Saturday, 21 September 2013

Trip Merdeka 2013 Ke Kota Bharu

Apa yang merdeka sangatnya sampai buat trip ke Kota Bharu? Bila baca title macam nak buat perarakan bagai sempena hari kemerdekaan.... boleh gitu? 

Trip merdeka ini khusus untuk melawat ibunda terchenta di kampung.... sementelah lagi masa Aidilfitri yang lalu ambo tidak berkesempatan untuk pulang menjenguk beliau. Kena pula sejak akhir2 ini kesihatan beliau sedikit terganggu, tapi Alhamdulillah kini semakin beransur pulih.

Entry kali ini ambo akan rewind balik alkisah kami sekeluarga bercuti ke Kota Bharu sempena cuti kemerdekaan yang lepas.

@ LCCT seawal Subuh 30/8/2013

Disebabkan kami pilih penerbangan Air Asia seawal pagi..... awal tak awal mana, flite jam 8.30 pagi..... sekitar 4 am kami sudah meninggalkan rumah menuju LCCT. Kenit bongsu masih nyenyak tidur kami paksa masuk kereta. Trip kali ini hanya kenit bongsu yang follow, kenit sulung tinggal di rumah menemankan neneknya yang baru sampai dari kampung. Biasanya neneknya aka myMIL akan ikut sekali kemana-mana trip yang kami rancang, cuma kali ini beliau agak kepenatan dan lebih suka berehat di rumah.

Keadaan highway lancar membolehkan kami sampai ke LCCT dalam masa kurang daripada 2 jam, ngam2 Subuh kami sampai dan parking kereta kat tempat biasa..... bersebelahan dengan Tune Hotel dengan kadar RM16 sehari. Dari parking lot sebelah Tune Hotel kena menapak la sikit menuju terminal. Oklah exercise keluarkan peluh seawal Subuh..... jalan slow2 15 minit jugalah nak sampai terminal. Kalau solo tak bawa si kenit lagi cepat sampai agaknya.

Bila sampai terminal tunaikan kewajipan dulu kemudian cari sarapan. Tak perlu tergesa-gesa kerana sudah buat web check-in awal2. Mudah betul bila ada kemudahan web check-in, semuanya boleh dilakukan dari rumah, lewat sampai ke terminal pun tak adalah risau mana.

Ambo sangkakan bila lepas Aidilfitri tak akan ramai orang yang ambil peluang untuk bercuti sempena cuti hari merdeka.... akan tetapi telahan ambo dusta belaka. Terminal sikit punya sesak, especially flite menuju pantai timur dan Sabah/Sarawak. Rakyat Malaysia sekarang tak kira masa dan keadaan ekonomi dah.... pantang ada peluang cuti terus rembat menuju destinasi masing2. Nak masuk ke terminal perlepasan pun kena beratur bukan main, sikit punya panjang barisan. 

Tak percaya cuba tengok picca berikut, ambo snap sebagai bukti betapa sesaknya LCCT sehari sebelum 31 Ogos....


Barisan memang cukup panjang jadi bila dikira2 waktu yang masih ada.... cepat2 ambo letakkan AT dan si kenit bongsu dalam barisan. One more thing bak kata ketua kampung ambo, Air Asia makin teliti dengan berat luggage yang kita boleh bawa masuk ke dalam pesawat. Jika ternampak beg yang agak gemok dan montok, staff bertugas akan terus tahan dan beg tersebut akan ditimbang untuk memastikan berat hand luggage tidak melebihi 7 kg. Jadi pastikan beg anda sekurus yang mungkin untuk mengelakkan dari disuruh kembali ke kaunter untuk luggage drop.

Disebabkan kami cuma travelling lite.... barang pun tak banyak mana jadi lepaslah tanpa banyak masalah. Lepasi pemeriksaan keselamatan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang lalu melepak dengan santainya di depan gate perlepasan. Ramai juga yang nak balik Kota Bharu rupanya, seat pasti penuh..... kebetulan tambang ke Kota Bharu pun agak murah..... jauh lagi murah berbanding memandu sendiri malahan hampir sama dengan tambang bas!!!!!! TQ Air Asia kerana sering menawarkan tambang promosi yang kekadang tak masuk akal dibuatnya......

Ini masa nak menapak ke pesawat dah ni.......


Matahari masih merah kekuningan..... Masha Allah cantik sungguh ciptaan Ilahi..... snap pakai S3 sahaja sebab malas nak usung Nikon D3100...... travelling lite le katakan.

Penerbangan ke Kota Bahru tak ambil masa lama pun..... tak sampai sejam tapi memang menjadi kelaziman si kenit bongsu.... asal naik kapal terbang mesti kena ada makan minum. Aduyai kita bagi dia makan kenyang2 sebelum naik flite supaya tak ada la dia meragam kelaparan dalam kapal terbang tapi tetap juga nak merasa hidangan mahal dalam flite Air Asia.


Tengok tu bukan main eksyen dok belek menu Air Asia.... tapi sorry der..... flite seawal pagi dan shortie flite mana ada sediakan heavy meal. Yang ada cuma makanan ringan dan minuman..... hahahaha.... hampir menitis air mata si kenit bongsu bila nasi tak ada dalam menu. Sebagai menghilangkan kempunan nak makan dalam flite, kami order jugalah setin minuman ringan untuk si kenit bongsu...... hahahaha. Muncung je sampai landing tak dapat makan.... hahahaha

As usual bila naik flite picca stewardes kena ada sebagai penghargaan atas layanan mesra mereka.....


Picca stewardes pun dapat sipi2 saja sebab mereka pun sibuk ke hulu ke hilir bertugas.... DSLR pun tak bawa jadi susah sikit nak fokus. Tapi bolehlah sekadar meneruskan legasi @ trademark Diari Si Ketam Batu..... naik flite mesti kena capture picca stewardes..... hehehehe.

Flite memang lancar mancar..... cuaca pun bagus..... belum sempat lelap mata dah tiba waktu untuk mendarat. Walawei jimat masa betul..... selama ni dok drive 8 jam...... naik flite tak sampai sejam dah jejak kaki ke Kota Bharu.

@ Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, 30/8/13


Famous amous sesampai sahaja di airport terus cari sarapan. Tapi silap besar pada pendapat ambo dan pada selera tekak kami sekeluarga. Sarapan di airport Kota Bharu tak sesedap mana..... lagi bagus kami terus ke bandar Kota Bharu dan sarapan di sana saja. Sebabnya makan kat gerai2 tepi jalan atau sekitar Pasar Siti Khadijah lagi sedap dan harga pun agak murah.

Deli n Meals Sultan Ismail Petra Airport Kota Bahru.....


Antara hidangan yang ada nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang etc. Cuma rasa tu tak kena..... harga pun agak mahal juga maklumlah dalam airport.

Lepas bersarapan secara ala kadar..... sebab tak sedap.... ambo tinjau2 juga kaunter kereta sewa. Aduyai..... kereta semua sudah fully booked kecuali Proton Exora dan Mitsubishi Triton dengan kadar RM200++ sehari. TQ..... TQ...... belum masanya dan belum terdesak untuk sewa kereta jadi kami cuma ambil teksi untuk ke Kota Bharu. Kalau guna teksi airport, tambang RM30 (satu teksi) dikenakan untuk perjalanan dari airport ke pusat bandar Kota Bharu. Macam kami, turun betul2 sebelah stesen bas Kota Bharu. 

@ Kota Bharu, 30/8/13

Bila tengok jam masih awal..... 9ish am gitu.... jadi ronda2 Kota Bharu dulu. Mall semua baru nak buka mata.... jadi kami menapak ke Bazar Buluh Kubu dulu untuk AT memburu batek asli Kelantan dalam sehelai dua.... p/s: nanti ambo akan iklankan di sini batek asli Kelantan.... COD sekitar Tanjong Malim/Rawang.... harga Inshaa Allah amatlah berpatutan.

Tapi kami terlupa sesuatu, hari Jumaat kebanyakkan kedai di tutup atau dibuka sedikit lewat. Begitu jugalah dengan kedai2 batek di Bazar Buluh Kubu..... hanya beberapa unit sahaja yang dibuka pada hari tersebut. 

Namun begitu, rezeki kami juga untuk bertemu dan berkenalan dengan pemilik Ana Asiah Batik @ Azizah Collections. Kebetulan kedai mereka dibuka pada hari tersebut, jadi sempatlah kami berkenalan bersembang dan berunding pasal harga. Kebetulan juga pemiliknya tahu serba sedikit berkaitan masalah urat....


Mashaa Allah ambo lupa nama haji pemilik Ana Asiah Butik tapi dia yang berusaha pulihkan leher si kenit bongsu yang sedikit terkehel..... salah bantal atau sebab bergasak dengan abangnya. Alhamdulillah keesokkan harinya kembali baik selepas diurut oleh Pak Haji.

Sementara si kenit bongsu seronok diurut dan dilayan.... AT sibuk membelek batek untuk dibawa pulang. Rezeki kami dapat harga yang agak istimewa..... pelanggan pertama untuk hari tersebut. Dari situ juga kami dapat idea untuk memulakan bisnes batek secara kecil-kecilan sebagai orang tengah. Bolehlah cuba2 nasib dalam dunia perniagaan.

Sesi memilih batek yang berkenan di hati.... siap ada model yang memperagakan..... hehehe



Selesai urusan batek di Bazaar Buluh Kubu kami singgah sekejap di Kota Bharu Trade Center..... sekadar untuk cuci mata.

Menjelang tengah hari ambil keputusan untuk balik ke kampung halaman ibunda terchenta ambo. Jaraknya kira2 sejam setengah dari Kota Bharu. Disebabkan kami tidak memandu sendiri pada kali ini, perkhidmatan awam, bas @ kereta sewa merupakan pilihan yang ada untuk sampai ke kampung. Tetapi kami memilih untuk naik bas, bagi peluang si kenit bongsu merasa pengalaman menaiki bas ekspress Kota Bharu-Machang-Kuala Krai.

Stesen bas Kota Bharu.....


Di sini juga ada perkhidmatan menyimpan beg dan barangan. Kalau anda ada banyak barang dan malas nak angkut ke hulu ke hilir boleh simpan di terminal bas Kota Bharu dahulu. Harganya pun amat murah.

Bas ke destinasi berlepas setiap 30 minit.....


Dahulu namanya Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan @ SKMK tapi kini namanya telah diubah kepada CityLiner. Hilang satu lagi nama melayu dalam dunia perniagaan tapi Alhamdulillah pemilik terkini masih lagi Melayu-Islam-Bumiputera.

Kali terakhir ambo menggunakan perkhidmatan SKMK atau namanya kini CityLiner adalah kira2 10 tahun yang lampau. Banyak perubahan yang berlaku, bukan sahaja terhadap SKMK tapi juga bandar Kota Bharu juga. 

Tambang bas juga sudah jauh berubah..... hehehehe. 


Keadaan dalam bas..... bersih dan lebih selesa berbanding 10 tahun yang lalu....


Berposing sebagai tanda kenangan..... hehehehe....



@ Kampung halaman, 30/8 - 1/9/13

Tidak ada apa yang ambo nak kongsi di sini. Macam orang lain juga, kalau di kampung halaman sudah pastilah menziarahi kaum keluarga sahabat handai dan jiran tetangga. Si kenit bongsu juga sempat ambo bawa berjumpa dengan seorang lagi tukang urut untuk betulkan lehernya yang terkehel.

@ Kembali ke Kota Bharu, 1/9/13

Selepas dua hari di kampung halaman kami kembali ke Kota Bharu sedikit awal. Malamnya kami bermalam di Kota Bharu jadi senang untuk kami memborong batek keesokkan harinya, dan penerbangan kami ke LCCT KL di sebelah petang.

Kebetulan my bro and my sister in law ada sedikit kelapangan, jadi mereka bermurah hati untuk tumpangkan kami ke Kota Bharu. Yippeeeee..... tak payah naik bas...... hehehehe. Sebelum turunkan kami di hotel, sempatlah kami makan malam di Stadium Sultan Muhammad IV........ sedap dan juga murah.

Kemudian kami berjalan-jalan di pasar malam...... rupanya bersebelahan KB Trade Center ada pasar malam yang dibuka setiap malam kalau tak silap. Barangan biasa yang kita jumpa di pasar2 malam tempat lain..... pakaian..... makanan..... CD haram..... dan si kenit bongsu sempat rembat CD haram 2 keping.

@ Juita Premier Hotel aka Juita Inn, 1/9/13

Kalau dahulunya Juita Premier Hotel @ Juita Inn merupakan hotel yang agak ternama juga di Kota Bharu. Jadi kami memilih untuk menginap di sini sebelum mengambil penerbangan pulang ke KL keesokkan harinya.

Masa urusan check-in, reception begitu bersungguh-sungguh meminta kami melihat bilik dahulu sebelum mengompemkan diri untuk bermalam. Uik.... apehal ni der..... kami pun ambil kunci naik ke bilik.

Masuk lif untuk ke tingkat 3...... nak habaq mai..... lif dia cukup kecil dan sempit der...... kami 3 beranak pun seakan bersesak-sesakan dalam tu. Kemudian bila sampai ke bilik Mashaa Allah biar bonar bak kata Dato' Hattan..... Juita Inn ke rumah tinggal ni..... hahaha. Rupanya mereka dalam proses renovation..... kebanyakkan bilik dalam usaha dinaik taraf, jadi keadaan bilik jadi sedikit huru hara.

Kalau masih siang memang ambo cari hotel lain sahaja tapi disebabkan sudah lewat malam, ambo sekeluarga bersetuju sahaja untuk bermalam di situ. Turun semula ke reception buat bayaran dan let him know..... okies kami setuju bermalam di sini..... hehehehe. Kadarnya RM100 semalaman. 

Disebabkan penat, naik ke bilik mandi solat dan mata terus lelap dengan amannya. 

Bila buka mata keesokkan harinya..... badan kembali segar bugar.... baru sedar akan kedaifan sebenar Juita Premier Hotel. Tak boleh salahkan mereka sebab receptionist malam tadi sudah minta kami tengok sendiri keadaan bilik baru kompem untuk bermalam. Tapi malam tadi kan penat banget......

Bilik kami..... superior room.....




Kedaifan yang teramat sangat..... mujur juga masih bersih. Kalau selesai kerja renovasi agaknya keadaan hotel akan kembali meletop bak kata Neelofa.


Memang major renovation & refurbishment agaknya.....



Alang-alang ada voucher sarapan, kami turun juga bersarapan di Mahligai Cafe Juita Premier Hotel.....


Pilihan makanan & minuman agak terhad..... nasi lemak, nasi goreng, ayam goreng, roti, kopi, teh dan air oren.





Pelanggan pun tidak ramai yang bersarapan..... agaknya ramai yang memilih untuk bersarapan di luar.


Kenyang bersarapan kami naik ke bilik untuk berkemas apa yang patut sebelum urusan check-out. Urusan check-out agak pantas sebab receptionist memang sudah sediakan resit awal2..... sungguh efisien.



Luaran hotel.......


@ Bazaar Buluh Kubu dan Pasar Besar Siti Khadijah, 2/9/13

Selepas check-out dari Juita Premier Hotel kami menapak menuju stesen bas Kota Bharu untuk simpan barang2 dan beg sebelum bergerak menuju Bazaar Buluh Kubu untuk borong batek. p/s: nantikan kemunculan Ketam Batu Collections menawarkan batek asli Kelantan dengan harga yang amat berpatutan. 

AT lebih suka memborong batek di Bazaar Buluh Kubu kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Pasar Siti Khadijah. Tapi bergantung kepada nasib juga, kebetulan kami bertemu dengan pemilik yang sanggup memberi harga borong dan kami juga membeli dengan bilangan borong juga..... hehehehe. Dua tiga jam jugalah kami bertapa di Ana Asiah Butik Bazaar Buluh Kubu untuk memilih koleksi terbaik. 

Selain dari memborong batek.... kami juga berkesempatan untuk merembat beg Deuter..... bukan ORI...... saiz 65L dengan harga RM90. Kami rembat sorang satu..... lepas ni bolehlah berlagak dengan beg Deuter walaupun bukan ORI. Asalnya memang ambo bertekad nak beli beg Deuter ORI tapi keperluan mendesak untuk menambah bilangan beg sebab kami dah borong sakan kain batek di Ana Asiah Butik. 

Hasil bantuan pemilik Ana Asiah Butik dapatlah kami beli dengan harga RM90 untuk Deuter tiruan saiz 65L. Kedai beg tersebut letaknya di tingkat 2, tak jauh pun dari Ana Asiah Butik. Pemilik Ana Asiah Butik perkenalkan kami sebagai anak buah, jadi dapatlah kami beli Deuter 65L dengan harga kawan2. Bolehlah....

Selesai shopping mopping kami ke Pasar Besar Siti Khadijah pula untuk lunch..... marbeles syurga makanan. Macham2 ada dengan harga yang amatlah berpatutan..... AT dan si kenit bongsu mahu makan nasi sup (sup dia power rangers der..... sedap menjilat kaki dibuatnya) manakala saya nasi berlaukkan telur ikan dan sotong goreng besar lengan budak.


Kenyang sudah..... masa pun tinggal bersisa..... kami ambil kereta sewa untuk ke airport dari Kota Bharu. Kota Bharu tiada teksi tapi ada kereta sewa. Istilah TEKSI di Kota Bharu merujuk kepada beca roda tiga. Tambang kereta sewa dari Kota Bharu ke airport adalah RM20 sehala (satu kereta sewa). Kereta sewa anda boleh ambil bersebelahan dengan stesen bas Kota Bharu.

@ Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, 2/9/13

Masa kami melepak di KFC airport sebab si kenit bongsu masih lapar walaupun baru kejap tadi lunch di Pasar Besar Siti Khadijah.... terjadi satu melodrama sinetron bagai dengan sorang pak cik ni. Usia dalam warga emas around 60's gitu. Kebetulan dia pun sedang makan KFC sebelah meja kami.

Tetiba dia tegur kami dan tak semena-mena rancak sakan bertanya itu ini dan sembang pasal tu pasal ni. Ambo pun terlajak cakap tinggal kat situ kat sinun, jadi dia pun kebetulan kata pernah berkelana ke tempat2 yang ambo sebut tadi.

Makin lama makin ramah pak cik satu ni..... one thing about me bak kata ketua kampung ambo...... cepat rasa skeptikal dengan orang yang tetiba peramah sakan, ye lah baru sekali jumpa terus sembang nak rak macam dah kenal doploh tigaploh tahun. Cepat2 ambo suruh si kenit bongsu habiskan makanan dan kami beransur keluar dari KFC. Pak cik tadi masih lagi cuba menghabiskan french fries dia.

Jadi kami pun melepak pula di hujung bangunan airport berhampiran kaunter check-in. Tengah melepak sambil kemas2 kan beg dan padatkan mana yang patut, sekali bahu ambo kena cuit. Bila ambo berpaling...... almanak pak cik tadi la dok tersengih seringai sinyum simpul sampai ke telinga.

Antara dialog seterusnya (ambo translate bahasa melayu kelantan ke bahasa melayu stendet).......

Pak cik: Assalamualaikum
Ambo: Waalaikummussalam..... (wajib jawab salam der)
Pak cik: Pak cik bukan ikut dari belakang anak tapi dah memang kebetulan kita jumpa sekali lagi (sambil peluk bahu ambo kasi dekat)
Ambo: Iyolah pak cik..... (cakap dalam hati je der)
Pak Cik: Malu pak cik nak cakap tadi.... segan dengan bini anak...
Ambo: Chetttt poodahhhh..... aku dah agak dah (pun bisik dalam hati je der)

Pak cik: Pak cik ni musafir..... warga emas.... tak ada pendapatan.... boleh bagi pak cik zakat sikit nak...
Ambo: Hehehehehe..... aduyai (ini pun gelak dalam hati gak der)
Pak cik: Pak cik datang airport ni nak cari orang kalau ada yang nak ke Mekah, boleh pak cik minta derma sikit. Tapi tak ada pula orang terbang ke Mekah ari ni....
Ambo: Pengunjung tetap airport rupanya (masih dok monolog dalam hati ni der)

Pak cik: Hulur le sikit nak kat warga emas macam pak cik ni...
Ambo: (Ambo pandang AT sambil naik2 kan kening macam Ziana Zain)
AT: (Dihulurnya RM10 kat pak cik tu buat sodoqoh)
Pak cik: Alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki anak dan selamat dunia akhirat
Ambo: (Masih tercegat blur tak taw nak kata apa..... kehkehkeh)

Ambo cuba follow pak cik tadi nak taw dia gi mana tapi sikit punya laju pak cik tu menapak. Sekejap je dah hilang dari pandangan mata ambo. Dasat gak pak cik tu main cilok2.....

Lepas dari itu kami hanya tersenyum sesama sendiri bila mengingatkan gelagat pak cik tadi. Lepak2 sekejap kat airport sambil tengok gelagat mat dan minah salleh yang baru balik dari Pulau Perhentian. Mengikut pemandu kereta sewa yang kami naiki tadi, memang pada bulan2 tertentu Kota Bharu akan dibanjiri oleh mat dan minah salleh yang transit seketika sebelum bergerak ke Pulau Perhentian.




Dah puas cuci mata dengan gelagat mat dan minah salleh, kami gerak masuk ke balai perlepasan sebab airport KB bukan besar mana pun, kedai pun tak banyak. 

Kebetulan pesawat yang membawa kami dari KB ke LCCT agaknya pesawat yang berulang-alik dari LCCT ke destinasi Indonesia. Sebabnya dari pilot sampailah ke sebahagian besar anak kapal adalah macit Indon.... bukan Indon pembantu rumah taw tapi tahap2 Indon sinetron semuanya. Montok2 dan comel2..... hehehe. Malangnya tak bawa DSLR jadi tak berapa nak fokus paras rupa masing2, tetapi sebagai trade mark picca stewardes kena ada walaupun hanya sipi2.....



Si kenit bongsu pula seperti biasa sibuk dengan agenda makan..... maggi ayam pun jadilah..... huhuhu. Makan..... makan..... dan makan..... itu sajalah kerjanya.


Landing di LCCT sekitar 5.30 pm dan Alhamdulillah penerbangan cukup lancar tanpa sebarang masalah. Keluar saja dari airport, ambil kereta dan terus shoot balik rumah...... rehat puas2 sebabnya esok dah kena masuk opis.

Ariyos!!!!!

6 comments:

  1. wahh panjang sungguh entrynye. tapi best!

    ReplyDelete
  2. nak tanya, KFC kt airport KB buka 24jam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika rujuk website KFC http://www.kfc.com.my/store-locator/?name=&twentyfour_hours=on KFC di airport KB hanya dibuka pada belah pagi sahaja.

      Delete