Monday, 25 August 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014 | Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands



Rosa Passadena Hotel
No. 1, Bandar Baru Brinchang,
39100 Cameron Highlands,
Malaysia.

Tel: +605-491 2288

Bilik: Quad Deluxe
Harga: RM300 semalaman (voucher sarapan untuk 4 dewasa)

Ini merupakan pestaim den sekeluarga menginap di Rosa Passadena, Brinchang, Cameron Highlands. Ternyata ia merupakan satu pilihan yang tepat. Keseluruhannya den sekeluarga amatlah berpuas hati dan rasa berbaloi yang amat sangat dapat menginap di sini.

Bilik yang den nak review di sini adalah Quad Deluxe, harga walk-in pada hujung minggu yang den dapat adalah RM300 penginapan semalaman, dengan sarapan untuk 4 orang dewasa.

Setiap bilik ada 2 katil saiz besar, memang cukup besar - boleh muat 2 orang dewasa dan seorang kanak2 bagi setiap katil. Ngam2 untuk kami berenam yang terdiri dari 4 dewasa dan 2 kanak-kanak.



Kebersihan bilik - no complaint. Karpet memanglah lama dan ada kesan seterika, tapi bersih. Lama dan sedikit berusia tara apa, janji bersih buleh guling2 hehehehe.

Bilik air pun bersih - pendek kata urusan peribadi menjadi agak lawas hehehehe. Anak2 paling gumbira sebab ada bath tub, nak mandi bueh katanya.




Bila duduk kemerens, nak mandi memang tak lalu kalau guna ayor sejuk. Tapi pemanas di Rosa Passadena memang marbeles, berfungsi sepenuhnya. Pagi sampai ke malam, tak puas2 den mandi air panas, rasa segar bugar badan. Bebudak berdua tu pun asyik2 nak berenang dalam bath tub, sebab seronok mandi buih suam2 kuku.

Kalau hang pa malas nak keluar bilik, buleh lepak2 tengok telibishen. Channel Asteruk sedikit limited tapi bulehlah. Kita datang kemerens bukan sebab nak tengok telibishen ye tak? Kemudahan laen machiam biasalah yang ada kat hotel2 lain - stok air mineral, teh kopi gula dan peti simpanan keselamatan kut hang pa nak simpan barang2 berharga.




WiFi pula unlimited dan amat cemerlang gemilang dan terbilang dia punya siaran. Signal cukup jelas, nak donlot apa benda pun cukup laju. Ini diutilisasikan sepenuhnya oleh anak2 den untuk donlot game2 terbaru dalam iPad.


Den juga cukup galak mendonlot apps dan updating segala machiam perisian dalam S3 den. Kerana terlalu galak mendonlot S3 den tiba2 jadi lemau selepas balik dari Rosa Passadena hehehehe.

Nak makan hang pa tak perlu risau kalau menginap di Rosa Passadena. Keliling hotel ada beberapa kedai makan, hang pa pilih saja mana yang berkenan pada selera tekak. Ni den nak sajes satu kedai, Naimah Restoran 1Malaysia, dekat sangat dengan Rosa Passadena. Harga murah, portion makan kalau tapau buleh 2 urang makan noh!!!

Kalau poket hang pa tebal, hang pa buleh order makanan dari hotel, room services kata ketua kampung den;


Harga room service memang stendet hotel lah, mee goreng mamak saiz pinggan kechik RM12. Biasa le tu, dah hotel namanya. 

Sembang pasal makan, esoknya den sekeluarga bersarapan di Fern's Restaurant - dah hotel bagi 4 voucher untuk dewasa, kanak2 riang terpaksalah top-up bayaran. Tak mahai mana pun, satu kepala kanak2 cuma RM12.

Makanan tak banyak pilihan mana - menu biasa sajalah - nasi lemak, mee goreng, kuey teow goreng, roti bakar, kueh-mueh, tembikai - nak habaq satu saja, rasa dia memang sedhap. Sedhap sungguh sampai menjilat kaki noh!!!!




La ni pun den masih teringat-ingat akan sambal nasi lemak dia, fuhhhh terkeluaq den punya ayaq liyo. Kalau ikut perut memang den nak je melepak lama2 kat sini. Kasi ternak badan noh!!!

Staf dia pun memang ok, paling den ingat En. Siva - peramah sungguh dengan kastemer. Pekerja contoh dia ni hehehehe. Tapi tak sempat den nak snap gambirun En. Siva, kalau tak buleh den tepek muka dia kat sini.

Apa lagi mau cherita, semuanya bagus2 lah pasal Rosa Passadena.

Cuma kalau nak bagi lemau sikit - parking. Rosa Passadena memang tak ada parking untuk kastemer. Kastemer kena guna public parking. Kalau waktu peak hour lemau jugalah nak cari parking - kena berpusing dua tiga kali, silap2 kena menapak sikit lepas dapat parking kereta.

Ini kerana Rosa Passadena letaknya di tengah pusat bandar baru Brinchang;


Itu sajalah yang buat lemau kalau tiduq di Rosa Passadena, lain2 memang ok sangat. Next time den gerenti akan tiduq sini lagi noh!!!

Hang pa choba la tiduq sini kalau mai kemerens, den gerenti hang pa semua akan berpuas hati machiam den sekeluarga.

Setakat ini dulu noh, ada rezeki laen kali den review pasal adik beradik Rosa Passadena pula - Rainbow, De' La Ferns and Casa De La Rosa. 

Roger and out!!!

No comments:

Post a Comment