Tuesday, 14 August 2018

TEBUS MATA GANJARAN KAD MESRA PETRONAS


Setiap kali mengisi minyak di Petronas, aku tak pernah lupa swipe kad Mesra. Jika tidak, rasa tak lengkap pula. Pernah ada sekali lupa bawa, sanggup aku balik semula ke rumah untuk ambil kad Mesra (dengan syarat minyak dalam tangki masih cukuplah).

Kelebihan kad Mesra sekarang, mata ganjaran akan digandakan sebanyak 3x untuk setiap liter minyak petrol atau diesel. Setiap 100 mata ganjaran pula bernilai RM1 yang boleh ditebus di lebih 1000 stesen Petronas seluruh negara.

Aku pula memang tak pernah tebus mata ganjaran sehinggalah mata ganjaran kad Mesra milik aku mencecah 11k lebih. Maknanya ada tunai RM100 lebih yang boleh ditebus. Perlu diingat, sebahagian mata ganjaran akan luput setiap 3 tahun (atau setiap 6 bulan jika tiada transaksi aktif selama 6 bulan berturut-turut). Jadi kira ada banyak jugalah mata ganjaran kad Mesra aku yang telah lebur sebelum ini. 

Nak tebus mudah saja, tunjuk je kad Mesra pada cashier stesen Petronas dan cakap nak tebus mata ganjaran. Nanti dia akan check jumlah mata ganjaran yang ada. Aku masa ke Bidor hujung minggu lepas tebus mata ganjaran untuk beli minuman dan jajan anak-anak. Since masih ada lebihan, guna untuk isi minyak juga, pun masih ada lagi lebihan sekitar RM40++

Selamat duit dalam poket, lebih-lebih lagi tengah bulan dompet penuh dengan duit kecil !

Jadi kepada yang memiliki kad Mesra Petronas tapi tak pernah tebus mata ganjaran, cepat-cepatlah berbuat demikian. Rugi kalau mata ganjaran luput begitu sahaja. Nilainya mungkin kecil, tapi duit tetap duit !

Sekian.

66 comments:

  1. kalau mata ganjaran ditebus digunkan untuk pengisian minyak petrol boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..... cakap je dgn cashier, nak isi minyak guna mata ganjaran.

      Delete
    2. Kad pam terus masuk kad mesra ja..buat mcm kad kredit

      Delete
  2. Macam mana kalau kad rosak sedang kn dlm kad mesra masih berbaki rm100 pengisian minyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://senangeja.blogspot.com/2015/07/gantian-kad-mesra-baru-petronas.html

      https://ariazir.blogspot.com/2018/06/petronas-kad-mesra-patah-dan-rosak-ini.html

      Boleh rujuk blog di atas.

      Delete
  3. Salam, nak tanya. Masa redeem tu nak kena tunjuk ic ke? Sebab kad tu saya pegang tapi atas nama dan ic ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tak pernah pula. Kad saya pun kekadang wife yang redeem, Alhamdulillah ok je.

      Delete
    2. Tak perlu tunjuk. Kad mesra saya pernah hilang. Dan saya terima sms kata kad saya ada orang guna tebus petrol. ☹️

      Delete
  4. Salam boleh tau tak. .point banyak mana baru boleh redeem??sbb kalau tgok skrg ada dlm 1000lebih.. Dah boleh redeem ke? ?brpe akan dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kalau 1000 lebih maknanya ada dalam RM10 lebih. Boleh dah kalau nak redeem.

      Delete
    2. Dlm 15ringgit rasa, sy guna kad mesra beli roti gardenia dlm kedai mesra, jimat duit, asal setiap kali nk isi myk jgn tgl kad tu

      Delete
    3. aku td cek dlm ada 260rgt nilai dia..nak tebus x bole..ktanya kna blok..kna isi borang apa tah.isi dh .tgu dua mgu kta br bleh tebus..dh sblan dh.blok lg
      ..petronas nak tipu kot.tel ja.mesin angkat.jdah btl

      Delete
  5. boleh buat pendua kad ke ? sebab kad letak kat lori.. kadang2 pakai kete..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada info berkaitan suplementary card Mesra.

      https://www.mymesra.com.my/Support-@-FAQs.aspx

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu

    ReplyDelete
  7. Boleh tebus online x? Barang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya buat masa ini boleh ditebus di mana2 cawangan Petronas sahaja.

      Delete
  8. redeem utk beli rokok boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr..... tak tahu pula saya hehehe. Barangan lain spt minuman etc saya pernah tebus, memang boleh.

      Delete
    2. Berhenti merokok je bro he he. Tebus makanan atau jajan utk anak2. Lagi pekdah

      Delete
    3. isap nanostix je la..lagi wangi dari rokok
      wife pun hari2 nak xda bau asap ROKOK

      Delete
  9. Ada cara lain ke nak semak mata ganjaran ni? Online ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh semak online https://www.mymesra.com.my/pmlp_login.aspx

      Delete
  10. Macam nk cek bila point expired yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check online https://www.mymesra.com.my/pmlp_login.aspx

      atau, stesen minyak Petronas boleh tanya staf bertugas.

      Delete
  11. Boleh ke tebus point pada waktu malam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu tebus dengan isi minyak, no problem sebab berurusan di pam sahaja. kalau barangan selagi ada staf di kaunter ok saja.

      Delete
  12. Boleh ke tebus barang..contoh minyak enjin atau apa2 kecuali petron dan makanan...

    ReplyDelete
  13. Kad ada dua ni tak yang mana yang saya punya..macam mana nak check ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh check:

      1. minta staf stesen minyak tolong check
      2. tuan check sendiri online https://www.mymesra.com.my/pmlp_login.aspx

      Delete
  14. Tadi check.dia ckp ada rm139.tp ble nak redeem.balance jadi kosong.knpe ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dah jadi kosong, kot tersalah redeem masa check baki. cuba minta check tarikh redeem dan apa yang di redeem.

      Delete
    2. redeem kat kaunter ke pum?

      Delete
  15. Kalau tebus untuk topup kredit phone boleh ke?

    ReplyDelete
  16. Asslm, nk thu point akn expired, nk check mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.mymesra.com.my/pmlp_login.aspx

      sesawang untuk check baki secara online. boleh juga minta staf stesen minyak petronas tolong check.

      Delete
  17. Point kad sy ad 40k lebih.. Agk2 dapt brapa tu..

    ReplyDelete
  18. sekarang sy mgunakan apps setel utk isi minyak. sbm ni sy mgunakan kad debit. masalahnya sekarang sy tk blh nk linkkan apps setel dgn kad mesra sebab no kad mesra dah tk nampak. dah minta cashier check no kad mesra, cuma dpt trace no dpn dan no blkg je no tengah tk dpt trace. apa patut sy buat? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat card replacement, cakaplah kad lama hilang etc.....

      Delete
  19. Saya cuba link kan mesra card dgn setel,tpi dia ckp mesra card saya dh digunakan org lain,kad ada pada saya....

    ReplyDelete
  20. cam ner nak semak point mesra kad guna web sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Haji boleh register dan semak kat sini https://www.mymesra.com.my/pmlp_login.aspx

      Delete
  21. Thanks for info bro...very helpful

    ReplyDelete
  22. Salam, kalau nak tebus point utk minyak enjin, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, tak pernah pula saya cuba. Tetapi secara dasarnya boleh :)

      Delete
  23. Boss kalau saya dh tebus melalui apps SETEL..dalam e wallet ada lbh kurng rm40...boleh ke guna kad tu sbb point dh jadi rm

    ReplyDelete
  24. Camne nak tebus tiket wayang tgv

    ReplyDelete
  25. Kalau staff petronas ada berpuluh kad mesra untuk diri sndiri mcm mne ye? Amik point customers yg tk ada kad.. Itu halal ke? Just tanye..

    ReplyDelete
  26. Kalau point byak skit terus kena block knapa yeah? ?kad dlm 1 bln ada lima kali tukar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pulak jadi. mungkin readers lain boleh kongsi pengalaman.

      Delete
  27. kenapa susah sngat nak register on line???????????

    ReplyDelete
  28. Kalau nk tebus buat beli minyak petrol di pum dlm rm 5 berapa point akan ditolak dari kad mesra ya

    ReplyDelete
  29. Yang tak bagusnya kad mesra Petronas ni,siapa² pun boleh tebus hak kau bila kad ni hilang...

    ReplyDelete