Monday, 5 May 2014

Kedai Lampu Hiasan Achiever, Sungai Buloh

Minggu lepas ada singgah Achiever Sungai Buloh sekejap untuk top-up lampu rumah. Dulu dah borong sakan di House of Lighting tapi tak cukup. Kena cari lagi 2x lampu pagar, 1x lampu untuk beranda dan 2x lampu untuk dapur basah.

Nak turun Puchong dah malas, jadi kami ke Sungai Buloh sahaja. Lokasi kedai ini di Dataran Komersial TSB, di kawasan yang sama ada dua kedai lampu hiasan dan salah satunya adalah Achiver.

Jadi apa perbezaan di antara House of Lightings Puchong dan Achiever Sungai Buloh?

Ini yang dapat kami simpulkan berdasarkan pengalaman peribadi,

(i) Achiver tak sesesak House of Lightings (kedua-duanya kami kunjungi pada hujung minggu). Lebih selesa untuk memilih tanpa perlu bersesak-sesak. Sales person pun boleh luangkan lebih masa untuk anda.

(ii) Stok di Achiever tak sebanyak di House of Lightings, dan harganya pun tak semurah di House of Lightings.

(iii) Design di Achiever jauh lebih baik berbanding House of Lightings (bergantung pada citarasa individu).

Itu pada pandangan peribadi kamilah..... lebih relax untuk shopping di Achiever berbanding House of Lightings.

Bangunan hijau milik Achiever, sebelahnya kedai kereta VW.

Pilih punya pilih jumpa satu design untuk pagar rumah, harga bawah seratus untuk satu set, tapi stok hanya available keesokkan harinya. Termenung lagi, mata lilau sana lilau sini jumpa satu design ala-ala Jepun tapi tanpa ukiran buluh, terus sambar 2 set.

Kemudian untuk beranda atas, ambil jenis lekap terus, malas nak beli yang tergantung sebab takut tercabut kalau angin kuat. Harganya RM59.

Dapur basah pula kami ambil lampu kalimantang biasa saja, RM79 satu set. Kalimantang LED pun ada, lagi terang tapi risau susah cari spare part di TGM. Lagipun dapur basah je kan.....

Antara koleksi yang ada.

Pilihan lampu untuk pagar rumah.

Total kali ini tak berhabis mana sebab perlu top-up mana yang belum ada saja.

Next time datang lagi tak walaupun harga di Achiever tak semurah House of Lighting?

Jawapan kami..... iye kami pasti datang sebab tak perlu bersesak-sesak (kami hanya ada masa Sabtu/Ahad saja, weekdays kena kerja maaaaaa!!!).

Kami the only customer pada masa tersebut.

Sales lady dalam pic di atas very helpful. Thanks and kudos for them.

Kalau yang berminat ini alamat Achiever Sungai Buloh;

Achiever Lighting Sdn Bhd
No. 51-3 & 53-3
Jalan Nautika AU20/A
TSB Commercial Centre
Sungai Buloh, Selangor
Tel: +603-6150 8408

Lain-lain cawangan adalah di Selayang, Puchong, Shah Alam, Petaling Jaya, Kampung Baru Subang dan HQ Kajang.

Roger and out.

No comments:

Post a Comment