Monday, 11 May 2015

BeRCuTi Ke ToK BaLi, KeLaNTaN 2015 | BaHGN 4 : iBuNDa iKaN BaKaR, ToK BaLi, PaSiR PuTeH, KeLaNTaN

As-Salam & Salam Sejahtera,

Sekitar Cherang Ruku dan Tok Bali ada banyak medan ikan bakar. Pilih saja mana yang berkenan di hati, sedap atau tidak belakang kira.

Itu yang kami buat, maklumlah kami tak study pun mana medan ikan bakar paling sedap, main terjah saja. Janji tidak terlalu ramai orang sebab malas nak menunggu, dan jangan pula langsung tiada orang kerana itu tanda-tanda masakan kedai tersebut mungkin tidak sedap.

Pilih secara rambang, kami parking betul-betul depan Ibunda Ikan Bakar.

Pelanggan tak ramai mana, jadi pasti tak perlu menunggu lama. Lazim jika menjamu selera di medan ikan bakar, tempoh menunggu selama 1 jam adalah normal. Tapi jika bawa anak-anak kecil, setengah jam pun sudah cukup lama. Faham-faham sajalah dengan karenah budak yang sedang kelaparan.

Dapat sahaja tempat duduk, kita kena pilih makanan laut yang hendak dimakan. Ada sotong, pelbagai jenis ikan dan udang. Kami pilih dua ekor sotong bersaiz besar untuk dimasak sotong celup tepung, seekor ikan pari dan seekor ikan merah untuk dibakar berempah.

Add on, kami order sayur goreng campur dan sup perut. Minuman pula nescafe ais untuk ambe dan wife, sirap untuk anak-anak dan teh tarik untuk in-laws.

Suasana dapur di Ibunda Ikan Bakar. Brade yang pakai jersi merah putih pakar dalam membuat hidangan sotong celup tepung. Manakala brade berkain pelikat itu pula, entah siapa, lupa da!!!!

Bagai dijangka, tempoh menunggu sedikit lama untuk hidangan sampai. Kebiasaan jika menjamu selera di medan ikan bakar. Tempoh menunggu diguna untuk mencuci mata tengok orang ramai.

Sotong celup tepung adalah hidangan pertama yang tiba ke meja kami. Perut masing-masing kelaparan, terus ratah tapi adat perut melayu, kena ada nasi juga.

Sotong celup tepung di Ibunda Ikan Bakar memang sedap, tapi tempoh menunggu untuk hidangan seterusnya tiba ke meja agak lama. Boleh bikin hilang selera.

Lebih-lebih lagi makanan yang kita order dihantar ke meja lain, in this case kepada pelanggan di meja belakang kami. Nasi untuk 6 orang, ulam budu, ikan merah dan ikan pari bakar berempah tersilap landing.

Orang yang terkemudian sampai, dapat makan dahulu. Kami kena tunggu the next round. Mendidih perut tapi tetap cuba bersabar.

Mungkin sebab kami order hidangan yang hampir sama. Tapi agak-agak le, nasi untuk 6 orang sah-sah untuk meja kami. Meja tempat lu landing tu lebih sedozen bilangan umatnya.

Akhirnya;

Sup perut untuk anak sulung, terlalu berminyak dan kurang umph!!!! Tak sedap!!!

Ikan pari bakar berempah khusus untuk si bambam. Tapi si bambam telah terlelap kerana mengantuk dan menahan lapar.

Ikan merah, juga dibakar bersama rempah. Tak kena dengan selera tekak ambe, sos kicap sedap tapi rasa ikan sedikit tak kena dengan kombinasi rempah.

Sayur goreng campur ambe tak boleh nak komplen sebab langsung tak sentuh. In-laws yang order, ambe tengok macam tak sedap.

Ulam budu, langsung tak sampai ke meja kami. Dah salah landing, memang tak akan sampainya.

Final verdict, hanya sotong celup tepung yang sedap. Lain-lain memang tak kena dengan selera kami. 

Total cost untuk nasi untuk 6 orang, 2 ekor sotong besar dimasak celup tepung, ikan merah bakar berempah, ikan pari bakar berempah, sup perut, sayur campur dan minuman untuk 6 orang adalah RM95.

Next time, nak cuba medan ikan bakar yang lain pula.

p/s: Ini pendapat peribadi kami berdasarkan nafsu tekak kami sendiri. Selera kita mungkin berbeza, sendiri cuba baru tahu.

3 comments:

  1. Assalam ketam batu,
    itu sutun celup tepung memang nampak mabeles laaaaaaaaa
    kelantan n ganu kan pemes bab2 celup tepung ni he3

    ReplyDelete