Friday, 30 January 2015

PeTua TaK NaK KeNa SaMaN DeNGaN JPJ

Mutakhir ini kerap bebenor polis dan JPJ membuat operasi. Malah sudah heboh di laman2 sosial pasal operasi besar-besaran yang akan bermula minggu hadapan.

Kalau yang berlesen dan kenderaan masih dalam spesifikasi kilang, buleh lah menarik napas lega. Tapi kalau yang jenis menunggang atau memandu tanpa lesen, kenderaan pula habis kena make-over, memang cari nahaslah.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas ambe keluar ronda-ronda ambil angin. Sekali dari jauh ternampak brader JPJ tengah buat roadblock. Siap susun kon kat tengah jalan, ambe tarik napas panjang dan cepat2 berhenti jauh sikit dari roadblock tersebut.

Apa la naseb, helmet buleh pula lupa nak pakai, lesen pula memang tinggal bersama dompet kat rumah. Ambe pun buat2 lah check angin tayar kononnya kat tepi jalan. Tapi jantung memang dup dap dup dap, nak buat u-turn kopempem kena kejar nanti.

Menitik peluh jantan, tapi dalam duk panik buleh pula teringat satu petua orang tua kalau terserempak dengan roadblock polis atau JPJ. Ada satu ayat pelindung, kalau dibaca berulang kali, dan dihembus ke arah anggota yang membuat sekatan, boleh membuatkan mereka lembut hati dan buat tak tahu je kalau kita melintas.

Penuh kusyuk dan penuh yakin, amba baca ayat tersebut berulang kali dan hembus ke arah brader JPJ tersebut, dari jauh le kan. Hembus depan muka kepompem kena pelempang. 

Cukup keyakinan diri, ambe lalu depan sekatan sambil buat2 selambe tapi sebenarnya memang dah seram sejuk dah takut kena saman. 

Ajaibnya, brader JPJ tersebut buat tak tahu je masa ambe lalu depan depa. Malahan macam ambe ni tak wujud depan depa. Apalagi, ambe cepat2 kayuh BASIKAL buruk ambe dan terus balik rumah makan nasik.

Fuhhhhh legaaaaaaa!!!!


Friday, 2 January 2015

JoM SaNTai : Sunway Pyramid | 21/12/2014

As-Salam & Salam Sejahtera,

Hujung tahun plus cuti sekolah equal to anak merengek nak jalan2.

Formula ini mesti buat mak bapak yang dah biasakan anak2 dengan cuti2 mesia pening kepaler. Ini termasuklah ambe, sepanjang cuti sekolah ini, anak2 tak henti2 bertanya bila nak gi bercuti?


Adehhhh!!! Hujung tahun memang ambe phobia sikit nak bawa bebudak bercuti. Pertama sebab musim hujan, leceh nak jalan2 musim hujan ni. Silap2 terperangkap dalam musibah banjir.


Keduanya, bila tiba saja musim cuti sekolah, segala hotel pakat2 naikkan harga. Peak season kekdahnya. Bilik yang biasanya 200++ buleh jadi dekat 400++ bila tiba peak season.


Ketiga, tak tahan kesemua tumpuan pelancongan jadi tin sardin. Bersendat-sendat dengan segala macam umat. Kalau pergi Legoland atau Genting (bila mau buka daaaa!!!) jenuh kena beratur panjang bila nak beli tiket dan nak main games. 

Paling last, hujung tahun dan awal tahun banyak duit belanja keluar untuk persekolahan. Jadi ambe ambil langkah berjimat cermat untuk tidak bercuti pada musim cuti persekolahan akhir tahun. 

Biasanya lepas buka sekolah baru ambe bawa anak2 bercuti pada hujung minggu. Biasanya harga hotel sudah kembali normal dan pengunjung pun dah tak macam ulat cari ayor.

Namun begitu bebudak bukan paham. Nak tak nak kena bawa juga jejalan hatta ke tempat yang dekat dengan rumah pun. 

Jadinya menjelang Christmas nan lalu, ambe bawa anak2 bersantai ke Sunway Pyramid. Anak2 galak nak main ice-skating. Lama sungguh ambe tak ke Sunway Pyramid, lima nan tahun jugalah tak ke sana.


Dulu, kini dan mungkin selamanya, nak cari parking di Sunway Pyramid agak susah terutamanya jika dah tengah hari baru nak sampai. Berpusing-pusing cari parking, satu level ke satu level. Dah dapat tempat parking, wajib snap gambirun tempat parking, kut2 balik nanti lupa parking kat area mana.


Kebiasaan tahun2 sudah, Christmas kami pasti pulang ke kampung di pedalaman Sabah. Tapi tahun ini tak ada gambirun Christmas di 1Borneo tapi gambirun Christmas di Sunway Pyramid.


Gambirun persiapan Christmas di Sunway Pyramid. Nampak meriah tapi sebenarnya di 1Borneo jauh lebih meriah kerana penganut Katolic etc jauh lebih ramai di sana berbanding semenanjung. Non-Christian pun gegeh nak bergambirun depan Christmas tree dan bersama Santa Claus/Santa Rina hehehehe.


Ni dia, pakat terkial-kial nak seimbangkan badan. Mana yang dah expert meluncur bak peluru. Nubis terhegeh-hegeh kejap jatuh kejap tergelincir. 

Memandangkan kedua-dua anak ambe adalah nubis yang amat, tak berkenan pula bila bab jatuh2 ni. Bukan apa, anak bongsu ambe tak sampai setahun lagi lengannya patah. Takut pula terpatah untuk kali kedua.

Kalau bongsu tak dibagi main, tak kan yang sulung nak main seorang diri. Seorang tak boleh, semua tak boleh main. Muktamad ye anak2. Pakat2 muncungkan mulut.

Terpaksa mak bapak cari alternative lain.

B.I.N.G.O!!!!!


Apa kata kita main panah2. Nak ke tak?

Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!

Hahahahahaha. Budak berdua ni memang suka. Jom kita tengok harga dulu.


Nampak tak harga untuk non-member?

RM 15 - 15 arrows - individu
RM27 - 30 arrows - 2 pemain
RM39 - 45 arrows plus 8 free arrows - 2 pemain
RM57 - 75 arrows plus 18 free arrows - 3 pemain

Jadi ambe ambil pakej RM39. Panah le sepuas hati sampai habis arrows.


Dah beli tiket, tunjuk kat satu lagi kaunter untuk ambil peralatan keselamatan. Biasa bagi nubis, staf Stars Achery akan tolong pakaikan.


Tak pandai panah pun tak apa. Nanti akan ada staf yang akan bagi tunjuk ajar. Lama2 pasti ok. Ini area memanah dewasa, kanak2 ada area tersendiri.


Area untuk kanak2 hanya bersebelahan saja dengan area dewasa. Dipisahkan dengan cermin lut sinar. Memanah ini bagus untuk melatih daya fokus. Bagi umat Islam, memanah merupakan salah satu sunnah dan digalakkan disamping berkuda.


Nubis kubis kali pertama pegang arrow dan pemanah. slow2 belajar, lama2 boleh lah kena panggil expert. Anak2 zaman kini, beruntung boleh belajar memachiam perkara. Muzik, taekwando, memanah etc. Zaman kita dulu mak pak mana mampu. Kena bagi sekolah pun dah syukur yang amat, Alhamdulillah. 

Seronok tak anak2......

Huh, masih belum puas. Nak main ice skating gak?

Jangan nak ngengada, jom balik hahahahahaha.

Depa berdua perasan, depan Sunway Pyramid ada Sunway Lagoon. Tunggu dululah musim hujan reda, baru best layan Sunway Lagoon.

Ariyos!!!