Monday, 3 June 2013

Trip Ke Krabi 2013 - Part III: Welcome To Krabi

Alhamdulillah selamat kembali ke bumi Malaya selepas menghabiskan masa, kudrat dan fulus di Tanah Siam, atau lebih tepat lagi Krabi-Aonang selama 4D3N.  Dah balik, macam biasa kenalah buat field report kat Diari Si Ketam Batu sebagai kenangan dan pedoman untuk diri sendiri juga penjelajah yang lain.

Jadi ambo akan pecahkan field report ambo berkaitan percutian di Krabi-Aonang berdasarkan xtvt harian. Mari ambo mulakan FR kembara bumi Krabi-Aonang ini dengan saat ambo meninggalkan rumah ambo di Cape Malim.....

Malam sebelum bertolak ke Krabi, ambo dan AT tido lewat atas sebab2 tertentu (lalalalala..... malam tu lah nak buat itu, nak buat ini, nak sapu sana, nak sapu sini). Jam 2 am dah nak kena bangun sebab takut lambat sampai ke LCCT nak amik flight jam 7 am. Konon planning tak nak tido sebab takut terlajak, sekali mata terpejam juga.... buka mata balik dah dekat 2.30 am. Terus bergegas gosok gigi, mandi, pakai baju, dan angkut beg masuk kereta. Nasib baik semua dah siap packing.... check rumah lebih kurang, matikan suis lampu, buka kepala hos gas memasak dan cabut ke Wangsa Jaya untuk pick-up AAR, rakan kembara ke bumi Krabi.

Kendian dengan mata separuh terbuka dan masih mamai terus memecut ke LCCT dengan gaya pemanduan Emcek Karamjit Singh... pecut sana libas sini Alhamdulillah selamat tiba di LCCT dalam masa yang ditetapkan. Sebab tak ada sape sudi hantar, ambo parking saja kereta ambo di LCCT.... tak mahal mana dalam RM16 saja sehari. Cuma open parking.... kalau sape yang sayang banget dengan mobil memang tak sanggup punya lihat kereta berhujan berpanas selama berhari-hari. Ambo tawakkal sajalah, dari segi keselamatan rasanya terjamin.

Dari tempat ambo parking (bersebelahan dengan Tune Hotel) kena menapak dalam 10 minit juga (bergantung kepada berapa laju dan panjang langkah anda....) nak sampai ke balai berlepas. Tak apa awal pagi keluarkan peluh... lagi pun ramai flight attendant menapak sama menuju terminal, boleh cuci mata seawal Subuh.... hehehehe. p/s: sejak bila skirt flight attendant AA makin sendat dan singkat?

Kat terminal ambo and the gang self check-in dahulu, print boarding pass siap2... kemudian baru menapak cari breakfast. Sebelum tu sempat tinjau money changer kat LCCT sebab AT nak tukar duit RM ke Thai Baht... semuanya rate tinggi.... nasihat ambo, tak payahlah tukar duit kat airport sebab mahal.... baik tukar kat tempat lain. Nak untung tukar saja kat Krabi nanti.



Inilah breakfast terakhir kami di bumi Malaya sebelum berlepas ke Krabi.... dan segelas teh panas. Tengok tu.... makan pun dah tak ada selera sebab jasad saja kat LCCT, jiwa masing2 dah sampai Siam tu.... hehehehe


Lepak2 kat food court kejap sementara tunggu masa untuk boarding... sembang2 sambil camwhore.... p/s: ada fatwa kata camwhore atau kaki amik pixs sendiri adalah golongan jiwa kacau... ada betul ka? 

Selera nak abiskan nasi lemak pun dah tak ada.... jadi kami menapak ke balai berlepas untuk urusan imigresen.... cop passport dan kemudian lepaking kat depan gate. Jangan lupa buat juga document check dengan Air Asia... ini untuk penumpang yang buat web check-in dan juga yang check-in guna kiosk. Bukan apa pun, hulur saja boarding pass dan pasport pada staff Air Asia... kemudian dia akan cop boarding pass kita tu.... Macam2 Air Asia ni.... document check counter ini biasanya kat dalam balai berlepas, kat area menunggu sebelum naik pesawat tu....


Ambo pun tak tahu pasal Air Asia document check ni... sekali ambo tengok ramai passenger yang beratur dok cop boarding pass kat kaunter macam pix kat atas tu..... dengan muka kontrol macho ambo tanya macit yang free hair tu... katanya untuk semua penumpang yang tak check-in melalui kaunter atau yang tak check-in luggage.

Imigresen dah cop passport.... Air Asia dah cop boarding pass.... what's next? Tunggu sajalah panggilan untuk menaiki pesawat... bagi ambo masa ini akan digunakan dengan sebaiknya untuk berulang-alik ke tandas. Dah jadi tradisi ambo, sebelum naik kapal terbang kena tawaf tandas sekurang-kurangnya 7 kali.... hehehehe

Tunggu punya tunggu.... tandas pun ambo tawaf lebih dari 7 kali,  tiba juga saat panggilan untuk menaiki pesawat Air Asia  AK1966 ke Krabi. Teruja sakan.... hahahaha, macam sakai pun ada. Tegak je berbaris nak masuk ke tempat parking pesawat.... inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang!!!!! hahahaha.

Dari gate... jauh juga kami kena menapak sebab pesawat yang akan membawa kami ke Krabi parking nun jauh kat sana nun... kira berpeluh jugalah ketiak.... kalau bawa anak kecil memang hazab juga. Mana lagi nak kena tengok kiri kanan kot tereksiden dengan kenderaan airport.... alahai terminal tambang murah ku!!!!!

Tapi bila tengok senyuman flight attendant kat pintu pesawat terus hilang penat dan lenguh2 kaki lepas menapak jauh tadi.... hehehehe

Ni dah kat dalam pesawat dah ni..... snap pix flight attendant adalah perkara wajib bagi ambo. Kalau tak memang tak sah....


Satu lagi yang wajib ambo snap adalah benda ni....


Passport dan arrival-departure card...... kiranya nampak berseni gitu... juga bukti ambo travel pergi obersea.... hahahaha

Kat arrival-departure card tu jangan lupa isi semua ruangan yang ada... kecuali bahagian for official use. Biasanya orang selalu tinggalkan kosong bahagian alamat tempat tinggal di negara yang kita lawati.... sebaiknya print out pengesahan tempahan hotel, dan ambil tahu alamat lengkap hotel tempat kita menginap nanti.

Ini untuk mengelakkan kita bersoal jawab dengan pegawai imigresen kat airport nanti. Kalau boleh kita isi maklumat selengkap mungkin dalam arrival-departure card... bila hulur je passport kat pegawai imigresen, dia tengok semua dah lengkap.... dengan senang hati dia akan cop. Kalau ada yang kurang, ada sesi soal jawab.... silap2 boleh sangkut kat situ...

Seperti yang sedia maklum... flight ke Krabi dari KL cuma memakan masa sejam lebih saja. Jadi ambo and the gang memang tak makan atau minum apa2 atas flight.... jimat dah duit kat situ... duit makan atas flight boleh guna untuk shopping kat Krabi nanti... pandai nyer!!!!!

Disebabkan masa Krabi lewat sejam dari kita kat Malaysia... penerbangan ke Krabi seperti kembali ke masa silam.... macam cerita Back To Future la pulak.... bertolak dari LCCT jam 7 lebih, sampai kat Krabi pun jam 7 lebih juga.... dah touch down bumi Siam jangan lupa adjust jam masing2....

Flight AK1966 selamat mendarat kat Krabi International Airport kira2 jam 7.55 AM.... nasib baik bukan terminal tambang murah. Walaupun airport dia kecik macam kat Kota Bharu atau Kuala Terengganu, dengan taraf international airport... pesawat akan mendarat dekat dengan main terminal dan ada kemudahan air bridge... tak perlulah menapak jauh.

Masa kami mendarat, tiada pesawat lain mendarat sama... jadi airport tak adalah sesak mana... kaunter imigresen Krabi International Airport hanya dipenuhi oleh penumpang dari Flite AK1966 Air Asia... tak sampai 15 minit urusan imigresen dan kastam Siam selesai.

Masa ni ada group yang lupa alamat hotel.... nasib tersadai kat kaunter. Imigresen Siam tahan tak mahu cop pasport selagi maklumat berkaitan hotel tak diisi dalam arrival-departure card. Terkial-kial nak cari alamat hotel.... jadi ambo nasihatkan print siap2 salinan pengesahan tempahan hotel.

Keluar saja dari area imigresen dan kastam... kami semua pakat cari toilet dulu untuk mengosongkan pundi kencing masing2.... hehehe.

Pundi kencing dah lega baru fikirkan kaedah nak sampai Aonang. Ambo sempat juga menjeling kot ada mamat Siam yang berdiri sambil pegang kertas tertera nama ambo.... tapi nan hado!!!!. Menapaklah ambo dan ahli rombongan ke kaunter bas dan teksi.


Kaunter shuttle bus & taxi terletak di sebelah kanan anda kalau menuju pintu keluar airport. Sebelah kiri adalah kaunter untuk sewa kereta....

Kekdahnya... untuk ke Aonang boleh naik shuttle bus dengan harga THB150 satu kepala manakala taxi pula THB600 satu taxi, maksimum boleh muat 4 orang. Disebabkan kami bertiga, ambo ambil keputusan untuk ambil taxi saja.... THB600 dibahagi 3 baru THB200 satu kepala... kira murah dah tu.... kalau naik shuttle bus kena tunggu penuh baru dia jalan.

Dah beli tiket shuttle bus atau taxi, bolehlah gerak menuju pintu keluar. Nanti akan berbaris shuttle bus atau taxi sedang menunggu. Tunjuk saja tiket pada pemandu taxi. Jangan lupa snap pix tiket tu dulu, sebab lepas driver amik tiket tu, dia tak pulangkan balik dah... (kalau anda mahu buat kenanganlah...)

Taxi yang hangkut kami tu nan hado betul.... Honda Civic baru keluar kilang, masih berkilat memancor-mancor. Honda Civic kat Siam dema buat taxi je.... kat bumi Malaya berpeluh ambo nak bayar installment bulanan Honda Civic.... p/s: ambo mampu pakai Toyota Vios sajork.... Tapi kan, pemandu taxi Siam yang served ambo tu macam familiar betul.... nampak macam rupa polis bantuan kat tempat kerja ambo!!!! Suku sakat barangkali.....


Perjalanan dari airport ke Krabi-Aonang mengambil masa kira setengah jam, akan melalui kampung2 tradisional Selatan Thailand. Persis suasana di Malaysia, dengan rumah kampung.... kebun getah.... kebun kelapa sawit.... tiba2 mood bercuti ke Langkawi dan Kota Bharu muncul!!!!!

Asyik menikmati keindahan awek alam maya Siam, nampak signboard kat bawah ni.... maknanya dah nak sampai le tu....


Macam biasa, dalam perjalanan ke Aonang dari Krabi International Airport, pemandu taxi akan singgah kat travel agency untuk tawarkan segala packages tour yang ada kat Krabi. Ambo dah baca dalam blog2 berkaitan.... kata dema, harga kat travel agency tempat pemandu taxi singgah memang tahap cekik darah.... kalau boleh cuba elakkan. 

Ambo fahamlah.... harga yang dibayar sudah semestinya dah masuk komisyen untuk pemandu. Melainkan hang pa memang hebat dalam bab tawar menawar, kalau macam kami yang berbudi bahasa malu-maluan nak tawar-menawar.... memang bakal kena cekik la nanti....

Kat sinilah taxi yang kami naiki singgah....


Krabi Somporn Travel and Service.... brader muka mamak yang interprem tu orang Malaysia kita... sempatlah kami bertegur sapa...

Mamak: Hi, where you come from?
Ambo: Malaysia.. 
Mamak: Assalamualaikum bang.... orang Malaysia ye? Saya dari Putrajaya...
Ambo: Dalam hati (aik... ko ingat aku orang Siam ke?)
Ambo: Waalaikummussalam.... hehehe.
Mamak: Ini kali kedua saya sampai Krabi naik flight.... sebelum ni naik motor je sampai sini.
Ambo: Dalam hati (peramah dia ni... tak tanya pun nak cerita bagai)
Ambo: Datang dengan geng2 Versys ke?
Mamak: Taklah.... campur2

Belum tamat perbualan kitorang, datang mamat Siam nak promote package2 yang ada....

Siam: Hello, how are you? Sawadekapppppp!!!!
Ambo: I'm just fine mate (dengar tu.... ascent Aussie)
Siam: Actually haaaaa.... you not far from your hotel already. The driver working with us.... where you go tomorrow? We offer a lot of tour with cheap price....
Ambo: Owh I'm sorry mate... we already booked everything by online. Thanks anyway.....
Siam: It's ok (terus tutup pintu kereta dengan muka monyok.... hahahaha)

Tengok tu... kompiden je tolak offer mamat Siam tu.... selamat Baht ambo!!!! 

Tak lama kemudian driver taxi tadi datang kembali dan teruskan perjalanan ke hotel. Masa sampai tadi dia terus keluar dan masuk opis travel agency, nak kowtim komisyen le tu.... Masa dia masuk balik ke dalam kereta... ambo tak sampai ati pula nak tengok muka dia yang kecewa tak dapat komisyen.... hahahaha.

Terdetik juga dalam hati... kot mamat driver ni kecik hati sebab tak amik packages tour dengan geng konspirasi dia, mahu ditinggalkan ambo and the gang kat tengah hutan.... hahahaha.... tinggi sungguh imajinasi ambo di kala itu....

Memang betul kata mamat Siam tadi.... dari travel agency tempat kami singgah tadi memang dah tak jauh dari Amorn Mansion, hotel kami bakal menginap selama 4D3N. Sampai Aonang, terjenguk-jenguk driver taxi cari simpang masuk ke Amorn Mansion.... sekali dia berhenti tepi jalan. Aik... ko tinggalkan aku kat tepi jalan je.... terus prasangka buruk ambo datang..... hahahahaha maafkan ambo, imajinasi ambo memang tinggi kalau baru tiba di bumi asing.... hahahaha.

Rupanya simpang menuju ke Amorn Mansion dari jalan besar muat2 satu kereta sahaja dan kena mendaki bukit.... ok lah kasi chance, redha turun kat jalan besar dan daki bukit sikit untuk sampai ke hotel.

Pandangan Amorn Mansion dari jalan besar Aonang.... on top belah kiri......


Setelah menapak naik bukit tak sampai seminit... akhirnya ambo and the gang tersembul kat entrance Amorn Mansion..... mengah juga.... bila tengok ke belakang tak tinggi mana pun kena menapak tapi mengahnya mengalahkan panjat Bukit Broga. Nampak sangat dah lama tak eksesais, stamina pun dah kurang. 

Dalam pada itu, kemunculan kami disambut dengan senyuman manis receptionist Amorn Mansion. Terus hilang mengah ambo, cair dengan senyum manis awek Siam yang jadi receptionist Amorn Mansion.... hehehehe

Receptionist: Sawadekappppppp!!!!
Ambo: Senyum simpul (terkesima kejap.... kah... kah.... kah...)
Ahli rombongan: Sawadekapppp!!! (uik... baru sejam sampai Siam dah speaking Thai... hehehe)

What's next? Ambo stop di sini dulu.... nanti ambo sambung dalam N3 yang seterusnya..... bini dah telefon suruh balik makan nasik!!!!


p/s: Review berkaitan Amorn Mansion akan ambo muatkan diakhir field report ke Krabi. 

2 comments:

  1. Kecik dunia. .Mamat Mamak tu Mad Shah namanya,. kt Putrajaya ni mmg rasenye orang kenal dia kot.. tapi dh arwah sbb eksiden sblm ride keeseokan paginya.. Dan dia juga x-school mate saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah. Rezeki saya untuk berkenalan dengan arwah walau seketika. Boleh kata peramah arwah ni, baru jumpa sesaat pun bila sembang macam dah kenal bertahun. Arwah xcident moto ke?

      Delete