Tergugat poket dan wallet seketika pagi masa nak renew Lesen L di pejabat pos....
Den: Assalamualaikum, renew lesen ye (sambil huluq lesen)
Kerani Pos: Waalaikummussalam, kejap ye Encik (manis la pulak senyum ekekekeke)
Dia pun godek2 la komputer dan tiba2.....
Kerani Pos: Tak boleh renew la encik, Lesen L encik ni dah tamat tempoh, dah lebih 2 tahun.
Den: Hukalloh, baru 3 bulan lepas saya buat ini lesen.
Kerani Pos: Minta maaf encik, dalam komputer ni kata dah lebih 2 tahun, encik kena rujuk JPJ
Den: Ye ke, alamak. Terima kasih ye
Lalu bergegas la den ke JPJ Padang Jawa, Klang. Kapla dah sedikit kacau, machiam mana Lesen L baru 3 bulan, dalam komputer dah cukup 2 tahun. Aduhhhhh, jenuh la kena keluaq duit lagi untuk buat ujian.
Sesampainya di JPJ Padang Jawa, dah nak parking satu hal sebab penuh, terpaksa lah den yang berpuasa ni parking nun jauh di luar sana. Bila sampai ke kaunter JPJ (untuk renew lesen sila ke Pintu 6 di Tingkat 1, guna tangga di sebelah kiri kaunter perkhidmatan pelanggan), staf bertugas huluq nomboq sambil tersenyum.....
Tu diaaaaaa..... nomboq 1432, nomboq sekarang baru 1355. Maknanya ada 77 umat lagi kat depan den dok beratuq.
Den: Awatnya besaq nombor ari ni?
Staf JPJ: Biasa la encik, ari Isnin memang ramai orang
Den: Tak pa la kalau lagu tu, dugaan bulan Ramadhan
Staf JPJ: Hehehehehe..... betul tu!!!
Berdiri lah den dengan penuh sabaq. Ada la kerusi kosong dua tiga ketui tapi biaq pi lah, kita kasi kepada umat yang lebih memerlukan. Kita yang masih sihat walafiat, berqurban la sikit.
Kapla masih ting tong pasal masalah lesen yang tak leh nak renew kat pejabat pos tadi. Pikiaq punya pikiaq, biaq pi lah, ada rezeki ada la tu.
Dalam dok menunggu, den duk perati kakitangan kaunter JPJ yang bertugas. Kira efficient dan profesional jugalah, bulan Ramadhan masih bertenaga layan pelanggan, senyum tak lekang kat bibiaq. Nombor pun duk ting tong ting tong bunyi kat papan litar, maknanya satu2 pelanggan JPJ tak adalah menunggu lama sangat kat kaunter (dari tempoh kena panggil, bukan dari tempoh dapat nomboq giliran).
Purata lepas kena panggil ke kaunter, kurang 3 minit selesai lah urusan. Buat lama tang menunggu sebelum nomboq kita dipanggil, itu memang lama. Den sendiri ambil nomboq jam 11.13 pagi, jam 12.10 tengah hari baru kena panggil, tapi urusan nak renew Lesen L cuma kurang 3 minit.
Magicnya, den tak ada masalah apa nak renew lesen. Bila check dengan JPJ, lesen den masih valid sehingga 2017. Magic sungguh.....
Den: Assalamualaikum Puan
Staf JPJ: Waalaikummusaalam (sambil buat muka tergezut)
Den: Amboi, tergezut nampak (ramah la pulak den bulan pose ni, ekekekeke)
Staf JPJ: Ehik hik hik..... tengah kusyuk check rekod ni ha, tetiba kena teguq
Den: Hehehehehe..... saya nak renew L saya ni tapi tadi dah ke pejabat pos..... bla bla bla bla....... (den habaq la masalah den)
Staf JPJ: Kejap ye Encik, saya check dulu. Eh ok je lesen Encik ni boleh renew.
Den: Hukallohhhhh, kenapa di pejabat pos tadi kata tak boleh?
Staf JPJ: Biasalah Encik, kekadang data kita tak telle dengan data post office
Lhorrrrr, itu machiam ka.....
Namun syukur masih boleh renew Lesen L. Pelik juga, Lesen L den baru berumur 3 bulan, machiam mana dalam komputer pejabat pos boleh jadi dah lebih 2 tahun?
Den renew untuk 6 bulan - RM40. Kira cukuplah sebab lepas raya baru den nak sambung belajar bawa moto besaq kat driving skool dan test untuk Lesen B Full.
Masa nak tunggu lesen den siap, sembang2 kejap dengan staf JPJ. Memang kompem terbaru dari JPJ, Lesen L hanya valid untuk tempoh masa 2 tahun maksimum. Lepas 2 tahun kena ambil ujian bertulis/komputer semula di mana2 sekolah memandu.
Tadi pun ramai yang dah datang ke JPJ Padang Jawa, Klang untuk renew L, terpaksa patah balik semula kerana L masing2 telah melewati tempoh 2 tahun. Jadi kepada sesiapa yang masih memegang Lesen L, cepat2 lah upgrade sebelum melewati tempoh 2 tahun. Tarak buat kalu, kena keluaq duit lagi untuk ambil ujian L kat sekolah memandu (ingatan untuk diri sendiri juga).
Selesai urusan, den pulang ke opis dengan senang hati ngeeeeeeee!!!!!
Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan
Roger and out!!!
Update 30/8/2016
Maklumat lanjut boleh dilayari di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ - Soalan Lazim
Update 30/8/2016
Maklumat lanjut boleh dilayari di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ - Soalan Lazim
assalamualaikum encik.. kalau tamat lesen L lepas tiga bulan, nak sambung semula kena ulang balik proses hadiri kursus dan ujian komputer lagi sekali ke? bayaran pulak macam mana? terima kasih.
ReplyDeletetak perlu, pergi saja ke mana2 pejabat JPJ untuk renew. RM20 untuk 3 bulan.
DeleteSkrg kena bayaq RM30 utk 3 bulan..
Deletebos, kalau nak upgrade B2 jadi B full.. tapi L dah 15 tahun mati, kena ambik test balik ke?
ReplyDeletekena boss, ini berdasarkan pengalaman peribadi sayalah.
DeleteCakap melayu elok2 xleh ke. Nk ckp english ckp english trus.. ni cmpur ngn bahasa pasemboq ko x faham la aku ape ko cube smpai kn ni. Kok
ReplyDeleteKlu tak renew lesen L (kelas D) selama berbulan2 tapi belum 2 tahun lagi mcm mana ye? Boleh lagi renew mcm biasa?
ReplyDeletex dak masalah, pergi je jpj untuk renew macam biasa.
Deletethank u soalan dn jawapan mmg ini yg dicari god bless
Deletedalam tempoh dua tahun tu lesen L EXPIRED sebab tak sempat renew still boleh pergi renew ke walaupun dah expired yang tempoh 3 bulan tu.......help me
ReplyDeleteboleh asalkan belum melangkaui tempoh 2 tahun.
Deletesalam..nk tnye admin sket,lesen full mcm B2 @ B punya tarihk expire mcm lesen L jgk ke? andai kita xrenew lbh dri 2thn ape status lesen tu..!?
ReplyDeleteJika dirujuk pada portal rasmi JPJ http://www.jpj.gov.my/sokonbantuan - Soalan : Berapa lamakah tempoh lesen memandu tamat jika saya tidak memperbaharuinya?. Jawapan JPJ : Bagi Lesen P adalah setahun dan Lesen CDL (kompeten) adalah tiga tahun.
Deletekalau lesen L dah renew .. pastu nk renew skaly lagi boleh k?
Deleteboleh dengan syarat dalam tempoh masa 2 tahun. lesen L hanya sah dalam masa 2 tahun dari tarikh lulus ujian. Lepas 2 tahun akan luput dan perlu duduki ujian sekali lagi.
DeleteSalam, lesen L dah tamat 4 tahun... tapi lesen D masih hidup lagi.... nak renew lesen L boleh ke..jikalau kita nak buat lesen B pula..??
ReplyDeleteSumber dari portal rasmi JPJ http://www.jpj.gov.my/sokonbantuan - Lesen Belajar Memandu (LDL) dibenarkan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan tetapi tidak boleh melepasi agregat 2 tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. Sekiranya melepasi tempoh tersebut, calon perlu mengulangi semula semua elemen latihan dan ujian bagi mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL).
Deletekene bayar penuh mcm dr awl lah blik? gg
DeleteYg aku x faham nye... Klau L dh mati bertahun2 tpi klau ad b2 dan D ko boleh renew je lesen L utk smbung BFull.. Tapi klau kata kau ad D sahaja kau kena amik ujian komputer semula... Alahai... Benda basic ko nak ulang brapa kali... Ad sapa2 bleh huraikan sebb musabab dia
ReplyDeleteEntah bro, itulah hujah aku dengan driving school. tapi depa tak mo layan sebab peraturan oleh JPJ katanya.
Deletetupai2 tu yg saya xphm. lesen L berpuluh tahun dah mati. tp lesen B2/D ade dan hidup. still kena buat L semula ke utk sambung buat Bfull. xjelas btl
DeleteSbb depa nk duit
ReplyDeleteNk wat modai perintah negara
Kalau lesen L saya tamat tempoh dah 3 bulan sebab tak sempat renew... Boleh ke renew... Sebab saya prgi ke pejabat pos.. Dia ckp data xde dlam sistem.. Tapi x cukup 2 tahun lgi..
ReplyDeleteSaya pun alami benda yang sama jika renew di pejabat pos. Bila ke JPJ, boleh renew pula. Jadi baik tuan terus ke mana-mana pejabat JPJ terdekat untuk renew lesen.
DeleteHi..nak tanye..kalo lesen L kita first time dpt 26/1/2016 - 25/4/2016..pastu pegi pejabat pos,pejabat pos bagi renew 9/9/2016 - 8/3/2017 (6 bulan)...so skang dah lama x renew..bila tarikh last mati ye tempoh 2 tahun tu? Time kasih
ReplyDelete25/1/2018...... masih ada lebih kurang 4 bulan saja lagi.
DeleteAssalamualaikum , berapakah harga bayaran terbaru untuk renew lesen L B2&D ? Lesen L saya masa mula dapat tarikh (12/3/2017 - 11/62017)
DeleteAssalamualaikum , berapakah harga bayaran terbaru untuk renew lesen L B2&D ? Lesen L saya masa mula dapat tarikh (12/3/2017 - 11/62017)
DeleteEn Shahrul, kadar renew lesen L kelas B2 adalah RM2 untuk 3 bulan dan RM4 untuk 6 bulan.
DeleteKadar renew lesen L kelas D pula RM30 untuk 3 bulan dan RM60 untuk 6 bulan.
Assalamualaikum , tarikh saya menerima lesen L B2&D pada (12/3/2017) dan expired pada (11/6/2017) sehingga hari ini saya belum renew . Bolehkah saya renew lesen L saya walaupun telah tamat tempoh selama 4 bulan di pejabat pos ? Dan berapakah bayaran yg dikenakan untuk renew lesen L B2&D ?
ReplyDeleteL B2, RM2 untuk 3 bulan dan RM4 untuk 6 bulan.
DeleteL kelas D, RM30 untuk 3 bukan dan RM60 untuk 6 bulan.
Boleh renew di pejabat pos, jika ada masalah terus rujuk ke JPJ terdekat.
Assalamualaikum...bang..na tnya..klau lesen L B2 boleyh ke solo ride 1 Malaysia?..ataupun ade had perjlann utk lesen L?..sbb ade yg kata boleyh..ade yg kata ta boleyh...jelaskn plss..thnk you
ReplyDeleteKaki turing ni, bagus. Setahu saya L B2 tak ada masalah. Zaman belajar dulu, satu Malaysia saya redah guna L B2 je. Tapi kalau nak overlander cross border Siam saya tak pasti.
DeleteKalau lesen L 8bln x penah renew,
ReplyDeletenk renew blk leh x?
Boleh saja asalkan tempoh lesen tidak melebihi 2 tahun.
DeleteSaya da byar half utk lesen L saya ttapi ejen saya xnak teruskan atas sbb ada miscommunication, so adakah balance yg da byr tu burn mcm tu je?
ReplyDeleteMaaf tuan/puan, saya kurang arif berkenaan perkara sebegini.
DeleteAssalamualaikum bang. Kalau lesen L 3 bulan saya mati minggu lepas. Boleh ke renew mcm biasa dalam minggu ni?
ReplyDeleteboleh asalkan masih dalam tempoh 2 tahun dari tarikh asal. Kalau ada problem untuk renew di pejabat pos, terus ke mana-mana pejabat JPJ.
DeleteBoleh sy tanya first lesen L sy pada (27/12/16 - 26/03/17).. lepas tuhh sy renew utk 3bulan (27/03/17 - 26/03/17) .. skrg sy dh lama x renew? Perlu sy buat ujian balik ke atau tidak ?
ReplyDeleteLesen tuan/puan masih belum melewati tempoh 2 tahun. Jadi masih boleh renew tanpa ujian semula.
DeleteKlu sambuang lesen L Tampat lain blh ka
ReplyDeleteLesen L boleh diperbaharui sama ada di kaunter JPJ, pejabat pos dan juga ejen2 bertauliah.
Deletesalam, kalau P dh dpt L takpayah renew lg ye?
ReplyDeletetak perlu dah....
DeleteSaya nk tau mase ambik nk pi denga ceramah gan exam computer tu ejen dtg ambik ke ?
ReplyDeleteagen yang bagus akan sediakan transport pergi dan balik :). bincang dengan agen awal2.
DeleteRasa nya tkda yg tnya soalan ni..lesen L dah tamat dua tahun..kalau ambil semula ceramah dan ujian komputer..berapa lama pula tempoh lesen L tu..adakah 2 taun juga? Huhu
ReplyDeleteyup masih 2 tahun
DeleteKalau lesen L manual saya mati bulan 3 tapi kelas kpp03 bulan 5 saya kene renew time bulan 5 atau bulan 3 tu ye ?
ReplyDeleteSaya ade l masa si selangor now di peneng boleh ke sambung trus dri L ke P di peneng
ReplyDeleteBoleh je, tapi kekadang driving school akan minta sijil kursus dari sekolah lama masa mendaftar.
DeleteAssalam bang...ape yg perlu sye bwt klau lesen sye hilg sblum tamat tempoh? Sbb sye bru first time pgg lpstu dh tercicir...
ReplyDeleteSalam, pergi je ke mana2 pejabat JPJ. Depa ada rekod, dan boleh buat salinan baru. Sebaiknya call dahulu mana2 pejabat JPJ terdekat untuk tanya prosedur, kadang-kala lain officer, lain prosedurnya.
DeleteAssalamualaikum . Tamat tempoh lesen L 2tahun ya maksimum? Tapi saya dh renew lesen 3kali . Dah 1tahun lbih la . Belum 2tahun lagi . Jadi, boleh ke saya renew balik lesen L saya walaupon dah 3kali saya renew?
ReplyDeleteSalam, boleh tiada masalah.
DeleteSalam..nak tanya..kalau saya dh llus lesen L b2..dia ada had masa ke sbelum tukar ke p..dan berapa caj untuk tukar ye
ReplyDeleteAssalamualaikum saya nak tnye. lesen L saya dah tamat bulan 2 rtu. tapi sye x renew lagi. klau sya pergi renew balik boleh ke. dan berapa harga yg saya kene bayar nanti ye. dri bulan 2. lesen sye x sampai 2 thun lagi
ReplyDeleteJpj menyusahkan orang awam..byk tak follow rules dan acah power..salah sendiri pastu bg alasan system problem..3x pergi jpj xsetel lagi blaclist..dosa besar aniaya orang awam wei..faakk jpj
ReplyDelete