Kebetulan minggu lepas aku dan juniors ke Sungkai untuk sertai kejohanan sempena minggu kemerdekaan. Kami di sana dari awal pagi hingga lewat tengah hari. Adat bertanding, makan berat memang dielakkan demi menjaga stamina dan prestasi. Sesudah kejohanan selesai baru perut membuat signal menandakan sedang kelaparan.
Port terdekat yang terlintas di kepala untuk mengisi perut adalah warung Mee Udang Kak Zai. Kira special treat untuk juniors selepas berhempas pulas memerah keringat di dalam gelanggang. Lokasi warung ini betul-betul di tepi jalan lama yang menghubungkan KL-Ipoh. Kalau guna Waze boleh set Masjid Jamek Kariah Sungkai, sebab masjid dan warung mee udang adalah bersebelahan. Kalau guna highway Plus, exit tol Sungkai dan ke kanan menuju jalan kampung. Pandu hingga jumpa simpang empat traffic light, ngam-ngam sebelah simpang akan jelas nampak warung Mee Udang Kak Zai.
Warung Mee Udang Kak Zai bagi aku cukup instafamous, sebab senantiasa penuh dengan pelanggan. Aku merupakan pengguna regular jalan kampung jika ke Ipoh, dan kerap singgah solat di Masjid Jamek Kariah Sungkai. Tetapi tidak pernah berpeluang untuk menikmati mee udang Kak Zai. Niat di hati memang mahu mencuba tetapi melihatkan jumlah pelanggan yang ramai, aku jadi malas. Malas untuk menunggu !
Berbeza pula pada kali ini, pelanggan tidak ramai, jadi tanpa ragu-ragu aku dan juniors melangkah masuk. Mata terus tertancap pada kain rentang yang memaparkan menu serta dengan harga sekali. Menu utama adalah cendol dan pelbagai jenis mee dengan harga yang pada aku cukup berpatutan. Atas dasar ingin mencuba, kami order cendol jagung, cendol special, mee bandung dan juga mee kari udang. Servis cukup pantas, dan pesanan kami cepat sahaja tiba.
Mula-mula yang terhidang di depan kami adalah cendol jagung dan cendol special. Kaya dengan ramu-ramuan, kami hirup buat penghilang dahaga. Rasanya ok, cuma mungkin sebab kami dah terbiasa dengan cendol santan sawit Hj Pozi Tanjong Malim, rasa cendol Kak Zai kurang menyerlah. Lagipun ketulan ais agak kasar dan besar, selera aku lebih kepada cendol dengan ais yang dikisar halus.
Kemudian giliran mee bandung dan mee kari udang pula yang terhidang di hadapan kami. I tell you, baunya saja sudah merangsang kalenjar liur, tangkap leleh you ! Kuah mee kari aku hirup dengan rakus, cukup pekat dan likat. In fact, dihujung hidangan, sampai licin aku hirup kuah mee kari, memang lazat. Mee bandung pun sama, licin licau kuahnya kena hirup slurps ! Udang pun besar-besar dan agak fresh juga.
Next time aku dah set nak datang lagi. Nak repeat mee kari dan mencuba pula menu-menu yang lain seperti laksa ikan seekor, nasi goreng udang dan opkoz mee udang Kak Zai.
Regards: Ketam Batu.
No comments:
Post a Comment