Thursday, 27 November 2014

Kembara Penang 2014 | Episod 02: Taman Rama-Rama, Taman Rimba & Empangan Teluk Bahang

As-Salam & Salam Sejahtera,

Kita sambung balik pengkisahan kembara ambe dan anak ambe ke Penang. Entri terdahulu ambe dah sembang lawatan kami ke Pantai Kerachut, Taman Negara Penang. Gi lawat tasik meromiktik dan juga Pusat Konservasi Penyu. Kemudian separuh hari dihabiskan lepak2 di Pantai Kerachut, nak mandi laut tapi keadaan agak berbahaya menurut renjer Perhilitan yang sempat ambe temui.

Itu kisah sehari sebelumnya lah, ari ni ambe dan anak ambe akan menerokai beberapa tarikan pelanchongan di sekitar Teluk Bahang. Antara yang termasuk dalam wishing list adalah;

1. Penang Butterfly Farm
2. Taman Rimba Teluk Bahang
3. Empangan Teluk Bahang

Penat semalam masih belum hilang lagi agaknya, jenuh nak kejutkan budak kechik tu. Malam tadi dah pesan, tido awal2 jadi esoknya buleh bangun awal. Tapi tido awal pun, masih liat nak bangun pagi. Kejut punya kejut, mandi bersiap bagai jam 9 baru gerak ke Penang Butterfly Farm.

Rasa machiam awal lagikan, baru jam 9 pagi. Tapi ini hari terakhir kami di Penang. Cuti pun dua hari, hari pertama sampai dah lewat malam sebab bertolak lepas opis hour, hari kedua habiskan masa di Taman Negara, tinggal hari ini sajalah untuk kunjungi sebanyak tempat yang mungkin sebelum bertolak balik.

Memang bagai dikata, ternyata kalau setakat 2 hari memang tak puas mai Penang. Nak makan2 selera Penang pun tak sempat. Tapi tak pa, itu alasan untuk repeat chuma tak tahu bila la kan.

Tanpa berlengah jom kita t'back balik apa yang kami buat pada hari terakhir di Penang;

Penang Butterfly Farm yang letaknya di Jalan Teluk Bahang, ini destinasi pertama kami untuk hari ini. Taman rama2 ini mula dibuka kepada umum pada bulan Mac, 1986 dan pengasasnya adalah Mr David Goh. Dikatakan taman rama2 ini adalah yang pertama seumpamanya yang telah dibina di kawasan tropika; maklumat bersumberkan Penang Butterfly Farm. Lain2 info anda buleh google website mereka seperti yang tertera di atas.

Penang Butterfly Farm ini dibuka setiap hari, 7 hari seminggu hatta pada cuti umum. Buka jam 9 pagi dan ditutup pada jam 6 petang, tapi pintu masuk akan ditutup tepat jam 5 petang. Kiranya sape yang datang jam 5, jam 6 dah kena keluar. Rugi sebab sejam tak cukup (kalau jenis tak minat lain ceritalah) untuk menerokai keunikkan rama2 di Malaysia.

Lupa nak snap gambirun area parking. Parking untuk pengunjung tiada masalah, cuma rombongan yang datang dengan bas, maka bas kena parking luar, tepi jalan je pun tak jauh.

Bayaran masuk pula machiam mana?

Nampak tak kadar bayaran masuk ke Penang Butterfly Farm untuk rakyat Malaysia?

1. Dewasa, RM18
2. Kanak2 umur 4-12 tahun, RM10
3. Warga emas 58 tahun ke atas, RM13.50
4. Pakej keluarga (2 dewasa + 2 kanak2), RM46
5. Rombongan dengan bilangan peserta minima 13 orang, ada harga istimewa

Berbaloi ke tidak dengan bayaran sebegitu?

Mahal ke murah?

Mak bapak plus 2 anak kira ok lagi kut, below RM50. Kalau anak ramai memang rabak juga poket. Tapi kekadang anak seorang pun kita berkira nak bawa ke tempat2 sebegini atas pelbagai alasan. 

Alasan paling mudah, nak tengok rerama tak payah masuk park, tepi rumah pun ada. Semak kat kampung buleh jumpa rerama. Alasan laen, dari buat bayar tiket masuk baek guna duet untuk beli makanan, lagi mengenyangkan. 

Kalau dihitung-hitung pelbagai alasan kita buleh gariskan kat sini. Kita lupa sebenarnya tempat2 sebegini bukan sekadar galeri atau tempat pameran, fungsinya meliputi pendidikan juga penyelidikkan. Mungkin jika kita bawa anak2 dalam umur bawah 12 tahun terutamanya, sedikit sebanyak dapat memupuk minat mereka kepada sains, atau mungkin juga kesedaran akan kepentingan kepelbagaian bio.

Minat sebegini perlu dipupuk sejak dari kecil. Anak2 kecil memang senang disemai dan dipupuk minat mereka. Mereka juga lebih menyukai pendidikan yang diselitkan dengan unsur2 hiburan seperti lawatan ke Taman Rama2 sebagai contoh.

### Kalau dari keluarga susah dan kurang berada laen cerita la kan.


Sebelum kita masuk, kita bergambirun dulu. Kalau dah jom kita tengok dalam apa yang ada.


Tu dia, masuk saja ini yang kami nampak dahulu. Mula2 ingat member baru nak keluar dari kepompong. Bila zoommm view eh kenapa machiam kembar siam. Nak tuduh mengawan, tapi machiam ni ka rerama mengawan?


Beraneka jenis rama-rama buleh dilihat. Berbagai saiz dan juga pelbagai warna. Indah sungguh ciptaan Ilahi.


Feeding time; rama-rama diberi makan berupa madu2 atau manisan dari buah nenas dan juga bunga raya.


Ala ada yang nak terkuchel le pulak. Mana tandas ni?


Katak ke tu?


Pasangan tok arab dan nek arab. Ramai depa kat Penang. 


Butterfly Farm pun, laen2 species pun ada. Antaranya itik yang bulunya berwarna-warni. Sape kenal ini itik sape? Eh, bukan itik sape, ini itik apa?


Melayu panggil itik serati, itik Jawa atau itik Nila. Omputeh panggil mandarin duck!!!


Nak pegang, ada bran?


Kura-kura kawen dengan boye = kura-kura boye?


Nak tunjuk kasut Nike ke rama-rama?


Pada masa2 tertentu akan ada petugas Butterfly Farm yang akan jadi jurupandu. Dia akan memberi penerangan berkaitan rama-rama dari pelbagai sudut. Kita akan dibawa meneroka Butterfly Farm dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. 


Menarik penerangan yang diberi oleh brade kita ni. Tapi ramai yang buat dunno terutamanya turis lokal!!! 


Dah puas tengok live specimen, kita tinjau rama-rama yang terawet pula. Collector mesti suka ni.


Teringat zaman belajar dulu, lecturer suruh buat koleksi serangga sebagai salah satu assignment.


Galeria, tapi tak fokus sangat sebab masa ni tergesa-gesa nak keluar dah. Terlalu ambil masa kat bahagian rama2 hidup. Lama sebab minat dan suasana pun tenang saja dalam taman. 

Tapi kalau masa anda tak terbatas, buleh saja nak lepak kat Butterfly Farm lama, masuk 9 pagi keluar 6 petang pun tak ada yang melarang hehehehe. 

Kalau anda perasan park atau galeria sebegini, pintu keluar mesti akan melalui kedai barangan cenderamata kan? Cuma satu je tak ada, photographer yang akan ambil gambirun kemudian siap print dengan frame sekali.

Ambe ada jugalah beli fridge magnet seketul, budak kechik pula minta beli magnolia gold seketul. Suka betul budak ni dengan magnolia gold!!!

Slurp slurp dijilatnya magnolia gold. Sikit pun tak di 'oper' kat bapak kat sebelah ni. Bertuah punya budak.

Habis saja magnolia gold (kena kasi habis dulu, kalau tak bersemut kereta), kami gerak ke sebelah je 'Taman Rimba Teluk Bahang'.


Apa ada di Taman Rimba Teluk Bahang? Nak berkhemah buleh nak mandi manda pun buleh. Kat sini juga letaknya Muzium Perhutanan, nak masuk ada la sedikit bayaran yang akan dikenakan. Mandi-manda opkoz percuma!!!


Mak datin pun mai sini!!!


Ini baru kat depan2, belum masuk jauh lagi ke dalam Taman Rimba. Mengikut cerita kat dalam cun, siap ada air terjun betui ka?

Uik tak tahu ke? Memang ambe tak tahu pun, masa pergi ari tu nampak dari luar machiam tak menarik je Taman Rimba. Dah balik google sana google sini baru tahu Taman Rimba ni buleh tahan juga keindahannya.

Tak de rezeki!!!


Ini juga punca ambe malas nak masuk jauh ke dalam, lesu je aliran air. Tambah lagi budak kechik dah mengamuk nak mandi sungai padahal bukan bawak baju extra pun.

###krikkrikkrikkrik###

Jom kita ke Empangan Teluk Bahang pula.


Airnya hijau luas terbentang. Empangan Teluk Bahang ini merupakan empangan tadahan air terbesar di Pulau Pinang. Ini juga lokasi untuk pertandingan perahu naga yang diadakan setiap hujung tahun.

Empangan ini memang cantik, tapi tidak kurang juga dengan misteri nusantara. Antara misteri yang menjadi buah mulut adalah kehadiran ikan dan ular gergasi. 

Ikan naga atau ikan toman bersaiz gergasi dikatakan pernah dilihat oleh beberapa orang kaki pancing. Namun kini empangan Teluk Bahang telah ditutup kepada semua kaki pancing. Ada yang mengaitkan penutupan tersebut dengan kehadiran ikan naga demi keselamatan pengunjung. Entah betul atau tidak, kalau ikan naga ada masakan saban tahun diadakan pertandingan perahu naga? 

Misteri ular gergasi pula dikatakan pernah dirakam oleh seorang pekerja pembersihan. Ular tedung bersaiz gergasi tersebut, lebih kurang saiz tiang elektrik, dikatakan muncul dari hutan belantara berhampiran empangan.

Tidak kurang juga yang mendakwa Empangan Teluk Bahang dan hutan sekitarnya ada penunggu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betul atau tidak dakwaan itu semua.

Kepada yang berkesempatan, berhampiran sini juga ada Tropical Spice Garden dan Coffee & Chocolate House. Dua2 ambe tak sempat singgah sebab lepas bergambirun di Empangan Teluk Bahang, kami berdua bergegas pula ke Batu Feringhi.

Apa kami buat di Batu Feringhi?

Inshaa Allah akan diceritakan dalam entri yang seterusnya.

Sekian dahulu, TQ kepada semua.

Kembara Penang 2014 Episod 1 | Kembara Penang 2014 Episod 3

No comments:

Post a Comment