Wednesday, 24 June 2015

ReVieW CHaLeT Su, MaRaNG 2015

Update 26/7/2018 : Review ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis menginap di Chalet Su, 3 tahun yang lalu (2015). Mungkin keadaan telah jauh berubah, readers mohon gunakan pertimbangan sendiri dan rujuk juga review-review terkini berkaitan Chalet Su. Sekian. 


Chalet Su
A-1545, Kampung Rusila
21600 Marang, Terengganu.

Contact Number: +6017-679 7672 atau +6012-974 6489.


Chalet Su terdiri dari beberapa unit chalet dan homestay. Chalet pula bukan chalet individu, tapi jenis berkembar. 

Perlu diingatkan juga, Chalet Su adalah penginapan bajet. Jadi jangan impikan chalet yang indah-indah. Seimbas lalu, blok chalet kelihatan seperti rumah kampung biasa. 

Keluarga kami menyewa satu unit homestay dengan harga RM180 semalaman, satu unit superior executive chalet dengan harga RM150 dan chalet triple dengan harga RM90.

Homestay - Memiliki 4 bilik, tiada aircond tapi ada kipas. Dikira murah tapi kondisi dalaman agak menyedihkan. Keadaan dalaman homestay cukup uzur, perabot lama, tilam atau katil yang membuatkan tidur tidak lena dan kurang bersih. Toiletries terhad dan bilik air juga tidak bersih. Final verdict untuk homestay di Chalet Su, avoided kecuali terpaksa.

Superior Executive - Keadaan berbeza berbanding homestay. Unit superior masih baru dan bersih. Ada aircond dan katil juga besar dan selesa. Toiletries terhad dan bilik air sempit. Recommended jika anda perlu menginap di Chalet Su.

Chalet Triple - Dilengkapi dengan 3 katil single dan ruang yang terhad untuk hampar TOTO. Keadaannya juga jauh lebih baik berbanding unit homestay.

Homestay dan superior executive di Chalet Su menghadap laut, seaview kata orang kampung ambe.

Boleh nikmati keindahan sunrise. Itu pun jika anda menginap di superior executive atau homestay. 

Malam-malam boleh BBQ. Dapur dan arang disediakan, tapi cucilah apa yang patut sebelum panggang ayam.

Pantai di belakang Chalet Su sesuai untuk mandi manda, tidak terlalu dalam dan arus juga tidaklah kuat.

Kemudahan untuk makan minum - ada satu dua kedai makan, pada jarak kira-kira 100 meter dari Chalet Su. Kedai runcit pula cuma diseberang jalan. 

Bersebelahan dengan Chalet Su adalah Saudagar Beach Resort. Contact number +609-910 0965. Pemerhatian kasar dari luar, blok penginapan utama lebih baik berbanding Chalet Su, tapi tidak pasti pula keadaan dalamannya.

Blok tambahan Saudagar Beach Resort. My youngest brade menyewa salah satu unit di sini.

Ini unit yang disewa oleh my youngest brade di Saudagar Beach Resort. Bilik memanjang dan agak luas juga. Kadar semalaman, RM120. 


In My Humble Opinion - jika anda jenis yang mementingkan keselesaan dan cerewet, Chalet Su bukan untuk anda. Tapi jika kewangan anda terhad, tidak salah untuk mencuba, tapi elakkan ambil homestay.


4 comments:

  1. Terima kasih untuk komen tuan. Kami terima pendapat tuan tentang chalet kami walaupon kedengaran agak harsh. Tapi semua tu bukan menjadi penghalang untuk kami terus naik ke puncak. Untuk pengetahuan tuan, ciri2 Bisnes yang maju perlu pandang dan bergerak terus ke atas dan memakan masa, bukannya meletop di atas tapi kesudahannya mendatar atau menurun. Alhamdulillah Chalet kami pada hari ini diiktirafkan sebagai chalet 4.7�� oleh google dan sentiasa penuh. Perubahan dari tahun ke tahun yang membuatkam semua tak sabar untuk dtg semula. Mungkin tuan taknak dtg dah sebab kedengaran chalet kami bukan pilihan. Walaupon banyak chalet di sekitar kami, pengunjung tetap memilih Chalet Su sebagai tempat percutian bukan hanya menginap. Sebagai bloggers, tuan perlu memberi kata2 yg baik sebelum menghembuskan kata2 yg agak tidak sedap didengar..
    Attached adalah link Chalet Su 2018 untuk tontonan tuan. Sampai berjumpa lagi.. di chalet kami kalau tak booking tuan takkan dapat bilik.. Walk in dialu alukan tetapi ikut rezeki.. sekian
    .

    https://www.facebook.com/profile.php?id=100001569306502

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, sejujurnya saya salute dan hormati tuan kerana menerima komen pelanggan dengan cukup positif. Terima kasih selagi lagi. Komen saya berdasarkan pengalaman kami menginap 3 tahun yang lalu. Saya pasti chalet tuan telah banyak berubah dan bertambah baik berbanding 3 tahun yang lalu. Maaf jika ayat-ayat saya tidak sedap di dengar, tapi komen negatif saya lebih kepada homestay rumah kayu yang agak uzur pada masa itu (tahun 2015, harap-harap rumah kayu tersebut telah tiada). Lain-lain penginapan chalet tuan (superior executive, chalet triple), kami amat berpuas hati. Malahan jika tuan baca balik entri tersebut, saya memang rekomen untuk menginap di bilik-bilik tersebut. Akhir kata, selamat maju jaya tuan, dan tahniah atas prestasi yang jauh berbeda berbanding 3 tahun lalu.

      Delete
  2. Chalet Su mmg teruk. Indah rupa dari realiti. Bilik RM165 takde peti ais dan kettle. Bilik RM150 kat Penarik Beach Resort ada peti ais, kettle dan 2 katil king size. Chalet Su ada tv kecik bila nak charge hp kena tutup tv sebab nanti elektrik trip. Nak masak air kena pergi ke bilik stor jauh dari bilik. Mmg mengecewakan. Avoid Chalet Su. Byk lagi chalet lain yg jujur.

    ReplyDelete
  3. sy komen nie kerana tngah mencari chalet area marang dan bru shj dpt refund dari chalet su, sy nampak view sangat cantik dalam fb. terpanggil2 untuk pergi, tapi agak mengecewakan dengan cara reply msj y acuh x acuh in the end mereka buat keputusan untuk byr refund. ok juga sbab sy pn dah x ada hati nk ke sana. Tak ada rezeki disitu.
    xpelah bayar mahal skit dari mememdam rasa 😅
    pepun nmpak tempatnya cantik. semoga makin maju ke depan hari.
    -x sesuai untuk customer y bnyak soalan cam sy-

    ReplyDelete