As-Salam dan Salam Sejahtera,
Ambe mula menggunakan Toyota Vios mulai Julai 2012. Pengalaman selama 2 tahun menggunapakai model ini, amatlah memuaskan hati. Tidak pernah meragam Alhamdulillah [maklumlah kereta first hand], pemanduan yang agak selesa [opkoz tak selazat Camry] dan paling penting, jimat minyak [Ron 95 dah naik 2 posen pulok doh].
Sepanjang 2 tahun ini juga regular service setiap 5000 km ambe lakukan di authorised Toyota Service Centre. Sakit jugalah kos menyelenggara jika dilakukan di Toyota Service Centre, namun terpaksa juga semata-mata menjaga kelayakan warranty yang masih berbaki [2 tahun atau mileage 100,000 km, mana2 yang terdahulu].
Bila dipikiyor-pikiyor, kos menyelenggara jadi lebih mahal berbanding harga kereta itu sendiri. Memang memelihara kereta ini mahal ongkosnya tapi kereta juga sudah seakan satu keperluan asas, lebih2 lagi jika sudah berkeluarga.
Dua hari sebelum Aidil Adha baru2 ini, ambe ada hantar Toyota Vios ambe ke Toyota Service Centre. Mileage telah mencapai 80,000 km. Jika dirujuk kepada MaxCheck Periodic Maintenance Service, ini merupakan major service [Maxcheck Advance Plus].
Major service untuk model Toyota Vios menurut manual perlu dilakukan setiap 80,000 km. Selain daripada engine oil dan oil filter yang sememangnya perlu ditukar setiap 5000 km, segala jenis fluids dan coolant juga perlu diganti setelah bacaan odometer mencapai 80,000. Selain daripada itu, air filter dan spark plug turut ditukar baru.
Paling hazab adalah fuel filter, menurut manual perlu ditukar setiap 80,000 km dan penukaran fuel filter ini memakan kos yang agak besar dan sedikit mengambil masa.
Disebabkan itu, anggaran masa sekitar 3.5 - 4 jam diperlukan untuk menyelenggara Toyota Vios yang telah mencapai jarak perjalanan 80,000 km.
Berikut adalah butiran kerja yang dilakukan termasuk ongkos;
1. Engine oil, semi synthetic brand Toyota [ditukar setiap 5000 km menurut manual] - RM107/4 liter. Ambe dapat discount RM16.69, jadi hanya perlu bayar RM90.31
2. Oil filter, ditukar setiap kali anda menukar EO [kira2 setiap 5000 km jika anda menggunakan EO semi synthetic] - 1 unit x RM30.70
3. Drain plug gasket, juga ditukar apabila anda menukar EO - 1 unit x RM1.80
4. Air filter - 1 unit x RM85.00
5. Spark plug - 4 unit x RM8.60 = 34.40
6. Brake fluid Dot3G - 2 botol x RM14.90 = RM29.80
7. ATF atau minyak gear automatik - RM182.40/4 liter
8. Super Long Life Coolant - RM86.90/4 liter
9. Gasket radiator - 1 unit x RM2.90
10. Petrol injector cleaner - RM45.50
11. Window washer - RM2.30/30 ml
12. Labour charges untuk Maxcheck Advance Plus - RM136.50
13. Tax [6%] ke atas labour charges - RM8.19
Jadi kos keseluruhan [item 1-13] = RM736.70
Chopppppp.... itu belum selesai lagi. Habaq tadi kan, fuel filter pun kena tukaq bila odometer dah capai 80,000 km.
Antara barangan dan kos yang terlibat dalam penukaran fuel filter;
1. Ring O - 2 unit x RM7.20 = RM14.40
2. Ring O - 1 unit x RM8.40
3. Gasket, fuel suction - 1 unit x RM7.40
4. Fuel filter - 1 unit x RM379.80
5. Labour charges - RM 32.50
6. Tax (6%) ke atas labour charges - RM1.95
Kos keseluruhan penukaran fuel filter = RM443.85
Bil keseluruhan = RM736.70 + RM443.85 = RM1180.55
Hamek ko, seribu lebih. Nganga jap, kejap sajalah nganga sebab memang dah kena habaq awal2 itulah kos servis Toyota Vios yang telah mencapai jarak perjalanan 80,000 km
Memang mahal gile kan?
Persoalannya, perlu sangat ka keluarkan kos sampai sebegitu rupa? Kalau tanya Toyota Service Centre, memanglah depa kata perlu, dah depa niaga dan untung kat depa.
Kita pengguna ni machiam mana?
Ambe ada tinjau banyak blog dan forum dalam menchari pendapat berkenaan perkara ini. Ada yang kata perlu dan ada yang kata tak perlu.
Hujah mereka yang kata perlu, kebanyakkannya untuk preventive maintenance. Mudah kata sebagai pencegahan awal dari berlakunya sebarang kerosakkan di masa hadapan. Ada juga yang buat semata-mata nak pelihara 'warranty period', machiam ambe le jugak. Kena buat sebab kereta masih dalam warranty, kut2 lepas ni nak malang ada jadi apa2 boleh claim tanpa banyak songeh dari pihak Toyota.
Mereka yang kata tak perlu pula berhujah, Toyota Service Centre ini orang meniaga dan nak untung, kekadang benda tak perlu pun dimasuk sama. Contohnya window washer dan petrol injector cleaner. Tak tambah pun takpe, tak adalah kesan sangat. Taruk saja air paip sekadar nak clearkan cermin hadapan.
Fuel filter pun ada yang kata tak perlu follow sangat manual Toyota. Katanya ada yang dah cechah 100,000 km lebih, fuel filter tak pernah ditukaq dan tak ada benda berlaku pun. Selagi fuel filter tak hitam legam, balun sajalah.
Tapi machiam mana kome tahu fuel filter belum hitam, kan benda tu dalam enjin?
Jadi perlu follow manual ke tak perlu ni? Masing2 ada hujah yang ternyata ada kebenarannya.
Ambe sendiri, memang ambe follow manual dan tukaq semua yang disyorkan - satunya sebagai preventive action dan keduanya supaya 'warranty' yang bersisa masih boleh sahlaku.
Anda pula machiam mana?
Roger and out!!!
As Salam..saya pun follow manual sama mcm si ketam batu..memang dr dulu servis di toyota care centre ikut jadual..cumanya saya punya mileage baru cecah 80,000km bila kereta dah berusia dekat 6 tahun pakai sejak 2010..weekend driver..pegi keje ulang alik naik motor jer..save minyak dan masa..so penjimatan tu dapat la salurkan kepada bayaran maintenance wear & tear ni..damage lebih kurang RM1K lebih + 4-5 jam masa menunggu..
ReplyDeleteAs-Salam, low mileage car. Memang jimat, saya pun la ni ulang alik keje naik moto saja.
Deletejimat kos upah. lagi2 kalau ada member buat part time ambil upah tukar minyak hitam.
DeleteReally, excellent collections professionally uses about automotive product.Thanks for this..
ReplyDeletetoyota servicing & peugeot servicing
pendapat sy sbg pengguna vios model 2008
ReplyDeletebuat servis di toyota SC selama 3 tahun jer sbb warranty 3 tahun je dulu.. compare normal servis utk minyak fully rm200+, kt luar yg bengkel slalu sy pi anta wira dan kancil gune minyak hitam sama toyota fully tp beli kt kedai spare part rm150, oil filter rm12, upah rm10.. beza kt rm30-40 jugak la..
klu servis aircon plak, kt toyota rm1k, kt luar buat rm200+
rear wheel bearing tukar kt luar rm400 siap upah, kt toyota rm600+ (sbb kwn ada pernah buat kt situ)
alternator klu kt toyota SC rm2889, harga brg sahaja.. kt spare part ada 2 jenis, original toyota rm1100, recond rm220.. jd sy pi la beli recond paling murah, dh pkai 2 tahun alhamdulillah ok lg.. yg sblm ni dr 2008-2014 baru rosak..
terima kasih kongsi pengalaman, saya sendiri pun selepas mileage melepasi 100,000 terus hantar bengkel luar untuk service.
Deletealternator sudah rosak baru beli kereta 7 thn
Deletepening juga klu alternator, tp recond pun jadilah asalkan ok.
Deleteif nk jimat boleh juga servis alternator....bengkel ni kt KL ada buat....bengkel kwong weng jln ipoh no tel 6258 2295....heng lee auto danau kota 0123178090 / 41491906
Deletealternator tak perlu tukar.recond ada kemungkinan rosak dalam masa beberapa bulan atau 1 tahun.lebih baik pergi kedai wiring specialist utk kereta.diorang akan tukar komponen dalam alternator original.saya tukar dalam rm150 saja
DeleteTq info 😆😆😆
ReplyDeleteTq info 😆😆😆
ReplyDeletekereta da 120k mileage. bole rekemen tak apa yang perlu diseervis.
ReplyDeleteterima kasih
kebetulan my vios pun dah masuk 120k, jika diikutkan manual dan service centre semua fluids kena tukar (EO/brake fluid/automatic gear oil), service aircond (optional), spark plug etc kira hampir kepada major service jugalah.
DeleteKlu steering rack rosak brpa ya...?
ReplyDeleteKlu pakai recond bleh tahan x
This comment has been removed by the author.
Deletesaya ada tukar rack end baru2 ni..di atoyot kuantan..specialist untuk toyota la kira nya..
Deletebrg dlm harga RM 170..skali upah semua bagai, dalam RM 220 totally..
harap membantu..terima kasih
Macam mana nk tau steering rack rosak???ada bunyi gluduk ke ble kat bumper???
ReplyDeletepengalaman saya dengan kereta Kia, memang berbunyi masa lalu bumper atau permukaan tidak rata.
DeleteNext round service avanza sy dah kena 80k maxcheck. $1k pengsan kita. Salah Toyota ialah sekali gos buat semua. Gila. Patut pechahkan service ini utk kurangkan cost kita. Last $400+ yg sebut ingat utk filter auto geatbox. Patut buat kat 90k service. Next service krta sy bulan Okt. Xda duit x pg. $1k keluarga dlm rmh bole makan 1 bulan.
ReplyDeleteNext round service avanza sy dah kena 80k maxcheck. $1k pengsan kita. Salah Toyota ialah sekali gos buat semua. Gila. Patut pechahkan service ini utk kurangkan cost kita. Last $400+ yg sebut ingat utk filter auto geatbox. Patut buat kat 90k service. Next service krta sy bulan Okt. Xda duit x pg. $1k keluarga dlm rmh bole makan 1 bulan.
ReplyDeletememang pengsan gedebuk nk kelankeluar 1k. sbb tu ada yang suka hantar bengkel biasa saja.
Deletedulu major servis ok lg harga dia..baru2 ni try gi tanya..harga dia dah rm1350..itu kalo takde masalah lain..servis biasa pun dah rm320..
ReplyDeletememang garu kepala dibuatnya !
DeleteBetul..sekarang SC punya harga utk servis 80k dah rm1350..jenuh memikirkan harga tu..
ReplyDeletealternative, cuba cari bengkel luar yang reliable ! tapi pengalaman kawan, spare part dari SC lagi excellent dan long lasting, cuma harganya buat kita pening kepala.
DeletePengguna vios dari 2010..Sebenarnya kita boleh request utk tolak mana2 items atau parts yg kita rasa xperlu tkr atau kurang bajet.. Boleh buat bulan dpn ke, pakai bajet lain.. Lg 1 services intervals utk minyak enjin adalah 10k,bkn 5k tt.. Pendapat nubis
ReplyDeletesetuju dengan pendapat tuan. cuma intervals setiap 10k, adakah untuk semua jenis minyak atau terhad kepada fully synthetic sahaja?
Delete10k untuk semi dan fully synthetic, 5k untuk mineral oils. Kereta sekarang bnyk dh 10k, 15k pn ada mcm kereta continental. Semuanya bergantung kepada brand dan jenis minyak yg digunakan dan juga driving environment.
Deletemungkin atas faktor perniagaan, biasanya toyota service centre hadkan kepada 5k walau untuk semi-synthetic. kalau service kat luar, boleh tarik sehingga 8-10k tanpa masalah.
DeleteSy vios 3rd gen..slalu 10k km utk myk semi 5w30..sc k.trganu..
DeleteTQVM Dhanie. SC yang saya kerap pergi cuma limit 5k hatta guna semi synthetic. tapi saya tarik ke 8-10k juga sekarang.
Deleteada x servis utk pakar kereta toyota je.. vios saje ke..lagi best..prepare lepas abis waranty ni
ReplyDeletemana tuan tinggal? kalau setakat service biasa tukar minyak hitam, mana-mana bengkel pun ok. tapi kalau something complicated, baik hati-hati pilih bengkel.
DeleteSalam..baru tukar alternator, pastu engine x smooth..bila running ada bunyi mcm mengerang..ada kaitan x? Nubis..mekasih
ReplyDeleteboleh jadi juga tapi saya kurang mahir, maybe reader lain boleh bantu bagi pandangan.
DeleteSalam. Berbaloi ke saya beli 2nd hand toyota vios 2010. Nak buat loan 9 tahun. Tahan ke vios ni menjelang 9 tahun saya pakai ? Ada ke major part yg biasa rosak lepas berapa tahun pakai ? Atau tahun tak penting lebih tengok kepada mileage ke cemana ? Let say model 2010 mileage baru 60k. Atau baik saya cari kereta baru yg murah2 macam perodua atau proton.
DeleteIMHO tengok pada mileage macam berbaloi. Tapi usia kenderaan tersebut hampir mencecah 7 tahun. Habis loan kurang lebih 16 tahun usia kenderaan tersebut. Pada saya kereta ok, tapi loan untuk second hand car selama 9 tahun terlalu lama. Mungkin readers lain ada pendapat berbeza.
DeleteSalam..sy nk jual vios 2016..pakai nk masuk 3 tahun..srvus dia toyota..
DeleteSalam bang. Saya guna 3rd gen vios, nak servis kedai luar tak reti. Milleage 60k. Apa yang patot saya tukar. Kalau beli EO sendiri minyak apa yg sesuai. Save budget
ReplyDeletekereta masih dalam warranty tak? kalau masih warranty, IMHO baik buat kat service centre saja. Kalau confident kereta tak akan ada masalah (Toyota ok pada hemat saya), boleh saja service kat luar.
Deletesetakat 60k baru sangat lagi, kalau saya tukar EO dengan oil filter sahaja. Anggaran lebih kurang RM130-200 bergantung kepada jenis minyak.
Saya pernah guna EO semi-synthetic brand Petronas, Castrol, Shell dan Toyota. Semua ok asalkan original. Terbaru saya cuba EO semi-synthetic Suzuka 10-40W, harga RM105. So far ok tiada masalah.
Nak tanya sikit.. 30000km toyota rekemen servis aircond.. perlu ke? Tgk dlm servis log xde pn kne service aircond.. major service pn xde service aircond.. mintak pendapat kawan2..
ReplyDeleteMemang biasa service centre akan rekomen servis aircond setiap 30k. Pada saya, kalau aircond masih sejuk tak perlu. Lagipun service centre akan charge mahal. Kalau nak juga buat kat luar. IMHO, mileage baru 30k, awal sangat nak service aircond (melainkan dah tak rasa sejuk).
DeleteAircond kereta aku 5 Tahun Baru servis ..flushing minyak compressor n cuci blower n tukar gas baru 180,smpai skrg engine n aircond tiptop,mileage 164k dah 7 tahun,Yg penting jaga cabin filter kalu nk aircond pjg umor
ReplyDeleteThumb-up..... tqvm kongsi pengalaman.
DeleteTukar alternator lain lepas 2 minggu tukar alternator yang harga rm255 utk vios. Kali ni service centre kena rm3200
ReplyDeleteAlternator yang harga RM255 tu recond atau 2nd hand tanpa dibaikpulih?
DeleteGaru kepala dengar harga RM3200, kos untuk harga alternator ori Toyota dan kos upah kan?
Alternator asal berapa lama guna baru rosak?
Harga Altenator Toyota sampai RM 3200? Adusss... Service aircond pun mahal giler. Apapun, saya berterima kasih diatas pandangan dan pengalaman tuan/puan semua. Saya amat hargai.
DeleteSepatutnya saya service vios(2016)pada bulan august/km30k...tp skrg dah 32k belum august lagi...sibuk/byk jln.... so utk 30k keatas apa servis yg bro otai cdgkan...agak2 berapa kos yg kena keluar kat sc....mohon pencerahan dr bro otai semua...
ReplyDeletelajak sikit je tu bro. ada otai cadangkan tarik saja hingga 8k kalau guna semi-sintetik.
Delete30k kalau saya cuma tukar minyak hitam dengan oil fiter, kos di antara 250-300 bergantung kepada SC. Ada SC yang suka add-on sana sini, tapi kita boleh tolak kalau tak mahu (eg; injector cleaner, aircond service, tyre balancing etc).
siapa2 yang ingin membeli spare part altis 1.6 (06) blh whtspp saya 0163733100..door trim ,aternator, radiator dll..nk clear stok urgent
ReplyDeleteselalunya knp bila tukar EO SC bleh bagi millage sampai 10k. adakah sebab minyak toyota @ mmg jaminan diorang @ mcm mana? lagi 1 nak tanya EO yang elok bleh bagi suggestion x? sbb sblm ni pernah try EO petronas, Vmag & toyota sdri mcm sama je. EO mana better utk lajakkan millage 10K estimate ? pandangan sahabat2
ReplyDeleteIni my personal opinion ye, secara amnya, mana-mana EO semi-synthetic jenama utama (eg Toyota, Petronas, Castrol, Shell etc) dah boleh lajak 8-10k tanpa masalah. Lebih-lebih lagi jika corak pemanduan biasa dan tidak lasak.
DeleteSaya tak memilih sangat jenama EO, asalkan mengikut budget semasa. Cuma saya sentiasa beli dari SC ataupun petrol station untuk pastikan benar-benar original. Ataupun melalui bengkel yang benar-benar saya kenal.
IMHO sahaja. Mungkin rakan-rakan lain boleh beri pendapat.
Tumpang tnya ckit, kalau nak bli atf kt kdai spare part , atf jenis apa n brapa liter.. Toyota vios(2013)
ReplyDeleteSaya guna ATF Toyota, tak kira sewaktu service di service centre ataupun bengkel luar. ATF Toyota datang dalam pack 4L. Biasanya guna separuh, tukar setiap 40k km. Mungkin rakan2 lain boleh bagi saranan.
DeleteUtk gearbox..seelok-eloknya pkai yg orginal toyota..utk vios 1st..pkai yg type IV tin hitam tu..utk 2nd n 3rd gen pkai yg WS(world standard) tin silver tu..ad byk jenama lain yg keluarkn myk atf yg compatible utk vios,mcm mannol,petrocanada dsb..tp bg sy,utk gearbox..pkai yg asli..sbb gearbox mhl tu..haha
DeleteTuan Dhanie, bab gearbox mahal saya setuju sangat hehehehe !
DeleteAssalamualaikum tuan nak tanya ada pengalaman tukar mounting engine vios model 2013 x?berapa rat habis kalo tahu?
ReplyDeletesetakat ini belum lagi. mohon rakan-rakan atau reader lain kongsi pengalaman.
DeleteSalam bos,biasanya dkt sc ada juga ke dorang minta tukar tayar kalau dorg minta tukar tayar boleh ke sy cari sendiri tayar tanpa perlu tukar kat sc,takut void warranty jer,satu lagi lepas habis warranty bolehkah sy service sendiri dan tak ada apa2 masalah kah yg akan berlaku di masa akan dtg contoh dri segi value?
ReplyDeleteKalau tidak silap saya, tayar tidak termasuk item under warranty. IMHO tiada masalah. Saya memang tukar tayar kat luar, dan saya tiada masalah untuk claim beberapa items under warranty selepas itu (suspension system, battery charger system).
DeleteValue bagi saya dari rekod service. Memang lepas habis warranty saya lebih banyak service kereta kat luar, tapi saya sentiasa simpan segala rekod seperti resit dan sebagainya. Senang nak tunjuk pada buyer kalau nak jual kereta nanti.
kereta saya toyota vios 3 gen mileage baru 34k.
ReplyDeletewaranti nak abis bulan depan boleh tak cadangan pada saya bengkel yang betul betul pakar untuk servis kereta toyota vios sahaja.
area mana tuan/puan?
DeleteAssalam tuan otai dlm forum ni,sy nk tanya sikit pasal vios 3gen 2014,Baru beli nak msuk 2mgu..sy isi minyak petrol rm70 tp blh jln dlm 250km++ sj dh menyala lampu nk minyak lg,sblm ni sy servey org yg pakai vios dia mmg Jimat..blh sp2 Bantu sy tak apa perlu buat 0195254403
ReplyDeleteRM70 dapat full tank tak tuan? Kalau full tank vios saya boleh pergi jauh lagi. mungkin sahabat lain boleh bantu cari idea untuk tuan shahrul
DeleteModel vios ada 4 code model..ncp42,93,150 dan 151..sy dah guna 3 model ni 42,150 dan yg latest 151 enjin dual vvti..model yg terkini pada pandangan sy paling jimat minyak,rm70 boleh dapat jarak hampir 500km..model 2014 memang agak kua telan petrol sebab mungkin gearbox ratio..speed 100 rpm dah 3k sedangkan vios 1st batch rpm 2.5k dan model terkini dalam 2k rpm utk speed yang sama
DeleteTqvm Tuan Azlan atas info yang berguna.
DeleteSekarang ni hrga minyak kn naik,kita xboleh ikut berapa rm dah sampai 250km jer,tapi ikut liter.saya dh guna 2 model vios,yg 3rd gen agak kuat sikit minyak cuma kita tengok cara user bawak laju atau slow dan aircond tu jgn bg maksimum kalau nk jimat ye..2nd gen vios enjin running smoother dan lebih jimat sikitlaa...sbb kos servis skrg pun xmacam dulu..
ReplyDeleteBetul tuan, isi RM50 kekadang tak rasa apa. Dulu dah penuh tank. Paling elok nak check, isi penuh tank kemudian test jauh mana boleh pergi dan compare dengan kereta member.
DeleteNk share jugak. Vios 2008 G spec AT.Mileage skrg 190K km.
ReplyDeleteBiasa service luar je pkai EO shell semi 10W-40.Harga RM130skrng ni. Dlu Rm110 je. Tukar setiap 7K km mileage. Beli kt stesen shell. X brani beli kt kedai sparepart sbb dgr nya byk yang tak ori. So far so good. Enjin masih senyap. Minyak masih jimat. Oil filter je beli kt sparepart. Minyak shell semi ni aku dah biasa pakai dari masa pakai Honda civic B16A dlu. Memang best la aku rase. Tp satu lg yang penting minyak korang pakai tu original. Bukan minyak yang di tapis balik.
Aircond tak pernah service masih sejuk. Tukar cabin filter je.
Gearbox tukar minyak setiap 40k km. Pakai Toyota ATF type WS. RM155 klu beli kt sparepart.
Enjin tak pernah rosak kecuali
1 - motor radiator fan. Aku beli kt sparepart tukar sendiri aje. Ori toyota. RM250 klu tak silap.
2 - Idling jd rendah. O2 sensor problem. RM280 beli kt sparepart jugak. Yg kene hantar kedai tukar kan sbb kene jek kereta. Klu kerete vios korang ade problem mcm ni, jgn lupe service throttle body skali.
3 - bearing tayar blkg belah kiri. Dia dtg skali ngan sensor ABS. RM350 rasenye tu. Simpton dia ade bunyi berdengung bila jalan.
4 - wear and tear. brake pad pakai Bendix Metal King aje. RM140 rasanya/ Tahan lama. Pernah pakai Ori Toyota Rm200. Kejap je habis.
5 - belt alternator cum belt compressor. yang ni tukar kt bengkel biasa pon boleh. Bando RM60 jer.
Terima kasih tuan, banyak info berguna yang tuan kongsi. Mohon kongsi lagi jika ada tips2 yang lain.
DeleteVios ni penuh tangki rate bese dapat pi brpa jauh?
ReplyDeleteKapasiti Vios sekitar 42 L. Kalau isi penuh biasa kereta saya boleh pergi sekitar 500 km (jarak sehala saya balik kampung). Itu pun minyak masih berbaki 1-2 bar bergantung kepada corak pemanduan atau muatan.
Deleteassalam tuan.tumpang tanya kalau ada pengalaman masalah mcm saya. saya pkai vios 2nd gen spec G kereta ada bunyi mcm tepet.saya cuba tnya di bengkel2 lain semua kata bunyi dari shim.minyak di gunakan skrng 10-40.ada x bengkel yg boleh di rekemen untuk pembaikan
ReplyDeleteSalam En Iskandar, saya kurang mahir pula. En tinggal di mana? Mungkin ada readers lain yang boleh membantu. Satu lagi, Encik joint group FB Vios Owner, sana ramai yang mahir pasal Vios.
Deleteassalamualaikum admin dan rakan taulan yan lain. saya Kimi. bakal membeli vios dugong tahun 2012, J spec. di sini, saya mohon akan perkongsian ilmu dari anda semua. memang first time pakai kereta ni. sebelum ni pernah kongsi pakai myvi. jadi dah tiba masa pakai kereta sendiri. mileage kereta 92313. cuma, tang vios saya tak tahu nak selenggaranya. mohon pencerahan semua. terima kasih
ReplyDeleteSalam En Kimi. Tahniah dapat kereta sendiri, pilihan yang tepat. Vios memang pada kelasnya, selesa dan jimat minyak. IMHO, penyelenggaraan sama saja mana2 kereta. Minyak hitam, oil filter adalah basic. Lain2 mengikut keperluan dan juga manual. Jangan malu2 untuk bertanya, Insha Allah ramai yang akan cuba membantu.
DeleteEn Kimi juga boleh join group Vios Owner di FB. Sana lagi ramai expert.
DeleteSalam bro, just nak sharing pasal servis 80k
ReplyDeleteaku baru servis 80k kt SC kena RM460++ tak termasuk minyak gear..fuhhh berpeluh jgk lerr..minyak gear xtukar sbb masa 50k aritu dh tukar so tunggu 100k baru tukar lain.. skrg ni V-Belt ade skit crack.. duit lagi..huhu tp ade gak g cek kt bengkel luar tp xde pon crack.. so skrg nak setup utk tukar fuel filter.. hahaha koyak rabak tp berbaloi servis kt SC..
kereta tahun 2005, Millage 330,000km biasa apa masalah @ maintenance kena buat?kereta 2nd
ReplyDeletekalau ada rekod penyelenggaraan dari owner terdahulu lagi bagus tuan, senang nak tahu apa yang perlu ditukar. Kalau kereta dalam keadaan baik, maintenance biasa pun dah ok eg; minyak hitam, oil filter, check plug dan air filter. Seeloknya kalau beli dari used car, minta depa tukar semua fluid (minyak hitam, break fluids, minyak gear kalau manual atau ATF kalau auto). Fuel filter pun elok juga tukar kalau dah lebih 100k km, tapi kos agak tinggi jugalah.
Deletesaya pakai vios 2009 auto type J.. mintak pendapat tuan jenis minyak hitam dan ATF yg sesuai. satu lg soalan, biasanya minyak hitam ditukar pada 5,000km @ 10,000km? saya sebelum nie pakai minyak hitam jenis fully synthetic 5w 40
ReplyDeleteHi Nina, Kalau fully synthetic boleh service setiap 10,000 hingga 12,000 km. Kalau guna semi-synthetic, antara 6-8000 km dan jika guna mineral 5-6000 km. Jika diikutkan service centre, memang depa akan suruh tukar setiap 5000 km walau guna semi-synthetic. Tapi kualiti minyak hitam kini lebih baik dan menjimatkan jika ditukar sekitar 8000 km (semi-synthetic) dan 10-12,000 (fully synthetic).
DeleteUntuk memudahkan, rasanya Nina guna sahaja minyak hitam semi synthetic jenama Toyota, ATF juga jenama Toyota. Petronas, Shell dan Castrol pun ok juga, jika perbatuan kereta agak tinggi, baik guna minyak hitam yang lagi likat. Cuba dapatkan nasihat dari trusted mechanic.
DeleteSalam saya nak tanya kalau tukar minyak gearbox cukup ke 4 liter? sebab ada yang cakap 5 liter lebih baru cukup. dan 1 lagi kalau tukar minyak gearbox perlu tukar sekali filter ke? Vios J tahun 2009 (auto)
ReplyDelete4 liter lebih dari cukup puan. filter untuk minyak gearbox auto tak perlu tukar setiap kali service. tapi digalakkan sekali dalam masa beberapa tahun.
DeleteFuel filter tak perlu tukar.Petrol punya minyak lebih bersih berbanding diesel. Jika kenderaan diesel fuel filter adalah wajib.
ReplyDeleteFuel injector cleaner juga tak perlu. SVC nak untung lebih.
Minyak engine tukar setiap 10,000km sahaja.
bab SVC nak untung lebih saya setuju.
DeleteMmg xperlu tuka fuel filter smp bile2 ke.
DeleteTolong jawab En Adam (soalan En Syariman). Tapi lepas 80k, saya tak tukar lagi fuel filter (mileage semasa 250K)
DeleteVios 2008 meter minyak reading x betul. 4 bar tapi da kerengg...ade penah kene ke? adakah punca dari fuel filter tadi?
ReplyDeletefuel filter berfungsi untuk menapis petrol atau diesel. jika berkaitan meter minyak, mungkin berpunca dari kerosakan fuel gauge/fuel float/fuel sending unit.
DeleteAssalamualaikum, Sy berhajat nk angkat Vios 2014 G spec second hand, nk tya dkt mana sy blh dptkan kedai y tawarkan harga y berbaloi & x kencing plggn? kalau admin @sesiapa tahu blh kongsikan. Area KL & Slgr. tq
DeleteSalam, sy nk tanya minyak gear manual utk vios 2012 bpe liter utk sekali tukar?
ReplyDeleteHello, nk tanya. Klau ada logo abs kluar, brpa agak2 nak atur ye?
ReplyDeleteRakan2 mohon bantu En Zarul.
Deletedia tengok sensor ke rosak atau abs yg rosak... perlu check di TSC utk kesan... sy sensor depan kiri dan belakang kiri siap bearing set mau rm2500 sekitar
DeleteVios tahun 2011 ...kereta jadi berat masa meter 120 keatas...kenapa ye..
ReplyDeletemohon rakan2 lain bantu ye...
DeleteSalam geng vios
ReplyDeleteSye pakai vios 2016 J specs. Kete Ada Masalah jerking atau tersengguk2 Adakah Masalah ignition coil, spark plug atau cable plug.. Tq geng drp Zai
Mungkin salah satu tapi kereta 2016 macam baru sangat untuk ada masalah jerking melainkan spark plug dah kotor atau perlu ditukar. Boleh juga cuba check cable plug, tapi cable plug ni biasanya panjang usianya, Vios saya dari tahun 2012 (mileage 200 ribu lebih) masih belum bertukar.
Deleteassalam encik... sy pakai toyota vios 2012... gear R dpt reverse... bila gear D, kelajuan cuma gear 1 sahaja... speedometer tak gerak... kenapa ya encik? minyak gear auto x pernah tukar... sebab mekanik T kata lifetime
ReplyDeleteminyak gear auto (ATF) lifetime memang salah sangat tu.... boleh rosakkan gear untuk jangka masa panjang. Lebih2 lagi kalau dah kurang atau tamat tempoh. Sebaiknya tukar setiap 20 ribu km. Jika guna minyak gear auto Toyota boleh pergi sampai 40 ribu km.
DeleteBerkenaan masalah kelajuan, saya kurang pasti. Dalam keadaan tuan ini, baiklah bawa ke servis center yang boleh dipercayai. Tanya dua tiga bengkel dulu, takut nanti kena ketuk.
update 4/3/2019: pendapat mengenai minyak gear auto Toyota ini memang pelbagai. tapi saya pun baru perasan pada batang penyukat ATF ada tertulis LIFETIME !
Deleteassalam tuan. toyota vios 2012 auto. speedo meter tak gerak. dan tak dapat jalan laju cuma dalam kelajuan gear 1 sahaja. adakah puncanya vehicle speed sensor yang menyebabkan speedo meter tak bergerak dan gear tak bertukar. terima kasih tuan.
ReplyDeleteMaaf tuan saya kurang pasti. Mohon readers bantu, tuan juga boleh cuba rujuk group FB Vios.
Deletetq tuan... sy dah gi tyt service... wheel speed sensor front left dan front right rosak... lepas repair tu terus ok... tqvm
DeleteAlhamdulillah selesai
Deletesyukur tuan... tq tuan
DeleteVios aku nk servis 80k major..bila tanya SC cost dia 1400...mak aii brpeluh dngar...skang tgh hold dlu x ckup modal lg kalau gini
ReplyDeleteServis je mana yang perlu dulu bro, eg minyak hitam dan oil filter. Lain-lain tu boleh tangguh, eg; fuel filter.
DeleteSalam si ketam batu n otai semua..
ReplyDeletesy nak mintak pendapat ok ke kalau sy angkat vios tahun 2004/05 ? kalau 5 tahun akn dtg byk meragam tak ? sbb seller vios ni ckp lebih baik amek vios dari myvi/persona tahun 2010 sbb vios ni lagi tahan lasak minyak jimat n maintenance pun lebih kurang myvi , jalan jauh pun sedap..boleh otai2 semua bagi pendapat..
Salam, Vios memang tahan lasak. Saya hari2 bedal dekat 200 km. Model 2012, sekarang mileage dah dekat 250,000. Maintenance basic minyak hitam mineral plus oil filter RM130, tidak pasti pula myvi/persona. Kalau nak ambil kereta 2nd hand, kena tengok mileage dan paling penting rekod maintenance owner sebelumnya. Satu lagi, jangan percaya seller sangat, dia pun cari makan hehehehe. Bawa member atau mekanik yang boleh dipercayai untuk tengok kereta (belanja duit kopi pun ok, asal puas hati). Kereta kalau dah lebih 10 tahun, brand apa pun akan barai klu owner sebelumnya tak jaga betul2.
DeleteAssalamualaikum admin
ReplyDeletesaya menggunakan vios ncp93 tahun 2008, masalah saya apabila permulaan kereta dihidupkan waktu pagi bila aircond hidup terdapat bunyi nyaring keluar tapi kalau tutup aircond tak ada, boleh saya tahun apa kerosakannya.
Salam tuan, kita tunggu jawapan dari readers yang lain sebab saya kurang pasti akan masalah ini.
DeleteBelting longgar.P bengkel ketatkan.
DeleteTrotle body tu... Hantar sc utk service senya terus
DeleteTuan ada info x tentang masalah steering sentiasa ke kiri walaupun check alignment semua ok. Vios G 2015.
ReplyDeletePemanduan jadi x selesa sbb kereta sentiasa sway ke kiri kanan sebab steering perlu diperbetulakn di jalan lurus.
Maaf jika xclear masalah ni.
Salam tuan, cuba tuan check lower arm, steering bush dan absorber bush. Check kat kedai yang dipercayai ye tuan, takut2 benda tak rosak dikatanya rosak.
Deletesalam boss.. vios dugong saya mengalami masalah bila start boleh crank tapi xhidup kena crank banyak kali baru hidup itu pun nasib.. apakah masalahnye boss.. sudah servis trottle body..dah tukar fuel pump n filter dan plug sama juga
ReplyDeleteSalam. Uik memang sampai kena tukar fuel pump ke? Dah cuba check starter?
DeleteSalam Encik Si Ketam Batu,
ReplyDeleteNak tanya, contoh meter minyak sekarang ni ada 3 bar. Tiba2 tak lama tu naik pulak ke 4 bar. Meter minyak ada masalah ke tu?
Salam, biasa tu.... kadang2 sebab kedudukkan atau kecondongan kereta.
DeleteSalam saya nak minta pendapat.Vios akan bergegar dan mati bila berhenti cth di traffik light.
ReplyDeleteService Centre advice tukar O2 sensor.
Harga 880 include labour.Ada advice tukar lain tak cth tukar di bengkel biasa dengan harga lebih murah?
Koyak ni lepas raya.
tinggal area mana?
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSignal enjin yg ada kat dashboard saya menyala. Selain pergi ke toyota, ada tak bengkel yang boleh disyorkan? Saya vios model awal, 2006. Terima kasih.
tuan tinggal area mana?
DeleteSaya hari tu pegi ke bengkel biasa di Falim, Ipoh. Masalah dah selesai. Cuma wayar sensor ke hapa entah dah nak putus. Selepas buat sambungan, lampu warning enjin tu dapat padam. Caj RM60 kalau tak silap..... Terima kasih.
Deletenak tanyr..sy newby baru pakai vios 2019,n mileage nk dekat 5000,boleh ke kalau service lebih dr 5000 dan hilang tak waranty nye?
ReplyDeletelajak sampai 6000 pun tak menjejaskan warranty.... kekadang susah nak cari masa kalau nak service on time.
DeleteSalam saya pengguna vios secondhand, tahun 2012. Saya check dekat sc. Pastu diorang cakap kene tukar all absorber and mouting and stabiliser link, flywheel oil seal leaking. Anggaran kos 4k, flywheel oil tu 500. Mohon pendapat. Saya dah odar barang flywheel tu je dkt sc.
ReplyDeleteSalam tuan, jika tuan ada modal dan ok, teruskan. Tapi harga di SC memang mahal. Jika tuan ada bengkel yang boleh dipercayai, cuba survey dulu harga dan keperluan.
DeleteVios e seeloknyer guna petrol 95 or 97..Sebb Yuyu la ni guna 97..boleh BG pendapat x
ReplyDeleteRon 95 pun ok Yuyu :)
DeleteSalam bro. Nak tanya kalau beli Vios TRD 2014 adakah berbaloi dengan harga sekitar 40k keatas? Dalam delema Vios 2nd atau persona 2019. Minta pandangan
ReplyDeleteSalam bro. Ini pendapat saya ye, kereta baru lagi seronok berbanding 2nd jika harga tak lari jauh. Lebih2 lagi kalau kita tak tahu sejarah kereta 2nd tersebut.
DeleteBrepo hrga streeng rack n kos dia siap tkr berapa?
ReplyDeleteKenapa odometer baru 38+++ dah kena major servis?
ReplyDeleteapa yang advisor SC inform, ada dia senaraikan apa yang perlu ditukar? kadang 2 term major service agak mengelirukan, sebab ada major service masa 40k dan ada major service 80k dan seterusnya. Mungkin kereta tuan menghampiri mileage 40,000 km dan maksud major service kat situ penukaran kesemua fluids, service airconds, tukar air filter, tukar spark plugs (atau apa2 yang tersenarai dalam manual). Major service masa 80,000 km lain sedikit tambahan part yang perlu ditukar. Apa2 pun perlu rujuk SC dan juga manual untuk lebih sahih.
DeleteAssalamualaikum maaf nak tanya, setelah sy servis tukar fuel pump & tukar belting untuk vios trd, sekarang bateri sy kong.. Jadi problem berjangkitnya adalah alternator, soalan sy boleh sy tahu apa punca ianya jadi begitu? Atau normal sudah sampai hajat benda nak rosak? Mohon pencerahan otai2 vios trd, terima kasih..
ReplyDelete