Wednesday, 20 November 2013

Trip Ke Nilai 3

Nilai 3..... sape tak kenal Nilai 3?

Semua orang kenal.... syurga membeli-belah untuk bakal pengantin. Ini lah tempat ibu bapa dan kaum kerabat pengantin datang shopping barang2 hantaran dan kenduri-kendara (bakal pengantin hulur duit saja sambil goyang2 kaki kat rumah.... hehehehe).

Akhir-akhir ini dikatakan Nilai 3 juga syurga membeli-belah kepada mereka yang nak masuk rumah baru..... hahahaha. Segala machiam karpet ada, kedai perabot kayu jati bersepah-sepah.... nak beli langsir baru pun boleh, dijamin siap dijahit dalam masa 2 jam.... nah ko!!!! 

Masa kami nak kawen dulu pon, MIL ada juga datang sini untuk shopping barangan hantaran dan perhiasan rumah. Khabarnya masih ada lagi stok2 bunga tiruan dan langsir yang masih tersimpan dalam setor rumah..... hehehehe. Boleh sewakan pada saudara-mara, side in-come dah tu daripada dok terperap berhabuk dalam setor.... hehehehe.

Sebenarnya dah banyak kali juga kami ke Nilai 3.... bukan shopping sangat pun, sekadar cuci mata. Kali terakhir kami ke Nilai 3 adalah kira2 enam tahun yang sudah. Fuhhhh..... lama giler!!! Masa tu MHD dan QM pun belum lahir lagik.

Jadinya pada minggu lepas, kami pun menjejakkan kaki semula ke Nilai 3 tanpa dirancang..... semuanya secara mengezut. Alang2 dah sampai KLIA untuk hantar MIL, MHD dan QM, on the way balik kami tersasar sekejap ke Nilai 3. 

Kalau tak fikir jalan sesak sebab dah mula cuti sekolah.... mahu saja kami tersasar ke Port Dickson, Melaka atau Johor Bahru..... hehehehe. Ambo sememangnya suka percutian atau jalan2 secara mengezut atau tergezut.... hehehehe. Spontaneous traveller gitu!!!

Bila sampai saja ke Nilai 3.... tergezut mata kami sebab dah makin besar rupanya Nilai 3. Jauh berbeda berbanding 6 tahun nan lalu.

Tapi masa kami sampai, kedai2 masih belum dibuka. Awal sangat lagi, jam 8 pagi dah tersengih-sengih kat Nilai 3. Mamat Pakistan towkey carpet pun baru bangun nak gosok gigi.

Gegeh betul usaha kami untuk menyokong ekonomi Nilai 3, mamat Paki belum buka kedai kami dah tercegat depat pintu.... hahaha!!!! Dey macha, cepat buka itu kedai.... kami mahu shopping carpet!!!!!

Pusing2 dengan kereta.... dah macam tawaf dah. Semua kedai masih belum buka pintu. Tengok jam baru pukul 8 pagi, agaknya jam 10 baru semua pakat cari anak kunci.

Jadi kami pergi sarapan dulu di Restoran Kak Lily, Nilai 3.

Pekena teh tarik segelas dan roti telur sekeping.... sembang2 buang masa sementara tunggu mamat Paki buka kedai.

Agak2 dah hampir jam 10 pagi baru kami pusing balik ke area komersial Nilai 3. Baru nampak mamat-mamat Paki terhegeh-hegeh buka pintu kedai.

Hampir semua pekerja dan towkey bangsa asing.... mamat2 Paki dan Afghan. Bior bebenor.... mana pergi towkey local? Towkey Cina pun dah makin kurang.... dasat juga penangan Paki masa la ni.

Apa yang kami cari di Nilai 3?

Cuci2 mata tengok perabot jati.... cari idea sebelum masuk rumah baru hujung tahun ini..... hehehehe. Inshaa Allah.

Kemudia nak cari mannequin untuk business batek kami. Pusing punya pusing dapat cari kedai yang jual mannequin. Nama kedai KST.....

Nak cari mannequin atau perkakasan untuk display barang jualan, inilah tempatnya yang patut dituju.... KST.

Machiam sex toys la pulak..... inilah mannequin yang ambo dok cari selama ini. Harganya RM6 satu, kami beli satu je pon. Cukuplah untuk business batek secara online. 

Selain mannequin ada jugalah dua tiga barang yang kami sapu dari KST. Dah dapat apa yang terhajat di hati, kami singgah pula ke Textile Walk.

Machiam2 ada di Textile Walk.... kain baju.... karpet.... langsir pun ada, boleh ditempah dan dijamin siap dalam masa 2 jam.


Dah machiam rupa Petaling Street dah eh... kami antara pelanggan terawal yang sampai.

Di Textile Walk kami singgah satu kedai, tak pasti owner atau pekerja tapi ahkak tu asal Cambodia. Datang Malaya sebagai pelarian semasa perang Vietnam dan angkara Pol Pot. La ni dah jadi warga Malaya. Kat sini kami sapu 4 pasang baju tidur untuk MHD dan QM.

Ok nak habai mai juga, masa kat KLIA pagi tadi, kasut MIL terputus jadi dia bertukar kasut dengan HM. Nak beli kat KLIA.... humang aihhhhh, harga ratus2!!!!

Jadinya dari pagi tadi HM dok usung kasut terputus tali ke hulu ke hilir, dari KLIA sampai Nilai 3.

Nak dijadikan cerita, akak Cambodia yang kamu jumpa waktu beli baju tidur MHD dan QM tadi beriya sakan bagitahu, ada kedai kasut berhampiran Mary Brown's.

Kami just like WHAT

Nilai 3 dah ada Mary Brown's ka.... tak nampak pon masa tawaf2 pagi tadi.

Kami pon sambil2 cuci mata tercari-cari jugalah kedai kasut tapi tak jumpa..... walau dalam hati tak berapa nak yakin dengan kata2 akak tadi, Mary Brown's?

Memang Nilai 3 tak ada kedai kasut ye?

Yang banyak adalah kedai2 karpet. Kami singgah juga kedai karpet tapi tak beli.... masih ada masa untuk pilih deco yang bersesuaian untuk rumah baru kami.

Mana-mana ada kedai textile dan karpet tapi kami cuma lihat dari jauh.

Half day di Nilai 3, kami beransur pulang. Ingat nak singgah rumah adik di Nilai tapi dia tak pick up henpon la pulak. Penat agaknya kerja malam. Jadi kami terus drive on menuju rumah.

Sebelum sampai rumah, kami singgah sekejap di RnR untuk pekena Sate Kajang Haji Samuri.... habis 20 cucuk.

Bila dah kenyang, mata pun layu saja.... kena pula kat highway. Concentrate..... focus..... sampai rumah baru cepat2 naik ke bilik untuk tidur..... mengantuk sangat dah ni der!!!!

Sekian untuk kali ini, sehingga ketemu lagi ^_^

No comments:

Post a Comment