Saturday, 3 September 2016

MeNaRiK Di iPoH # 2016 - Muzium Geologi


Akhirnya berjaya juga menyinggah ke Muzium Geologi yang terletak di Ipoh. Banyak kali ke Ipoh sebelum ini, tapi cuma memandang signboard Muzium Geologi sahaja kerna kesuntukan masa membantutkan hasrat untuk melihat isi dalam muzium ini.

Muzium ini letaknya di;

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh, Perak
Tel : +605-540 6000


Masuk adalah percuma !


Dibuka hanya pada hari bekerja dan waktu pejabat (kerajaan).


Batu selamat datang, sebab dia melepak kat pintu masuk muzium. 


Buka kasut dan masuk ke kaunter muzium untuk tulis nama sebagai bukti pernah sampai sini.


Lawatan dimulakan dengan mengkaji sejarah Jabatan Kajibumi. Zaman British dah ada, pengarah awal pun terdiri dari warga British sebelum diambil alih oleh anak watan.


Sejarah Muzium Geologi - dibina pada tahun 1957 sebagai tempat untuk menyimpan pelbagai koleksi batuan dan fosil. Ditambah-besar pada tahun 1978 dan dinaik-taraf sekali lagi dalam RMK-9.


T-Rex pun ada !


Bila kita pijak lantai berhampiran, T-Rex ini akan menggerakkan kepala, membuka mulut luas-luas untuk pamer taring dan mengeluarkan bunyi mengaum macam dalam filem Jurassic Park.


Belajar perkataan baru - T.A.P.H.O.N.O.M.Y !


Proses pengawetan kayu menjadi fosil, berlakunya secara alami.


Sampel batuan yang ada di negara kita.

Dan dan di situ juga henpon habis bateri. Jadi tiada lagi gambar yang dapat diambil. Selain dari di atas, muzium ini turut mempamerkan batu-batuan berharga dan separuh berharga (pelbagai jenis permata). 

Pada satu sudut, dipamerkan model perlombongan bijih timah dengan pelbagai teknik - mendulang, lombong dedah, kelikir dan juga kapal korek. Juga sedikit sejarah berkenaan industri bijih timah di negara kita.

Boleh juga kenal-kenal peralatan melombong yang sebelum tidak pernah dilihat dengan mata kepala sendiri.

Pendek kata, Muzium Geologi berbaloi untuk disinggahi jika berkunjung ke Ipoh.

Ketam Batu

No comments:

Post a Comment