Showing posts with label Aidil Fitri 2017. Show all posts
Showing posts with label Aidil Fitri 2017. Show all posts

Saturday, 5 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART III - AKU RAYA DI TENOM SABAH !



PART I, PART II - Kisah sebelumnya.

Caca-merba penceritaan aku tapi bertabahlah kalau korang masih minat nak baca. Tak berapa menarik mungkin cerita raya aku tapi cukuplah untuk aku coret dan jadikan kenangan.

Boleh dikatakan hampir kesemua warga desa aku dan sekitarnya adalah warga tani. Hidup sebagai petani korang tahulah, pendapatan tidak menentu. Kadang-kadang sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Jadi tak kesemua mampu memiliki kenderaan 4 roda melainkan motosikal semata. Sekadar motosikal mana nak muat seisi keluarga nak pergi beraya.

Sebagai alternative, mereka biasanya akan pergi beraya secara berkonvoi. Cari dua tiga buah 4 wheels ataupun truck pick-up, kemudian naik ramai-ramai. Kekadang belakang truck pick-up penuh dengan penumpang.

Berdiri ramai-ramai dalam pick-up, terhuyung-hayang sebab jalan kampung bukan elok sangat, sambil bergelak ketawa. Nampak macam membahayakan diri tapi seumur hidup aku tak pernah pula dengar sebarang malapetaka.



Kalau di bandar-bandar besar, menjadi kebiasaan politician buat rumah terbuka. Jemput rakyat jelata dan potential voters datang bertandang. Tempat aku yang pedalaman pun ada juga. 

Siapa sangka, Tenom menyimpan seorang ahli politik yang berpotensi, Jamawi Jaafar yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Turut menerima jemputan tetapi atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan aku dan keluarga tidak dapat menghadirkan diri.



Jika diikutkan cerita orang lama, tapak surau ini diwakafkan oleh seorang mualaf. Aku tak tahu nama asalnya tetapi selepas memeluk agama Islam, beliau lebih dikenali sebagai Haji Azmi.

Namun selepas kematian beliau, dan semakin kurang penduduk beragama Islam kerana berhijrah ke tempat lain, surau tersebut terbiar dan diabaikan untuk tempoh yang agak lama. 

Seingat aku memang belasan jika tidak puluhan tahun surau ini ditimbuni semak samun. Tapi Alhamdulillah, pada Ramadhan yang lepas Surau Haji Azmi kembali diimarahkan. Solat tarawikh diadakan saban malam sepanjang Ramadhan, begitu juga dengan solat 5 waktu.

Semoga surau ini akan terus diimarahkan dan tidak terbiar seperti dahulu. Jika diimarahkan, maka tertunai hasrat arwah Haji Azmi sewaktu beliau mewakafkan tapak surau ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana sementara menunggu hari kebangkitan.



Foto ini aku ambil selepas solat Jumaat, misi mencari ayam pencen untuk dibuat sup. Tahu ayam pencen kan, ayam telur yang sudah tidak bertelur secara produktif. Bagilah makan sebagus mana pun, hasil tetap tak seberapa. Jadi dipencenkan dari barisan hadapan yang masih sakan bertelur.

Orang kata ayam pencen, dagingnya agak liat. Tapi bagi aku masih sedap dan empuk. Bergantung kepada cara masakan dan penyediaan. Permintaan untuk ayam pencen sentiasa ada, kadang kala permintaan mengatasi pengeluaran. Kata orang juga, ayam pencen lebih berkhasiat berbanding ayam daging.

Melalut betul entri aku kali ini, memang caca merba. Terima kasih jika ada yang sudi baca. Nanti aku sambung lagi dalam PART IV.

Sekian.

- Ketam Batu -

Friday, 4 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART II - AKU RAYA DI TENOM SABAH !


PART I - Kisah sebelumnya.

Monumen ini dibina sebagai mercu tanda pasar basah di pekan Tenom. Lokal dah tak heran dengan ikan batu-batuan ini, tapi pelancong asing sakan nak berswa-foto termasuklah aku.

Aku pun kira pelancong jugak sebab setahun sekali dua sahaja balik Tenom. Pasar basah di pekan Tenom ini agak sesak menjelang hari raya. Maklumlah ramai umat yang membeli-belah untuk beli barangan dapur, nak masak hidangan raya.

Aku biasanya tunggu dalam kereta saja, bini aku dengan mertua yang akan masuk pasar shopping. Tak daya aku nak bersesak-sesak dalam tu.

Tapi tahun ini aku tak perlu risau untuk bersesak-sesak dalam pasar Tenom. Sebabnya tahun ini, aku menyambut 1 Syawal di KLIA2 dan dalam flight bersama Air Asia.

Ye.... aku tak sembang dalam entri terdahulu. Tahun ini 1 Syawal kami di dalam flight, balik kampung Tenom di pagi raya. Tapi ramai juga balik kampung pagi raya, sama flight dengan aku ramai je siap berbaju raya. 

Kami dressing biasa-biasa je sebab rimas kau nak berbaju melayu dan berkurung bagai kejar flight, kemudian dari KK nak ke Tenom bukan dekat. Sampai kampung semua dan lencun dengan peluh dan berbau hapak.


Kau tau apa yang indahnya beraya di desa?

Banyak keperluan harian tak perlu keluarkan duit pun. Boleh main petik saja tepi rumah. Sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan tumbuh subuh keliling rumah. Nak makan ayam, sembelih saja ayam kampung.



Modal cuma kena rajin keluarkan peluh. Umum memang mengetahui daerah Tenom cukup subur dan sesuai untuk industri pertanian.

Campak saja biji benih pasti akan tumbuh dan mengeluarkan hasil yang lumayan. Tenom pada suatu ketika cukup terkenal sebagai pengeluar kopi dan koko utama di Sabah. Namun kejatuhan harga komoditi (harga pasaran dan juga manipulasi harga oleh orang tengah) menyebabkan petani tempatan hilang minat.

Kini getah dan kelapa sawit menjadi pilihan disamping pisang. 



Tiada batasan agama, tiada batasan keturunan, tiada batasan darjat. Semuanya bergembira menyambut Aidilfitri tanpa prejudis. 

Keluarga aku memang majmuk dalam beragama, ada yang muslim dan ramai juga yang non-muslim. Open house raya memang terbuka untuk semua. Betul-betul 1Malaysia punya sambutan.

Anak-anak buah aku yang non-muslim memang excited kalau tiba hari raya. Inilah masanya nak merasa dapat duit raya dan main bunga api. Chinese New Year dan Christmas, anak-anak aku pula yang terlebih excited. 

Bagus bagi mereka, dapat merasa pelbagai jenis perayaan dalam suasana harmoni dan majmuk. Opkoz syariat beragama juga aku tekankan supaya tidak melampaui batas, juga tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.



Ini menu hari raya ke tiga kalau tak silap. Menu open house kat kampung aku tak lah grande macam kat KL nun. Nasi putih dan lauk pauk adalah kebiasaan. Jarang sangat jumpa sate pasta western bagai.



Gabungan kuih muih tradisional dan yang tak berapa nak tradisional. Ini yang dihidangkan kepada tetamu sebagai menu sampingan. Menu utama sudah tentulah nasi putih dan lauk pauk tadi. 

Nampak biasa-biasa je kan ! Tapi kalau dah berkumpul seisi keluarga, yang biasa-biasa pun boleh jadi marbeles dia punya kelazatan. Paling penting dapat beramah-mesra dengan saudara mara yang cuma sesekali dapat bersua-muka.

Sekian dulu, nanti kita sambung cerita dalam PART III.

- Ketam Batu -

Thursday, 3 August 2017

CERITA RAYA 2017 PART I - AKU RAYA DI TENOM SABAH !


Tahun ini mencatat sejarah sebagai tahun pertama aku beraya sebagai anak yatim piatu soob ! soob ! soob !

Ayah aku meninggal dunia 10 tahun yang lalu, mak aku pula menyusul bulan April yang sudah. Tak sempat dia nak merasa suasana Ramadhan dan Syawal untuk tahun ini.

Al-Fatihah buat arwah mak dan ayah aku, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana sementara menunggu hari kebangkitan.


Tahun ini aku beraya di Tenom, Sabah dan terbang bersama airlines tambang murah Air Asia. Tambang murah yang membuatkan poket aku rabak. Tahu sajalah tiket musim perayaan untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Murah bagi orang lain kut, tapi senak juga bagi aku.

Kebiasaan balik raya kami guna waran kerajaan sebab bini aku kakitangan gomen. Tapi disebabkan masalah teknikal, terpaksa guna duit poket sendiri. Simpan waran untuk balik hujung tahun kalau ada rezeki.

Penerbangan Alhamdulillah smooth, sumandak yang jadi stewardess pun come lote belaka. Anak jantan bongsu aku sempat rembat koleksi patung beruang yang dijual dalam penerbangan tersebut. Pelik aku, anak jantan suka patung beruang !

Tenom ini agak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sekitar 2.5 hingga 3 jam pemanduan jalan darat. Sebaik mendarat di KKIA, melalui bantuan salui aku (salui bermaksud biras) kami dapatkan teksi untuk ke Tenom. 

Boleh hubungi Vincent 012-8114285 kalau korang perlukan teksi untuk ke Tenom/Keningau dari Kota Kinabalu. Toyota Unser beliau agak selesa jugalah.

Apa istimewanya Tenom? Nanti aku cerita apa menarik di Tenom, mungkin korang berminat nak melawat Tenom dan nombor Vincent mungkin berguna.

Untuk makluman, Tenom terkenal sebagai pusat kebudayaan Murut, dan juga terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi bagi negeri Sabah.

Sekian dulu, nanti sambung cerita lagi. PART II

- Ketam Batu -