Tuesday, 18 July 2017

CERITA SELEPAS RAYA !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahatera,

Hari ini 24 Syawal 1438H, bermakna seminggu lagi Syawal akan pergi meninggalkan kita. Tahun ini rasa sekejap sangat puasa dan sekejap sangat raya.

Maknanya masa makin pantas berlalu, atau kita terlalu leka dengan duniawi sehingga tidak sedar akan masa yang sentiasa berdetik.

Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri detik untuk bertemu dengan Sang Pencipta, Allah SWT.

INSOF..... INSOF...... INSOF lah wahai umat !

Sepanjang Ramadhan memang aku tak update blog langsung. Kalau update pun, bukan kat sini tapi blog surau perumahan aku. Tak ada cerita apa pun, sekitar aktiviti mengimarahkan surau dan Ramadhan je.

Raya baru-baru ini aku balik kampung angkat, Sabah nun. Hari-hari update kat Insta sebagai diari. Senang aku nak recall balik kalau nak nulis dalam blog nanti. 

Pic raya aku gabung menggunakan apps Layout. Aku malas nak simpan pic banyak-banyak dalam henpon sebab memori kecik. Simpan banyak gambar buat henpon aku pening lalat. Kejung tak tentu pasal.


Aku bukanlah hardcore mamak ! Tapi anak jantan aku nombor 2 suka sangat nasi lemak mamak ! Madeena Curry House merupakan salah satu port peberet dia.

Balik dari cuti raya, bawa dia datang sini untuk sarapan. Lepas gian selepas sebulan berpuasa. Siap bertambah lagi.

Berbalik pada bulan puasa, sepanjang Ramadhan kami langsung tak jejak kaki ke param kecuali pada hari terakhir. 

Jejak kaki pun kerna terpaksa, kami dah kemas rumah dan kemas dapur elok-elok sebelum bercuti raya.

Aku rasa banyak betul dapat berjimat bila tak jejak kaki ke param. Bayangkan, sekali pergi busuk-busuk 30-50 ringgit melayang untuk satu family (dua dewasa plus 3 kanak-kanak).

Masak kat rumah memang boleh save banyak, masak pun simple-simple saja. Kekadang berbuka lauk telur dadar dengan ikan masin je hahahaha ! Kesian anak-anak aku.

Bini aku kerja, masak pun ala kadar kecuali hari minggu atau cuti umum. Aku pulak dah nak Maghrib baru sampai rumah, kalau aku masak grand macam mana pun, tetap depa kata tak sedap LoL !


Ini pula nak lepas gian bini aku, sup urat keting. Kalau di Sabah, kacang je nak cari warung yang saji juadah sup urat. Kat sini susah sangat nak jumpa terutama yang dekat-dekat dengan perumahan aku.

Kalau jalan jauh sikit mungkin ada kut, tapi aku memang malas nak drive jauh-jauh melainkan ada keperluan yang mendesak sangat.

Open house banyak tak korang dapat jemputan. Aku rasa ekonomi makin baik kut tahun ni berbanding tahun lalu. Open house makin meriah berbanding tahun sudah yang agak sunyi sepi. Tahun lalu masing-masing tutup pintu, tahun ni dah berani buka balik.

Trend tahun ini diperumahan aku, buat open house di surau. Ataupun buat open house lepas solat Ishaa', jemput orang surau datang. Siang pun ada juga, lebih kepada untuk keluarga dan kenalan terdekat.

Cukuplah dulu ye sembang, nak sambung buat kerja, jam 2 dah ni. Ada masa aku buat entri raya.

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment