Sunday, 15 September 2013

Penginapan 2D1N @ Pinetree Hotel Batu Pahat


Pinetree Hotel
No. 36 Jalan Mengkudu
83000 Batu Pahat
Johor

Tel: +607-431 9933
Fax: +607-433 3993
Email: info@pinetreehotel.com.my


Pinetree Hotel kiranya masih baru, dibuka pada tahun 2011. Menawarkan bilik2 superior, deluxe, super deluxe dan family. Tidak pasti harga bilik2 yang lain tapi kami dapat rate RM168 semalaman tanpa breakfast untuk bilik superior.

Kemudahan yang ada termasuklah;
  • Access wifi percuma (lobi dan bilik)
  • Coffee house
  • Khidmat dobi dan cucian kering
  • Parking dalam dan luar hotel
  • Massage 

Kanak2 ribena pasti amat kecewa bila menginap di Pinetree Hotel kerana;
  • Bilik tanpa jakuzi
  • Tiada kolam renang

Mari kita tinjau luaran hotel dahulu.....


Sebelum main entrance ada satu kolam kecil.... ini pasti nak bagi ONG lebih kepada pemilik hotel. Tapi tiada ikan yang kelihatan.



Lobi hotel..... cantik menarik. Cuba lihat belakang reception, dinding dihiasi dengan potongan2 kayu pines. Tak nampak ye.... jap ambo fokus bagi dekat.....


Dah jelas kan..... menarik tak?

Jom kita naik ke bilik pula......


Laluan menuju bilik..... bersih dan kemas.


Sampai sudaaaa.... bilik 709..... apa ada di dalam?


Kunci.... kunci...... mana kunci?


Tadaaaaaa...... superior room.... maaf sebab bilik agak bersepah kerana piccas diambil keesokkan harinya selepas puas bergelumang semalaman. Picca ini diambil dari pintu masuk, nampak satu pintu lagi kan kat dalam..... sebab ini adalah connected room. Petua tak nak kena tangkap khalwat, sila ambil connected room.... kahkahkah... jangan ikut wei, tak daya ambo nak tanggung dosa kalian.




Pandangan bilik superior dari beberapa sudut yang berbeda..... hotel masih baru jadi amat berbaloi menginap di sini.

Tandas pula bagaimana?




Bersih dan selesa.... tapi kanak2 ribena pasti bersedih bila menginap di Pinetree Hotel kerana setiap bilik tidak dilengkapi dengan jakuzi.


Kalau dulu sanggup mandi tak bersabun, kepala tak bershampoo semata-mata nak bawa balik sabun & shampoo hotel buat kenang-kenangan..... hahahaha. Tapi la ni pandang pun tak hingin sebab dah bersepah kat rumah..... buat menyemak bilik mandi saja.

***Dok sembang pasal bilik untuk drebar saja, penginapan untuk kereta tersayang pula bagaimana?

Bila menginap dimana2 hotel.... faktor keselamatan kereta amat ambo titik beratkan. Tapi bila menginap di Pinetree Hotel, ia tidak lagi membimbangkan ambo...... kahkahkah.... ayat promo abis!!!!

Kenderaan anda boleh parking di basement atau tapak parking bersebelahan hotel. Jangan parking di tepi hotel sebab petak2 parking tersebut milik Majlis Perbandaran Batu Pahat. Boleh saja parking tapi kena beli tiket dulu. 

Baik parking di basement atau tapak parking milik Pinetree, percuma untuk semua pelanggan.



Parking basement dilengkapi CCTV....... juga pengawal 24 jam.


Kalau malas nak parking di basement, boleh letak kereta di tapak parking milik Pinetree, cuma bersebelahan dengan bangunan hotel. Tapi masalahnya.......


Keselamatan tidak dijamin, tiada pengawal dan juga tiada CCTV untuk mengawasi kenderaan anda.

***Konklusi: Ambo amat berpuas hati menginap di Pinetree Hotel. Tiada halangan untuk menginap lagi di sini jika berkesempatan ke Batu Pahat sekali lagi.... dengan syarat kualitinya masih sama.

'Selamat berkunjung ke Pinetree Hotel Batu Pahat'

Ariyos!!!!!!

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. yg parking luar tu tapak rezab kerajaan, bknnye pinetree punya, sebabtu dia tk bbrp nk endahkan bab2 keselematan kenderaan pengguna yg parking kt situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah, bukan guest pun senang2 boleh masuk situ.

      Delete