Tuesday 8 August 2017

CSR FUN LEARNING WITH PROTON CITY COMMUNITY


Hujung minggu lepas memang terisi betul masa. Memenuhi jemputan kahwin, anak training bola dan juga hal-hal peribadi yang lain.

Padat macam mana pun, sempat juga hantar anak untuk sertai CSR Fun Learning anjuran MPP dan PERCAS UPSI. Program untuk melestarikan proses pembelajaran dan meningkatkan minat serta pemahaman.

Program-program sebegini sebenarnya merangsang keberanian anak-anak untuk jadi lebih pro-aktif, berani untuk bersuara dan juga berani untuk bertanya.

Aku pun sebenarnya tak berapa tahu sangat pengisian program, cuma sempat sertai sekejap sahaja masa mula-mula program nak start dengan penutup.

In between terpaksa bergegas untuk ke sesi training bola anak yang satu lagi, serta selesaikan beberapa isu.

Personally, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur terutamanya abam2 dan akak2 fasilitator yang sanggup mengorbankan hari minggu demi menabur budi dalam program kemasyarakatan sebegini.

Sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar siswazah pendidikan. Malahan ada juga yang telah bertugas, tapi sanggup turun ke UPSI Tanjong Malim kerana minat untuk menyumbangkan tenaga dan idea bagi menjayakan CSR Fun Learning with Proton City Community.

Tahniah untuk anda ! dan terima kasih sekali lagi.

- Ketam Batu -

Monday 7 August 2017

LOCENG AGUNG UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Hujung minggu yang baru lepas aku ke UPSI memenuhi undangan majlis perkahwinan. Majlis resepsi diadakan di dewan SITC. Majlis berlangsung gilang gemilang dan makanan pun sedap-sedap.

Selamat pengantin baru aku ucapkan dan semoga ikatan pernikahan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selepas makan dan salam lebih kurang aku bergegas keluar dari dewan untuk ambil angin. Bukan kerana dalam dewan panas tetapi anak bongsu aku yang umur setahun tak reti duduk diam. 

Sebelum dia meragam tarik kerusi dan ganggu tetamu lain makan, baiklah kami undurkan diri dulu.

Waktu itu juga waktu puncak, ramai tetamu yang berduyun-duyun datang untuk meraikan pengantin. Jadi pada pendapat aku, moleklah yang mana sudah selesai makan dan santuni tuan rumah, undurkan diri. Ataupun sekurang-kurangnya beri peluang tetamu lain duduk dan makan dengan selesa pula.

Ini tidak, aku perasan ada species yang pantat bagai kena gam pada kerusi. Tak reti-reti nak bagi orang lain duduk untuk makan, dah nampak ada hamba Allah dengan anak-anak kecil melilau cari port untuk makan, kau buat-buat tak nampak sambil bergosip dan update FB !

Waktu puncak seat memang limited, jadi bertimbang rasa lah ye !


Keluar dari dewan SITC, depannya ada satu taman. Nampak cun untuk melepak sambil ambil udara segar. No smoking ye dalam kawasan kampus, jangan tersasul ada yang mencucuh putung rokok pula.

Masa duk melepak-lepak, aku perasan ada satu arca agak menarik. Aku snap gambar dan baca keterangan berkenaan arca tersebut.

Loceng agung diberi nama.....

Khabarnya, loceng agung ini diperbuat dari rel keretapi dan berfungsi sebagai pemberitahuan masuknya waktu untuk aktiviti-aktiviti tertentu dalam kawasan kampus.

Loceng tersebut akan diketuk dan dengungan loceng agung dikatakan boleh didengari di keseluruhan kampus SITC atau kini kampus UPSI lama.

Pada zaman darurat pula, bunyi dengungan loceng agung juga menandakan ada bahaya dan penghuni kampus perlu bergegas mencari perlindungan.

Mengikut catatan, loceng agung yang dipamerkan ini hanyalah replika kerana loceng agung yang asal telah hilang sekitar tahun 70an. Sejak kehilangan loceng agung, fungsinya telah digantikan dengan loceng elektrik.

Kemanalah agaknya menghilang loceng agung yang asal, masih wujudkah atau telah dicanai menjadi peralatan yang lain. Teringat kata-kata tukang sembelih, rel keretapi memang dicari-cari mereka untuk dibuat pisau atau golok.

Pisau atau golok yang dicanai dari besi rel keretapi cukup tajam, berkualiti dan tahan lebih lama. Pantangnya cuma satu, jangan diguna untuk menghiris bawang. Biasa bawang boleh menyebabkan pisau sebagus manapun akan pendek jangka hayatnya.

Itu kata pakcik tukang sembelih pada aku dulu. Lama dulu, masa aku masih bersekolah rendah ! Masa itu juga loceng yang diketuk dengan rod besi masih digunakan sebagai penanda mula dan tamatnya sesuatu matapelajaran. Kemudian baru masuk era loceng mekanikal dan loceng elektrik.

Sekian rapuan aku, lain tajuk lain penceritaan semuanya caca-merba.

- Ketam Batu -

Sunday 6 August 2017

BUAH TANGAN KECIL TAPI SIGNIFIKAN DARI BHPetrol


Sebelum ke tempat kerja, aku singgah petrol station nak top-up minyak. Aku bukan memilih sangat, Vios aku mentekedarah je mana-mana petrol.

Cuma aku lebih kerap ke Petronas dan Shell, ada sebab dan musababnya.

Petronas sebab aku adalah pengguna kad kredit CIMB Petronas dan kad Mesra Petronas. Kadar penggunaan petrol aku sebulan di antara 4 ke 5 ratus. Dengan kadar tersebut, setiap bulan aku dapat rebate dari CIMB Petronas sekitar 20 atau 30 ringgit. Memang untuk petrol di Petronas, aku akan guna kad kredit.

Shell pulak sebab aku ada kad BonusLink. Setiap kali isian petrol akan ada mata bonus. Kumpul lama-lama ada jugak la habuannya. Tak lah banyak tapi ok juga dari tak ada langsung.

Cuma pagi tadi aku singgah BHPetrol sebab regular Petronas petrol station yang aku singgah tutup untuk renovation. Shell pulak jauh dan bukan dalam laluan aku ke tempat kerja.

Pilihan paling dekat, BHPetrol. 

Aku isi dalam 30 ringgit je, lepas bayar adik yang jaga kaunter hulur satu kotak tisu. Tanda ingatan untuk customer katanya.

Comel je..... maksud aku kotak tisu ! Tapi adik cashier pun comel gak !

Kotak tisu cenonet je pun, apa yang aku kecoh sangat sampai up dalam blog ! Kecil atau besar bukan soalnya abang akak pakcik makcik, tapi sentimental menghargai customer yang buat valuenya jadi mahal.

Aku ambil contoh insurans. Aku pernah ceritakan dalam entri terdahulu. Aku terminate bukan sahaja kerana manafaat yang sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa, tapi juga kerana agen yang kemut melampau dengan customer. Lepas aku sign-up terus lenyap dari pandangan. Paling kurang bagi le planner ke, payung ke, sekali setahun je pun !

Kalau tengok pada kotak tisu tersebut, tertera "WIN ! A BHPETROL MALAYSIA 60TH MERDEKA DAY GOLD COIN'. Ada peraduan sempena hari kemerdekaan rupanya dari BHPetrol.

Baca detail lagi, kena isi borang yang boleh didapati dari mana-mana BHPetrol dan submit sebelum 31 Julai 2017.

Ok ! dah lepas hahahahaha !

Belek lagi kotak tisu tersebut. Tercatat "INFINITI EURO 5 DIESEL, first in Malaysia". Kiranya BHPetrol yang mula-mula jual diesel standard Euro 5 di Malaysia.

Kelebek lagi.......

INFINITI RON 95 and RON 97 THE PREMIUM FUEL

1. High quality additives from Germany
2. Maximum strength petrol additives at 800ppm
3. Made by the World's Leading Chemical Company
4. Superior deposit cleaning agents
5. Friction reducing agents

Details sila lawat www.bhpetrol.com.my

Thank you adik BHPetrol !

- Ketam Batu -

Saturday 5 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART III - AKU RAYA DI TENOM SABAH !



PART IPART II - Kisah sebelumnya.

Caca-merba penceritaan aku tapi bertabahlah kalau korang masih minat nak baca. Tak berapa menarik mungkin cerita raya aku tapi cukuplah untuk aku coret dan jadikan kenangan.

Boleh dikatakan hampir kesemua warga desa aku dan sekitarnya adalah warga tani. Hidup sebagai petani korang tahulah, pendapatan tidak menentu. Kadang-kadang sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Jadi tak kesemua mampu memiliki kenderaan 4 roda melainkan motosikal semata. Sekadar motosikal mana nak muat seisi keluarga nak pergi beraya.

Sebagai alternative, mereka biasanya akan pergi beraya secara berkonvoi. Cari dua tiga buah 4 wheels ataupun truck pick-up, kemudian naik ramai-ramai. Kekadang belakang truck pick-up penuh dengan penumpang.

Berdiri ramai-ramai dalam pick-up, terhuyung-hayang sebab jalan kampung bukan elok sangat, sambil bergelak ketawa. Nampak macam membahayakan diri tapi seumur hidup aku tak pernah pula dengar sebarang malapetaka.



Kalau di bandar-bandar besar, menjadi kebiasaan politician buat rumah terbuka. Jemput rakyat jelata dan potential voters datang bertandang. Tempat aku yang pedalaman pun ada juga. 

Siapa sangka, Tenom menyimpan seorang ahli politik yang berpotensi, Jamawi Jaafar yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Turut menerima jemputan tetapi atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan aku dan keluarga tidak dapat menghadirkan diri.



Jika diikutkan cerita orang lama, tapak surau ini diwakafkan oleh seorang mualaf. Aku tak tahu nama asalnya tetapi selepas memeluk agama Islam, beliau lebih dikenali sebagai Haji Azmi.

Namun selepas kematian beliau, dan semakin kurang penduduk beragama Islam kerana berhijrah ke tempat lain, surau tersebut terbiar dan diabaikan untuk tempoh yang agak lama. 

Seingat aku memang belasan jika tidak puluhan tahun surau ini ditimbuni semak samun. Tapi Alhamdulillah, pada Ramadhan yang lepas Surau Haji Azmi kembali diimarahkan. Solat tarawikh diadakan saban malam sepanjang Ramadhan, begitu juga dengan solat 5 waktu.

Semoga surau ini akan terus diimarahkan dan tidak terbiar seperti dahulu. Jika diimarahkan, maka tertunai hasrat arwah Haji Azmi sewaktu beliau mewakafkan tapak surau ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana sementara menunggu hari kebangkitan.



Foto ini aku ambil selepas solat Jumaat, misi mencari ayam pencen untuk dibuat sup. Tahu ayam pencen kan, ayam telur yang sudah tidak bertelur secara produktif. Bagilah makan sebagus mana pun, hasil tetap tak seberapa. Jadi dipencenkan dari barisan hadapan yang masih sakan bertelur.

Orang kata ayam pencen, dagingnya agak liat. Tapi bagi aku masih sedap dan empuk. Bergantung kepada cara masakan dan penyediaan. Permintaan untuk ayam pencen sentiasa ada, kadang kala permintaan mengatasi pengeluaran. Kata orang juga, ayam pencen lebih berkhasiat berbanding ayam daging.

Melalut betul entri aku kali ini, memang caca merba. Terima kasih jika ada yang sudi baca. Nanti aku sambung lagi dalam PART IV.

Sekian.

- Ketam Batu -

Friday 4 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART II - AKU RAYA DI TENOM SABAH !


PART I - Kisah sebelumnya.

Monumen ini dibina sebagai mercu tanda pasar basah di pekan Tenom. Lokal dah tak heran dengan ikan batu-batuan ini, tapi pelancong asing sakan nak berswa-foto termasuklah aku.

Aku pun kira pelancong jugak sebab setahun sekali dua sahaja balik Tenom. Pasar basah di pekan Tenom ini agak sesak menjelang hari raya. Maklumlah ramai umat yang membeli-belah untuk beli barangan dapur, nak masak hidangan raya.

Aku biasanya tunggu dalam kereta saja, bini aku dengan mertua yang akan masuk pasar shopping. Tak daya aku nak bersesak-sesak dalam tu.

Tapi tahun ini aku tak perlu risau untuk bersesak-sesak dalam pasar Tenom. Sebabnya tahun ini, aku menyambut 1 Syawal di KLIA2 dan dalam flight bersama Air Asia.

Ye.... aku tak sembang dalam entri terdahulu. Tahun ini 1 Syawal kami di dalam flight, balik kampung Tenom di pagi raya. Tapi ramai juga balik kampung pagi raya, sama flight dengan aku ramai je siap berbaju raya. 

Kami dressing biasa-biasa je sebab rimas kau nak berbaju melayu dan berkurung bagai kejar flight, kemudian dari KK nak ke Tenom bukan dekat. Sampai kampung semua dan lencun dengan peluh dan berbau hapak.


Kau tau apa yang indahnya beraya di desa?

Banyak keperluan harian tak perlu keluarkan duit pun. Boleh main petik saja tepi rumah. Sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan tumbuh subuh keliling rumah. Nak makan ayam, sembelih saja ayam kampung.



Modal cuma kena rajin keluarkan peluh. Umum memang mengetahui daerah Tenom cukup subur dan sesuai untuk industri pertanian.

Campak saja biji benih pasti akan tumbuh dan mengeluarkan hasil yang lumayan. Tenom pada suatu ketika cukup terkenal sebagai pengeluar kopi dan koko utama di Sabah. Namun kejatuhan harga komoditi (harga pasaran dan juga manipulasi harga oleh orang tengah) menyebabkan petani tempatan hilang minat.

Kini getah dan kelapa sawit menjadi pilihan disamping pisang. 



Tiada batasan agama, tiada batasan keturunan, tiada batasan darjat. Semuanya bergembira menyambut Aidilfitri tanpa prejudis. 

Keluarga aku memang majmuk dalam beragama, ada yang muslim dan ramai juga yang non-muslim. Open house raya memang terbuka untuk semua. Betul-betul 1Malaysia punya sambutan.

Anak-anak buah aku yang non-muslim memang excited kalau tiba hari raya. Inilah masanya nak merasa dapat duit raya dan main bunga api. Chinese New Year dan Christmas, anak-anak aku pula yang terlebih excited. 

Bagus bagi mereka, dapat merasa pelbagai jenis perayaan dalam suasana harmoni dan majmuk. Opkoz syariat beragama juga aku tekankan supaya tidak melampaui batas, juga tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.



Ini menu hari raya ke tiga kalau tak silap. Menu open house kat kampung aku tak lah grande macam kat KL nun. Nasi putih dan lauk pauk adalah kebiasaan. Jarang sangat jumpa sate pasta western bagai.



Gabungan kuih muih tradisional dan yang tak berapa nak tradisional. Ini yang dihidangkan kepada tetamu sebagai menu sampingan. Menu utama sudah tentulah nasi putih dan lauk pauk tadi. 

Nampak biasa-biasa je kan ! Tapi kalau dah berkumpul seisi keluarga, yang biasa-biasa pun boleh jadi marbeles dia punya kelazatan. Paling penting dapat beramah-mesra dengan saudara mara yang cuma sesekali dapat bersua-muka.

Sekian dulu, nanti kita sambung cerita dalam PART III.

- Ketam Batu -

Thursday 3 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART I - AKU RAYA DI TENOM SABAH !


Tahun ini mencatat sejarah sebagai tahun pertama aku beraya sebagai anak yatim piatu soob ! soob ! soob !

Ayah aku meninggal dunia 10 tahun yang lalu, mak aku pula menyusul bulan April yang sudah. Tak sempat dia nak merasa suasana Ramadhan dan Syawal untuk tahun ini.

Al-Fatihah buat arwah mak dan ayah aku, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana sementara menunggu hari kebangkitan.


Tahun ini aku beraya di Tenom, Sabah dan terbang bersama airlines tambang murah Air Asia. Tambang murah yang membuatkan poket aku rabak. Tahu sajalah tiket musim perayaan untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Murah bagi orang lain kut, tapi senak juga bagi aku.

Kebiasaan balik raya kami guna waran kerajaan sebab bini aku kakitangan gomen. Tapi disebabkan masalah teknikal, terpaksa guna duit poket sendiri. Simpan waran untuk balik hujung tahun kalau ada rezeki.

Penerbangan Alhamdulillah smooth, sumandak yang jadi stewardess pun come lote belaka. Anak jantan bongsu aku sempat rembat koleksi patung beruang yang dijual dalam penerbangan tersebut. Pelik aku, anak jantan suka patung beruang !

Tenom ini agak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sekitar 2.5 hingga 3 jam pemanduan jalan darat. Sebaik mendarat di KKIA, melalui bantuan salui aku (salui bermaksud biras) kami dapatkan teksi untuk ke Tenom. 

Boleh hubungi Vincent 012-8114285 kalau korang perlukan teksi untuk ke Tenom/Keningau dari Kota Kinabalu. Toyota Unser beliau agak selesa jugalah.

Apa istimewanya Tenom? Nanti aku cerita apa menarik di Tenom, mungkin korang berminat nak melawat Tenom dan nombor Vincent mungkin berguna.

Untuk makluman, Tenom terkenal sebagai pusat kebudayaan Murut, dan juga terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi bagi negeri Sabah.

Sekian dulu, nanti sambung cerita lagi. PART II

- Ketam Batu -

Wednesday 2 August 2017

EKSPO TANAM TUAI DAERAH MUALLIM 2017


Memetik maklumat dari portal rasmi Jabatan Pertanian;

"Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan".

Tak dinafikan nilai duit kita makin lama makin mengecil. Paling mudah kalau aku pergi shopping bekalan dapur kat pasaraya, tak penuh pun troli tapi bil boleh mencecah tiga pat ratus ringgit.

Giler kentang punya mahal, tapi mahal macam mana pun kena beli juga sebab keperluan. Tak beli tak berasap dapur. Dapur tak berasap maka tak berisi la perut.

Tapi kalau diikutkan, tak semua bahan dapur kita kena beli. Ade je yang boleh kita tanam tepi rumah, kalau rumah yang jenis ada tanah le kan. Tak bertanah pun, masih ada alternative kalau nak bercucuk tanam.

Setakat cili, lengkuas, kunyit, halia, serai, pandan, ubi kayu, terung, betik dan sebagainya boleh je kita keluarkan sendiri. Kan banyak boleh jimat. Tapi aku tahu, sembang memang mudah, nak mulakan yang jadi susah.

Maka Jabatan Pertanian pun mempergiatkan kempen pertanian bandar untuk menggalakkan kita semua yang duduk kat bandar ini tidak kedekut untuk mengeluarkan peluh bagi bercucuk tanam. Mudah sebenarnya jika mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang betul.



Baru-baru ini bertempat di Proton City Tanjong Malim, Ekspo Tanam Tuai (Program Pertanian Bandar) telah dilancarkan oleh MP Tanjong Malim, Dato' Seri Ong Ka Chuan.

Ekspo ini anjuran UKM Graduate School of Business melalui NGO mereka yang dikenali sebagai  Violet Amity. Violet Amity ini diasaskan oleh pelajar-pelajar MBA UKM-GSB. Penganjuran ekspo ini turut mendapat kerjasama KRT setempat dan Jabatan Pertanian.

Ada banyak aturcara disusun, di antaranya adalah senam robik, demonstrasi teknik pertanian bandar oleh pakar pertanian, pertandingan mewarna untuk anak-anak berusia bawah 12 tahun, pertandingan memasak makanan sihat, pameran agensi berkaitan, food truck dan juga lucky draw. 

Paling win, 1000 biji kelapa muda secara percuma diedarkan kepada pengunjung. Pukul rata, ada 400++ pengunjung berdaftar, jadi setiap pengunjung berpeluang minum 2 biji kelapa muda secara percuma.



Ini adalah scenario dan gelagat anak-anak sewaktu pertandingan mewarna. Anak aku pun ada masuk, maka kematulah bontot aku menunggu kat sebelah. Boleh je tinggalkan sekejap, tapi dah jadi habit aku susah nak lepaskan anak sendirian melainkan dalam kawasan sekolah. 

Anak jantan aku dah masuk umur 9-10 tahun, tapi rasa macam kecik sangat lagi. Kat shopping complex pun aku paksa depa masuk jamban sama kalau aku rasa nak kencing berak. Rasa tak selamat je nak suruh depa tunggu kat luar tanpa pengawasan.



Ini pula gelagat mak bapak budak yang bersaing merebut gelaran Masterchef Proton City. Tema adalah makanan sihat. Aku tak follow sangat sebab pertandingan memasak ini diadakan serentak dengan pertandingan mewarna. 

Pemenang gelaran Masterchef Proton City disandang oleh kumpulan yang dianggotai oleh kaum bapa, juga merupakan satu-satunya kumpulan lelaki, yang lain semua kaum ibu.

Nampak ! Lelaki kalau masak memang handal sebenarnya. Aku je yang tak berapa, bukan tak pandai masak cuma tak berapa nak menjadi je !



Masa tengah rancak nama pemenang lucky draw diumumkan, tetiba muncul lori FAMA membawa 1000 biji kelapa muda untuk diedarkan secara percuma.

Berlarian semua pengunjung dari khemah perasmian ke tempat kelapa muda diedarkan. Aku lek- lek je lepak bawah khemah, dengan harapan nombor aku sangkut untuk lucky draw tapi nan hado. Bayangkan 45 hadiah disediakan untuk acara lucky draw, satu nombor aku pun tak sangkut.

Nasib baik sempat juga aku rembat 3 biji kelapa muda walaupun aku antara yang paling last dalam barisan. Sedap juga kelapa muda keluaran Emanate Agricultural Industries. Lemak berkrim disukai ramai. Tapi pasai apa letak jenama kepala botak ek ?

Ekspo berakhir sekitar waktu tengah hari. Lunch tak ada ek! jadi masing-masing berhamburan balik rumah makan nasik. 

Ekspo yang santai tapi meriah, paling penting banyak manafaat. Tak sabar aku nak tunggu event yang seterusnya. Tahun ini aku berazam nak joint semua sosial event yang dianjurkan sekitar 1MYC Tanjong Malim Bandar Mesra Belia.

Sekian.

- Ketam Batu -