Tuesday, 15 November 2016

WORKING HOLIDAYS TRIP - BeRCuTi SaMBiL BeKeRJa Ke SYeuN HoTeL iPoH (2016)


de' Classique !

Alamat : 
SYEUN HOTEL
88 Jalan Sultan Abdul Jalil
30300 Ipoh
Perak.

Tel : +605-253 8889
Fax : +605-253 3335
Email : syeunhotel@syeun.com
Website : Syeun Hotel

Map !

Pengenalan - Dibuka secara rasmi pada 24 Oktober 1993. Senibinanya bertemakan neo-klasik dan masa lampau Ipoh. Berkonsepkan hotel kelas perniagaan, Syeun Hotel dilengkapi dengan 290 pelbagai jenis bilik iaitu;

Superior Room (King or Twin)
  • 1 king size bed or 2 single beds
  • multi function electronic control panels
  • coffee and tea making facilities
  • sofa and coffee table
  • Wi Fi
  • LCD TV
  • city view
  • rates from RM187.73


Deluxe Room (King or Twin)
  • 1 king size bed or 2 single beds
  • multi function electronic control panels
  • coffee and tea making facilities
  • sofa and coffee tables
  • Wi Fi
  • LCD TV
  • city view
  • rates from RM216.03


Family Room
  • 1 king size bed + 1 single bed
  • multi function electronic control panels
  • coffee and tea making facilities
  • sofa and coffee tables
  • Wi Fi
  • LCD TV
  • no view
  • twice the size of deluxe room
  • rates from RM282.08


Junior Suites
  • 1 king size bed
  • multi function electronic control panels
  • coffee and tea making facilities
  • sofa and coffee tables
  • Wi Fi
  • LCD TV
  • city view
  • separate sitting room 
  • bedroom with 2 bathrooms and toilets
  • rates from RM357.55


Executive Suites Single
  • 1 king size bed
  • multi function electronic control panels
  • coffee and tea making facilities
  • sofa and coffee tables
  • Wi Fi
  • LCD TV
  • city view
  • 1 large bedroom
  • 1 sitting room
  • 1 bathroom
  • rates from RM414.15


Executive Suites Double
  • 1 king size bed or 2 single beds
  • multi function electronic control panels
  • coffee and tea making facilities
  • sofa and coffee table
  • Wi Fi
  • LCD TV
  • city view
  • 2 large bedroom
  • 1 sitting room
  • 2 bathrooms and toilets
  • rates from RM461.32


Penthouses
  • 1 king size or 2 single beds
  • multi function electronic control panels
  • coffee and tea making facilities
  • sofa and coffee table
  • Wi Fi
  • LCD TV
  • city view
  • living and dining hall
  • jaccuzi
  • fireplace
  • English gentlemen's abode set in the Elizabethen era theme
  • rates from RM1602.83


Apabila kompeni habaq yang aku akan menginap di Syeun Hotel untuk tugasan hujung minggu, serta merta taman hatiku mula berkuntum dan berbunga-bunga !

Musababnya, Syeun Hotel antara hotel peberet aku di bandaraya Ipoh. Tiap kali aku melangkah masuk ke Syeun, terasa seperti menginap di hotel London atau Madras ha ha ha !

Nota : aku belum pernah sampai London mahupun Madras !

Lazimnya, segala bala tentera aku angkut sama untuk mana-mana working holidays trip jika jatuh pada hujung minggu. Aku pasti bini aku akan lawas beraknya di Syeun, anak-anak aku pula akan galak berswimming pool bagai.

Waze seperti biasa akan membawa aku berputar-putar dan berpinar-pinar sebelum sampai ke destinasi. Jika ikut map, Syeun Hotel cukup senang dijejaki tapi memang perangai Waze suka jengah belakang rumah orang terlebih dahulu.

Landmark Syeun Hotel adalah Ipoh Parade dan Dataran Ipoh. Bersebelahan dan bertentangan di antara satu sama lain.

Basement parking !

Nak parking senang, berbumbung dan banyak petak. Tak perlu pening kepala nak cari parking. 

Depan hotel penuh dengan deretan kereta mewah, plate siap letak jata negeri-negeri yang kurniakan pingat kebesaran. Paling banyak Dato' dari negeri Pahang he he he !

Paling menarik perhatian aku, sebuah kereta klasik yang dijadikan hiasan oleh pihak hotel. Entah siapa pemilik asal, mesti cina tokey lombong bijih timah.

Nota : Tahukah anda, Perak negeri pertama yang umatnya memiliki kenderaan persendirian di Tanah Melayu ? Sebab itu nombor plate negeri Perak bermula dengan huruf A !

Melangkah saja masuk hotel aku terus wow tercungap-cungap ! Cukup klasik, macam berlakon filem Hong Kong pun ada.

Pintu hotel jenis lama, diperbuat dari kayu dan ada cermin untuk skodeng ! Lepasi pintu ada tangga besar pula menuju reception area. Tak nak menapak panjat tangga, sebelahnya ada eskalator.

Personally kalau boleh, aku akan campak buang eskalator tersebut sebab mengganggu keklasikan Syeun !

Tiba di ruang lobi aku makin terpegun dan konpius, ini lobi hotel atau kedai perabut kayu jati !

Banyak perabut kayu jati dipamerkan oleh salah satu kedai yang occupied ground floor hotel.

Bukan perabot jati sebarangan tau, harganya hampir membuatkan aku muntah ijo ! Jati yang ditenggelami air dari bumi Laos !

Penat tangan aku menaip, biarkan gambar gambir berbicara;

Menuju puncak ! eh, menuju ke reception area !

Ini yang akan nampak dahulu, set jati harga jutaan ringgit !

Ke kiri, dipenuhi set jati harga belasan serta puluhan ribu ringgit !

Ke kanan, jumpa lounge dan coffee house !

Syeun birthday boy/girl - yang ke 23 ! Remaja dah ko Syeun !

Reception area.

Waiting area, English deco !

Amachiam, itu baru lobi hotel sudah penuh dengan wow factor kan ?

Tak tahulah kalau korang kata biasa-biasa je, tapi bagi aku yang tak berapa banyak travel ni, memang luar biasa. Susah nak cari local hotel yang ada identiti tersendiri dan sebegitu hebat seperti Syeun.

Tarik napas tahan sebak !

Lenguh jari snap sana, snap sini. Aku cuba check in awal, baru jam 1. Kalau ikutkan jam 3 baru boleh check in.

Relaxkan otot muka dan buat senyuman secharming mungkin, aku melangkah ke reception counter dan merenung tepat mata receptionist Ipoh Mali !

Dibalas sapaan aku dalam bahasa London. Terpaksa aku kendurkan otot-otot lidah aku agar sama taraf dan sama tinggi dengan keLondonan amoi tersebut.

Maklumlah, aku kan sekolah Melayu je, mana reti sangat present past future perfect tense semua ! 

Little-little can lah !

Jack pot ! Jam 1 dah boleh check in sebab bilik yang kompeni aku tempah dah siap.

Pay by cash or card, Sir ?

Eh, pehal aku kena bayar ? Koling-koling, kompeni tempahkan sahaja, bayar sendiri klaim kemudian.

Lahanat !

Hulur kad kredit dan 159 ringgit melayang buat sementara. eh ! pesal murah sangat ? Website kata palimg murah 180 ringgit.

Promo ke, eh ! bukan, 159 untuk bilik superior tanpa tingkap !

Lahanat !

Bukan lif kayu !

Keluar dari lif, nampak perabot jati lagi !

Mencari-cari bilik, bukan bilik cari anda !

Nombor bertuah !

Wow berkali-kali !

Opposite side !

Sofa and coffee table.

Zooming !

Kosong, dulu penuh dengan soft drinks dan alcohol !

Tempat selamat untuk simpan spender !

Multi function electronic control panels !

Lampu tidur, klasik !

Lapo tak ?

Jambans !

Toilettries !

Aku rasa macam nak buat 2 part sahaja, banyak gile gambar gambir yang aku snap !

Teruskan Ketam, banyak lagi entri tertangguh yang belum siap. Milan ! Barcelona ! Manchester ! Moscow ! Bucharest ! Sarajevo ! 

Pap ! Pap ! Terlena sekejap !

Benda pertama aku check kalau masuk bilik hotel adalah jambans untuk pelaburan masa hadapan. Ada la hitam sana sikit, sini sikit tapi tidak lah sampai merencatkan kontraksi usus besar.

Bukan hitam apa pun, cuma karat-karatan besi teroksida !

Mem besar menarik napas lega, boleh berak bila keadaan memerlukan.

Perkara kedua akan aku check adalah tempat beradu. Aku selak bantal dan cadar untuk mencari rerambut, bulu-buluan atau tompokan DNA pelanggan terdahulu.

Juga tidak dapat dikesan.

Sekali lagi aku menarik napas lega. Syeun ternyata lepas ISO aku anak beranak. Malam ini boleh tidur lena, jika anak tidur awal, aku laki bini boleh buat anak baru dengan penuh kompiden !

Keluar sekejap untuk makan-makan, dan aku selesaikan segala kerja yang patut. Kemudian tiba masa untuk hiburkan anak-anak dengan swimming secara berjemaah.

Syeun Hotel ada 2 kolam renang. Satu di tingkat 4 dan satu lagi di tingkat 11.

Tinjau dulu kolam renang di tingkat 4. Keluar lif nampak ruang kosong yang teramat luas. Aku kira ianya sebuah function room. Tepinya ada pintu menuju swimming pool.

Lebih kepada kanak-kanak riang ! I tak suka !

Teratai layu di tasik madu kelulut !

Morning offering !

Small garden.

Aku temankan anak aku mandi sekejap di swimming pool tingkat 4. Tapi aku dan anak-anak tak berapa nak enjoy. Tak sampai 15 minit dah rasa resah gelisah.

Tak tahu kenapa. Pengunjung lain pun, datang sekejap, tinjau dan pusing balik walau sudah lengkap berbaju renang.

Done !

Naik lif ke tingkat 11. 

Swimming pool di tingkat 11 memang oldies dan tak ramai orang datang seperti tingkat 4, tapi aku ada rasa mahu berenang. Anak-anak pun galak swimming.

Sini juga lebih selesa, air lebih jernih dan ada beberapa kerusi untuk melepak.

Beberapa orang yang buat gear reverse semasa di swimming pool tingkat 4 pun datang mandi di tingkat 11.

Sembang sekejap dengan nyonya separuh usia. 

Dia tanya aku " Lu ada pergi kolam tingkat 4 tak ? Tak syiuk tau, tak rasa enjoy ! Nombor 4 talak bagus lu tau tak ? Jangan bawa anak pergi mandi sana "

Aku just...... sengih-sengih !

Misteri nusantara - aku teringat cerita rakan-rakan berkenaan hotel-hotel di Ipoh yang penuh dengan aktiviti paranormal !

Open swimming pool !

Ipoh dari puncak Syeun Hotel !

Lotus position !

Reflexology !

Melepak dengan tenang ! 

Memang berjam-jam jugalah aku dan anak-anak melepak di swimming pool tingkat 11. Tenang dan jauh dari gangguan. Tidak ramai yang mandi-manda, cuma sesekali ada orang.

Life guard pun tiada. Jadi pandai-pandailah jaga keselamatan. Lagi pun tidak lah terlalu dalam dan swimming pool pun kecil sahaja.

Esoknya sebelum check out, anak-anak aku sempat lagi bersiram sejam dua !


Garden View Coffee House

Jom sarapan !

Voucher ada 2 sahaja, jadi anak-anak kena bayar jika hendak bersarapan di hotel. 

Sekali sekala, buat hati anak-anak seronok.

Tak mahal pun, cuma RM10.40 satu kepala untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Kira agak murah jugalah untuk hotel sebesar Syeun.

Plus point, staf yang jaga pun cukup peramah, chatty dan ceria.

Pilihan makanan tidak lah banyak, tapi tidak juga terlalu sedikit. Seadanya untuk bersarapan dengan penuh selera.

Nasi lemak tiada ! Frust anak aku !

Tak nampak makanan, segan aku nak bukak sekadar untuk snappy-snappy !

Salads.


Jem untuk roti-rotian !

Tiada nasi lemak, nasi goreng berguna juga !

Peberet aku, 2 biji telur separuh masak !

Sewajarnya, membazir sedara syaiton !

Panjang juga entri aku kali ini.

Panjang pendek, aku rasa seronok sangat menginap di Syeun sebab ke klasik kan hotel tersebut.

Satu je aku terkilan, penat dan mengantuk buat aku tak sempat berlibur di lounge hotel. Ada band dari Pilak (Philipines) perform saban malam.

Aku suka band Pilak sebab depa ni talented dan vocalist agak sexy dan meliuk-liuk bila menari.

Next time Gadget, next time !

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment