Friday, 15 June 2012

Trip To Kota Kinabalu, 3-6 June 2012

Petang my birthday, kena terbang ke Sabah untuk proses vetting. Kebetulan my bro masih di kampung, terpaksa parked my car dalam long term parking bay. Boleh tahan juga kadar bayaran tapi tak apalah... nanti boleh claim dengan my department. Kalau tak silap minimum parking adalah RM150++ and at least for 3 days. Long term parking bay terletak di Blok A tingkat 4... bangunan setentang dengan main terminal building. Masa nak masuk ke parking Blok A, auto machine dysfunction... call operator guna intercom dan automatically palang terbuka. Masa masuk agak seram juga sebab tak ramai orang, tapi jangan risau sebab setiap penjuru ada CCTV.... at least akan ada bukti bergambar apa yang berlaku ke atas anda... hehehehe

Lepas parked terus snap signboard, senang nak cari bila balik nanti.

4 tahun tak berurusan di KLIA, just realised dah tak ada check-in counter for domestic flight... everything by kiosk. No wonder masa I jenguk electronic board hanya tertulis kiosk pada bahagian counter, ingatkan counter untuk check in masih belum buka... nasib baik fly dengan K. Ain, dia yang tolong check in dan dapatkan boarding pass for me... if not tercengang2 kat situ tak tahu nak buat apa. But its very easy actually and there is always MAS ground staff who more than willing to give hand whenever you encounter any problems.

Kiosk untuk urusan check-in.


K. Ain & family sedang berurusan di kiosk bagi mendapatkan boarding pass.

Our flight ke KK berlepas jam 5.30 pm... penerbangan MH 2662 mengambil masa kira2 2 jam 45 minutes. 8ish gitu kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu... semua urusan di airport berjalan lancar dan kami antara penumpang terawal menerjah kaunter imigresen... sebab tak ada check in luggage. Keluar saja dari pesawat terus meluru ke toilet (awat K. Ain masuk toilet lelaki... hahahahaha) then terjah imigresen. Sebab kami sampai agak lewat, tiada driver jabatan datang menjemput kami, gunakan teksi airport ke Grand Borneo Hotel dengan harga RM50, teksi Toyota Innova... agak murah juga sebab kami kongsi berdua... in fact boleh claim pun dengan jabatan balik nanti.

Selamat tiba di KKIA.

Urusan check-in hotel pun tak lama... very efficient En. Perry menguruskan urusan check in kami. Masuk bilik hantar barang kemudian keluar semula ke 1Borneo untuk dinner. Food court semua dah tutup... hanya McD dan KFC yang masih buka... last2 McD jadi pilihan, order burger ayam. Kenyang terus balik bilik, mandi dan tidur.

Perry dengan penuh dedikasi membantu urusan check-in kami.

Sepanjang 4 hari 3 malam di KK, masa dipenuhi dengan urusan rasmi. Hanya sebelah malam kami free. Ladies for sure tiap2 malam mengunjungi Pasar Phillipines, for guys terperap sajalah di bilik. At the second nite, my kids and in-laws came over from Tenom to visit me in the hotel. Have a very nice dinner @ Senario Cafe then having a fun at a fun fair, just opposite to the Grand Borneo Hotel. Unfortunately heavy rains came after just 30 minutes we had fun there... poor my kids, tak puas main sekali hujan ribut yang datang. Hujan berhenti they sent me back to the hotel and returned tomorrow morning for some bonding. Around 10ish they drove home for Tenom.

Food kat sini boleh tahan sedapnya.

Flight balik KL sepatutnya jam 7ish pm berlepas dari KKIA tapi ditunda atas masalah  mekanikal. Around 8ish baru kami berlepas... dan hampir 11 malam baru selamat tiba di KLIA. Lepak2 kat waiting hall then pergi ambil kereta... drove balik Shah Alam dan tidur kat Masjid Shah Alam... Next morning mandi kat masjid dan terus masuk office.

Episod nak balik kampung

May 30-31, 2012 (Wednesday/Thursday)

Dah apply cuti 3 hari, nak balik kampung. Tapi kereta kena service dulu. Hantar pergi bengkel di Sec 25 Shah Alam, awal pagi dah sampai jadi 1st customer. Niat asal cuma nak tukar minyak hitam, tapi melalut sampai kena tukar power steering belt, aircond belt dan entah apa nama belt satu lagi. Noted, pemilik KIA dan NAZA memang azab kalau ada spare parts kena tukar... mahal dah satu hal, nak cari spare part lagi satu hal.... like me, masuk awal pagi, tengah hari baru siap.... dah rugi separuh hari cuti. Datang bil $400++ sigh!!!!


Nak bertolak balik kampung dah lewat... selesai servis kereta dan sedikit urusan pejabat (kata cuti....) dah jam 4ish, balik Tg Malim dululah. Singgah kat satu restoran tomyam nama Soltam kalau tak silap untuk dinner... order nasi putih 2 pinggan, tomyam campur dan kangkung goreng belacan... sedap tak terkata.




Dah kenyang baru gerak cari hotel untuk tidur... cuba check in Anggerik Desa, fully booked. Jenguk sebelah, nampak signboard Hotel Cahaya atas restoren mamak. Panjat naik tangga untuk tanya kalau ada bilik kosong.. yippee ada dengan harga RM60 semalaman... Oklah untuk mandi dan rehatkan badan.


Esok pagi lepas check out dan breakfast kat mamak bawah Hotel Cahaya, terus gerak balik kampung. Bergegar-gegar bunyi bawah kereta... ada benda nak kena ganti lagi lah tu... tawakkal sajalah sepanjang 8 jam perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai, dan selamat kembali ke Tg Malim semula 2 hari kemudian... nak baiki kat kampung mana nak dapat spare parts.... tawakkal sajalah drive kereta rosak balik KL semula.


Thursday, 14 June 2012

Mamak oh mamak!!!

May 28, 2012 (Monday)

Sebelum report duty, keluar ke Shah Alam untuk gunting rambut dulu. Sementara tunggu kedai gunting rambut dibuka jam 11... yes jam 11...... singgah di restoran mamak bersebelahan untuk bersarapan dengan roti canai dan teh tarik... nikmat tak terkata. Not the best teh tarik tapi disebabkan dah lama tak pekena teh tarik mamak, setiap teguk dinikmati dengan penuh syahdu.... hahahahaha....





Perut dah diisi, tapi tukang gunting belum sampai... singgah kat mini market berdekatan beli minyak rambut.... susah pula nak cari Code 10 botol putih...... as a record, a week later baru jumpa kat satu kedai runcit di Tg Malim. 1/4 past 11 baru macha kedai gunting tu terhegeh2 nak buka kedai... selamat maju jaya betul dia ni....

Review Hotel Anggerik Desa Tanjong Malim

 Hotel Anggerik Desa

Intro
Hotel Anggerik merupakan sebuat hotel budget di Tanjong Malim, tidak jauh dari kampus lama Universiti Pendidikan Sultan Idris. Harga bilik biasanya di antara RM50 sehingga RM120 tapi boleh mencapai dua atau tiga kali ganda di waktu puncak... eg: konvokesyen UPSI.


Lorong kecil menuju ke bilik2 penginapan.

Check-in & check-out
Hanya serahkan IC dan bayaran kepada petugas kaunter dan soalan lazim beliau adalah "Perlu towel ka emcik?"........ untuk makluman saya merupakan pelanggan setia Hotel Anggerik sejak 10 tahun yang lampau.... dan setiap kali saya check-in, beliau akan mengutarakan soalan yang sama. Masa check-out hanya tinggalkan kunci di atas kaunter.


Dinasihatkan anda membawa tuala anda sendiri.

Kebersihan & kemudahan dalam bilik
Bilik agak kecil, hanya memuatkan sebuah katil, almari pakaian dan kerusi serta sebuah meja kecil. Bilik senantiasa bersih, tapi bagi mereka yang amat memerlukan ruang... saya tidak galakkan anda menginap di sini kerana saiz biliknya yang terlampau kecil. TV masih model lama (saya peminat LED TV) dan siaran sering terganggu.... antena pun dah patah2.

Lokasi
Amat dekat dengan kampus lama UPSI. Sekitar hotel ada banyak kedai makan, juga tidak jauh dari masjid dan pekan Tanjong Malim (dengan syarat anda ada kenderaan sendiri).




Susun atur perabot memang agak sesak. Silap2 mahu terhantuk kepala ke dinding masa tidur.


Old fashioned television.




Old but clean bathroom.

Review Histana Hotel Klang - Standard Room

Hotel Histana Klang 

Intro
Hotel Histana merupakan sebuah hotel berstatus 3 bintang terletak tidak jauh dari Shah Alam. Saya booked standard room melalui Agoda dengan harga RM80++ tanpa breakfast.

Check-in dan check-out
Urusan daftar masuk amat pantas, kombinasi kecekapan staff dan juga sebab tidak ramai tetamu. Kebetulan masa saya daftar masuk (hampir jam 11 pm) tiada bilik disediakan untuk saya walau tempahan telah dibuat seminggu awal melalui Agoda. Pengajaran berguna, selalu follow up dengan hotel berkenaan sebelum anda tiba, terutamanya jika anda melancong ke luar negara.... tiada bilik merempatlah jawabnya jika hotel berdekatan pun fully booked. Nasib saya agak baik, masih ada bilik kosong yang tersenarai dalam system mereka... selamat saya untuk malam tersebut. Urusan daftar keluar juga sepantas daftar masuk, tinggalkan kunci bilik, dan tunggu petugas kaunter keluarkan resit hotel.... cepat dan pantas.

Kebersihan & kemudahan dalam bilik
Bilik agak usang tapi masih bersih... mengingatkan saya kepada Wina Holiday Villa di Bali. Tilam masih empuk tapi bantal agak kurang selesa. Bilik air bersih tapi dekorasi bilik air amat out-dated. Hanya tabir plastic digunakan untuk memisahkan ruang mandi dengan toilet. Air akan melimpah ke segenap ruang lantai bilik air bila anda mandi, tiada bath tub tapi nasib baik hot water system masih berfungsi dengan baik. Mini bar juga kosong kecuali dibekalkan dengan 2 botol mineral water. Iron tiada, jadi anda perlu call petugas untuk dapatkan iron. TV dengan siaran yang agak terhad (masih guna model lama tu... patut dah tukar kepada LED TV flat screen....).

Lokasi
Pada hemat saya, lokasi sedikit jauh dari Shah Alam dan juga Bandar Klang, terutamanya bagi mereka yang tanpa kenderaaan. Tapi pihak hotel ada menyediakan kenderaan beserta pemandu untuk mereka yang perlu.

















Monday, 4 June 2012

End of my journey in Perth vs Welcome back to Malaysia

May 27, 2012 (Sunday)

Mixed feeling... a little bit upset kerana perlu meninggalkan bumi Perth secara tergesa-gesa, and happy yang teramat kerana dapat balik ke Malaysia. Sedar tak sedar, sudah hampir 4 tahun diperantauan.... antara memori terindah dalam hidup.... penambah perisa dalam asam garam kehidupan.....

My flight sejurus selepas midnite.... saja ambil flight malam jadi boleh selesaikan segala urusan tertunda disebelah siang, dan malam dalam flight boleh tidur nyenyak.... About 8ish bertolak ke airport bersama Sharon and my wife. Traffic agak lancar, belum jam 9 dah terpacak di Perth International Airport. Timbang luggage dulu, sekali terlebih hampir 5 kg... malas nak ambil risiko, just keluarkan mana2 yang rasa tak perlu, dan minta wife bawa balik.

Selesai urusan check-in, we had our dinner kat airport... fish burger, fries and soft drink. Makan2 sambil sembang ringan.... about 11ish Sharon and my wife gerak balik, leaving me mati kutu kat airport.... Decided untuk masuk awal ke departure hall, boleh pusing2 kedai bebas cukai.




Lama2 kat dalam pun mati kutu juga, lebih2 lagi tak ada apa sangat yang nak dibeli (lebih tepat lagi tak ada duit sangat.....). Cari port dekat dengan pintu berlepas, boleh lepak2 sambil lelap mata. Tapi mata tak boleh lelap pun, asyik ulang alik ke toilet, my bad habit kalau kena naik flight.

Around midnite, announcement for my flight MH120 kedengaran... cepat2 beratur sebab mata dah ngantuk sangat. First time dapat naik Airbus A330-300, biasa flight Perth-KL guna Boeing 777-200ER.

Just wonder, kenapa air crew MAS especially for international flight mesti tahap macit2 dan pacit2? Compared to Singapore Airlines, air crew dia mostly muda rumaja.... sedap mata memandang... but couldn't denied, this MAS senior aircrew rich with experiences... and their stewardes still in well-shaped... hehehehe


Penumpang tak ramai, mungkin hanya 1/3 aircraft dipenuhi passenger... 3 seats untuk satu passenger, selesa nak tidur siap boleh baring2. Cuma tak tahu pula kalau flight midnite, makanan hanya disediakan sebagai breakfast. Meaning my flight berlepas half past midnite, makanan hanya akan dihidang jam 5 pagi.... lapar gila perut. Passenger hanya diberi kacang masin sebagai alas perut... nasib baik penumpang tak ramai, stewardess dok balik2 offer kacang.... dapat berbungkus2 kacang sepanjang flight.




Dah lupa makan apa dalam pesawat... tapi sedap juga, tambah pula perut tengah lapar. Dah kenyang sambung tidur balik... hehehehe. Tepat jam 7 am pesawat MH120 selamat mendarat di KLIA. My new life began.....


Aircraft mendarat di satelite terminal, kena naik aero train ke main terminal building. I must admit, the signboard a little bit confusing at first... terkial2 nak cari tempat collect luggage... or maybe its just me? Tapi mat salleh yang sama flight pun sama, masing2 buat muka confius.




No hassle with immigrations and customs.... semua lepas dengan penuh senyuman. First thing first, kena cari simcard Malaysia dulu... Singgah Celcom, pastu Digi.... then pusing balik ke Celcom. Beli simcard Celcom... nombor Celcom mula dengan 011, dan bukan lagi o19.... setia betul dengan Celcom, memang dari dulu pelanggan Celcom....




Dah ada local number baru boleh call my bro minta datang pick-up. My bro datang dengan full immigration uniform... rasa macam kena tangkap sebab jadi PATI pula, pastu kena angkut dengan van immigration..... semua mata dok pandang. Singgah kat depot tahanan immigration KLIA untuk ambil kereta... minum2 kemudian cari port untuk breakfast. Then gerak ke rumah my bro di Nilai. Masa ni both my niece and nephew tengah demam... kesian!!!




Lepak rumah my bro sampai petang, then gerak balik Shah Alam... bermulalah episod seorang homeless di bumi Malaysia.....

Blue sky and drinks with Dominique and Shane

May 25, 2012 (Friday)

Captured this pic when on the way to Shane's office. Later in the late afternoon, me, Shane and Dominique had a drinks somewhere near to Floreat Forum. A replacement for my farewell party. My sincere apology to both of you for couldn't make it on Monday.

 The view was so great.


Next day cleared out my working station @ CSIRO.

Men in Black 3

May 26, 2012 (Thursday)

Agent K dan Agent J kembali dalam Men in Black 3. Kisah kali ini berkisar tentang penjenayah dari kalangan makhluk asing yang berjaya merentasi masa untuk membunuh Agent K. Agent J terpaksa kembali ke era 1960's dalam misi menyelamatkan nyawa Agent K.

Sinopsis kontot... sebab N3 ini bukan untuk review MIB3 tapi pasal jalan2 cari barang sebelum balik Malaysia. Tapi sayang duit punya pasal, satu benda pun tak beli. Dalam sayang duit, tetap singgah Gloria Jean's untuk pekena ice choc dengan cheese cake.

Dah masuk dalam cinema baru perasan 3D tool belum beli, kena keluar balik ke kaunter.

I will miss you Miss Gloria Jean's.


Sunday, 3 June 2012

Bye-bye Miss Fairmont

May 23, 2012 (Wednesday)

After nearly 4 years of excellent services, its time to say good bye to Miss Fairmont, our luvly car. Hope the new owner will take a good care of you.... Today and for the next few days, we have a couple of potential buyers coming to see and to test drive her. And for us, expecting a reasonable price from this potential buyers, since Miss Fairmont heart still running very well.


Funny guy... looking for cheap car but his stupid request beyond my imagination.

 She served us with full of dedication.

We sold her for 2k aussie dollars, Miss Fairmont last contribution for us.

See the guy in red shirt, pretending like an expert but obviously he know nothing about car... sigh!!!!!