minggu lepas. Ride ini semata-mata untuk sesi break-in enjin Ketam Besi yang masih dalam pantang, disamping mengasah bakat ridernya sekali.

Ride bermula selewat 10 am..... hehehehe. Agak lewat juga sebenarnya tapi tak pe ride solo, jadi tak ganggu jadual rakan-rakan rider yang lain. Lepas check motor lebih kurang, sarung riding gear dan tinggalkan rumah menuju arah Kuala Kubu Bharu guna jalan dalam.

Ride memang santai sakan, 50 km/h dan kurang 5000 rpm, masih dalam pantang la katakan. Tapi seronok juga enjoy boleh jeling kiri dan kanan. Cuma tak best sebab rasa handle motor bergegar sikit, mungkin sebab tayar Kenda? Kena tukar tayar baru ke untuk hilangkan gegaran?

Ride ini secara tidak langsung sebenarnya memberi peluang kepada ambo untuk meng 'explore' segala tarikan perwisataan yang ada di sekitar Kuala Kubu Bharu dan Fraser Hill. Bila bermotosikal, nak redah celah mana pun senang, jalan off road pun boleh masuk.

Jadi persinggahan pertama adalah Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu.

@ Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu.

Kena lalu jalan off road dan tempuh kawasan perumahan dulu baru boleh sampai sini. Dulu khabarnya tak perlu pusing jauh, boleh tembus terus dari jalan utama Kuala Kubu Bharu tapi selepas pembinaan sebuah institusi, jalan pintas tersebut telah ditutup, jadi kena pusing jauh baru boleh sampai.

Masih belum ramai pengunjung yang tiba, Ketam Besi parking solo. Tak ada motor lain yang lepak sini.

Kochik saja area air panasnya.

Kita zoom-in sikit, nampak tak? Lebih kurang sama sajakan batu tanda Kolam Air Panas KKB dengan kolam air panas yang lain sekitar Hulu selangor.

Lepas lepak-lepak lebih kurang dan ambil gambar, ambo dan Ketam Besi beredar meninggalkan Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu. Bukan tak sudi nak lepak lama-lama, tapi machiam tak ada feeling nak rendam kaki, lebih tepat lagi malas nak buka knee guard dan kasut. 

Sedikit panduan untuk ke sini, pengunjung kena lalu kawasan perumahan, Taman Arif. Jangan konpius, follow saja signage. Ambo mulanya konpius juga, sebab alih-alih memang kena lalu depan pintu rumah orang. Rupanya jalan sebenar ke Kolam Air Panas KKB telah ditutup. Jadi terpaksalah meggunakan laluan sekarang. Pada hemat ambo, memang mengganggu ketenteraman penduduk Taman Arif sebenarnya dengan kereta dan motor duk lalu lalang terutamanya pada hujung minggu.

Okied, ride dan terus ride. Tiba pula di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Humang aihhhhh...... patutlah kena catu, hampir kering kontang rupanya.

@ Empangan Sungai Selangor

Selfie dulu sebagai bukti Ketam Besi pernah sampai sini, hehehehe!!!. Sticker L masih tersemat kukuh, biorlah dia melepak situ lama-lama.

Kalau mahu info lebih, boleh kunjungi Pusat Maklumat SSF3 tapi ambo tak pergi pun. Sibuk berselfie depan pintu masuk, hehehehe!!!!

Saksikanlah, ini sajalah sisa-sisa bekalan air kita. Kalau hujan mencukupi tidak juga mai, ketandusan bekalan airlah rakyat Lembah Kelang.

Zoom-in sikit, bukan nak zoom-in empangan tapi nak zoom-in sampah sarap. Tak tahulah, di Malaysia sampah sarap memang sinonim dengan tempat beriadah dan berwisata. Apa salahnya simpan botol-botol minuman dan bawa balik ke rumah, tempat sebegini memang jarang disediakan tong sampah.

Testing..... testing!!!!! Hehehehe. Bagi peluang rider pula untuk berselfie sama. Selalu nampak rider lain amik picca sebegini..... hehehehe. 

Lesu saja anak sungai yang mengalir ke empangan. Dah banyak batu berbanding air. Hujan Oh! hujan, turunlah dengan lebat, basahi bumi yang sedang kekontangan ini.

Sebetulnya ambo cukup kachewa dengan isu air yang melanda kita, khususnya rakyat Lembah Klang. Agaknya inilah musibahnya apabila sumber air dikomoditikan, dikomersialkan dan paling teruk dipolitikkan. Jika Singapore boleh kita bekalkan dengan sumber air yang secukupnya, kenapa tidak kepada rakyat kita sendiri?

Hanya sekadar kerana perbezaan fahaman politik?

Hark tuihhhhhhhhhh!!!!!!

Ambo memang tak minat politik tapi isu air jangan sekali dipolitikkan. Itukan keperluan asasi, antara paling asas yang kita kena ada. Satu lagi ambo memang cukup tak suka sumber air diswastakan dan diniagakan..... what the.....

Lepas lepak-lepak sini, kepala asyik berpikior, nak teruskan atau patah balik. Cuaca memang bagus, jalan pun sodap untuk asah bakat melefer dan main clutch. Hmmmmm..... lepas dicongak timbang, kita ride ke depan sikit lagilah. Alang-alang dah sampai bior sampai ke pangkal..... hehehehe.

Ride hari ni memang sodap sebab selain cuaca elok, kenderaan lain pun tak banyak. Amat sesuailah untuk newbie machiam ambo yang baru nak mengasah bakat main motor ada clutch.

Kalau nak sampai ke Empangan Sungai Selangor tadi jalan memang cantik tapi makin naik ke atas jalan makin berlingkor-lingkor machiam ulaq kena palu. Tapi syiok juga main lefer melefer walau sekadar tak lebih 50 km/h. Sesekali otai lain melintas, naik meremang bulu tengkok ambo. Lipat lutut cecah tanah tuuuuuuuu!!!!!!!

Lipat punya lipat kita singgah dulu di kawasan perkelahan Sungai Chiling, Peretak.

@ Sungai Chiling, Peretak

Jangan lupa guna extra kunci kalau nak tinggalkan motor. Sebabnya kawasan berkelah nun jauh di bawah, memang tak nampak apa yang akan berlaku pada motor.

Lokasi ini cuma untuk berkelah, memancing memang dilarang keras kerana Sungai Chiling merupakan lokasi santuari pembiakan ikan air tawar.

Turun nun jauh ke bawah, dari atas pun nampak lesu je ayor. Tapi masih dingin, segar mato dan badan kalau dapat berendam.

Uik mana semua orang? Kereta sikit punya banyak parking kiri kanan jalan, orangnya mana? Lepaking tempat lain kot!!!


Bawak awek nak ke mana tu bang? Hehehehehe nak kan lebih privacy le tu. Opssssss!!! Sangka baik, sangka baik, sangka baik.

Dari hujung jambatan inilah tetiba terdengar deruman berdentum-dentum menggegarkan hutan belantara. Penat menunggu, bunyi sampai dulu ahakkkkkkkssssss. Rupa-rupanya geng KTM Duke berkonvoi memanjat Fraser Hill.

Ke depan lagi kalau nak ke Fraser Hill. Ketam Besi, ade bran? Okied, Ketam Besi menyahut cabaran, kami teruskan ride ke depan menempuhi jalan penuh liku tapi syiok yang amat.

Kepada yang otai memang kacang peanut butter lah panjat jalan menuju Fraser Hill. Tapi newbie machiam ambo memang beberapa kali hampir ter over shot terutama sewaktu mengambil selekoh tajam. Hanya fokus dan terus fokus untuk mengelakkan sebarang malapetaka. 

Syioknya, boleh cium bau hutan yang cukup menyegarkan. Terus buka cermin pulpes, kasi lembapkan muka dengan kesegaran hutan hujan tropika. 

Ramai juga rupanya yang berbasikal panjat Fraser Hill. Memang respect sakanlah. Ambo? Naik motor pun boleh rasa semput, apatah lagi jika hanya berbasikal.

Lipat punya lipat akhirnya.....

@ Di perut Fraser Hill

Belum sampai puncak lagi sebenarnya. Kita lepak-lepak sini dululah. Kasi sejukkan enjin Ketam Besi dulu, kesian dia bekerja keras tadi.

Bagi peluang rider berselfie sama, hehehehe!!!!

Ada kira-kira 8 km lagi nak sampai puncak sebenarnya.

La ni tak machiam dulu. Anytime boleh naik atas tak perlu tunggu que.

Baca sejarah Fraser Hill untuk tambah pengetahuan.

Terus ke hadapan boleh sampai Raub/Kuala Lipis.

UKM, gedung tempat ambo menimba ilmu.

Masih dalam mood lepak. Tapi tersalah pilih tempat lepak daaaaaa, kena hurung lebah. Pulpes pun ada lebah curi-curi masuk dalam pat lima ekor.

Uniknya tanah tinggi Malaysia, ia dikongsi oleh beberapa buah negeri.

Banglo tinggal dan di depannya ada jambatan gantung.

Kekdahnya, nak naik sampai puncak ke tak ni?

Rasa machiam malas pula nak naik ke puncak. Nak gi tempat sejuk ni kena ada pillion baru syiok..... hehehehe. Okied, kita turun sajalah, next time baru naik sampai atas.

Memang cam gitu kan, waktu nak naik rasa jauh, bila turun tup tup tup dah sampai pekan Kuala Kubu Bharu. Padehal slow bukan main sebab masih ada rasa seram bila bawa motor. Pejam celik pejam celik sampai suda!!!

Nak singgah makan malas walau perut dah lapor. Slow-slow ride sampai rumah dan terus terkam dapur makan nasik...... hahahaha. Next time ride jangan lupa bawa bekal roti dan air untuk alas perut.

Konklusinya ride solo yang menyeronokkan. Next week, ke mana pula?

Roger & out.

2 comments: