Friday, 15 March 2013

Trip To Kuching, 1-3 March 2013

Day 1: March 1, 2013


Trip pertama ke Kuching.... bukan trip percutian sepenuhnya tapi lebih kepada mengiringi AT yang mempunyai tugasan di Kuching. Itupun last minute punya plan nak angkut semua.... Selepas berkemas lebih kurang, petang Jumaat 1/3/13 kami tayar golek ke KLIA untuk mengambil penerbangan MAS MH2532 ke Kuching. Flight 8ish pm gittew.... selesai kiosk checked-in dan bag dropped, masih ada sedikit masa untuk pusing2 dan makan2. Jadi kami turun ke Level 2 KLIA menuju Food Garden untuk mengalas perut.




Masa moda2 dulu mati2 saya ingat harga kat Food Garden gila bapak punya mahal.... dah tua2 ni baru berani masuk.... nah ko baru taw, harga tak mahal mana pun.... hehehehe. Malam tu sebelom flight saya sempat terjah mee goreng basah, MHD bedal meehoon goreng.... sedap wei meehoon goreng tu tapi MHD tetiba hilang selera dan mahu makan nasi. QM pulun nasi goreng dan AT juga rembat nasi goreng.... Alhamdulillah burps!!!!!



Kekenyangan kami bermarathon pula ke balai berlepas.... agak jauh juga menapak, lupa gate nombor berapa. Tapi sebelum masuk singgah toilet dulu kencing puas2... sebab malas nak memancut dalam flight nanti. 





Suasana di balai perlepasan. Nampak tak brader pakai baju kaler ijau.... sikit punya bagak hand luggage yang nak dibawa masuk ke dalam pesawat menuju Kuching.... hahahaha. Ini mesti kes malas nak drop beg masa check-in atau memang tak tahu.... Peraturan tetap peraturan ye, kena patuhi saiz hand luggage untuk di bawa masuk ke pesawat. Sudahnya semua hand luggage yang luar biasa saiznya perlu diserahkan kepada petugas sebelum dibenarkan menaiki pesawat.... huhuhu tapi jangan risau sebab beg2 tersebut akan dimasukkan ke ruang barangan pesawat seperti yang sepatutnya.... cuak je muka apek tu bila beg bagak dia kena ambil dengan petugas MAS.




Sebab kami bawa dua orang budak kechik, MHD dan QM, kami dibenarkan masuk ke dalam pesawat lebih awal berbanding orang lain.... tengkiyu MAS..... melenggang kangkung kami ber4 menuju pesawat.... MHD dan QM macam biasa excited tak hengat dapat naik burung besik.... menonong-nonong nak duduk kat business class.... hohoho belum masanya lagi budak kechik, nun tempat kita kelas ekonomi sana nun.... kah kah kah.





Shantek je pesawat berlepas MHD dah kebas2 mata dan tertido.... pramugari kejut bangun soh makan pun dia buat bolayan..... buka mata lepas tu pejam balik huhuhuhu..... sudahnya QM tolong makan, besar tangki dia ni, jangan terberak dalam flight sudah.... jap kita gambiran dulu apa yang dihidangkan dalam pesawat.... 





Hidangan utama kelas ekonomi, nasi + ayam dengan nasi + ikan.... nama menu yang betul lupa suda aku.... tapi feeling nak makan tu ada kureng sikit la sebab sudah melantak kat Food Garden sebelum berlepas tadi. Cukup syarat rasa semulut dua tak nak pramugari kechik ati, saya dan QM surrender.... tak cukup ruang dah nak isi kat perut ni.... air oren tu QM punya, lepas seteguk dua dia bedal Coke saya pula.... biasa dia ni suka rembat air orang len....





Tenguk sikit punya baik hati pramugari MAS dengan MHD... kesian tengok MHD tido tak sempat makan, dia siap tapau sedikit makanan buat bekalan MHD bila pesawat dah mendarat nanti.... antaranya cake (tetiba gua rasa cake MAS paling sedap dalam alam.... hehehehe), biskut, air mineral dan nasi + ayam.... 




Shantek layan lamunan terhenti lepas makan... sekali QM ajak masuk tandas daaaa.... nak berak ke dia ni, seb baik rasa mo kencing sahaja...... sedikit gambiran di dalam tandas Boeing 737-800 MAS bersama QM..... huhuhuhu. 





Ini scene sejurus sebelum mendarat. MHD memang dari awal flight lagi dah capai makam ke 7, tak buka2 mata dah....... QM pula bila pesawat dah menjunam nak turun baru buat mata kuyu nak terlelap..... wei budak kechik bangun wei, tak dayo den nak mendokong korang!!!!!! Sudahnya jika tadi kami paling duluan masuk pesawat, la ni kami paling lewat keluar pesawat sebab nak kejutkan budak kechik berdua ni soh bangun tido.....



Dengan mata separuh buka separuh katup.... hahahaha kami paksa MHD dan QM berjalan sendiri, sapa nak dokong ye tak..... hehehehe. Dah tiba kat kaunter imigresen baru dua2 budak ni cargas..... macam biasa orang Semenanjung ke Sarawak kena tunjuk IC kemudian diberikan sekeping pas masuk, pas masuk tu jangan kasi hilang ye sebab kena pulangkan balik kepada imigresen semasa urusan keluar dari negeri Sarawak nanti..... Kalau hilang jadi apa? Ontah lah nak, pakcik tak pernah kasi hilang lagik pas lawatan imigresen tu.... hehehehe.......





Solosai urusan imigresen, maka secara rasminya sahlah kami sebagai pelancong ke Sarawak dari segi hukum syara' dan undang2 imigresen negara.... welcum to Sarawak!!!!! Tak ramai orang kan sebab kami tiba dah malam..... kodai pun banyak dah katup.





Nak melahu apa lagi sebab dah malam, nak jalan2 kat airport pun tak guna sebab kedai semua dah katup kecuali convenient shop, ala yang macam seben-E tu.... cargas amik taxi, 26 hengget satu taxi dari airport hotel penginapan kami, Harbour View Hotel. Kat sebelah kaunter taxi tu ada kaunter untuk sewa kereta.... next time rasanya mo sewa keretalah, drive sendiri jalan2 seluruh Kuching. Lagipun tengok jalan kat Kuching macam tak sibuk mana...... kecuali kurang papan tanda, kena ada GPS kalau tak mo sesat.....



Dari airport ke Harbour View Hotel, tak jauh mana bergantung kepada traffic.... kalau lancar rasanya dalam 20 minit dah boleh sampai. Lokasi Harbour View betul2 bertentangan dengan Kuching Waterfront, jalan kaki tak sampai 5 minit.... senang nak ke seberang kalau nak borong kek lapis Sarawak. 





Masa sampai hotel mata masing2 dah melayu sakan, jadi tiada gambiran sewaktu daftar masuk...... tapi bila masuk bilik tiba2 mata masing2 jadi cargas. Bilik agak selesa untuk 4 orang dewasa, kalau bawa TOTO boleh muat dua orang dewasa lagi tido kat lantai.... ini bilik family deluxe dengan harga RM180++ semalaman tanpa sarapan. Gambiran2 lain berkaitan hotel akan saya muatkan dalam N3 khusus untuk review Harbour View Hotel.



Tamatlah riwayat hari pertama kami ke Kuching.... mandi kuching gosok gigi lelap mata.



**************************************************************************************************************************************
*****************



Day 2: March 2, 2013


Awal pagi Sabtu AT dah bangun kerana tugas untuk negara..... hahahaha. Sementara saya, MHD dan QM terus dibuai pelamin anganku musnah sehinggalah jam hampir 9 pagi. Mandi lebih kurang, gosok gigi seadanya dan sarapan dengan sisa2 dari pesawat malam tadi kami bertiga bergegas ke Airport Kuching untuk menjemput MIL merangkap nenet kepada MHD dan QM yang akan menyertai kami dari Kota Kinabalu. 





Sedikit gambiran di ruang lobby hotel, masa ini lepak2 sekejap kat lobby sebelum amik teksi.... teksi pun senang nak dapat, kat depan pintu hotel je pun.





Gambiran di dalam taxi pula sewaktu menuju Kuching Airport. Budak kechik pakai baju no. 8 kaler hijau tengah sibuk usha awek Kuching..... MHD pula dok tayang rambut pacak yang tak berapa nak menjadi.....




Gambiran di dalam airport, malam tadi tak sempat nak capture sebab bila sampai malam nak bergambiran ni mood ada sedikit kureng..... Sementara menunggu nenet mereka dari KK tiba, segala pelusuk airport diterokai oleh MHD dan QM, berlarian ke sana sini.... nenet mereka muncul dari belakang pun tidak ku sedar kata MHD..... hehehehe. Sebelum balik hotel, sarapan dulu kat airport.... tiada gambiran sebab tak sedap tapi mahal.... huhuhu


Balik semula ke hotel sambung tidur sebab AT belum balik.... dalam tengah hari sesudah Zuhur baru kami keluar berjalan-jalan sekitar Waterfront untuk mencari makan. Memang susah untuk cari kedai halal atau kami yang tak tahu mana nak cari?




Temple yang tak kuketahuan namanya hanya bertentangan Harbour View Hotel.... asal keluar saja dari hotel mesti nampak temple merah ni.... ramai pengunjung tapi kami tak masuk. Lagipun perut tengah berkeroncong minta diisi.





Misi mencari nasi menemukan kami dengan deretan kedai cenderamata... kami singgah di salah satu kedai menjual cenderamata bukan untuk minta nasi, tapi nak beli selipar untuk QM.... budak baju hijau tu, seliparnya putus semasa berlarian kat airport pagi tadi.





Kami menyusuri sepanjang Kuching Waterfront demi mencari sesuap nasi tapi tak kelihatan pun kedai dengan tanda ha lam alif lam.... perut makin mengada-ngada minta nasi ni....




Gambiran tetap ada walau sedang kelaparan... ini Dewan Undangan Negeri Sarawak. Nak ke seberang kena naik bot dengan tambang 50 sen tapi kalau naik teksi kena bayar 50 hengget....




James Brooke Bistro & Cafe, tak nampak bayangan ha lam alif lam pun... tak jadilah kami nak menyinggah...




Selang 500 meter kami berjalan menyusuri Kuching Waterfront kami ketemu Riverside Shopping Complex.... AT kata mesti ada food court dalam tu.... betul ke ada? Jom kita terjah gaya reporter Nas Ahmad.... eh!!!! Nas Ahmad ke nama reporter tu?





Memang ada tapi kedai makan kecik je la pun.... jual nasi ayam dan western food. Tapi bab makan kat Kuching ni ada sedikit potong la, langsung tak kena dengan selera tekak. Nampak tak bebudak kechik dua orang tu buat muka menyampah? 






Eh!!!! apa kejadian pula ni.... pagi tadi putus selipar, ni zip seluar pula yang putus. Nak kata makan banyak sangat tadi memang tak pun sebab makanan tak kena dengan selera tekak. Nasib baik kat Riverside ada Parkson, lepas makan tadi kami bergegas masuk Parkson cari seluar untuk QM yang keputusan zip seluar.... hahahaha. Awek salesgirl kat belakang tu pun dok pandang2 je.... Apa korang cakap, muka awek tu tak berapa nak jelas?




Naaaaa sekarang loud and clear tak.... hehehehe



Perut pun dah berisi walau tak semenggah mana.... next agenda adalah mencari kek lapis untuk dibawa pulang ke Kehhell kata MHD. Dari Waterfront kena naik bot ke seberang.... apa nama kampung kat seberang tu, Gersik ke hapa.... naik bot tambang 50 sen je. Nak gi naik taxi pun boleh tapi tambangnya 50 hengget.... naik bot je lah murah, lagipun pengalaman baru tu beli kek lapis naik bot penambang.




Antara salah satu jeti yang hadoooo.... malu2 pula awek2 tu semua bila bergambiran!!!!




Bot penambang sudah mari.... pakcik tu guna pengayuh sebab dia muncul dari bawah jambatan tu.... rupanya ada banyak bot tengah parking kat bawah jambatan tu....




Pemandangan di buritan bot... cukup indah dan serba lengkap.... huhuhuhu. Masa mula2 melangkah masuk boleh rasa bot seperti berolek2 mahu terbalik.... hahahaha rasa ngeri sekejap. Ngeri pun gambiran tetap hadooooo.....

Bila penumpang hampir penuh pakcik pilot bot dengan gaya profesional beliau menghidupkan enjin bot dan mengemudi ke seberang.... Tiba2 dia matikan enjin bot kat tengah sungai, dan biarkan bot meluncur sendirian dengan tujahan yang mencukupi untuk sampai ke jeti seberang.... tak sampai seminit dah sampai, sekejap benor sebab jarak antara dua tebing tak jauh mana pun. Pendek kata kalau kentut, bau belum hilang dah sampai seberang.... kah kah kah......


Ni dah sampai seberang kat Kg Gersik dah ni.... ye ke nama tempat ni Kg Gersik, hantam sajalah labu. Nampak brader pakai baju kaler merah kat pix atas tu? Dia tengah borong gambir Sarawak tu!!!!!


Selain gambir Sarawak, produk tarikan pelancong ke Sarawak adalah pekasan ikan terubuk. Harganya 18 hengget seekor..... nampak kipas kecik tu, nak halau lalat daaaaa.....


Dan sudah semesti kek lapis Sarawak...... berlapis-lapis dan berwarna-warni. Cukup mencongkam qolbu.....


Sesi menemuduga kelazatan kek lapis keluaran Mira Cake House.... nak try sampai kenyang pun tak pe, jangan malu2 tak de sapa nak marah pun...... Ini gerai tepi jalan je, kat depan nun tersergam indah rumah kedai Mira Cake House kaler merah. Kejap lagi kita terjah......


Sebelum tu kita jenguk dulu Dayang Salhah Cake House, salah satu pengeluar utama dan terkenal kek lapis di Sarawak.... Jenguk tapi tak kami terjah kerana berlaku sedikit kekeliruan.... ingatkan Dayang Salhah tutup rupanya memang dia bisnes dari dalam rumah.... hahahaha


Sudahnya kami menerjah Mira Cake House yang tidak kurang hebatnya berbanding Dayang Salhah....


Antara produk utama dan popular Mira Cake House....... tapi tak kena la dengan selera tekak aiiiiii...... Selain Masam Manis ada juga Kek Lapis Awan Nano, Kek Lapis Ombak Rindu, Kek Lapis Dato' K dan beraneka nama lagi lah..... harganya cuma RM10 sepaket... murah kan!!!!!


Udeh selesai memborong kami lepak2 dulu kat pintu masuk Mira Cake House sebab cuaca panas sangat.... Masa ni dah jam 3ish pm gitu tapi matahari masih terik atas kepala....


Disebabkan cuaca panas terik sangat, kami singgah kat satu gerai untuk beli cap.... cap kaler hijau untuk QM dan kaler biru untuk MHD.....


Bila rasa dah cukup oksijen nak menapak di bawah terik mentari, kami meninggalkan Mira Cake House untuk balik hotel. OTW ke jeti Kg Gersik (ada kata Kg Boyan.... mana satu betul ni der.....) kami singgah kat Food Court, kira2 sekentut saja jaraknya dari jeti Kg Gersik. Singgah beli makanan untuk dinner nanti.... ada aneka ragam, mee kolok ada.... laksa Sarawak ada..... sudahnya saya order nasi goreng kambeng!!!! Hahahahaha.... udeh sampai Sarawak tapi secuit pun tak sentuh mee kolok dan laksa Sarawak.


Ini scene dah masuk bot nak balik ke seberang semula... dah terer dah cara nak masuk bot dengan cara yang betul.... tapi terketaq-ketaq jugalah pale lutut sebab tak de life jacket. Brader baju kuning tu owner bot tapi anak dia yang jadi pilot.... kecik je budaknya..... dalam darjah 4 gitulah.... kocik2 dah pandai bawa bot....


Potong la brader & minah baju merah ni... gua mahu snap poster kat dinding bot tu....


Nampak tak poster putih tu tertulis Kg Boyan? Jadi Kg Gersik ke Kg Boyan ni der......


Indahnya pemandangan Sungai Sarawak.... hehehehehe. Macam tadi juga time-frame naik bot penambang tak lama, kejap saja dah sampai seberang. Kami turun di jeti yang sama sewaktu nak ambil bot ke Kg Gersik/Boyan.... rupanya kami boleh saja turun kat satu lagi jeti yang lebih dekat dengan hotel.... tambang tetap sama 50 sen satu kepala.


Ngam saja sampai jeti tak terus menapak ke hotel tapi lepak2 dahulu kat tepi Waterfront.... ada banyak pondok kecil di sepanjang Waterfront untuk pengunjung menghilangkan mengah, kena pula kalau menapak waktu panas terik macam kami.


Lepak tanpa gambiran apa curlass ye tak.... ini gambiran sewaktu kami menghilangkan mengah. Nampak banner kaler biru tu, banner Hornbill River Cruise menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki bot tradisional. Sila abaikan model baju merah tu yer....


Echechecheche!!!! Malu2 nak pandang kamera la pulop.... 


Gua pokus pada banner sajalah, ada juga pekdah untuk korang sedut maklumat kot nak telepon nombor tu untuk booking.... masih nampak la kaki dia!!!!!


Masa melepak tu tercapture scene di atas.... tetiba gua rasa gua photogedikgrapher profesional.... Inilah rupanya bot tradisional Sarawak. 


Les coupeque sebelum balik hotel, singgah sekejap di salah satu tugu di sepanjang Waterfront.... tugu ke nama dia? Tugu ini mengisahkan secara ringkas tentang sejarah Kuching dari zaman keturunan Brooke lagi.... 


Pancuran air berhadapan dengan tugu tadi... tapi sepanjang 3 hari kat sini tak setitik pun air memancut keluar dari pancuran.... kempen jimat air agaknya. Ini last gambiran untuk 2nd day kami di Kuching. Lepas ni terus balik hotel untuk melepaskan penah lelah. Nampak tak di hujung pancuran ada temple kaler merah? Belakang temple tu lah Harbour View Hotel.... dekat banget kan dengan Kuching Waterfront....


Eh!!! tadi ada cakap last gambiran untuk 2nd day kan? Ini ada lagi sebabnya lewat petangnya kami menapak lagi ke Waterfront untuk menikmati angin petang. Tapi cuma saya, AT dan QM sebab MIL dan MHD nak terus melepak kat hotel. Nampak signage nama Lebuh Temple, sebab ada beberapa temple kat sini...... 


Muzium Sejarah Cina di Jalan Temple/Kuching Waterfront.... hanya gambiran dari luar sebab muzium hanya dibuka waktu opis hour. Kami sampai sudah jam 6ish pm. lagipun kami hanya mahu menikmati angin petang sepoi2 bahasa.... mari kita terjah apa yang ada disepanjang Waterfront bila senja mula melabuhkan tirainya......


Gerai2 jualan cenderamata.... murah2 kalau dibandingkan dengan harga kat kedai...


Open air busking pun ada.... soghe brader ni pun ok, layanzzzz jiwang petang2. Nak request lagu boleh, tapi hulur la sekupang dua.... 


Kalau ada modal lebih sikit boleh menaiki Sarawak River Cruise untuk menikmati keindahan matahari jatuh @ sunset kata orang kampung saya......Rasanya siap ada pertunjukkan kebudayaan Sarawak, ala yang dok menari-nari tu.... Nak tahu berapa harga untuk Sarawak River Cruise ni, sila jenguk gambiran di bawah.....


Tu dia punya ongkos.... RM60 untuk budak yang sudah akhil baligh dan RM30 untuk budak kechik umo 4-12 tahun. Bawah 4 tahun pree le kot...... Kalau rasa poket tu mampu tak rugi mencoba, pengalaman alang2 dah sampai Kuching. Tapi kalau rasa tak berapa nak mampu jangan kachewa kerana anda masih ada pilihan yang lain......


Ni dia.... cruise juga tapi tradisional cruise. Fungsinya sama juga dengan Sarawak River Cruise yang bagak tu..... semuanya untuk menikmati keindahan matahari terbenam.... tapi dengan harga yang jauh lebih murah..... murah tahap mana tu?


Murah banget bai... cuma RM19 untuk dewasa dan RM9 untuk kanak2 2-12 tahun. Cuba teka kami naik yang mana, Sarawak River Cruise atau Sarawak Traditional Boat Cruise?


Hahahahaha..... satu pun kami tak choba, sengkek betul kami kan? Ekekekekeke.... lagipun dah nak masuk waktu Maghrib, rasa tak kena pula dok meraban naik bot waktu Maghrib tapi solatnya belum. Dibuatnya nak malang..... Naudzubillah.


Tengok tu... nama jeti pun Pangkalan Haji Omar. Tak ke psiko naik bot waktu senja tapi belum solat Maghrib.... Eh!!!! dah masuk waktu ye, jom soldadu balik hotel solat dah rehat. 

******************************************************************************************************************************************************
************

Day 3: March 3, 2013

Malam tadi MHD naik suhu badan...... bukan sekadar naik tapi memang panaslah suhu badannya. Lepas bekpas lebih kurang kat bilik, terus turun cari klinik. Tanya orang hotel katanya klinik disekitar Waterfront tutup pada hari minggu. Dicadangkan kami ke Satok, agak jauh kena amik teksi. Uncle teksi bawa kami ke Klinik Ibukota Satok, siap tunggu kat luar klinik sebab katanya susah nak dapat teksi kat area situ.


Tapi servis kat Klinik Ibukota Satok ni slow sikitlah. Kami sampai jam 9 pagi, jam 10 baru pesakit pertama kena panggil. Kami yang dapat nomot ampat ni pun dah dekat jam 11 baru kena panggil mengadap tuan doketor.... 

Since MHD dah demam panas, siap kena cucuk lagi lobang bontot kasi masuk ubat maka tak kemanalah kami pada pagi tu. Tengah harinya saya, AT dan QM keluar kejap untuk cari stok makan tengah hari. Rupanya kat bawah hotel ada satu restoran muslim, kami tapau untuk MIL dan MHD....


Dalam pada tu sempat juga menyinggah di beberapa kedai sobenier disepanjang Jalan Temple. AT nak cari perhiasan rumah sikit.... Kedai Jing Lee ni kami jenguk tapi tak beli apa2....


Kat Borneo Magic ni kami ada borong beberapa items.... hiasan rumah ada, t-shirt untuk MHD dan QM serta beberapa items lagilah.... masa gua snap gambiran ni brader pakai baju hitam tu buat muka cuak pulak!!!! Jadi dengan muka turis gua pergi jenguk apa yang brader ni dok pilih, rupanya dok memborong viagra dan segala jenis ubat kuat.... hahahahaha!!!!!


Kayu tas... khusus untuk menghalau hantu syaitan dan haiwan buas. Wallahuallam, percaya pada kayu syirik pula jadinya nanti. Tapi gua beli juga kayu tas sepasang, kat mana letaknya pun gua dah lufer.....


Scenery dalaman Borneo Magic... penuh dengan barangan sobenier. Tengah bayar barangan yang AT borong, QM pun ada dok menyibuk sama sambil senyum2 chumil kat auntie cashier tu..... hahahahaha. Lepas dari Borneo Magic kami terus balik hotel untuk berkemas apa yang patut dan rehat kejap. Cadangnya jam 6 pm check-out dan amik taxi ke airport.


Dicerakin pendekkan ceritapura, saat balik dah tiba.... tub tub dah ada dalam flight MH2527 menuju KL. Ini hidangan dalam flight, maggi goreng Siti Nurhaliza kata pramugara bertugas..... hahahaha


Sampai KLIA hampir midnite.... tak terus balik Tg Malim tapi singgah Shah Alam tidur kat Histana Hotel. Esoknya baru balik jenguk rumah..... Nampak kepala MHD siap ada tampal koyok.... koyok ke nama dia.... nak bagi sejuk badan. Demam2 pun nak juga posing depan kete F1, achie baju kaler oren kat belakang tu pun tumpang posing sama..... hahahahaa

Bila direnung balik banyak tempat tarikan pelancong yang kami termiss nak pergi.... tugu Kuching tu pun kami tak pergi, apatah lagi Pasar Serikin. Nak buek macam mano, ini trip bertugas sambil bercuti, lain kali sajolah pak cik.

Sekian. 

4 comments:

  1. assalamualaikum dear

    datang sini cari info psl percutian ke kuching. nak tanya berapa agaknya tambang teksi dalam pusat bandar. boleh emel saya kat tsukinano@gmail.com Tq in advanced

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam

    ReplyDelete