No. 17 Jalan Mat Saman Utama
33300 Gerik
Perak.
Tel : +605-791 7822
Lokasi dalam pekan Gerik, dan berhampiran dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh traveller seperti tempat makan, bengkel, bank, dobi dan sebagainya.
Bertaraf hotel bajet dengan kadar semalaman di bawah RM100 bergantung kepada jenis bilik dan bilangan katil. Kebersihan hotel memuaskan, perkhidmatan terbatas sesuai dengan taraf sebagai hotel bajet.
Reception area - check in counter.
Reception area - jual maggie dan tempat ambil air panas.
Tangga naik ke bilik di tingkat atas.
Tingkat atas pun ada ruang istirehat.
Mencari bilik.
Bilik No. 8, untuk 3 pelanggan yang kepenatan.
1 katil single + 1 katil double = RM70.00 semalaman.
Sangkutan baju, bilik tiada almari pakaian.
TV tebal tapi ada saluran Asteruk, limited channels.
Dilengkapi hot shower, nikmat selepas 6 jam pemanduan.
Tempat tidur bersih, tiada rambut atas cadar. Tandas pun bersih, bebas dari bau-bauan yang menyeksakan. Cukuplah sebagai tempat melelapkan mata barang semalaman.
Betul-betul depan hotel ada kedai mamak, boleh lepak hirup kopi jika mata tidak mahu pejam. Gerai burger pun ada, tapi agak jauh sikit dari hotel, pusing-pusing pekan mesti jumpa. Paling banyak kedai makan tomyam, dalam pekan luar pekan penuh dengan lampu warna-warni, trademark resto tomyam.
Tambahan, pekan Gerik tidak happening waktu malam. Kedai banyak tutup awal kecuali kedai makan tomyam.
Tapi sebagai pekan persinggahan, hotel dan bandar Gerik sendiri menawarkan kemudahan yang lebih dari cukup.
Tapi sebagai pekan persinggahan, hotel dan bandar Gerik sendiri menawarkan kemudahan yang lebih dari cukup.
- Ketam Batu -
No comments:
Post a Comment