Tuesday, 26 March 2013

Review Harbour View Hotel, Kuching


Harbour View Hotel
Lorong Temple
93100 Kuching, Sarawak
Tel: +608-2274666
Fax: +608-2274777

Lokasi..... hotel kelas perniagaan yang letaknya betul-betul menghadap Kuching Waterfront. Jadi memudahkan pengunjung yang mahu ke Kg Gersik/Boyan untuk memborong kek lapis. Pengunjung hanya perlu berjalan kaki ke mana2 jeti di sepanjang waterfront, dari hotel ambil masa kira2 5-10 min bergantung kepada berapa pantas dan berapa luas langkah anda!!!! Kalau dari Kuching International Aiport, hanya kira2 30 min perjalanan bergantung kepada aliran trafik. Tambang teksi airport-hotel cuma RM26.

Harga bilik.... saya dapat bilik keluarga dengan harga RM403.20 untuk 2 malam melalui Agoda. Perlu dimaklumkan, harga yang saya dapat ini tak termasuk sarapan.

Check-in & Check-out..... amat pantas, mungkin juga sebab tak ramai pengunjung. Hanya perlu nyatakan nama dan tak sampai 5 min proses check-in selesai. Tiada welcome drinks disediakan.... not a biggies kata Aussie. Kalau bawa beg banyak, minta saja bellboy tolong hantarkan.... bagi la tips sikit. Masa check-out pun sama amatlah pantas, cuma saya tak boleh minta resit penginapan... Alasan staff hotel, kalau tempah melalui Agoda akan tiada resit yang dikeluarkan oleh pihak hotel.... pelik kan? Susah la nak claim duit penginapan dengan kompeni kalau tiada resit.

Attitude & altitude staff hotel..... amat ramah tamah dan sopan sintun. Cukup membantu, ringan mulut anda bertanya dan mereka akan ringan mulut menjawab.... dah keje dia macam tu kan..... 

Lain2.... lets pixs do the talking malking.....

Melangkah masuk ke bilik hotel disambut oleh karpet belang2 kaler biru-merah-kuning. Nampak bersih dan masih baru, boleh guling2 sambil layan TV.

Family room ada dua katil queen/king.... amat selesa untuk 4 orang dewasa. Kalau bawa toto, boleh muat dua orang dewasa lagi tidur kat lantai.

TV plasma... kira up-to-date jugalah modelnya berbanding sesetengah hotel lain.... nama saja hotel 5 stars tapi TV model zaman 80an.

Working table dia kicik saja, ada lampu meja suam2 kuku. Tepinya ada satu sofa.... boleh dibuat tempat tidur, anak2 kecil muatlah tapi bagi saya yang sepanjang 177 cm ini kena melengkungkan sikit badan baru boleh muat2 masuk.

Peralatan nak bancuh teh/kopi ada tapi mana uncang  teh/kopi dan sugar mugar bagai? Agaknya housekeeping lufer nak letak.... saya pun malas nak minta. Hari kedua pun air mineral tak kena top-up!!!!

Wardrobe agak besar juga... nampak tu pillow extra. 

Melangkah kita ke bilik air.... tuala bersih tersusun rapi. Ada tuala kecik ada tuala besar.... 

Bath tub... nampak macam bersih tapi geli la nak berendam, sebab.......

Tandas dia tak ada pili nak cebok mencebok.... ni mesti ada yang dok mencebok dalam bath tub.... tu yang buat geli nak berendam tu!!!!

Kalau nak keringkan rambut lepas mandi... pengering memang disediakan... kaler biru lagi tu!!!!

Nota kuku kaki ku: Tempat makan halal disekitar Harbour View macam tak banyak pilihan. Kami jumpa satu saja pun. Ada macit yang kami jumpa sewaktu ke klinik di Satok menyarankan kami menginap di mana2 hotel berhampiran Masjid Negeri, baru banyak kedai makanan halal.

No comments:

Post a Comment