Saturday 4 March 2017

IMPIANA HOTEL IPOH (PREMIER ROOM) | DECEMBER 2016 | 7 Tempat Menarik Di Ipoh

Impiana Hotel Ipoh
18, Jalan Sultan Nazrin Shah
30250 Ipoh
Perak

Phone: +605-255 5555
Fax: +605-255 8177


Kesinambungan dari trip aku sekeluarga ke Ipoh hujung tahun lepas. Ingat tak cerita aku bawa anak2 aku ke kejohanan Amanjaya Cup 2016 ?

Tak ingat pun tak apa, aku tolong rewind. 

Hujung tahun lepas kejohanan Amanjaya Cup untuk players 12 tahun telah berlangsung di Padang Ipoh. Since anak aku terpilih sebagai salah seorang players, dan aku juga nak menyumbang sedikit tenaga dan kederat buat kemajuan kelab, maka aku dengan penuh tulus mengiringi mereka ke kejohanan tersebut.

Players semua menginap di homestay, tapi aku terpaksa memilih untuk tidur hotel sebab angkut segala bala tentera termasuk baby yang tak sampai setahun. 

Aku lupa, tarikh kejohanan tersebut bertembung dengan satu perayaan atau public holidays menyebabkan kebanyakan bilik hotel penuh. 

Aku Google-ed Agoda.com dan Booking.com, boleh kata kesemua bilik hotel yang dalam lingkungan bajet aku telah habis ditempah.

Bala ! Aku kalau bab nak keluar duit sendiri memang lahabau, dah biasa tidur hotel kompeni sponser muahahahaha !

Nak tak nak aku tempah saja Impiana Hotel Ipoh melalui Booking.com, itu pun cuma dapat untuk semalaman dengan harga RM345 (Premier Room). Deluxe dan Family Room semua fully-booked.

Ok-ed, berlapang dada dengan melayangnya RM345 tersebut.


Ipoh ere-I-cum !

Jalan memang sesak banget sebab semua berpusu-pusu menuju utara menjelang hujung minggu. Ditambah pula dengan kemalangan kecil yang menjadikan trafik semakin sesak !

Yup betul, cuma kemalangan kecil dan kenderaan terlibat sebenarnya telah dialih ke tepi tapi lazim pemandu tempatan, suka nau memperlahankan kenderaan untuk tengok dan capture gambo kemalangan !

Tak salah ingatan aku, hampir jam 9 malam jugalah baru kami cecah Ipoh.


Tengah tunggu trafic light bertukar ijo !

BFF aku kalau kemana-mana, PapaGo !

Kelam sebab capture pakai phone S3 yang hampir tamat riwayat.

Nasib aku agak biasa dengan jalan di Ipoh, ditambah dengan limpahan lampu jalan dan bantuan PapaGo, maka aku dengan jayanya memacu tunggangan ke destinasi tanpa banyak masalah. 

Kalau tak jenuh kena tazkirah dengan bini, sebab aku memang suka melencong, tersalah arah atau terlepas simpang jika tak biasa dengan sesuatu kawasan !

Dipendekkan cerita, pindahkan barang dari kereta ke troli dan bell boy akan bantu apa yang patut. Aku dah cerita kut dalam entri yang sebelum ini. Bell boy di Impiana Hotel Ipoh memang efisien, laju saja sambut pelanggan hotel dan bantu apa yang patut. 

Kita pun ringan dan ikhlas saja nak hulur sedikit token sebagai tanda penghargaan.

Kalau nak tahu, open parking di Impiana Hotel Ipoh agak terhad. Boleh dikatakan akan penuh sesak pada hujung minggu dan cuti umum. Ini berdasarkan pengalaman aku beberapa kali menginap di sana.

Jadi sebagai opsyen, pelanggan hotel boleh parking di basement Bangunan Umno yang hanya bersebelahan dengan blok hotel.

PART 1: Check-in to Premier Room


My key plish !

Anak-anak aku tak sabo2 nak check-in, sebab penat dan lapo belum makan malam.

Semasa check-in aku sempat borak2 dengan receptionist. Sembang topik bilik dah penuh, kami cuma dapat booked untuk satu malam bla bla bla !

Memang aku pada mulanya nak bermalam di Ipoh kalau boleh sehingga dua malam. Tapi masa check online, satu malam sahaja yang available.

Impiana memang tak adalah bilik yang masih kosong, jadi staf berkenaan (adeh ! aku lupa namanya, nice Indian lady - supervisor malam tersebut kalau tak silap) telah berusaha menelefon beberapa buah hotel. Banyak tempat jugalah dia cuba tanya, tapi semuanya telah penuh.

Terharu aku deh ! Berusaha sakan dia tanya walau pun tak berhasil. Memang aku berterima kasih sakan dengan hospitality beliau.

Eh! kenapa bagi kunci untuk 2 bilik ?

Tapi as usual aku diamkan saja, kontrol macho gitu hahahaha ! Tapi dalam hati dok gerutu, kenapa dua kunci padahal aku booked satu Premier Room sahaja.


2 kunci, 2 bilik = Premier Room

Ropa-ropanya Premier Room di Impiana Hotel Ipoh adalah kombinasi 2 bilik deluxe (connected room - satu dijadikan sebagai living hall manakala satu lagi sebagai bilik tidur). Tapi cuma satu bilik lengkap dengan katil (bilik tidur), manakala bilik yang satu lagi dilengkapi sebagai ruang tamu (living hall).

Pendek kata Premier Room adalah kombinasi dua connected room. Setiap bilik lengkap kemudahan yang biasanya ada di hotel kecuali satu bilik telah dikeluarkan katil dan diganti dengan set sofa.

Setiap bilik masih ada bilik air, set TV dan sebagainya. Ini aku sertakan gambirun untuk lebih pemahaman;

Aku masuk melalui bilik pertama (living hall). Nak masuk melalui mana2 bilik pun boleh. Nampak tak, semua ada kecuali katil je dah digantikan dengan set sofa (belah kanan bilik).

Tiada katil tapi boleh tidur atas sofa atau bawa saja ToTo. Nampak tak pintu dibelakang sofa ? Pintu tersebut menghubungkan bilik pertama (living hall) dengan bilik kedua (bilik tidur).

Kedua-dua ruang (living hall dan bilik tidur) dilengkapi TV.

Memanchor-manchor u'ols !

Currently anak aku pula suka angkut bawa balik.

Segar dan semerbak !

Pintu yang menghubungkan living hall dengan bilik tidur.

Berebut nak tidur atas katil !

Ada nak simpan batu permata tak ?

Ngopi dulu pak !

Segala machiam info berguna !

Chumil la pulop !

Kinky !

Cukuplah snappy2 bilik, anak2 aku pun dah bising sebab masing2 kelaparan. 

Nak keluar ke pekan dah malas, hampir jam 10. Entah mana aku nak gagau kedai makan yang masih buka. Kalau jumpa pun belum tentu sedap atau tidak. Jadi atas dorongan anak2 aku yang over-demanding, kami dinner di coffee house hotel saja.

Lagipun aku perasan, sewaktu booking dengan Booking.com, ada tertera penginapan disertakan sekali dengan set dinner for 2 paxs.

Masa check-in tadi depa tak kata apa, aku pun malu nak verified echecheche !

Redah saja, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau dah tenggelam kat mana untungnya ?

PART 2: Dinner @ Coffee House

Mencari meja kosong untuk 4 orang.

Christmas bakal menjelang ho ho ho !

Cantik banget ! Sayang mo makan !

Kita mulakan dengan buah-buahan ! Eh! ye ke ?

Buah la sangat !

Apa menu istimewa ?

Ini pada pendapat aku ye, pendapat peribadi berdasarkan selera tekak aku. Mostly menu kat sini sedap dan memenuhi selera aku. Tapi paling power dan paling aku suka mee ketam. 

Nampak tak dalam gambar kat atas belah kanan, nampak kaki ketam 2 batang.

Fuh dia punya aroma dan rasa memang marbeles. Ketam pun lembut dan fresh, rasa manis gittew. Punyalah sedap sampai 3 kali aku tambah muahahahaha ! Senyum je adik yang tolong buatkan mee ketam tersebut. Mesti dia rasa dihargai, tak pun mengutuk dalam hati sebab aku pelahap sangat dengan mee ketam dia ha ha ha ah !

Memang habit aku akan cuba semua makanan  kalau buffet, buruk pangai kan ! Ha ha ha tapi nak buat macam mana, selagi selera masih terbuka hentam sajalah labu !

Pencuci mulut !

Kenyang padat perut aku. Tapi anak2 dan bini aku jenis skima, makan sekadar nak hilangkan rasa lapar saja. Rugi bawak depa ni makan buffet *** jangan kecik hati nuhhh !

Kenyang buntal punya pasal buat aku lupa dengan set dinner free untuk 2 paxs. Aku bayar machiam biasa, 2 adults x RM60, 2 kids x RM30, in total RM180.00 for dinner.

Tapi masih nak jadi rezeki aku, masa aku melangkah keluar adik yang jadi cashier panggil aku balik dan tanya aku menginap bilik mana ?

Aku sebut nombor bilik dan dia tanya 'bilik premier kan' ? Kemudian dia terus call reception untuk pengesahan dan berita gumbira tersembul dari mulut mungilnya 'Encik dapat free dinner untuk 2 orang. Nanti saya kira balik'.

Yippeeeeeeeee !!!!!!!!

Dia tekan sana, tekan sini. Kensel sana, kensel sini, akhirnya aku cuma perlu bayar RM60, harga untuk 2 kepala budak-budak. Aku dan bini untuk dinner dah termasuk dalam harga bilik.

Memang bilik Premier machiam gittew eh ! Ke sebab promotion sesekali by Booking.com mahupun pihak hotel ?

Nasib adik ni cekap dan bertindak pantas, selamat duit poket aku RM120.

Sambil adik cashier betulkan bil, aku snappy-snappy dalam coffee house. Ada gambar lama bandar Ipoh, dan juga pawang buaya tangkap buaya kemudian tembak pakai senafangs !

Pandang sini sat ! Nak berkenalang buleh ?

PART 3: Swimming Pool

Memang memana budak, asal tido hotel mesti nak jengah swimming pool. Anak2 aku gittew lah, baju renang kena bawa. Lupa kalu memang tarik munchungs 5 depa. Tapi la ni aku dah train depa, semua keperluan kena prepare sendiri. Lupa kalu, tanggung sendiri natijahnya. Dah besar kan, masa kecik dulu memang aku take care A to Z, la ni dah sampai masa untuk depa sedikit berdikari.

Swimming pool kat Impiana Hotel Ipoh machiam lain2 hotel juga. Ada area dewasa dan area bebudak belum baligh. Nampak terjaga dan bersih, sesuai dengan taraf hotel. Aku masa kini memilih juga, dan risau nak bagi anak2 main air kat tempat umum. Banyak sangat penyakit pelik2 yang mudah merebak mutakhir ini.

Kalau nampak cantik membiru baru bagi depa terjun. Kalau nampak berlumut dan ada daun kayu dalam kolam, memang aku haramkan anak2 aku cecahkan kaki dalam swimming pool.

Out of stock !

Tempat mak pak melepak !

Panas tapi masih belum terik !

Line clear !

Mandilah nak, mandi puas-puas, berendam sampai kecut. Tak ramai pun yang mandi, ada a few families sahaja.

PART 4: Basement Parking @ Bangunan UMNO

Nak parking tengok dulu ye, kut terparking dalam petak yang khusus untuk staf.

Yang sadisnya, tangga dari basement parking Bangunan Umno menuju lobi hotel....... hancing yang amat. Anak sapa yang kencing merata nih ?

Malu pelancong luar tengok !

Mengah naik tangga !

Lega, dah hampir sampai. Pedih hidung bau hancing !

Bangunan UMNO Perak.

Impiana Hotel Ipoh.

Apa-apa pun aku amat berpuas hati dan gumbira rasa hati dapat menginap di Impiana Hotel Ipoh. Sebenarnya ada cerita kurang enak didengar oleh aku sebelum ini.

Bukan hotel yang tidak bagus, tapi ke'angker'an hotel tersebut, mudah kata ada hantu di Impiana Hotel. Ada yang pernah kena usik katanya. Wallahualam !

PART 5: 7 Tempat Menarik @ Ipoh

Aku akhiri entri aku ini dengan sedikit maklumat tempat-tempat yang berbaloi untuk dikunjungi sekitar Ipoh.

Aku sendiri pernah sampai, ditambah dengan info yang aku cilok dari Emchek Google dan caridestinasi.com

Muzium Geologi - Muzium ini dikelola oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Letaknya di Jalan Sultan Azlan Shah. Menempatkan kurang lebih 600 artifak berkaitan sejarah perlombongan negara. Lanjut Muzium Geologi Ipoh

Muzium Darul Ridzuan - Dibina pada tahun 1926 oleh saudagar berbangsa Cina, Foo Choong Kit sebagai kediaman peribadi. Dijual kepada kerajaan negeri Perak dan menjadi pejabat JKR pada tahun 1950. Ditukar menjadi muzium mulai tahun 1992. Lanjut Muzium Darul Ridzuan

Lost World of Tambun - Anak2 pasti suka. Jika di Klang Valley terkenal dengan Sunway Lagoon, Ipoh pula ada Lost World of Tambun. Lanjut Lost World of Tambun

Taman Rekreasi Dr Seenivasagam - Popular dikalangan penduduk setempat sebagai tempat riadah dan berkelah. 

Taman Jepun - Taman ini dikatakan mirip kepada taman2 di Fukuoka, Jepun. Ia sebahagian daripada Taman Rekreasi Dr Seenivasagam.

Pasar Karat Ipoh - Wajib dikunjungi oleh peminat barangan antik. Dikenali juga sebagai Memory Lane. Barangan di sini agak unik, berkualiti dan harga pula berpatutan.

Fantacy House Trick Art - Bagus untuk mereka yang suka berselfie atau berinsta. Banyak lukisan mural 3D yang seakan hidup. Lanjut Trick Art Museum Ipoh

- Ketam Batu -

No comments:

Post a Comment