Monday, 2 December 2013

JoM MaKaN - Lamb Chop with Mushroom Sauce @ Orchid Bistro Rawang

Ini satu lagi entry tertangguh.... kisah hunting menghunting ini secara jelasnya berlangsung pada minggu kedua November nan lalu. Dasarnya tekak ambo bukanlah berorientasikan selera barat... memang tekak melayu asli. 

Cuma sesekali datang selera untuk menchoba lamb chop.... bukan selalu pon.... dalam setahun ada la dua tiga kali datang angin nak makan style mat salleh.... hehehehe. Itu pun berlaku secara spontan.

Ok.... kat mana Orchid Bistro ni? 

Ada banyak cawangan tapi Orchid Bistro yang ambo dan HM kunjungi ini letaknya di AEON Rawang.... lokasi kegemaran HM untuk menghabiskan sisa-sisa hujung minggu beliau.... hehehe. 


Orchid Bistro bukan sekadar menawarkan hidangan barat semata malahan citarasa Asia juga. Tapi ahli rombongan pada kali ini semuanya perasan nak jadi mat salleh dan minah salleh celup.... huhuhu..... semua pakat-pakat dok order spaghetti, lamb chop dan fish n chips..... selera London semuanya.

Sembang pasal lamb chop, sudah menjadi lumrah masyarakat kita untuk associate lamb dan daging kambing dengan peningkatan paras kolesterol dalam darah dan juga terjadinya masalah darah tinggi.

Bila dihitung congak.... mat salleh dan minah salleh pun hari-hari dok pulun lamb chop atau makanan berasaskan daging tapi tak ada pula yang pakat-pakat dok hidap darah tinggi.

Atas fatwa tersebut dengan bangganya sesetengah dari kita dok pulun daging kambing tanpa mengira risiko yang ada. Pada hemat ambo memang secara saintifiknya daging kambing memang rendah kolesterol tapi dari segi iklim dan genetik orang kita tak memungkinkan untuk pulun kambing dari pagi ke malam tiap-tiap hari. Mat salleh dan minah salleh tak apalah untuk memanaskan badan pada musim luruh dan sejuk. Kita kat khatulistiwa nak panaskan apa, itu yang boleh kena strok bila dok pulun kambing tak hengat.

Sembang.... sembang gak.... ni dia ambo punya lamb chop with mushroom sauce....


Sodap sampai menjilat kaki.... dagingnya lembut dan juicy. Mushroom sauce juga ngam-ngam kena dengan selera ambo... 

HM pula pilih fish and chips.....


Bila tengok picca fish and chips, teringat saat-saat masa menetap di Perth dahulu..... echechecheche!!!! Nak juga habaq pernah dok obersea.... keh keh keh!!!

Bukan apa.... kenangan travelling ke tempat-tempat yang sukar untuk mendapatkan makanan halal (biasanya di pedalaman atau Australian Outback kata omputih), fish and chips adalah santapan perut kami selain roti atau maggi.... hehehe.

Lepas pekena lamb chop dan fish n chips.... kami ke Starbucko (cara kawan Filipino sebut Starbuck) untuk minum-minum. Masa di Orchid Bistro tadi kami tak order apa-apa minuman..... Aussie styleo.... hehehe. Masa di Perth dulu, kami perasan jarang sangat bebudak Aussie order minuman waktu lunch, kalau order pun cuma mineral water.

Starbucko.... 


My peberet drinks sejak zaman berzaman.... hot chocolate. Personally ambo lebih suka hot chocolate Gloria Jean's berbanding Starbucko.... tapi kat Malaysia jarang jumpa Gloria Jean's.... minggu lepas ada nampak di Taiping tapi tak sempat singgah.

Starbucko..... Starbucko..... hehehehe

Lepak-lepak sekejap di Starbucko habiskan sisa-sisa hujung minggu sebelum masing-masing kembali ke sarang.

Sekian...

No comments:

Post a Comment